Anda di halaman 1dari 2

Pantun keselamatan

Suram berbalam cahaya di taman, Girang kenari di sawah padi, Hulurkan salam limpahkan senyuman, Santunnya diri menyerlah peribadi. Jalan-jalan ke pasar raya Hendak membeli buah rambutan Berhati-hati di jalan raya Jangan lupa jaga keselamatan. Mari dijamah si emping padi, Digoreng garing si ikan pari, Pandu hemah bentuk peribadi, Nyawa selamat malang dihindari. Bantu ibu menyidai lampin, Sudah sidai masaklah nasi, Bila memandu, harus berdisiplin, Agar selamat, sampai destinasi. Bunga Kebangsaan, Bunga Raya, Rakyat bersatu penuh semangat, Berhati-hati, di jalan raya, Pandu cermat, jiwa selamat. Nasihat daripada orang tempatan, Berwaspada di jalan raya, Sesal dahulu, itu pendapatan, Sesal kemudian, tidak berguna. Pergi ke pasar beli rambutan, Rambutan pulasan sedap rasanya, Jangan lupa jaga keselamatan, Keselamatan itu amat berharga. Rambutan pulasan sedap rasanya, Kulitnya tebal manis isinya, Kalau kita selalu waspada, Kita akan selamat selamanya. Jauh berbatu masuk ke desa, Menghulur derma bertanya berita; Bantu-membantu tak kira bangsa, ingat bersama amalan kita. Tulis surat didalam gelap, Ayatnya banyak yang tidak kena, Jagalah diri jangan tersilap, Kalau tersilap awaknya bencana.