Anda di halaman 1dari 25

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK.

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2008


DISEDIAKAN OLEH:

CIK NURUL FADZILAH BINTI ARSHAD

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

ABSTRAK 1.0 REFLEKSI P&P YANG LALU 2.0 PENYATAAN MASALAH 3.0 OBJEKTIF 4.0 KUMPULAN SASARAN 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 6.0 ANALISA TINJAUAN MASALAH 7.0 REFLEKSI KAJIAN 8.0 ANALISA UJIAN PRA & POS 9.0 RUMUSAN KAJIAN 10.0 REFLEKSI TENTANG PROSES P & P 11.0 CADANGAN KAJIAN DIMASA HADAPAN LAMPIRAN

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

ABSTRAK
Guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Tanjong Bidara menghadapi masalah dalam Pelajaran Pendidikan Islam terutama pelajaran Jawi iaitu mencantumkan huruf- huruf Hijaiyah. Ini disebabkan murid- murid tidak dapat menguasai Al- Quran dengan baik. Dengan ini, kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti faktor- faktor yang menyebabkan murid murid sukar menguasai kemahiran tersebut. Lanjutan dari itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan satu pendekatan yang paling efektif untuk membantu murid- murid menguasai kemahiran tersebut. Kajian ini telah dijalankan keatas 6 orang murid- murid Tahun 3 Rajin, Sekolah Kebangsaan Tanjong Bidara. Segala maklumat yang diperlukan untuk dianalisis dalam kajian ini diperolehi melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pos serta soalselidik. Faktor utama ialah mereka lemah dalam penguasaan mencantumkan tiga huruf Hijaiyah.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

1.0 REFLEKSI P&P YANG LALU :Pengkaji telah mengajar Mata Pelajaran Pendidikan Islam semenjak tahun 2003 lagi, tetapi sepanjang mengajar subjek ini ramai murid yang tidak boleh mencantumkan huruf Hijaiyah dengan sempurna. Tambahan pula kerana kelemahan murid membaca AlQuran menambahkan lagi kesukaran murid untuk mencantum huruf Hijaiyah dengan sempurna. Sebelum ini pengaji telah menggunakan kaedah penerangan dan latih tubi. Tetapi hasilnya kurang memuaskan dan memakan masa yang lama untuk murid menguasainya. Pengaji telah biasa menggunakan kaedah ini tanpa melihat keberkesanan hasil dari tindakan tersebut. Disinilah pengkaji merasakan masalah ini mesti diselesaikan dengan mempelbagaikan kaedah untuk meningkatkan kemahiran mencantum huruf Hijaiyah.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

2.0 PENYATAAN MASALAH :Berdasarkan pengalaman sebagai Guru Pendidikan Islam, pengkaji mendapati ramai murid tidak dapat menguasai kemahiran mencantum huruf Hijaiyah dengan sempurna. Sedangkan semasa murid di Tahun 1, kemahiran mencantum huruf hijaiyah telah diajar. Sehingga murid Tahun 3 masih lagi belum dapat menguasai kemahiran mencantum huruf hijaiyah dengan sempurna. Oleh itu pengkaji ingin mengesan kaedah pembelajaran yang sesuai untuk murid menangani permasalahan ini.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

3.0 - OBJEKTIF :3.1 Umum:Untuk meningkatkan kemahiran mencantum huruf Hijaiyah murid Tahun 3 disamping meningkatkan penguasaan bacaan Al- Quran. 3.2 Khusus:Saya berharap melalui kajian ini, saya akan dapat: 3.2.1 Mengenalpasti punca kesukaran murid untuk mencantumkan huruf Hijaiyah. 3.2.2 Mengenalpasti kaedah permainan yang boleh membantu murid untuk menguasai kemahiran ini. 3.2.3 Memperbaiki amalan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

4.0 KUMPULAN SASARAN :-

Kumpulan sasaran kajian ini ialah 6 orang murid Tahun 3 di SK Tanjong Bidara.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN :Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan pos dan soal selidik. 5.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid- murid semasa P&P dijalankan sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan, murid lebih mengharapkan respond guru dalam menjawab soalan berkaitan mencantumkan huruf- huruf Hijaiyah. 5.2 Ujian Pra dan Pos Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan kemahiran mereka untuk mencantumkan huruf- huruf Hijaiyah yang terdapat dalam ujian tersebut. Selepas saya menyemak soalan jawapan pelajar, saya memperkenalkan bahan puzzle mencantumkan huruf- huruf Hijaiyah kepada murid. Selepas itu, saya telah memberikan ujian pos menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

5.3 Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid berkenaan permainan puzzle sebelum dan selepas ia diperkenalkan. Saya juga telah menggunakan borang soal selidik untuk mengenal kecenderungan murid menguasai kemahiran mencantukan huruf- huruf Hijaiyah di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

6.0 ANALISA TINJUAN MASALAH :6.1 Tinjauan Masalah Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan pos, dan soal selidik. 6.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid- murid semasa P&P dijalankan sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan, murid lebih mengharapkan respond guru dalam menjawab soalan berkaitan mencantumkan huruf- huruf Hijaiyah.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

