Anda di halaman 1dari 14

RPH BM THN 2 (Makanan Seimbang)

Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 . Nama Guru Mata pelajaran Tajuk Sekolah Kelas Bilangan murid Tarikh Masa Hari Purata umur KEMAHIRAN : Ahmad Latip Bin Alwi : Bahasa Melayu : Makanan Seimbang : SK St Patrick. : 2 Dynamic : 26 orang : 4 Mei 2011 : 8.00 9.00 pagi. : Rabu : 8 tahun Fokus Utama: 8.1 Aras 3(ii) Menyusun perkataan untuk membina ayat tunggal dan ayat majmuk.. Fokus sampingan : 2.1 Aras 1(i) Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Fokus sampingan: 5.1 Aras 1(iii) Memahami perkataan,.frasa dan ayat.

OBJEKTIF 1. Menyusun perkataan unutk membina ayat tunggal dan ayat majmuk. 2. Berbual-bual tentang makanan seimbang berdasarkan dalam buku teks 3. Memahami perkataan,frasa dan ayat. ISI PELAJARAN PENGETAHUAN SEDIA ADA PENYERAPAN ILMU NILAI-NILAI MURNI ABM Kad gambar, kad perkataan dan lembaran kerja. dan benda maujud (makanan dan buah-buahan) Kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan diri. Protein, lemak,Karbohidarat, vitamin dan garam mineral. Murid sudah biasa melihat jenis-jenis makanan yang terdapat dalam carta piramid makanan. Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Moral

SET INDUKSI (5 minit )

Teka silang kata. 1. Guru mempamerkan carta silang kata di papan hitam. 2. guru memanggil beberapa orang murid untuk

melengkapkan teka silang kata tersebut. 3. Murid membaca teka silang kata yang sudah lengkap secara kelas.

1. Guru menyuruh beberapa orang murid membaca secara LANGKAH 1 (10 minit ) individu dan kelas berdasarkan buku teks. 2. Guru bersoaljawab bersama-sama murid berdasarkan gambar yang terdapat dalam buku teks. 3. Guru menyuruh murid mengaris beberapa perkataan dalam teks bacaan. 4. Guru menyuruh murid mencari perkataan antonim berdasarkan teks dibaca.

LANGKAH 2 (15 minit )

1. Guru mempamerkan bahan maujud mengikut jenis-jenis makanan seimbang . 2. Murid diagihkan dalam 5 kumpulan mengikut jenis-jenis makanan seimbang. 3. Dengan bimbingan guru murid menyenaraikan makanan seimbang hasil dari dapatan dalam ahli kumpulan.

4. Pertandingan pat-pat siku lipat (menjawab soalan secara kumpulan)

LANGKAH 3 (25 minit ) 1.

1.Guru menerangkan kepada Murid contoh ayat Tunggal dan ayat Majmuk di papan hitam 2. Wakil kumpulan dikehendaki menyusun semula perkataan yang diberi untuk membina ayat tunggal 2. . 3. dan ayat majmuk yang betul. 3. Guru mengedarkan lembaran kerja secara individu kepada semua murid. 4. Guru memberi bimbingan kepada murid yang kurang faham. .

PENUTUP ( 5 Minit )

Penutup kognitif. 1. Guru menilai hasil kerja murid dalam kumpulan 2. Rumusan pelajaran hari ini. 3. Hasil kerja mereka akan ditampal di sudut bahasa. Penutup sosial 1. Guru memuji murid kerana memberikan kerjasama yang baik sewaktu aktiviti dijalankan.

REFLEKSI KEKUATAN Kekuatan dan kelebihan pengajaran saya pada hari ini ialah saya dapati murid-murid begitu seronok dan berminat dengan P&P saya pada hari ini.Selain itu ramai diantara murid yang memberi perhatian dan respon positif dengan strategi pembelajaran saya pada hari ini.Malahan kerjasama yang baik diberi memberikan kekuatan dan semangat utnuk saya mengajar pada hari ini.Selain mengunakan kekuatan suara dan berusaha mengurus masa dengan baik agar P&P berjalan dengan lancar dan berjaya pada hari ini.

