Anda di halaman 1dari 47

1.0 Pengenalan Tekstil adalah antara structure yang paling lama dicipta sebelum masihi lagi.

Jika anda pernah menonton movie- movie sejarah lama perperangan Rom, Parsi dan sebagainya. Anda esti perasan yang mana pada zaman tersebut pun sudah ada pakaian. Kadang- kadang kita tidak pernah terfikir pun pasal fabrik. Yang terlintas dalam fikiran adalah keunikan pakaian para tentera Parsi dan Rom itu sahaja, dalam kata lain adalah "Fesyen". Bercakap mengenai fesyen, saya mempunyai seorang sahabat baik dalam bidang ini iaitu saudara "Adnan Hassan" yang banyak menghabiskan masanya dalam bidang fesyen ini. Anda semua boleh mendapat lebih info di laman web adnanhassan.com.my. Untuk pengetahuan semua, Tekstil adalah satu industri yang besar dan mempunyai scope yang luas. Ianya melibatkan banyak industri. Bukan hanya dalam bidang pakaian (Fesyen) sahaja bahkan banyak lagi bidang- bidang lain. Contohnya yang paling senang untuk dilihat adalah "carpet" yang banyak digunakan sebagai pelapik lantai. Banyak lagi bahan tekstil ini diguna pakai dalam bidang automotif, decoration, furnishing, garment, construction, space (pakaian angkasa) dan sebagainya lagi. Sebenarnya di Malaysia, Tekstil adalah material yang paling sinonim dengan penduduknya. Yang dimaksudkan adalah pakaian, belbagai pakaian dan jenis material digunakan untuk mencorakan sesuatu design didalam masayrakat kita. Pakaian juga dipakai oleh semua kaum dengan cara mereka tersendiri. Persoalanya, adakah mereka tahu apakah sebenarnya material yang mereka sedang pakai. Sayangnya mereka tidak menyedari dan tidak mahu ambil tahu semua itu. Jikalau mereka tahu kepentinganya, sudah pasti mereka akan rasa bertapa pentingnya Tekstil dalam kehidupan seharian dan pasti mereka akan cuba mendalami ilmu tekstil itu sendiri. Sepatutnya semua masyarkat Malaysia patut tahu secara asas serba sedikit mengenainya. Golongan yang paling patut tahu adalah mereka yang terlibat lansung dalam industri Tekstil seperti penjual kain, pembuat batik, penjahit, pemilik butik, dan sesiapa sahaja yang terlibat lansung dalam bidang Tekstil. "Tahu secara asas" disini ialah mengetahui penggunaan pada tempatnya. Sebagai contoh, kenderaan manakah yang sesuai untuk masuk kehutan dan memanjat bukit? Adakah kereta yang sesuai atau pick-up ataupun track. Anda pun tentu tahu jawapanya. Sudah tentu kereta sama sekali tidak sesuai untuk memanjat bukit. 1

Dalam blog ini saya cuba memasukan seberapa banyak malumat mengenai Tekstil dan Fabrik untuk menjanakan maklumat sebagai pegetauan tambahan. Saya cuba membuat pecahan kepada topik- topik besar seperti "Asas Pembuatan Tekstil" dan "Industri- industri yang terlibat secara lansung". Secara ringkasnya, dibawah adalah antara sub-topik yang akan dibincangkan lebih lanjut dari masa ke semasa:A). Asas pembuatan Tekstil Pengenalan kepada Fiber Pengenalan kepada Yarn/ Benang Pengenalan kepada Fabrik Proces deying/ mewarna fabrik Produk- produk yang dihasilkan dari Fabrik. B). Industri yang telibat secara langsung Pakaian dan Fesyen Penggunaan dalam Automotif Penggunaan dalam bidang Perubatan Penggunaan dalam bidang Penghotelan Penggunaan dalam Kejuruteraan

2.0 Kajian fabrik 2.1 Klasifikasi fabrik Kajian fabrik meliputi klasifikasi gentian, kegunaan dan cirinya. Pengetahuan tentang fabrik dapat membantu kita untuk memilih fabrik yang sesuai untuk pakaian dan kelengkapan rumah tangga.

Gentian ialah serabut serat dan filamen daripada bahan asli dan buatan yang dijadikan yarn untuk menghasilkan fabrik. Gentian boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu gentian asli dan gentian buatan. Gentian

Yarn

Benang

Fabrik

2.1.1 Gentian asli Sejak zaman purba, manusia telah menggunakan pelbagai sumber semulajadi untuk melindungi tubuh mereka. Kulit haiwan dan sumber tumbuhan seperti daun dan kulit pokok merupakan pilihan utama mereka. Perubahan masa dan pengetahuan sains dan teknologi kini berupaya menghasilkan pelbagai fabrik yang bermutu. Gentian asli boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu gentian tumbuhan dan gentian haiwan.

i) Gentian tumbuhan

Gentian tumbuhan boleh diklasifikasikan kepada kapas dan linen. Gentian ini mengandungi 70% hingga 80% selulosa daripada biji, batang, daun dan buah. Kapas diperoleh daripada buah pokok kapas manakala linen diperoleh daripada serat pokok fleks.

Kapas

-Pokok kapas banyak ditanam di negara India, Amerika syarikat , Rusia, China dan Mesir. Tinggi pokok kapas lebih kurang satu hingga satu setengah meter. Pada peringkat awal, bunganya berwarna kuning muda. Selepas tiga hari, bunga akan menjadi merah dan gugur meninggalkan lengai atau buah kapas.

-Lengai ini membesar sehingga sebesar telur ayam. Terdapat 3 hingga 5 garisan yang membujur yang akan merekah apabila buah kapas matang. Setiap pokok akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 20 biji buah dan setiap buah pula mengandungi 30 biji benih hingga 40 biji benih yang disalut bebola gentian kapas.

-Kapas dikategorikan kepada 4 jenis iaitu kapas Sea Island, kapas Mesir, kapas Amerika dan kapas India.

-Kapas Sea Island dan kapas Mesir digunakan untuk membuat benang kapas dan fabrik yang ringan seperti Batiste. Kapas Amerika sesuai dijadikan fabrik yang tebal dan berat untuk kegunaan artikel kelengkapan rumah tangga dan industry. Kapas India digunakan untuk menghasilkan fabrik berkualiti rendah.

STRUKTUR GENTIAN KAPAS -Gentian kapas dibentuk daripada beberapa unit sel yang merupakan tiub yang pipih, berpintal, dan terdapat lumen di tengahnya.

CIRI GENTIAN KAPAS

1)Kekukuhan Kapas adalah gentian yang kukuh. Gentian kapas bertambah kukuh apabila basah

kerana air yang diserap mengembangkan gentian kapas dan menyusun semula kawasan yang berhablur di dalam selulosa. Kekukuhan ini membolehkan kapas diberus, diperah, dan direbus ketika dicuci tanpa merosakkan gentian. Kekotoran juga dapat dikeluarkan dengan mudah.

2)Kekenyalan Kapas adalah gentian yang tidak kenyal. Ini membolehkan pakaian atau artikel

mengekalkan bentuknya , tetapi jika diregang melebihi had, gentian kapas tidak akan kembali ke bentuk asal. Ini menyebabkan pakaian mudah renyuk.

3)Penyerapan lembapan Gentian kapas adalah bersifat hidrofilik. Ini bermakna gentian tersebut mudah menyerap

lembapan. Fabrik kapas mengandungi 7% lembapan dan dapat menyerap sehingga 21% air. Kebolehan menyerap lembapan seperti peluh menjadikan fabrik kapas selesa dipakai. Gentian kapas ini sesuai untuk dibuat tuala dan pembalut. Ia juga menyerap mudah warna. Kapas tidak mempunyai cas elektrostatik kerana kandungan air yang terdapt di dalam gentiannya.

4)Pengalir haba Kapas adalah pengalir haba yang baik kerana dapat memindahkan haba tubuh ketika

panas membuatkan kita merasa tubuh.Ini membolehkan fabrik kapas diseterika pada suhu yang tinggi.

5)Tindakan asid Asid pekat seperti asid hidroklorik dan asid sulfuric akan melemahkan dan merosakkan

fabrik. Asid lemah seperti asid asetik dalam cuka dan asid buah-buahan tidak meninggalkan kesan kepada fabrik sekiranya pakaian dicuci segera.

