Anda di halaman 1dari 8

KEMAHIRAN BELAJAR

Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahiran kemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai, supaya dikuasai oleh pelajar. Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir guru perlu menggunakan teknikteknik pengurusan pembelajaran yang sesuai. Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM perlu diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ianya bermula dari menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat. Dengan ujudnya ledakan maklumat, pelajar harus mahir dalam pemerolehan maklumat secara efektif dan efisen. Seterusnya bahan yang diperolehi perlu diproses supaya lebih mudah difahami. Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Akhirnya, jika perlu, laporan disediakan, bentuk dan format laporan ini bergantung kepada kehendak dan tujuan pembelajaran. Secara umumnya topik-topik yang akan disentuh adalah: Pengoptimuman Sumber Pembelajaran Pemerolehan Maklumat Mengumpul Maklumat Kemahiran membaca Memproses Maklumat Membuat Laporan

Jenis Sumber Pembelajaran A. Sumber berasaskan manusia 1. rakan sebaya 2. guru 3. pakar bidang 4. pegawai sumber. 1. buku 2. majalah 3. jurnal 4. ensiklopedia 5. surat khabar 6. kad katalog 7. kamus 8. buku teks

B. Bahan bercetak

C. Bahan pandang dengar

1. mikrofic 2. radio 3. televisyen 4. video 1. disket 2. cakra padat 3. cakra laser 4. disket video 5. internet

D. Sumber berasaskan komputer

Perbandingan Antara Beberapa Kategori Sumber Maklumat SUMBER KELEBIHAN A. Sumber berasaskan - fleksibel manusia - interaktif - secara lansung - mudah akses B. Sumber bercetak - murah - kekal - senang dirujuk - mudah alih - mudah akses C. Sumber pandang - murah dengar (audio-visual) - menarik - pelbagai pancaindera - mudah akses - boleh berulang tayangan/siaran - boleh digunakan di mana-mana dan pada bila-bila masa D. Sumber - amat fleksibel berkomputer - mudah dimaskinikan - multi-media - jaringan tidak terhad - canggih - user friendly

KELEMAHAN - tidak terjamin kualiti - sukar mendapatkan pakar yang berkewibawaan. - tebal - berat - tidak boleh disunting - tidak terkini - tidak tahan lasak - susah menyunting - tidak terkini

- mahal - menimbulkan tekanan - perisian terhad, - bergantung kepada bekalan eletrik - perlu mahir mengoperasikan komputer

Kriteria memilih bahan atau sumber - selaras dengan falsafah pendidikan negara - tidak bercanggah dengan nilai masyarakat - releven dengan kurikulum - selaras dengan prinsip pedagogi - memberi maklumat terkini - cost effective - mudah diperolehi - mudah digunakan - mudah alih - mudah senggara - pelbagai rangsangan - dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan - fleksibel

Implikasi Kelemahan/Kekuatan Sesuatu Sumber Pembelajaran 1. Bahan bercetak sukar dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan pembelajaran/pengajaran mangambil masa yang lama. Bahan berasaskan komputer atau teknologi maklumat boleh dikemakskinikan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh yang demikian disyorkan supaya pengguna lebih menggunakan bahan berasaskan komputer. 2. Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan dalam Internet/Intranet. Bahan-bahan ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Oleh yang demikian penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seorang guru. 3. Sumber pembelajaran berasaskan komputer selalu terdedah kepada kerosakkan hard disk, cakra padat, disket atau diserang virus. Strategi Mengoptimumkan Sumber Sekolah bestari akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset audio, pita video, perisian multi media dan internet. Guru bestari perlu menguasai kamahiran memilih bahan yang sesuai untuk digunakan secara optimum supaya mencapai kesan terbaik dalam pengajaran pembelajarannya. Selepas mengenal pasti semua sumber dan bahan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran pembelajarannya, seseorang guru perlu membuat keputusan untuk memilih bahan yang paling berkesan untuk digunakan dalam bilik darjahnya. Disamping itu juga guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai kesan terbaik. Pengoptimuman sumber pembelajaran merupakan kemahiran yang sangat penting bagi seseorang guru sekolah bestari. Ianya merangkumi beberapa strategi yang boleh diamalkan untuk mencapai pengoptimuman penggunaan sumber pembelajaran yang didapati dalam sebuah sekolah bestari. Strategi Pengoptimuman sumber 1. Cantuman Pelbagai Jenis Sumber Guru boleh menggunakan authorware untuk mencantumkan bahan daripada sumber audio kaset, pita video, perisian multimedia dan bahan internet dalam word prosessor atau electronic presentation untuk dihasilkan bahan pengajaran pembelajaran yang amat menarik dan berkesan. 2 Penggunaan Serentak Beberapa Jenis Sumber Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua pancaindera murid. Aktiviti hand on serta interaksi dengan alat teknologi canggih akan mengoptimukan proses pembelajarannya. Misalnya, guru boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan dengan menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti dalam aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran pembelajaran boleh diteruskan lagi dengan menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir pengajarannya pula, murid boleh digalakkan membuat persembahan hasil pembelajaran melalui komputer dan disebarkan kepada rakan sebayannya melalui classnet. Murid boleh berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer masing-masing melalui classnet dalam bilik darjah bestari itu. 3. Perkongsian melalui internet Sumber pembelajaran khususnya yang dicipta oleh guru sekolah bestari harus dikongsi antara guru sekolah bestari supaya manfaat maksimum dinikmati bersama. Disarankan bahawa semua guru bestari bermuafakat antara satu sama lain untuk berkongsi bahan pembelajaran melalui edunet. Melalui internet seseorang guru boleh mengembangkan potensinya kepada tahap maksimum dan seterusnya mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan. 4 Penyelidikan dan Pembangunan Guru digalak menjalankan kajian tindakan mengumpul maklumat tentang pengajaran pembelajaranyn, mencuba teknik atau kaedah bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Antara lain,