6.1.2 Ujian Pra dan Pos Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan kemahiran mereka untuk mencantumkan huruf- huruf Hijaiyah yang terdapat dalam ujian tersebut. Selepas saya menyemak soalan jawapan pelajar, saya memperkenalkan bahan puzzle mencantumkan huruf- huruf Hijaiyah kepada murid. Selepas itu, saya telah memberikan ujian pos menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

6.1.3 Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid berkenaan permainan puzzle sebelum dan selepas ia diperkenalkan. Saya juga telah menggunakan borang soal selidik untuk mengenal kecenderungan murid menguasai kemahiran mencantukan huruf- huruf Hijaiyah di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

6.0 ANALISA TINJAUAN MASALAH :6.3 Tindakan Yang Dijalankan


Dalam kajian ini, saya telah menghasilkan bahan puzzle dengan sendiri. 6.3.1 Penghasilan bahan puzzle Saya telah menghasilkan bahan puzzle untuk menjalankan kajian keatas murid- murid yang dikaji. Saya bertanggungjawab untuk menerangkan kaedah penggunaan bahan puzzle ini. Saya menerangkan kepada murid- murid bagaimana untuk bermain dengan bahan puzzle tersebut. (Hasil bahan puzzle ini dilampirkan dalam bahagian lampiran.) 6.3.2 Menulis semula hasil cantuman puzzle Setelah murid- murid mencantumkan bahan puzzle tersebut, murid- murid dikehendaki menulis semula hasil tersebut didalam buku. Ini bertujuan agar murid mengingati hasil cantuman puzzle tersebut.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

6.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pos Berdasarkan kepada tinjauan masalah yang dikenalpasti, saya telah menjalankan satu ujian pra kepada kumpulan sasaran. Ujian pra ini merangkumi 10 soalan mencantumkan tiga huruf Hijaiyah yang berlainan. Berikut adalah jadual analisis item ujian pra berdasarkan gred murid selepas ujian dilakukan.
ANALISA ITEM UJIAN PRA
Bil 01. 02. 03. Nama Murid MUHAMAD SYAFIQ MUHAMAD SYAIHAD NASRUL AIMAN Bil. soalan yang betul (20/20) 6/20 9/20 5/20 Markah (100) 30 45 25 Gred D C D

Berdasarkan daripada jadual di atas, beberapa punca dan masalah telah dikenalpasti selepas ujian ini dilakukan. Secara keseluruhannya, prestasi murid masih berada dalam tahap yang sederhana iaitu pencapaian purata gred murid masih lagi di tahap C dan D. Setelah dikenalpasti, murid masih tidak boleh mencantumkan huruf- huruf Hijaiyah dengan baik.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

6.2.3 Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid berkenaan permainan puzzle sebelum dan selepas ia diperkenalkan. Saya juga telah menggunakan borang soal selidik untuk mengenal kecenderungan murid menguasai kemahiran mencantukan hurufhuruf Hijaiyah di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

CONTOH SOAL SELIDIK


Bil Item Ya Tidak Bilangan Murid 01. Meminati Pelajaran Pendidikan Islam

02.
03. 04. 05.

Sukar mempelajari Pelajaran Pendidikan Islam


Sukar mencantumkan huruf- huruf Hijaiyah Membuat latihan mencantumkan huruf- huruf Hijaiyah Memahami pengajaran mencantumkan hurufhuruf Hijaiyah yang diajar oleh guru Mengalami masalah untuk mencantumkan huruf- huruf Hijaiyah. Skala = Selalu Kadang-Kadang Selalu = orang Kadang- Kadang = orang Skala = Selalu Kadang-Kadang Selalu = orang Kadang- Kadang = orang

06.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

6.0 ANALISA TINJAUAN MASALAH :6.2 Analisis Tinjauan Masalah


6.2.1 Analisis Pemerhatian Pemerhatian yang digunakan adalah pemerhatian tidak berstruktur. Murid . murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya mendapati bahawa melalui perbincangan, murid lebih banyak meniru jawapan kawan yang telah siap. Tetapi keadaan kelas agak bising dan kadang-kadang menjadi tidak terkawal. Terdapat kumpulan murid yang hanya berbincang tetapi tetap mengharapkan respond guru. Ada juga murid yang tidak memberi reaksi yang positif dan mereka lebih suka mendiamkan diri. Ada murid yang terlalu agresif sehingga mengusik rakan yang lain tanpa usul periksa. Namun begitu, hasil perbincangan setiap kumpulan berjaya dilakukan dengan baik.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

7.0 REFLEKSI KAJIAN :Saya telah melakukan refleksi pada setiap aktiviti pelaksanaan untuk menilai keberkesanan tindakan. Refleksi secara keseluruhan dijalankan selepas teknik mencantumkan puzzle dijalankan terhadap murid dan dibawah adalah hasil selepas teknik itu dijalankan. ANALISA ITEM UJIAN POS
Bil Nama Murid Bil. soalan yang betul (20/20) Markah (100) Gred

01. 02. 03.