6)Tindakan alkali Gentian kapas tahan pada tindakan alkali seperti sabun dan agen pencuci sekali pun

direbus. Tetapi fabrik kapas perlu dibilas sehingga bersih untuk menggelakkan perubahan warna. Pakaian kapas yang berwarna putih akan bertukar menjadi kuning jika agen pencuci alkali tidak dibilas dengan bersih.

7)Ketahanan terhadap cahaya matahari Gentian kapas tidak memberi kesan kepada cahaya matahari.

Kategori, ciri dan kegunaan kapas

Kategori Kapas Sea Island

Ciri Panjang dan halus 35mm 65mm Berwarna putih Panjang dan halus Berwarna krim Tebal dan berat 20mm 35mm Berwarna krim keputihan

Kegunaan Membuat benang kapas Membuat fabrik nipis dan bermutu Membuat benang kapas Membuat fabrik nipis Membuat sederhana tebal Membuat pakaian dan rumah fabrik

Kapas Mesir

Kapas Amerika

kelengkapan tangga Kegunaan sendiri Kapas India Kasar Berkualiti rendah Panjang 10mm 25mm Membuat ambal selimut

dan

Contoh fabrik kapas : Maslin Denim Gingham

Linen

Gambar pokok fleks

Gentian linen ialah selulosa batang fleks. Fleks ditanam di Russia, Poland, Perancis, dan Romania. Tinggi pokok fleks lebih kurang satu meter. Daunnya kecil dan tirus, bunganya biru atau putih dan berbatang kecil. Gentian yang baik didapati semasa pokok berbunga atau ketika batangnya berwarna hijau. Gentian fleks

menghasilkan yan dan tow. Yan urai adalah gentian linen yang panjang, halus, licin, dan berkilat. Yan urai digunakan untuk membuat fabric batiste, kambrik, kain damask, untuk kain kelengkapan rumah tangga, dan pakaian. Tow adalah gentian yang pendek, kasar, warnanya pudar, lembut, dn terasa panas apabila dipegang. Tow digunakan untuk membuat pakaian, cadar, dan tuala. Struktur gentian fleks Gentian fleks berupa satu jaluran yang mengandungi lebih kurang 30 unit sel. Purata panjang gentian adalah lebih kurang 500 milimeter. Ketebalan gentian bergantung kepada jumlah sel yang terdapat dalam gentian tersebut. Sel gentian fleks dipastikan dengan adanya ruuas apabila di lihat dibawah mikroskop. Bentuk permukaan keratin rentas gentian fleks adalah polygonal. Gentian fleks mengandungi gam dan lilin.

Ciri-ciri gentian linen

kekukuhan

- paling kukuh - bertambah kukuh apabila basah kerana kerana permukaan selnya yang berpoligon

kekenyalan

- Tidak kenyal - dapat mengekalkan bentuknya - pakaian mudah renyuk

Penyerapan lembapan

-mudah menyerap lembapan -menyerap 20% air -kering lebih cepat

Pengalir haba

-Pengalir haba yang baik -dapat memindahkan haba tubuh ketika panas buat kita rasa sejuk -diseterika pada suhu tinggi

Tindakan asid

-asid hidroklorik dan asid sulfuric akan merosakkan fabric -asid asetik dan cuka tidak memberikan sebarang kesan

Tindakan alkali

-tahan kepada tindakan alkali seperti sabundan agen pencuci -perlu dibilas sehingga bersih

Ketahanan matahari

terhadap

cahaya -tahan apabila didedahkan kepada cahaya matahari

Contoh fabrik linen : -Linen jarang -Damask -Linen berat

ii) Gentian haiwan

Sutera

Gambar ulat sutera

Dalam jangkamasa tiga hingga tujuh hari ,telur kupu-kupu menetas, menjadi larva dan diberi makan daun malberi. Dalam jangka masa pembesaran, larva bersalin kulit sebanyak empat kali dan beratnya bertambah sepuluh ribu kali ganda dan bersedia membentuk kokun. Pada mulut larva terdapat dua pasang kelenjar. Sepasang kelenjar mengeluarkan cecair protein fibrion dan membentuk dua filamen sutera yang akan kering apabila terdedah di utara. Pada masa yang sama, sepasang kelenjar yang lain mengeluarkan bahan gam serikin yang meletakkan kedua-dua filament. Larva melilit filament tubuhnya dengan pergerakan angka lapan hingga terbentuk kokun. Dalam membuat sutera kokun ini dipanaskan untuk membunuh kepompong sebelum sempat menjadi kupu-kupu dan sebelum kepompang menebuk kokun yang boleh memendekkan filament dan merendahkan kualiti sutera. Kebanyakkan filamen sutera diperoleh daripada bombyx morri, iaitu sejenis kupu-kupu yang diternak. Sutera liar seperti Tussah atau Tussur diperoleh apabila kupu-kupu Antherea, sejenis kupu-kupu liar dikumpulan dari pokok di Asia Tenggara. Kupu-kupu ini makan daun oak dan menghasilkan sutera yang berwarna krim, kuning atau hijau.

Struktur filamen sutera Fibroin tersusun rapat untuk membentuk kawasan berhablur yang menjadikan gentian sutera kukuh. Filamen sutera kelihatan seperti rod licin dan keratin rentasnya berbentuk segitiga. Bentuk segitiga ini member kilauan kepada fabrik.

Ciri-ciri filamen sutera kekukuhan - kukuh - ketika basah sutera akan kehilangan 20% kekukuhannya. kekenyalan - kekenyalan sutera bergantung kepada kualiti. - sutera yang tidak baik akan mudah renyuk Penyerapan lembapan -fabrik sutera adalah ringan -menyerap 20% air -kering lebih cepat Pengalir haba -Pengalir haba yang kurang baik -dapat mengekalkan suhu udara terlalu tinggi atau rendah -diseterika pada suhu rendah Tindakan asid -asid dan garam seperti peluh dan buah-buahan , agen pencuci dapat merosakkan sutera Tindakan alkali -dapat melemah dan merosakkan sutera. -sutera memerlukan agen pencuci yang lembut. Ketahanan matahari terhadap cahaya -tidak tahan apabila didedahkan kepada cahaya matahari -perlu dikeringkan ditempat teduh.

10

Benang Sayat Kambing biri-biri merupakan sumber utama gentian benang sayat. Bulu haiwan lain juga dijadikan sumber. Contohnya bulu kambing Angora yang menghasilkan Mohair. Kualiti gentian benang sayat bergantung kepada baka biri-biri, iklim dan kaedah penternakan. Gentian ini sesuai digunakan untuk pakaian dan alat kelengkapan rumah tangga.

Contoh fabrik benang sayat : Tweed Twill Jersi

11

Ciri-ciri gentian asli Ciri / Gentian Kapas Linen Sutera Benang Sayat

Keteguhan

-Teguh kering basah

ketika -Paling teguh atau -Sel berpoligon

-Teguh kering -Lemah

ketika -Teguh kering 20% -Kurang

apabila

teguh

apabila basah Penyerapan lembapan -Mudah menyerap -Baik -Boleh -Daya penyerapan baik

apabila basah

-Mampu menyerap

-Bersifat hidrofilik menyerap sehingga 20% -Cepat kerana rongga gentian kering kurang dan

-Boleh menyerap kelembapan 20% sehingga 30%

Keselesaan

-Struktur nipis berpintal

yang -Sejuk dipakai dan

-Ringan, lembut -Lembut dan

dan

sangat selesa dipakai

selesa dipakai

membuatnya selesa dipakai

Kekonduksian haba

-Pengalir yang baik

haba -Pengalir yang baik

haba -Penyerap haba -Penebat yang baik, fabrik baik cepat kering -Pengalir yang baik -Tidak haba terbakar

yang

mudah

Kekenyalan

-Mudah

renyuk -Tidak kenyal

-Tidak renyuk -Tidak memberi Tidak

-Baik -Tidak renyuk mudah

jika tidak diberi -Mudah renyuk kemasan khas 12

-Mengecut semasa pertama cucian

mengecut

-Kepegasan baik

Ketahanan terhadap suhu

-Tahan

pada -Tahan

pada -Sensitif

pada -Rosak

pada

suhu yang tinggi

suhu yang tinggi

suhu yang tinggi

suhu yang tinggi

Ketahanan terhadap cahaya matahari

-Tahan

pada -Tahan cahaya matahari

pada -Tidak pada matahari

tahan -Gentian cahaya menjadi keras

cahaya matahari

dan kering jika terdedah terlalu lama

Ketahanan terhadap bahan kimia

-Tahan

pada -Tahan

pada -Mudah asid

rosak -Rosak oleh asid dan dan alkali pekat

asid lemah dan asid lemah dan oleh alkali alkali alkali

13

2.1.2 Gentian Buatan Perkembangan teknologi yang pesat telah merealisasikan penghasilan pelbagai fabrik daripada bahan kimia. Tindak balas bahan kimia dengan bahan mentah akan menghasilkan fabrik yang dikategorikan sebagai gentian buatan. Bahan mentah yang lazim digunakan termasuklah selulosa, petroleum dan arang batu. Gentian buatan terbahagi kepada dua jenis iaitu : (a) (b) Gentian selulosa terjana semula Gentian sintetik

(a)

Gentian selulosa terjana semula

Gentian selulosa terjana semula merupakan hasil campuran sebatian bahan kimia dengan selulosa daripada kayu atau serpihan kapas. Antara gentian yang dihasilkan termasuklah viskos, asetat dan triasetat.

Viskos

Viskos dihasilkan daripada campuran kayu atau biji kapas dengan soda kaustik dan karbon sulfida melalui proses pemintalan basah. Viskos murah dan popular digunakan untuk membuat pakaian dan kain kelengkapan rumah tangga seperti cadar dan sarung bantal.

Asetat

Asetat dihasilkan melalui proses pemintalan kering serpihan kayu pulpa, asid asetik, anhidrida, dan aseton. Fabrik asetat sesuai dijadikan pakaian seperti kemeja, tali leher, pakaian formal, blaus, langsir dan sebagainya.

Triasetat

Gentian triasetat juga dihasilkan melalui pemintalan kering. Gentian ini dihasilkan daripada campuran selulosa asetik anhidrida dengan metilena klorida. Kaedah penghasilannya sama seperti gentian asetat tetapi keadaan pengeluaran dan jenis pelarut yang digunakan telah diubahsuai. Fabrik triasetat sesuai dijadikan pakaian sukan dan skirt. (b) Gentian sintetik

Gentian sintetik ialah hasil daripada campuran arang batu atau petroleum dengan bahan kimia. Secara amnya bahan kimia yang digunakan terdiri daripada satu asid dan satu bes untuk membentuk polimer dan seterusnya menghasilkan cecair pekat. Cecair ini dimasukkan melalui

14

spineret untuk menghasilkan yarn melalui proses pemintalan cair. Gentian sintetik terdiri daripada poliamida atau nilon, poliester, dan akrilik.

Poliamida / Nilon

Poliamida atau nilon dihasilkan melalui pemintalan cair. Bahan asas yang terlibat ialah arang batu, udara dan air. Gentian ini boleh dipintal daripada yang paling halus hingga yang paling tebal mengikut kegunaannya. Gentian yang halus sesuai dibuat pakaian dalam, payung, baju hujan, dan sebagainya. Tali, khemah, dan layar kapal pula dibuat daripada gentian nilon yang tebal.

Poliester

Poliester dihasilkan melalui pemintalan cair campuran bahan kimia terbitan petroleum, asid terftalik, dan gliko etilena. Gentian ini sesuai untuk membuat fabrik bertenun dan fabrik berkait kerana keteguhan dan tidak mudah renyuk. Akrilik

Akrilik dihasilkan daripada campuran petrokimia akriolonitril dengan ammonia dan air melalui proses pemintalan kering. Akrilik sesuai digunakan untuk membuat pakaian seperti jersi, kardigan, stoking, dan kelengkapan rumah tangga seperti langsir dan permaidani.

15

Ciri- ciri gentian buatan

Ciri / Gentian

Viskos

Asetat triasetat

dan Poliamida Nilon

/ Poliester

Akrilik

Keteguhan

-Sederhana teguh -Berkurang 40% apabila basah

-Lemah 35% -Paling teguh apabila basah -Keras teguh dan

-Teguh

-Teguh

dan

berkurangan 20% basah apabila

Penyerapan lembapan

-Baik -Berupaya menyerap 30% air

-Menyerap lembapan sederhana -Mengalami elektrostatik

-Menyerap 7% -Mengalami elektrostatik

-Menyerap sedikit -Gentian hidrofobik -Mudah mengalami elektrostatik

-Menyerap 4% -Gentian hidrofobik -Mengalami elektrostatik

Keselesaan

-Selesa dan -Selesa sejuk dipakai kerana lembut

-Tidak selesa

-Tidak selesa -Selesa -Gentian cuci dan pakai

-Sesuai untuk dipakai pakaian kalis -Melekap peluru pada tubuh

Kekonduksian -Pengalir haba haba sederhana baik

-Pengalir haba sederhana

-Penebat haba baik

-Penebat

-Penebat yang

yang haba baik

yang haba baik

Kekenyalan

-Tidak kenyal -Lebih kenyal -Kenyal 16

dan -Kenyal

dan -Sederhana,

-Mudah renyuk

daripada viskos

kepegasan tinggi

tidak mudah mudah renyuk renyuk dan

tidak memberi

Ketahanan terhadap suhu

-Haba tinggi -Suhu akan menukar warna sederhana

-Suhu sederhana

-Suhu sederhana

-Suhu sederhana

Ketahanan terhadap cahaya matahari

-Lemah terdedah lama

jika -Tahan pada -Tahan pada -Tahan pada -Paling tahan cahaya matahari cahaya matahari cahaya matahari

Ketahanan terhadap bahan kimia

-Lemah pada -Lemah pada -Tahan pada -Tahan pada -Tahan pada asid -Tahan pada alkali alkali pekat asis dan asid alkali dan asid lemah alkali dan pada

alkali lemah

17

3.0 Pemeliharaan ikan hiasan Penyediaan rancangan kerja pemeliharaan

Bil

Aktiviti

Catatan

1.

Peralatan - akuarium

1. Akuarium atau bekas untuk memelihara mestilah dipilih mengikut kesesuaian ikan yang hendak dipelihara.

2. Akuarium mempunyai pelbagai saiz dan bentuk seperti bulat, segi empat, dan sebagainya. 3. Akuarium atau bekas biasanya dibuat dari 4. bahan Aksesori kaca bermaksud atau plastik. dan

peralatan

bahan tambahan yang digunakan di dalam akuarium.

Aksesori tambahan digunakan di dalam akuarium bertujuan:

- aksesori

- mencantikkan bahagian dalam akuarium. - mewujudkan habitat yang sesuai untuk ikan di dalam akuarium. - mewujudkan suasana harmoni antara ikan dan tempat tinggalnya.

Antara aksesori tambahan yang digunakan adalah:

1. Poster 2. Kayu buruk atau akar kayu 3. Tumbuhan akuatik 18

4. Batu 5. Pasir 6. Lampu 7. Model

1. Kita haruslah memilih ikan hiasan yang sesuai untuk dipelihara.

2. Antara faktor utama yang perlu difikirkan untuk memelihara ikan hiasan adalah:

-Ikan hiasan -ikan yang dipilih mestilah mudah

dipelihara. -tahan dengan serangan penyakit. -tahan dengan perubahan suhu dan mutu air. -boleh bercampur dengan ikan jenis lain. -saiz ikan yang dipelihara hendaklah sesuai dengan saiz akuarium yang ada.

2.

Pengurusan

penjagaan

dan

pemeliharaan ikan hiasan

-Menyediakan Dan Menghias Akuarium

1.

Sediakan

sebuah ikan

akuarium

untuk hiasan.

memelihara

2. Peralatan asas yang diperlukan dalam sebuah akuarium adalah pam udara dan penapis. 3. Kepingan polisterina diperlukan sebagai 19

alas akuarium yang dibuat dari kaca supaya tidak mudah pecah.

4. Pam udara berfungsi mengepam udara yang mengandungi oksigen dalam air di akuarium. 5. Udara yang ada di dalam air akan mengekalkan suhu air dan membekalkan oksigen 6. yang cukup kepada untuk ikan.