KELEMAHAN

Kelemahan yang ketara dari pemerhatian saya ialah ada di antara murid yang tak tahu apa itu makanan yang seimbang.Malahan mereka kata makanan seimbang ialah makanan ringan yang dijual di pasaran.Ini telah membimbangkan saya.Selain itu saya dapati ada juga yang mengatakan

makanan seimbang langsung tak memberi minat mereka untuk makan.Malahan ada yang sangguo tak makan makanan yang di sediakan olah keluarga dan lebih mengemari makanan luar seperti ayam KFC, Piza, Burger dan lain-lain lagi.

CARA MENGATASI

Saya cuba membantu mereka dengan menerangkan kepada mereka apa ituu makanan seimbang, kelebihan dan kepentingan makan makanan yang seimbang secara satu persatu.Selain itu saya juga cuba menarik minat murid supaya lebih faham dengan mengunakan alat bantu mengajar yang telah saya sediakan.Hasilnya saya dapati ramai di anatar murid yang mula sedar dan mengetahui kelebihan dan kepentingan makan makanan yang seimbang.Penekanan terakhir yang saya berikan ialah memeri tip cara-cara menjaga kesihatan diri. KAD GAMBAR (1) MAKANAN SEIMBANG Makanan Seimbang Seisi Keluarga Panduan makan seimbang untuk seisi keluarga

1. Pastikan setiap ahli keluarga minum susu dan menyediakan susu sebagai menu makanan harian. Apabila anak-anak melihat, dia tidak mahu ketinggalan kerana semua orang berbuat demikian.

2. Benarkan anak memilih perisa susu yang mereka gemari. Mungkin anak anda lebih gemar minum susu berperisa berbanding susu biasa yang anda sediakan.

3. Hidangkan susu kotak secara sejuk dan susu tepung secara suam.

4. Sebelum minum susu ceritakan khasiat susu kepada anak. Dengan mengetahui kebaikannya, dia tentu lebih gemar minum susu.

5. Gunakan daya kreatif untuk menghidangkan susu sebagai contoh, kisar dengan ais krim untuk menjadikannya lebih lazat.Kisar bersama buahbuahan atau jus buah-buahan untuk menghasilkan minuman dadih berkhasiat atau dimakan sebagai sarapan bersama bijirin.

6. Pantau pemakanan anak-anak, jangan biarkan anak anda mengambil makanan ringan dan makanan segera terlalu banyak sehingga dia mengabaikan pengambilan susu.

7. Ajar anak mengenai makanan yang patut dibeli di sekolah. Ini menjadikan mereka supaya tidak terikut dengan tabiat pemakanan kawan.

8. Sediakan bekalan berkhasiat kepada anak setiap hari ke sekolah.

9. Ibu harus tahu mengenai piramid makanan seimbang dan menyediakan makanan yang pelbagai dalam kuantiti sederhana dan paling penting seimbang.

10. Biasakan untuk menikmati hidangan makan malam bersama. Ini kerana apabila makan bersama, ia menyebabkan anak-anak akan turut makan dengan penuh selera.

11. Sediakan makanan dengan penuh kasih sayang serta sentiasa berdoa agar anak akan mendapat khasiat daripada makanan yang anda sediakan.
Piramid Makanan seimbang

KAD PERKATAAN

Karbohidrat

Lemak

Vitamin

Protein

Garam Mineral

Teka silang kata

1. K 3.L k

4. P

o 2. G 5. i m

m t

Kebawah 1. Makanan mengandungi nasi,kentang dan roti

2.

Makanan laut Melintang 3. Makanan mengandungi minyak, planta dan santan.

4. Makanan mengandungi daging, ikan, ayam dan keju. 5. Buah-buahan dan sayur-sayuran

Menyusun semula perkataan untuk membina ayat tunggal dan majmuk.

udang 2.

1.

udang

suka

makan

Saya

____________________________________________

betik sedap itu Buah ____________________________________________ 3. suka ikan goreng Emak ____________________________________ 4. minum suka milo Saya dan susu
________________________________________________ 5.

suka

roti makan keju dan Ani

____________________________________ 6. dan kerang pandai masak Ibu ketam _______________________________________

KAD GAMBAR (2) MAKANAN SEIMBANG

Posted by AHMAD LATIP BIN ALWI ( D20102042688) at 01:42

Anda mungkin juga menyukai