Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Kokurikulum Olahraga Mohd Zaki Bin Mohd Yusof PISMP TESL 5 Semester 5

Alhamdulillah dengan jayanya saya dan rakan telah berjaya menyiapkan Kerja Kursus Kokurikulum Olahraga ini. Dalam usaha menyediakan kerja khusus ini, saya ingin merakkamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya atas segala sokongan moral dan nasihat beliau semasa kursus ini sedang siap disempurnakan. Beliau telah banyak meluangkan masa membimbing dengan menghulurkan pelbagai maklumat baru berkaitan olahraga. Dalam proses mencari maklumat berkaitan, saya telah mengadakan perbincangan bersama ahli kumpulan saya untuk mendapatkan lebih banyak bahan sumber bagi memantapkan lagi penjelasan dalam sesuatu acara yang telah diagihkan. Acara lari berganti-ganti merupakan satu-satunya acara berkumpulan dalam sukan olahraga. Lelaki dan perempuan turut diberi peluang untuk mencuba acara ini. Dalam sesuatu perjumpaan olahraga, acara lari berganti-ganti sering menjadi tumpuan ramai sama ada pada pihak peserta ataupun para penonton. Dengan adanya kerja kursus ini, saya lebih mudah memahami acara lari berganti-ganti ini dengan lebih dekat. Pada awal dan pertengahan kurus ini kami para pelajar telah diberi tugasan yang agak mencabar iaitu mengelola Kejohanan Olahraga Mini antara para pelajar. Hal ini dapat dilihat kesemua para pelajar sibuk menimba ilmu dari para pensyarah bagaimana hendak membuat garisan dipadang dan lain lain lagi. Membuat garisan dipadang tersangat lah mencabar kerana ukuran padang tersebut mestilah tepat untuk memastikan tiada berlaku perselisihan faham semasa kejohanan olahraga tahunan dijalankan. Untuk kejohanan olahraga tahunan mini kami para pelajar telah membuat jalinan kerjasama diantara pelajar Institut Pendidikan Guru kami sendiri iaitu dari unit Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris yang lain untuk membantu kami untuk memastikan kejohanan olahraga mini yang kami jalankan itu berlangsung dengan jayanya. Mereka juga telah bersetuju untuk menjadi para peserta dan penonton kami pada hari tersebut. Maka kami sebagai satu pasukan telah bertungkus lumus sebagai pihak penganjur untuk memastikan semua orang gembira dan berpuas hati semasa aktiviti kejohanan olahraha tahunan kami pada hari tersebut.

Apabila melakukan kerja kursus dan aktiviti kejohanan olahraga tahunan ini saya dapat mengesan beberapa kelebihan dan kekurangan daripadaa pihak parti pertama iaitu kami sendiri. Antara kelebihanya ialah ahli ahli kumpulan kami sentiasa komited terhadap tugas yang telah diberikan kerana masing masing sudah mula sedar dan dan sedang mengadaptasi tanggungjawap yang telah diberikan sebagai seorang guru pelatih namun dalam kelebihan tersebut tetap ada kekurangannya dimana kami juga kekurangan tentang infomasi infomasi yang penting kerana ini adalah kali pertama kami menganjurkan kejohanan olahraga tahunan. Mungkin dengan pengalaman yang ada ini akan membuatkan kami untuk memperbaiki supaya tidak berlaku lagi dimasa hadapan. Secara kesimpulannya kita boleh memperbetulkan pernyataan dan fakta yang kita ketahui dan mengemaskini info yang kita telah dapat sepanjang melakukan kerja kursus ini. Malah semangat kerjasama turut memainkan peranan penting dalam meyiapkan tugasan ini. Saya dan ahli kumpulan saya telah bekerjasama dengan penuh dedikasi untuk melaksanakan tanggungjawab ini dengan harapan dapat menambah ilmu pengetahuan untuk digunapakai apabila mula mengajar nanti. Hal ini juga dapat memberi manfaat kepada anak bangsa supaya dapat berjaya dalam akademik dan kokurikulum.

Anda mungkin juga menyukai