Penapis

diperlukan

menapis

kekotoran yang terdapat di dalam air akuarium. 7. Cara menyediakan sebuah akuarium untuk seperti memelihara ikan hiasan adalah berikut:-

yang

sediakan akuarium.

bahan

dan

kelengkapan

bersihkan akuarium dengan menggunakan span. bersihkan bahan hiasan seprti batu, kayu buruk, dan pasir dengan menggunakan air bersih. letakkan alas di bahagian dasar akuarium. Kemudian masukkan pasir, batu, kayu buruk, dan pasir akuarium. pasangkan pam udara dan penapis pada -Pengurusan penjagaan ikan hiasan akuarium. masukkan air dan bahan antiklorin ke dalam air jika menggunakan air paip.

1. Ikan hiasan yang telah ditempatkan di dlam akuarium perlu diurus dan dijaga 20

setiap

masa.

2. Kerja mengurus dan menjaga ikan hiasan termasuklah:-

- memberikan makanan. - membersihkan akuarium, menukarkan air, dan - mencuci penapis. - menjaga tumbuhan akuatik. mengenal, mencegah, dan merawat

penyakit ikan.

21

Tujuan pemeliharaan ikan hiasan Ikan hiasan merupakan haiwan peliharaan yang tidak asing lagi dimana-mana di seluruh pelusuk dunia. Terdapat pelbagai tujuan masyarakat memelihara ikan hiasan di dalam rumah contohnya untuk mengindahkan ruang tempat kediaman. Tempat kediaman yang selesa dan menarik menari merupakan satu kepuasan bagi setiap manusia dan ikan hiasan seringkali dikaitkan dengan menghias ruang tempat kediaman. Dengan menghias sesuatu ruang di dalam tempat kediaman dengan ikan hiasan, keadaan ruang tersebut akan menjadi lebih cantik dan menarik. Ini kerana suasana akuarium dengan pelbagai aksesori dan juga ikan-ikan yang berwarna-warni mampu menaikkan seri runag tersebut. Selain itu, tujuan pemeliharaan ikan hiasan juga adalah untuk menghayati keindahan alam akuatik. Seperti yang kita maklum, manusia tidak dapat bernafas di dalam air tanpa alat pembekal oksigen, jadi bagi pencinta alam atau peminat ikan, satu-satunya cara untuk menghayati atau memahami cara hidup ikan tersebut adalah dengan memelihara ikan tersebut dan melihat ikan itu berenang-renang di dalam akuarium. ini mampu menenangkan fikiran dan juga menjana pemikiran dengan lancar. Tujuan pemeliharaan ikan hiasan juga adalah supaya dapat memupuk sifat sayangkan haiwan peliharaan atau haiwan akuatik. Pada masa sekarang, kita sering membaca berita di dada akhbar berkaitan dengan pencemaran sungai dan laut. Pencemaran ini boleh menjejaskan populasi ikan-ikan yang tinggal di habitat tersebut. Dengan melihat ikan hiasan di dalam akuarium di rumah masing-masing, kita dapat melihat keindahan ikan berenang-renang dan juga keindahan bentuk, warna dan juga ciri-ciri fizikal ikan yang lain. Ini akan menyedarkan kita kepada pentingkan melindungi haiwan tersebut. Memilih ikan hiasan untuk dipelihara a) Ikan hiasan yang dipelihara sebagai hobi tentulah memiliki cirri-ciri yang dapat memikat hati terutama dari segi warna dan bentuk ikan. b) Lebih menarik lagi sekiranya ikan itu dipelihara di dalam akuarium yang dihiasi oleh pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup. c) Ikan yang dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semulajadi kerana ikan liar sukar untuk menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan seperti akuarium.

22

d) Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu ekosistem akuarium. Contohnya, ikan pemangsa harus dipelihara di dalam akuarium yang mengandungi ikan jenis itu sahaja kerana ikan pemangsa akan memburu dan memakan ikan-ikan kecil yang lain yang di letakkan di dalam akuarium yang sama. e) Ikan yang jinak sesuai dipelihara di dalam akuarium dan boleh dibeli dari kedai hiasan atau dibiakkan sendiri. f) Ikan hiasan yang ingin dipelihara juga mestilah adapt bertahan dengan perubahan mutu air dan tahan daripada serangan penyakit.

Memilih akuarium dan aksesori a) Apabila membela ikan hiasan, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah petempatan ikan tersebut, seperti di dalam akuarium atau bekas kaca. b) Saiz akuarium yang paling sesuai ialah empat kaki panjang dan dua kaki lebar kerana ikan hiasan yang dipelihara dengan baik dapat membesar sehingga 16 inci hingga 18 inci dan akuarium yang disyorkan cukup untuk tumbesaran ikan tersebut. c) Lokasi akuarium penting untuk menentukan perkembangan ikan. Sudut yang sunyi dan aman adalah tempat yang paling sesuai untuk menggalakkan perkembangan serta tumbesaran ikan hiasan di samping mempunyai sumber elektrik dan air yang cukup. d) Aksesori yang selalu digunakan ialah pam air, penapis, lampu, batu, pasir, tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster dan berbagai-bagai lagi. e) Pam air terbahagi kepada dua iaitu AC pumper dan AC/DC self charging air pump yang dikawal sendiri.pam yang dikawal sendiri ini amat digalakkan penggunaannya. f) Manakala jenis lampu yang disyorkan pula ialah Solar Tubular Lighting kerana dapat member suasana yang serupa dengan habitat semulajadi ikan hiasan.

Menyediakan dan menghias akurium a) Kecantikan dan keindahan sesebuah akurium terletak pada kreativiti dan keupayaan pemilik untuk menghias akuarium tersebut. b) Aktiviti menyediakan sebuah akuarium memerlukan bahan-bahan seperti tangki, cabinet, kaki akuarium, dan lampu akuarium.

23

c) Bahan-bahan hiasan pula adalah seperti tunggul, kayu, batu, pasir sungai, pasir halus, dan pelbagai tumbuhan akuatik hidup.

Memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium i. Setelah menyediakan dan menghias akuarium, bolehlah memasukkan ikan hiasan yang telah dikenal pasti ke dalam akuarium tersebut. ii. Lagkah-langkah untuk memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium adalah seperti yang berikut : a) Letakkan bekas plastik yang berisi ikan ke dalam akuarium. b) Biarkan bekas plastik itu salaam 20 hingga 30 minit. Langkah ini bertujuan untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik itu dengan suhu air di dalam akuarium. c) Masukkan sedikit air dari dalam akuarium ke dalam beg plastik. d) Selepas 30 minit, buka bekas plastic yang berisi ikan hiasan itu dan biarkan ikan itu keluar dengan sendiri bersama-sama air dari dalam plastik itu.

Mengenal dan memilih jenis makanan ikan a) Dalam pengurusan dan penjagaan ikan hiasan, pemakanan adalah factor yang sangat penting untuk tumbesaran dan populasi ikan yang dipelihara. b) Makanan ikan hiasan dapat dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu makanan hidup, makanan kering, makanan basah, dan makanan rumusan. c) Makanan hidup terdiri daripada mikroorganisma halus yang biasanya terdapat di dalam air dan dikenali sbagai plankton, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya. d) Makanan kering pula adalah seperti cacing yang diawet atau roti. e) Makanan basah terdiri daripada kerang, hati lembu dan sayuran seperti salad dan bayam. f) Makanan rumusan ialah makanan khas ikan yang diproses. Makanan ini terdiri daripada pellet, emping dan stik yang telah sedia diproses oleh kilang yang membuat makanan. Makanan ini dapat dibeli dari kedai ikan atau pembekal makanan haiwan.

24

Mengenal pasti jenis makanan yang sesuai mengikut spesis ikan hiasan i. Ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke atas pertengahan kepala serti ikan Swordtail, Guppy, dan Angelfish lebih sesuai memakan makanan rumusan yang dapat terapung di permukaan air seperti pallet. ii. Ikan seperti Corydoras dan Loach yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah lebih sesuai diberikan makanan jenis tenggelam. iii. Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya, iaitu : a) Ikan Karnivor Ikan karnivor atau pemangsa memakan benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain. Biasanya, ikan ini bersaiz besar, gigi tajam dan mempunyai rahang yang kuat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oscar dan Arowana. Makanan yang sesuai bagi ikan karnivor ialah makanan hidup seperti katak, cengkerik, anak ikan atau kulat. b) Ikan Herbivor

Ikan herbivor seperti ikan lampam dan Tiger Barb memakan tumbuhan. Biasanya, ikan jenis ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang dihiasi tumbuhan akuatik.

c) Ikan Omnivor

Kebanyakkan ikan hiasan terdiri daripadajenis ikan omnivor. Contoh ikan omnivor ialah ikan pelaga dan Flag Cichild. Makanan ikan jenis ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan, atau pallet. d) Ikan Pemakan mikroorganisma di dalam air

Ikan pemakan plankton dikenali sebagai ikan yang memakan mikroorganisma di dalam air. Contoh ikan pemakan plankton ialah ikan Tiger Barb, Black Tetra, dan kebanyakkan jenis ikan semasa peringkat anak. 25

Kekerapan memberi makan ikan hiasan a) Ikan hiasan perlu diberi makan mengikut kadar yang disyorkan dan jadual pemakanan yang betul. b) Menurut pakar penjagaan ikan, ikan hiasan seelok-eloknya diberi makan tiga kali sehari, iaitu pada waktu pagi, tengah hari, dan lewat petang. Kadar yang disyorkan pula tidak tetap dan mengikut keperluan ikan. Mengenal pasti kandungan mutu air a) Air terdiri daripada campuran gas hidrogen dan oksigen yang terlarut. Kandungan mutu air berbeza mengikut jenis, kawasan air, dan bergantung kepada beberapa factor, iaitu pH air, suhu, dan bahan beracun. b) pH air ialah kadar kemasaman air yang dapat diukur dengan menggunakan kertas litmus dan diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 menunjukkan air berada pada tahap kemasaman yang paling tinggi atau asidik manakala nilai 14 menunjukkan air itu berada pada tahap kemasaman paling rendah atau paling alkali. c) Nilai pH air yang paling sesuai bagi akuarium ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk mengelakkan air terlalu asidik, nilai pH air perlu dipastikan dari semasa ke semasa. d) Suhu yang paling sesuai untuk populasi ikan di dalam akuarium ialah sekitar 26C hingga 27C. suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah dapat menyebabkan ikan mati manakala suhu dibawah 26C pula menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. e) Bahan beracun yang wujud dalam kandungan air ialah ammonia dan nitrat yang terhasil daripada proses perkumuhan ikan yang dipelihara, iaitu bahan buangan urin dan najis. f) Sistem tangki akuarium bertindak menukar bahan beracun tersebut kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. g) Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium. Melakukan kerja pembersihan bekas, menukar air, dan mencuci penapis a) Melakukan kerja-kerja membersih bekas, menukar air, dan mencuci penapis ialah rutin mingguan yang perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan akuarium. b) Penjagaan akuarium terbahagi kepada penjagaan harian dan mingguan.

26

c) Penjagaan harian meliputi penjagaan makanan ikan. Ikan perlu diberi makan tiga kali sehari mengikut kadar yang sesuai dan keperluan ikan. d) Kelakuan ikan perlu diperhatikan untuk mengesan tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan yang luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, dan sisiknya tertanggal atau kembang. Ikan yang mempunyai tanda-tanda tersebut perlu diasingkan dan dirawat. e) Buang ikan yang telah mati dan jangan biarkan bangkai ikan di dalam akuarium. f) Pastikan semua peralatan asas akuarium seperti kelengkapan pengudaraan, penapis, dan lampu dapat berfungsi dengan baik. g) Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammnonia, oksigen, dan karbon dioksida dengan menggunakan alat yang sesuai. h) Penjagaan mingguan melibatkan kerja-kerja menukar air setiap minggu atau sekurangkurangnya dua minggu sekali sebanyak atau 1/3 bahagian daripada isipadu tangki. i) j) Tumbuhan akuatik yang terlalu tinggi perlu dicantas. Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.

k) Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu. l) Bersihkan kotoran yang terdapat di dalam tangki dan cuci kapas penapis dngan air yang bersih. m) Tambahkan air di dalam tangki sehingga ke paras asal. n) Jangan sesekali member makanan kepada ikan secara berlebihan. Mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan dan langkah mencegah dan merawatnya i. Ikan hiasan yang dipelihara mudah trdedah kepada penyakit sekiranya langkah penjagaan dan pencegahan tidak dititik berat. ii. Antara faktor-faktor yang munyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah : a) Faktor suhu di dalam akuarium yang terlalu sejuk iaitu berada di bawah 26C. b) Kebersihan air tidak terjaga dan tercemar kerana tidak ditukar mengikut waktu yang ditetapkan. c) Proses memindahkan ikan yang menyebabkan kecederaan atau luka pada bahagian badan ikan. iii. Antara simptom-simptom penyakit ikan hiasan ialah : a) Murung dan pasif. 27

b) Badan kurus dan tidak bergerak lancar. c) Warna badan pudar dan pucat. d) Siripnya longlai. e) Terdapat kesan luka, penyakit pada kulit atau sirip terkoyak. iv. Antara punca-punca penyakit yang dihidapi oleh ikan hiasan ialah : a) Serangan bakteria/ parasit yang hidup di dalam air akuarium. b) Air dan bahan hiasan tidak bersih. c) Kewujudan ikan yang membawa penyakit. d) Kurang vitamin pencegah penyakit dalam makanan ikan.

Antara penyakit yang sering menjangkiti ikan hiasan i. Jangkitan kulat a) Jangkitan kulat berpunca daripada kesan luka pada bahagian anggota badan ikan yang tidak dirawat. b) Hal ini akan menyebabkan pertumbuhan kulat pada bahagian tersebut. c) Antara bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut, dan badan yang terdapat luka. d) Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. e) Cara merawatnya ialah mencampurkan larutan metilena biru ke dalam air atau disapukan secara terus pada luka yang dijangkiti kulat tersebut. f) Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan daripada ikan yang sihat untuk mengelakkan jangkitan. ii. Jangkitan bakteria a) Jangkitan bakteria boleh disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai, atau ikan mengalami tekanan. b) Symptom yang biasa dialami oleh ikan yang dijangkiti penyakit ini adalah seperti warna ikan berubah menjadi pudar, sisiknya mengembang, atau perutnya menjadi buncit. c) Cara merawatnya adalah dengan menggunakan antibiotic yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan dan nasihat dari pegawai perikanan. iii. Penyakit bintik putih

28

a) Penyakit ini berpunca daripada parasit yang melekat pada sisiknya disebabkan keadaan suhu air yang terlalu sejuk. b) Cara merawatnya ialah memindahkan ikan itu ke dalam tangki lain dan mencampurkan larutan metilena biru dan sedikit garam biasa ke dalam air tersebut. c) Selain itu, terdapat juga ubat khas bagi penyakit ini yang boleh didapati dari kedai akuarium. Menjaga tumbuhan akuatik di dalam akuarium i. Tumbuhan akuatik yang diletakkan di dalam akuarium sering dijadikan sebagai perhiasan. ii. Tumbuhan akuatik perlu dijaga dengan sebaik-baiknya kerana : a) Bertindak sebagai agen pembersih yang menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan daripada perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sebaliknya, bahan perkumuhan ikan dan sisa makanan ikan tersebut akan bertindak sebagai baja yang menyuburkan tumbuhan akuatik tersebut dengan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium. b) Membekalkan oksigen kepada ikan di dalam akuarium hasil daripada proses fotosintesis yang dijalankan. Gas oksigen ini digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. c) Berfungsi sebagai tempat persembunyian dan perlindungan ikan kecil daripada musuh dan sebagai tempat berehat. d) Menjadi sumber makanan bagi ikan jenis herbivor.

Keperluan tumbuhan akuatik dalam akuarium karbon dioksida a) Semua tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesis sebagaimana manusia memerlukan oksigen untuk bernafas. b) Gas karbon dioksida penting untuk dibekalkan kepada tumbuhan bagi menjamin pertumbuhan tumbuha akuatik yang baik. c) Gas karbon dioksida khas bagi tujuan ini boleh didapati di kedai akuarium. d) Namun begitu, sekiranya gas karbon dioksida khas tidak dibekalkan, tumbuhan itu masih boleh terus hidup dengan gas karbon dioksida yang terhasil daripada pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium. 29

Baja a) Tumbuhan akuatik memerlukan baja sebagai agen yang membekalkan zat-zat mineral yang diperlukan. b) Baja yang boleh digunakan ialah baja yang dibeli dalam pasaran mebgikut kaedah yang dicadangkan dan ditambah dengan baja yang berbentuk cecair atau biji.