MUHAMAD SYAFIQ MUHAMAD SYAIHAD NASRUL AIMAN

9/20 14/20 10/20

45 70 50

C B C

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

8.0 ANALISIS UJIAN PRA & POS :GRED A


B C D E

PRA 1 2 -

POS

1 2 -

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

Secara keseluruhannya, pencapaian murid dalam ujian pos ini terdapat sedikit peningkatan. Walaupun masih terdapat murid yang tidak mencapai gred A, prestasi murid yang mendapat gred B dan C ada peningkatan. Jadual di atas menunjukkan perbezaan perolehan markah dan gred yang telah dicapai oleh murid di dalam kedua-dua ujian yang telah dijalankan. Berdasarkan daripada keputusan di atas, peningkatan prestasi murid di antara ujian pra dan ujian pos tidaklah terlalu jauh. Ini mungkin disebabkan kaedah pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kajian tindakan ini masih baru dan perlu diperjelaskan pada masa akan datang. Namun begitu, saya berpuas hati dengan prestasi muridmurid ini kerana sedikit sebanyak ia telah membantu murid menguasai mencantumkan huruf- huruf Hijaiyah. Masalah utama yang boleh saya kenal pasti di sini ialah murid mengalami kesukaran untuk membezakan huruf yang boleh dicantum atau tidak.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

9.0 RUMUSAN PEMERHATIAN AKTIVITIAKTITVITI YANG DIJALANKAN :Berdasarkan kepada pemerhatian saya terhadap aktivitiaktiviti yang dijalankan, saya telah mengenalpasti beberapa kekuatan, kelemahan, dan tindakan susulan yang perlu diambil perhatian. Kekuatan yang saya perolehi melalui kajian ini ialah pendedahan murid tentang satu lagi kaedah baru dalam mencantumkan huruf- huruf Hijaiyah. Murid dapat membentuk pengetahuan yang sedia ada iaitu daripada perkara yang tidak tahu kepada perkara yang dia tahu dan faham. Selain itu, murid juga didedahkan dengan pelbagai bentuk huruf Hijaiyah yang masih lagi belum dapat mereka kuasai dengan sepenuhnya. Kelemahan yang boleh saya dapati berdasarkan kajian tindakan ini ialah kawalan kelas kerana muridmurid masih bermain. Kesimpulannya, aktivitiaktiviti yang dijalankan dalam kajian tindakan ini perlu diperbaiki dan dipermudahkan agar bersesuaian dengan peringkat murid.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

10.0 REFLEKSI TENTANG PROSES P&P YANG DIJALANKAN SECARA KESELURUHAN:Secara keseluruhannya, pelbagai perkara yang meliputi aspekaspek teknikal pengajaran dan pembelajaran telah dikenal pasti setelah semua aktiviti atau tindakan yang dijalankan dalam kajian ini. Pada peringkat murid, saya mendapati penguasaan mereka untuk mencantumkan hurufhuruf Hijaiyah masih di peringkat yang sederhana. Masalah ini juga mungkin berkait rapat dengan cara pembelajaran mereka di samping tidak pergi kelas mengaji Al- Quran. Namun begitu, masalah ini akan segera diatasi sekiranya guru membimbing murid-murid yang lemah ini secara berterusan dan berusaha membaiki kelemahan mereka dalam menguasai Pelajaran Pendidikan Islam. Bagi saya pula, pengalaman menjadi seorang pendidik yang hampir mencecah enam tahun ini masih banyak perkara dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Walaupun dipertanggunggjawabkan mengajar Pelajaran Pendidikan Islam, ia bukanlah satu perkara yang mudah dan senang. Lebihlebih lagi apabila mengajar anak bangsa adalah kaum Melayu di mana Islam adalah agama rasmi. Satu formula dan kaedah pengajaran yang berkesan perlu difikirkan kembali agar objektif dan matlamat yang ingin dicapai menemui hasilan yang baik dan berkesan.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

11.0 CADANGAN KAJIAN DIMASA HADAPAN:Setelah menjalankan kajian tindakan ini, sesi pembentangan di hadapan semua guru di sekolah termasuk perbincangan dengan rakan-rakan sekerja telah diadakan dengan jayanya. Banyak cadangan, komentar, teguran, dan pendapat yang telah diperolehi dan dikongsi bersama agar kajian tindakan ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Di antara cadangan yang diberikan ialah mengemaskini langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan murid. Pendekatan pengajaran yang digunakan perlulah mengambil kira dari aspek kecerdasan murid iaitu kumpulan murid yang cerdas, sederhana, dan lemah. Selain itu, penggunaan bahan permaianan didalam P&P janganlah terlalu kerap kerana murid- murid akan biasa menggunakan teknik permainan setiap kali P&P berjalan.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2008 SK TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

LAMPIRAN
Akhiran Tengah Awalan

+ +

Yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T Yang lemah itu datangnya dari saya

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai