Anda di halaman 1dari 19

TAJUK 3: PERSEKITARAN KEWANGAN DI MALAYSIA

1. 2. 3. 4. 5. Sistem kewangan Sistem perbankan dan jenisnya Pasaran kewangan Instrumen-instrumen tabungan dan pelaburan Kewangan syarikat:
Pengguna maklumat kewangan Penyata-penyata kewangan

Sistem Kewangan

Sistem Kewangan

Pasaran Kewangan

SISTEM KEWANGAN
Saluran pemindahan dana daripada unit lebihan kepada unit kurangan

Pemindahan Dana

Secara langsung
Unit kurangan perlu mencari sendiri unit lebihan Perlukan cagaran atau sekuriti Kos pinjaman yang lebih murah Contoh terbitan saham oleh syarikat

Secara tidak langsung


Unit lebihan dana akan menyimpan di unit perantara kewangan Perantara kewangan akan mengagihkan kpd unit kurangan yg memerlukan Kos pinjaman dan risiko lebih tinggi kerana tiada cagaran

Peranan Sistem Kewangan


Menggerakan dana dalam ekonomi Membantu mengembangkan pelaburan menerusi pinjaman dana Membantu meningkatkan kebajikan ekonomi bagi setiap rakyat Membantu unit lebihan mencari peminjam lebihan dana

Sistem Perbankan
Institusi Perbankan
1. Bank Negara Malaysia 2. Bank-bank perdagangan 3. Syarikat kewangan 4. Bank-bank saudagar 5. Syarikat diskaun 6. Bank luar pesisir 7. Pejabat perwakilan bank-bank asing

Perantara kewangan bukan bank


1. Syarikat insurans 2. Syarikat saham amanah 3. Syarikat pemajakan 4. Syarikat pemfaktoran 5. Syarikat modal usaha niaga 6. Syarikat kredit kewangan 7. Agensi penarafan Malaysia 8. Institusi pembiayaan pembgnan 9. Kumpulan wang amanah dan pencen 10. Lem. Urusan dan Tabung Haji 11. Intitusi kredit perumahan 12. Institusi tabungan

Pasaran Kewangan

Pasaran wang dan pertukaran asing

Pasaran modal

Pasaran derivatif

Pasaran Wang dan Pertukaran Asing


Tempat di mana urusniaga dana jangka pendek berlaku Ia tidak mempunyai premis yang tetap sebagaimana di pasaran ekuiti Peserta berhubung melalui telefon dan internet untuk membuat pesanan Bagi pasaran wang Instrumen kewangan yang diniagakan terdiri dari instrumen kewangan dan deposit jangka pendek dalam sebutan matawang tempatan Bagi pasaran pertukaran asing ianya melibatkan urusniaga instrumen kewangan dan deposit jangka pendek dalam sebutan mata wang asing Pasaran wang menggunakan kadar faedah manakala pasaran pertukaran asing menggunakan kadar pertukaran mata wang asing Urusniaga dalam pasaran wang dan pertukaran asing berlaku antara pihak-pihak yang mempunyai dana jangka pendek dengan pihak yang mempunyai kurangan dana jangka pendek

Pasaran Wang dan Pertukaran Asing


Urusniaga ini dilakukan bagi memperolehi hasil faedah yang lebih tinggi berbanding dengan deposit simpanan di institusi kewangan Kedua-dua urusniaga ini terlibat dengan urusniaga pembelian dan penjualan surat-surat hutang jangka pendek supaya dibeli oleh unit-unit lain Pasaran pertukaran asing terlibat dalam urusniaga pertukaran matawang asing dengan dikawal oleh Akta Pertukaran Wang 1953 Pertukaran mata wang berlaku antara bank dan broker wang berlesen Pelanggan utama ialah syarikat-syarikat yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa yang menerlukan mata wang asing untuk membuat pembayaran dan juga penerimaan keluar negara menerusi bank perdagangan. Contoh Bank Islam Malaysia Bhd dan Maybank

PASARAN MODAL
Pasaran modal mempunyai satu struktur organisasi dan premis yang formal. Pasaran modal bagi Malaysia ialah Bursa Saham Kuala Lumpur Ia merujuk kepada pasaran formal yang memperdagangkan aset-aset kewangan jangka panjang seperti bon kerajaan atau swasta dan saham korporat. Diwujudkan bertujuan menggembeling dana jangka panjang daripada semua lapisan masyarakat supaya membiayai rancangan pembangunan awam serta pelaburan swasta Pasaran ini bertindak menemukan pembeli dan penjual pada satu-satu masa dengan diuruskan oleh broker

PASARAN MODAL
Urusniaga pasaran prima melibatkan urusniaga ke atas sekuriti yang baru pertama kali diterbitkan. Ia terdiri daripada terbitan awam permulaan dan terbitan bermusim Urusniaga pasaran sekunder melibatkan urusniaga jual beli sekuriti yang sudah disenaraikan di pasaran saham Kebaikan pasaran modal ialah membolehkan para pemegang sekuriti mencairkan aset mereka dan mengurangkan kos transaksi Prestasi pasaran modal diukur menggunakan indeks.

PASARAN DERIVATIF
Merupakan sebuah pasaran opsyen dan niaga hadapan kewangan Niaga hadapan kewangan dimulakan pada tahun 1995 menerusi penubuhan Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) yang memperdagangkan kontrak Niaga Hadapan Indeks Komposit BSKL Kontrak Niaga Hadapan kadar tawaran 3 bulan antara bank Kuala Lumpur (KLIBOR) didagangkan di Bursa Komoditi dan Kewangan Malaysia (COMMEX) Pasaran derivatif di kawal selia oleh Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993. Pada tahun 2002 semua bursa-bursa disatukan menjadi Bursa Derivatif Malaysia (MIDEX)

INSTRUMEN TABUNGAN DAN PELABURAN

Semasa

simpanan

Deposit tetap

Sijil deposit boleh niaga

Perjanjian beli balik (REPO)

saha m

Bo n

Akaun Semasa
Sejenis akaun deposit yang menawarkan kemudahan cek kepada pelanggan

Akaun Simpanan
Sejenis akaun yang menawarkan kadar faedah kepada penyimpan

Deposit/simpanan Tetap
- Melabur di bank/institusi kewangan.

- Pelaburan tanpa risiko. - Faedah lebih tinggi berbanding simpanan biasa. - Menyimpan untuk suatu tempoh tertentu.
Kelebihan :
i. Pulangan tetap. ii. Simpanan selamat iii. Simpanan boleh dikeluarkan atas permintaan.

Sijil deposit boleh niaga


Dokumen yang dikeluarkan oleh institusi perbankan yang menyatakan jumlah wang yang disimpan dengan institusi berkenaan. Satu kadar faedah tetap akan dibayar pada pemegang sijil pada tarikh matang yang ditetapkan. Sijil ini boleh diniaga dipasaran wang sebelum ianya matang. Ia ditawarkan oleh bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan

3. Saham
Pelaburan yang dibuat oleh Syt. Berhad untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen atau bonus. Tujuan Syarikat Berhad menerbitkan saham ialah untuk mengumpulkan modal bagi mengembangkan syarikat. 2 kategori iaitu : (i) Saham disenaraikan. - saham syarikat diurusniagakan di pasaran saham. (ii) Saham tidak disenaraikan. - saham yang tidak diurusniagakan di pasaran saham secara rasmi. Terdapat dua jenis saham iaitu saham biasa dan saham keutamaan

BON
Merupakan sekuriti hutang yang dijual oleh pihak kerajaan atau badan korporat dalam membiayai projek pembangunan. Pemegang bon mendapat faedah setiap tahun yang disebut kadar kupon. Jika syarikat mengalami kebangkrapan pemegang bon berhak menuntut aset terlebih dahulu sebelum pemegang saham biasa.

Anda mungkin juga menyukai