hasil kajian tentang keberkesanan bahan atau cara mengoptimumkan penggunaannya dapat disebar untuk faedah guru lain. Mengumpul Maklumat Mendengar secara aktif Mencatat nota Membuat rujukan Menemuramah (menyoal untuk mendapat maklumat ) Kemahiran Mendengar Untuk Belajar Kemahiran mendengar adalah penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Kemahiran ini boleh dipupuk dan dipertingkatkan melalui panduan yang seperti yang berikut: a) Pentingkan pendengaran atau disiplinkan diri supaya suka, gemar dan berminat mendengar kuliah atau pengajaran guru; b) Lihat dan tumpukan perhatian kepada penyampai maklumat; c) Jangan hiraukan gangguan terutama gerak laku yang tidak berkaitan d) Dengar dengan teliti dan kenal pasti isi, ayat atau konsep penting yang disampaikan e) Catat isi, fakta dan maklumat penting; dan f) Gunakan sistem trengkas sendiri untuk mencatat Mendengar Secara Aktif Mendengar secara aktif merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui pertuturan, bunyi-bunyi tertentu, atau alat pandang dengar. Tujuan Mendengar mendapatkan maklumat mencatat nota menjalankan atau menunaikan arahan mengecam bunyi mengenal pasti sesuatu perkara menjawab soalan mengingat dan menyatakan kembali perkara yang didengar bertindak balas dengan sewajarnya terhadap perkara yang didengar Panduan Mendengar Secara Berkesan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan tujuan di atas maka dapatlah kita mengetahui betapa pentingnya mendengar secara aktif. Dalam pembelajaran, kemahiran mendengar perlu digunakan terutamanya semasa mendengar kuliah atau pengajaran guru. Antara perkara-perkara yang perlu diberikan pertimbangan semasa mendengar kuliah ialah: Tenangkan fikiran dan duduklah dalam keadaan yang selesa Berikan tumpuan kepada guru Kenal pasti tajuk dan tujuan kuliah. Ini ialah untuk memberikan tumpuan pendengaran kita kepada perkara-perkara yang hendak disampaikan Elakkan perasangka buruk terhadap guru atau penceramah. Yang penting bukannya orangnya tetapi isi kuliahnya Bersifat positif dan terbuka Dengar dan fahamilah kuliah dengan teliti Catat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang dikemukakan oleh guru atau penceramah Cuba sebutkan berulang kali dan secara perlahan-lahan setiap istilah baru yang didengar

Cuba kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri untuk mengekalkan daya ingatan anda Berikan tumpuan pandangan anda kepada idea-idea baru, isi-isi utama dan rumusan yang dibuat oleh guru atau penceramah.