Cahaya a) Cahaya merupakan salah satu daripada unsure yang diperlukan dalam proses fotosintesis. b) Pastikan tangki akuarium dipasangkan dengan lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

30

4.0 Penanaman sayur-sayuran dan hiasan 4.1 Perancangan kerja penanaman

Ogos 2013

Minggu Aktiviti Penyemaian biji benih

Minggu 1

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

Minggu 5

Minggu 6

Minggu 7

Minggu 8

Pembiakan

Penjagaan Pengutipan hasil

Penyemaian biji benih Merendam Biji Benih Rendam biji benih tersebut ke dalam bekas yang berisi air. Boleh gunakan air paip. Namun begitu adalah lebih baik sekiranya air paip yang digunakan tersebut mempunyai bacaan sekitar 5.8pH. 1. Tujuan proses rendaman ini adalah :Memastikan cengkerang/kulit biji benih cili lebih lembut dan memudahkannya untuk bercambah. Sebaiknya ambil biji benih yang tenggelam sahaja. Biji benih yang tidak tenggelam, ada kemungkinan ianya kurang baik. Proses rendaman ini hendaklah dibuat selama semalaman. Boleh juga menggunakan air panas sekadar suam kuku bagi mempercepatkan proses rendaman tersebut kepada 2-3 jam sahaja. 31

Untuk lebih baik, selepas rendaman pertama ini, bolehlah direndamkan pula ke dalam bancuhan racun kulat (gunakan racun thiram) selama 5-10 minit untuk tujuan perlindungan daripada serangan penyakit samada dari biji benih mahupun apabila pokok telah dewasa. 2. Mengeringkan Biji Benih Apabila telah cukup tempoh rendaman, toskan airnya dengan menggunakan alat penapis. Boleh gunakan penapis teh. Letakkan biji benih yang telah ditoskan airnya ke atas kertas suratkhabar dan dilipatkan bagi tujuan pengeringan. Ini akan memudahkan kerja-kerja menyusun biji benih ke dalam tray semaian. Sekiranya biji benih basah ianya akan melekat-lekat diantara satu sama lain. 3. Penyediaan Media Semaian Sambil menunggu biji benih kering, maka proses menyediakan media semaian boleh dilakukan. Media semaian yang boleh di gunakan adalah terdiri daripada Peat Moss/Holland Peat dan lain-lain. Ianya dikenali juga sebagai baja kompos. Isikan media semaian (Peat Moss) ke dalam bekas semaian. Peat Moss hendaklah ditekan dengan jari pada kadar sederhana. Jangan isikan terlalu padat kerana ianya akan melambatkan percambahan biji benih dan menyebabkan akar pokok sukar bergerak. Sebaiknya isikan peat moss pada kadar 85-90% penuh. 4. Menyemai biji benih Seterusnya, ambil dan letakkan biji benih yang telah dikeringkan di atas kertas suratkhabar itu tadi ke dalam setiap lubang yang berisi peat moss pada tray semaian tersebut. Pastikan biji benih diletakkan di tengah-tengah kedudukan setiap lubang bagi memastikan akar pokok mendapat ruangan yang secukupnya. 5. Kedalaman Semaian Biji Benih Biji benih perlu disemai pada kedalaman 3~5mm di dalam peat moss. Untuk memudahkan kerja-kerja ini, gunakan lidi atau pencungkil gigi sebagai penyukat dan tandakan ukuran yang dikehendaki dengan menggunakan pen/pensil.

32

Dengan menggunakan penyukat ini, tekan/benamkan biji benih ke dalam peat moss secara perlahan-lahan sehingga mencapai ukuran yang dikehendaki (3~5mm). Kemudian timbus biji benih tersebut dengan menggunakan jari tangan secara perlahan. Jangan ditekan!!! 6. Menyiram Kemudian siram air secara rata sehingga basah ke atas peat moss dengan menggunakan spray. Berhati-hati semasa siraman agar biji benih tidak beralih kedudukannya dari dalam peat moss tersebut. 7. Penyimpanan Tray semaian ini kemudiannya hendaklah diletakkan jauh daripada cahaya matahari yang boleh menyebabkan peat moss menjadi cepat kering. Peat moss hendaklah sentiasa berkeadaan lembab pada sepanjang masa sebelum biji benih bercambah. Oleh itu, penyiraman dicadangkan dilakukan sebanyak 2 kali sehari. Salah satu kaedah lain untuk mengekalkan kelembapan peat moss ialah dengan meletakkan satu lagi tray semaian (kosong) secara terbalik ke atas tray semaian yang berisi biji benih itu tadi. Ini juga akan memudahkan kita untuk memeriksa dan menyiram dengan air. Ini juga dapat memastikan cahaya matahari tidak sampai kepada peat moss. 8. Biji Benih Bercambah Pada kebiasaannya, biji benih akan mula bercambah di dalam tempoh masa 3-5 hari dari tarikh semaian. Tray kedua (tray kosong) hendaklah dialihkan apabila biji benih telah mula bercambah. Dalam masa yang sama, penyiraman air hendaklah diteruskan. Dalam masa 5~7 hari biji benih akan mengeluarkan 2 daun. 9. Pendedahan Kepada Cahaya Matahari Apabila kedua-dua daun tersebut telah terbuka, maka ianya perlulah didedahkan kepada cahaya matahari yang sederhana panas tetapi hendaklah dijauhkan daripada terkena hujan.

33

4.2 Penyediaan anak benih secara pembiakan aseks Cara membiakkan pokok Pembiakan Aseks atau secara vegetatif (tampang) Pembiakan vegetatif ialah cara membiak atau memperbanyak pokok dengan

menggunakan bahagian-bahagian tertentu pokok seperti batang, dahan, ranting, akar dan lainlain, bagi mendapatkan bilangan pokok yang banyak dan sama jenisnya. Pembiakan ini juga disebut pembiakan tidak mengawan atau pembiakan yang tidak ada hubungannya dengan jantina. Pembiakan vegetatif perlu dilakukan pada pokok yang tidak mengeluarkan biji benih atau biji benihnya sukar didapati seperti bunga raya (Hibiscus rosa- sinensis) pokok sukun (Artoca1pus altilis) dan lain-lain.

Adakalanya pembiakan cara ini lebih senang dilakukan dan dapat menghasilkan bilangan anak pokok yang banyak serta tulen bakanya. Oleh itu, pembiakan vegetatif juga boleh memendekkan tempoh juvenil pokok, dengan ini bunga dan buah boleh didapati dalam tempoh yang singkat. Kelemahannya pula ialah pokok-pokok yang dihasilkan tidak mempunyai akar tunjang,akamya tidak banyak, diriannya tidak tegap dan pembesarannya juga

34

terhad.Sebaliknya, jika pokok-pokok itu dikehendaki dalam keadaan yang kecil, seperti untuk tanaman pasu, pembiakan cara vegetatif ini adalah yang baik dan memberi faedah yang besar. Pembiakan vegetatif perlu menggunakan bahagian-bahagian pokok dan dengan itu merencatkan pokok asal. Bilangan pokok yang boleh dibiakkan dengan cara ini bergantung pada keadaan pokok itu sendiri. Pembiakan vegetqtif boleh dibahagikan pula kepada beberapa cara. Pembahagian ini mengikut bahagian-bahagian pokok yang digunakan dan jenis-jenis pokok yang boleh dilakukan demikian. (a) Keratan (b) Tut (c) Cantuman (d) Belahan rumpun atau perdu (e) Menanam bebawang.