Mencatat Nota Walaupun ada pendapat yang menyatakan bahawa cara mencatat nota merupakan suatu perkara peribadi, seseorang boleh belajar untuk menjadi pencatat nota yang berkesan. Catatan atau nota lazimnya dibuat seperti yang berikut: ringkas, menggunakan kata kunci dan bukan ayat-ayat yang lengkap; disusun dalam bentuk lakaran idea (outline) yang jelas dan boleh difahami; mengutamakan idea atau isi utama, disusuli dengan subidea pertama kedua, dan seterusnya; dan menggunakan tatatanda yang memudahkan anda mengenali idea, subidea dan maklumat sokongan. Lazimnya, membuat catatan atau mencatat nota dikaitkan dengan pemerolehan maklumat daripada sumber-sumber seperti kuliah/ceramah, bahan yang dibaca seperti buku dan laporan dan pencerapan lapangan. Mencatat Nota Pendengaran Bacaan Catatan Lapangan seminar; bahan cetak pemerhatian kuliah bahan elektronik temu bual ucapan; ceramah forum Proses Membuat Rujukan Sumber maklumat yang dimaksudkan dalam kategori ini terdiri daripada buku, jurnal, ensiklopedia, artikel, akhbar dan media cetak lain. Ada beberapa peraturan yang dijadikan kebiasaan mencatat maklumat daripada sumber jenis ini. Apabila mencatat maklumat daripada sumber seperti yang disebutkan, pencatat hendaklah mencatatkan maklumat tentang sumber seperti judul, nama pengarang, tahun dan tempat bahan diterbitkan. Guru hendaklah memberitahu pelajar tentang cara mencatat maklumat yang berbeza-beza mengikut sumber yang digunakan.. Membuat Catatan (a) Memahami Organisasi Kandungan Bahan Setiap bahan biasanya mengandungi isi utama, huraian dan contoh-contoh untuk membantu pembaca memahami isi dengan lebih jelas lagi. Pelajar-pelajar hendaklah dilatih mengenal komponen-komponen ini. (b) Menyusun dan Merekod Maklumat Setelah memahami bahan bacaan pelajar hendaklah menyusun dan merekod isi-isi supaya mudah dirujuk semula. Cara merekod maklumat hendaklah sistematis dan boleh membantu pelajar. Pelajar hendaklah menggunakan bentuk penulisan ringkas yang difahaminya seperti; mencatat maklumat dalam buku catatan (buku skrap); menulis maklumat pada kad kecil menulis maklumat dalam buku khas mengikut subjek memasukkan maklumat ke dalam komputer

Menemuramah Satu lagi cara untuk mendapatkan maklumat ialah dengan menemu ramah seseorang. Lazimnya temuramah dibuat untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu daripada tokoh, pakar dalam sesuatu bidang, orang kenamaan atau orang yang terlibat dalam sesuatu peristiwa. Kadang kala, temuramah dilakukan semasa seseorang membuat pemerhatian di lapangan. Tahap-Tahap Temu Ramah (1) Peringkat Sebelum Temuramah Sebelum temuramah kita perlu membuat persediaan seperti yang berikut: a. Tentukan maklumat yang diperlukan b. Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak ditemuramah c. Selidik latar belakang tokoh berkenaan serta bidang yang hendak ditemuramah d. Buat temu janji dengan tokoh berkenaan tentang tempat, masa dan tarikh untuk dibuat temuramah e. Sediakan soalan-soalan untuk mencungkil dan mendapatkan maklumat yang dikehendaki f. Sediakan alat perakam, alat tulis, kamera dan sebagainya mengikut keperluan (2) Peringkat Semasa Temuramah Apabila sampai pada masa untuk membuat temuramah kita hendaklah menjalanknan perkara-perkara di bawah. a) Tiba ke tempat yang dikenal pasti lebih awal daripada masa yang dijanjikan. b) Gunakan/pengucapan bertatasusila yang sesuai. c) Nyatakan tujuan temuramah itu dengan jelas kepada tokoh berkenaan. d) Bersikap ramah mesra dengan tokoh berkenaan. e) Tunjukkan minat anda untuk mendengar perkara yang hendak diceritakan oleh tokoh berkenaan. f) Adakan hubungan mata dan interaksi yang selesa. g) Wujudkan suasana yang tenang dan ceria h) Jadikan pendengar yang patuh i) Kemukakan soalan-soalan yang telah disediakan j) Gunakan alat perakam suara, kamera dan sebagainya jika difikirkan perlu k) Catatkan butir-butir penting pada buku catatan l) Nyatakan penghargaan anda kepada tokoh berkenaan sebaik sahaja selesainya temuramah tersebut (3) Peringkat Selepas Temuramah Selepas temuramah tentukan perkara-perkara yang berikut dilakukan a. Teliti semula maklumat yang dicatat dan dirakamkan semasa temuramah tadi b. Rancangkan isi penting sama ada perlu disusun berdasarkan kronologi, keutamaan, kata tanya, atau ketegori tertentu. c. Tulis draf pertama berdasarkan rangka yang telah dikenal pasti d. Teliti draf pertama dan tentukan maklumat sama ada perlu ditambah atau tidak. a) Masukkan gambar, gambar rajah, atau grafik untuk memudahkan pemahaman pembaca b) Senaraikan bahan bacaan yang menjadi sumber rujukan c) Dapatkan bimbingan guru atau rakan d) Sebarkan maklumat atau penulisan anda kepada kelas atau media cetak tempatan

Teknik Membaca KWLH


KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya) Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca; mengingat dahulau apa yang telah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya) Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH. Know (K) Apa yang sudah diketahui? Want (W) Apa yang hendak diketahui? Learned (L) Apa yang telah dipelajari/diperoleh? How (H) Apa lagi maklumat tambahan diperlukan?

Ke Atas Teknik Membaca SQ3R SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi; S (survey) tinjau Q (question) soal/tanya R (read) baca R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review) baca semula Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning. Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini.

Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya. Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal. Ke Atas Skimming dan Scanning Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca. Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming. Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

Anda mungkin juga menyukai