4.3 Penyediaan Tapak Penanaman Faktor pemilihan tapak Sebelum memulakan projek tanaman sayuran, beberapa faktor perlu diberi perhatian. -Permukaan tanah yang rata supaya memudahkan kerja-kerja penanaman sayuran. -Terdedah kepada pancaran cahaya matahari dan tidak terlindung daripada sebarang naungan pokok. -Berdekatan -Tanah dengan subur sumber air seperti perigi, kolam, sungai dan atau taliair. baik

yang

mengandungi

bahan

organik

bersaliran

-Berdekatan dengan jalan untuk memudahkan kerja pengangkutan peralatan, benih, baja, racun perosak dan memasarkan hasil. Penyediaan Kawasan Kerja-kerja membersihkan kawasan penanaman termasuklah a) menebang pokok 35

b) menebas c) mengumpul rumpai d) meratakan tanah Menggembur tanah Tanah boleh digembur dengan menggunakan mesin pembajak atau cangkul. Tujuan pembajakan tanah dilakukan adalah untuk memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah, memudahkan pembinaan batas serta menghapuskan rumpai dan organisma perosak tanaman. Membajak tanah dengan jentera pembajak Langkah-langkah pembajakan: -Tanah digemburkan dengan menggunakan cangkul atau jentera pembajak sedalam 20-30 cm -Biarkan tanah terdedah kepada cahaya matahari selama satu minggu. Ini adalah untuk mematikan rumpai dan organisma tanah yang berbahaya -Menabur kapur untuk menurunkan keasidan tanah. Membina Batas Membina batas adalah untuk mengelakkan dari air bertakung dan membaikki pengudaraan tanah, memudahkan kerja penjagaan seperti merumput, menyiram serta mengawal perosak dan penyakit tanaman. Ukuran batas yang hendak dibina bergantung kepada jenis sayuran yang hendak ditanam. Saiz batas yang sesuai adalah 100 cm lebar, 15 25 cm tinggi dan panjang batas mengikut keperluan. Jarak antara batas adalah 45 cm. Pembajaan Asas Membaja asas perlu dilakukan sebelum menanam. Baja asas yang sesuai ialah baja organik seperti tahi ayam yang reput, tahi lembu, tahi kelawar atau kompos. Baja asas ditaburkan di atas batas dengan kadar 5 kilogram untuk satu meter persegi (5kg/m) dan kemudian digaulkan ke dalam tanah.

36

Sungkupan Sungkupan adalah satu proses meletakkan bahan-bahan di permukaan batas seperti pelepah kelapa, rumput kering, plastik hitamsilver shine dan jerami padi. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan hakisan tanah, kehilangan kelembapan tanah, kehilangan baja yang ditabur ke permukaan tanah dan mengurangkan pertumbuhan rumpai.

4.4 Pemasuan semula

Pemasuan semula merupakan satu kaedah untuk menukarkan media tanaman didalam pasu atau bekas tanaman bertujuan untuk menggantikan media bahan tanaman tersebut. Tanaman hiasan atau tanaman makanan (edible plants) boleh dijalankan pemasuan semula apabila kita dapati pokok tersebut telah berumur dan tidak subur. Tanaman didalam pasu atau bekas khas memerlukan media tanaman seperti Tanah campuran, Cocopeat atau pelbagai jenis media lain yang mampu membekalkan makanan atau nutrien kepada tumbuh-tumbuhan dalam pasu.

Walau pun media ini pada asalnya mempunyai unsur nutrien tetapi lama kelamaan nutrien ini akan berkurangan yang diambil oleh tumbuhan dan pembajaan pun menjadi kurang 37

efisien. Ini kerana terlalu banyak akar tumbuhan yang telah memenohi ruangan didalam pasu tadi dan mengakibatkan ketiadaan ruang untuk akar pokok mengembang lagi. Akibatnya baja dan air yang dicurahkan kedalam pasu tidak dapat diambil dengan sempurna oleh pokok dan keluar dan pokok akan menjadi tidak subur. Artikel petang ini saya menulis maklumat mengenai teknologi pemasuan semula.

Pemasuan Semula perlu dijalankan untuk menggantikan medium penanaman sama ada tanah campuran, tanah diperkayakan atau cocopeat dengan medium yang baru untuk meningkatkan kesuburan tanah dan memberikan hasil lebih(kepada tanaman yang berhasil seperti cili, tomato, cili padi, terung pipit, terung dayak dan tanaman ulaman yang lain). Bagi pokok tanaman hiasan ianya akan memberikan lebih banyak ruang kepada sistem zon pengakaran dengan menggantikan saiz pasu yang lebih besar.

Pokok ini akan mendapat ruangan akar dan tanah yang baru dan mampu meneruskan kehidupannya dengan selesa. Ciri-ciri pokok dalam pasu yang perlu dibuat pemasuan semula apabila kita lihat pokok kurang subur, tidak segar, terbantut dan hasil sudah berkurangan akibat kandungan nutrien dalam tanah kerana telah habis diserap oleh akat tumbuhan tersebut.

Akar tumbuhan dalam pasu telah terlalu padat bergumpal-gumpal dan kekurangan ruangan untuk pengudaraan serta penyimpanan nutrien. Kadang-kadang kita lihat pasu akan retak atau pecah akibat akar yang terlalu padat dan perlu digantu dengan pasu baru. Kalau kita menyiram pokok dalam pasu, ianya bertakung sahaja dan tidak meresap kebawah akibat kandungan akar terlalu padat. Selalu kelihatan akar pokok terkeluar dari bawah atau retakkan pasu dan masuk dalam tanah.

38

Antara tujuan pemasuan semula adalah untuk memudahkan pokok dapat nutrien baru yang efektif serta sumber lain seperti air, cahaya matahari dan ruangan baru untuk berkembang. Pokok akan keluar tunas baru dan ini akan memudahkan kerja-kerja enjagaan seterusnya. Jikatidak dilakukan maka pokok hiasan akan nampak tidak cantik dan memalukan pemilik sahaja. Kerja-kerja pemasuan semula ini sangat mudah dijalankan, murah, tidak memerlukan tahap kemahiran tinggi dimana mampu menghasilkan kesan yang signifikan kepada pertumbuhan pokok.

Sebaiknya dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan mengikut jenis tanaman, kaedah penjagaan serta tujuan kita membuat pemasuan semula tersebut. Dalam industri tanaman Bonsai, pemasuan semula dilakukan banyak kali untuk mendapatkan cabang dan bentuk pokok bonsai yang cantik dan mampu dijual dengan harga berpuloh ribu ringgit malah saya melawat di Beijing sampai bernilai RM 2.5 juta sepokok. Kepakaran pemilik pokok bonsai dalam membuat cantasan, pemasuan semula dan penjagaan rapi membuahkan hasil dengan jualan pokok bonsai yang mahal.

Memilih Bekas Pasu yang sesuai untukPemasuan Semula dan pemilihan mengikut saiz pokok adalah sangat penting. Elakkan membuat pemasuan semula menggunakan asu yang lebih kecil daripada pasu sebelumnya. Lazimnya pelbagai bekas boleh digunaakan dalam 39

pemasuan semula. Ini termasuklah bekas yang dibuat daripada Tanah Liat, Seramik, Pasu Plastik (murah dan praktikal), Kotak Kayu, barangan terbuang (Tayar, Tong Palastik dan sebagainya) dan serta pasu yang berbentuk kreatif atau bentuk unik.

saiz pasu yang lebih besar dari asal hendaklah digunakan bagi mengantikan pasuasal b

agi menyediakan ruang untuk mengisi medium yang baru dan pertumbuhanakar

pasu yang mempunyai lubang saliran di dasarnya bagi tujuan menyalirkan airsiraman ya

ng berlebihan dan mengelakkan air dari bertakung yang bolehmenyebabkan kerosakan akar

mudah dibersihkan kemas dan menarik dari segi bentuk dan warnanya

Caranya mudah dengan mengalihkan pasu ketempat lapang dan potong akar pokok yangterkeluar melekat pada tanah. Gunakan logam seperti parang pendek, alat scoop untuk di lalukan ditepi pasu bagi memotong akar-akar dari terlekat pada pasu. Apabila boleh dikeluarkan isinya maka keluarkan pokok bersama akar dengan berhari-hari agar batang atau perdu pokok tidak rosak. Bersihkan gumpalan-gumpakan akar yang terdapat pada pasu. Potong dengan pisau tajam dan buang sebahagian dahan atau daun dibahagian atasnya. Gunakan pasu yang lebih besar dan dimasukan batu penutup lubang bawah sebelum diisikan dengan tanag campuran 3:2:1 (Tanah: Pasir: Baja Organik) atau bahan medium lain seperti cocopeat dan sebagainya. Medium tersebut hendaklah disikan jangan terlalu penuh untuk ruangan akar. Masukan pokok yang telah dibuat 'trimming' pada akar dan daun serta pucuk (Jika perlu) kedalam pasu baru yang dibawahnya ada tanah. Masukan campuran tanah dikeliling pokok yang dibuat pemasuan semula dan padatnya disekelilingnya. Siram pokok selalu selepas dibuat re-potting.

40

4.5 Penjagaan dan pengutipan hasil

i) Merumput - Rumput yang tumbuh dalam beg politena perlu dibuang untuk mengelakkan persaingan antara tumbuhan hiasan dan rumput dalam mendapatkan nutrien, air, cahaya, dan ruang. Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan tempat membiaknya perosak dan agen penyakit.

ii) Menggembur Tanah - Menggembur tanah perlu dilakukan jika keadaan medium, iaitu fizikal tanah telah menjadi keras dan padat. Medium yang gembur memudahkan akar menembusinya dan membaiki pengudaraan tanah. Akar pokok juga lebih mneyerap air dan nutrien.

41

iii) Membaja - Membaja merupakan proses membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan supaya tumbuhan hidup subur. Pembajaan boleh dilakukan selepas 2 hingga 4 minggu mengubah. Pokok hiasan jenis berbunga lebih sesuai menggunakan baja yang mempunyai unsur (P) dan (K) yang lebih tinggi. Baja boleh diberi sama ada dalam bentuk butir atau cecair. Kekerapan membaja seelok-eloknya dilakukan dalam jangka masa 2 hingga 3 minggu. Baja organik yang cukup reput boleh juga dibekalkan dan dijadikan sebagai bahan sungkupan.

iv) Menyiram - Penyiraman bertujuan untuk membekalkan air kepada tanaman melalui medium. Kekurangan air menyebabkan daun menjadi layu, tiada pertumbuhan, dan medium menjadi kering dan 42

keras. Anak pokok perlu disiram sekurang- kurangnya satu kali sehari. Gunakan bekas penyiram yang bermuncung dan berlubang halus.

5.0 Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi Berikut adalah beberapa kepentingan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu; a) Perkara Berkaitan dengan Motivasi Memotivasikan murid untuk belajar, menyukai pembelajaran, ingin mempelajari lebih dari yang diperlukan telah menjadi keutamaan dalam bidang pendidikan.Adalah menjadi agenda pendidikan Negara untuk mengekalkan tumpuan murid untuk kekal di sekolah.Maka penggunaan TMK mempunyai peranan yang penting di dalamnya.Beberapa

kaedah berasaskan TMK telah dapat memberi kesan kepada beberapa strategi motivasi, di antaranya:Mendapatkan tumpuan pembelajaran.Langkah pertama yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran adalah mendapatkan tumpuan pembelajaran dengan penyediaan persekitaran pengajaran yang optimal. Guru boleh melaksanakan kaedah tarikan dengan menggunakan televisyen, komputer dan perisian multimedia sebagai alat bantu mengajar bagi mengekalkan tumpuan pembelajaran murid serta mencapai objektif instruksional pembelajaran. Mengaitkan murid kepada produksi kerja.Bagi menjadikan pembelajaran lebih bermakna kepada murid, guru boleh menggalakkan murid mereka bentuk prodak berasaskan teknologi. Strategi ini telah berjaya dibuktikan dalam satu kajian yang melibatkan penggunaan perisian pemprosesan perkataan, penggunaan hipermedia dalam menghubungkait maklumat dan sebagainya, dalam membantu persembahan dan laporan hasil kerja murid.

b) Keupayaan Instruksional yang Unik TMK boleh digunakan bagi menggantikan kaedah pembelajaran secara tradisional kearah persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan.Antara lain, teknologi juga dapat; mengaitkan murid kepada sumber maklumat,mengaitkan murid kepada sumber pendidikan,memvisualisasikan permasalahan dan rumusan kepada murid, menjejaki perkembangan murid serta dapat mengaitkan murid kepada alatan pembelajaran.

43

c) Sokongan Kepada Kaedah Instruksional yang Baharu Sistem pendidikan sedang dalam proses untuk penstrukturan semula untuk bertukar dari kaedah pengajaran berasaskan instruksional kepada kaedah pembelajaran berpusatkan murid.Ini selaras dengan hasrat untuk menghasilkan sumber manusia abad ke 21 yang mengaplikasikan teknologi di dalam kehidupan harian mereka kelak.Pembelajaran

secara koperatif,memandangkan sistem pembelajaran kini masih memfokuskan kepada pembelajaran secara individu, maka murid-murid ini didapati tidak mahir dalam menyelesaikan permasalahan yang kompleks. Maka, penekanan seharusnya diberikan kepada pembentukan pembelajaran dalam kumpulan yang kecil yang melibatkan pembelajaran secara koperatif.Perkongsian intelektual,satu definisi baru mengenai intelektual meletakkan terma perkongsian pemikiran atau pengagihan pemikiran.Kerjasama secara intelek dengan komputer memungkinkan teknologi yang baru dapat diagihkan antara manusia, situasi dan alatan teknologi itu sendiri.Penyelesaian masalah dan pemikiran tahap tinggi.Kurikulum yang sedia ada memberi refleksi yang murid tidak perlu menguasai kemahiran tahap rendah sebelum beranjak kepada kemahiran tahap tinggi. Usaha untuk mengaitkan kualiti sumber teknologi seperti multimedia dan internet membolehkan guru untuk menyediakan objektif yang kompleks, untuk jangka masa yang panjang yang juga memerlukan kemahiran tahap rendah dalam penyelesaian maslah yang diberikan.Ini sekali gus, membolehkan murid menguasai tahap pemikiran yang rendah serta juga menguasai tahap pemikiran yang tinggi dalam satu masa yang sama.

44

6.0 Refleksi Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian (RBT 3102) ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Kami perlu menyelesaikan beberapa soalan yang diberikan. Antaranya ialah tentang kajian fabric, pemeliharaan ikan hiasan dan penanaman sayur-sayuran dan tanaman hiasan. Tajuk-tajuk besar ini di spesifikasikan kepada pecahan-pecahan kecil bagi memastikan segala maklumat jawapan yang kami berikan tepat mengikut kehendak soalan. Selain itu, saya juga dikehendaki menyediakan carta gantt untuk penyediaan rancangan kerja penanaman. Ini merupakan pertama kali saya melihat carta gantt. Saya mengumpul maklumat mengenai penyediaan carta gantt melalui laman sesawang. Banyak maklumat tentang carta gantt yang terdapat dalam laman sesawang dan membantu saya menyiapkan carta gantt yang dikehendaki. Selain itu, lawatan sambil belajar yang telah diadakan di pusat perikanan dan pusat pertanian banyak membantu saya menambah ilmu pengetahuan tentang perikanan dan pertanian. Hal ini membantu saya dalam menyiapkan tugasan dengan melihat dunia sebenar tentang perikanan dan pertanian. Tiada masalah besar yang dihadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Maklumatmaklumat yang diperolehi kebanyakannya dirujuk di dalam laman sesawang. Hal ini kerana buku tentang RBT tidak banyak di perpustakaan. Saya hanya membuat rujukan tentang perikanan dan pertanian berdasarkan buku teks sekolah menengah. Banyak maklumat diperoleh daripada buku-buku tersebut. Rumusannya, kerja kursus sebegini banyak membantu saya meningkatkan lagi ilmu pengetahuan tentang sesuatu perkara yang belum pernah dipelajari serta mempertingkatkan ilmu sedia ada. Tambahan pula, ilmu-ilmu sebegini amat penting kepada saya untuk digunakan apabila menjadi pendidik di suatu hari nanti.

45

7.0 Rujukan

http://bisnesniaga.blogspot.com/2008/02/pengenalan-kepada-tekstil.html http://www.moa.gov.my/ http://www.slideshare.net/arisaemazumi/kajian-fabrik-gentian-asli http://qurratuaininasuhabpsrt.wordpress.com/pakaian/2-1-peranan-pakaian/2-1-1-kajianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pertanian http://www.doa.gov.my/ http://prezi.com/qjyhci6_rpac/pemeliharaan-penjagaan-dan-pengurusan-ikan-hiasan/ http://www.scribd.com/doc/52697882/pengurusan-ikan-hiasan http://clalitha3ptpjkhmu.weebly.com/pengurusan.html

46

8.0 Lampiran

47

Anda mungkin juga menyukai