Anda di halaman 1dari 14

THOMAS Beatie merupakan seorang lelaki yang pernah mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan pada bulan

Julai tahun lepas. Jejaka berumur 35 tahun ini sebenarnya dilahirkan sebagai seorang perempuan bernama Tracy Logondino. Dia kemudiannya menukar jantinanya kepada lelaki apabila jatuh cinta dengan seorang lagi perempuan bernama Nancy Roberts yang kini beumur 46 tahun. Isterinya Nancy, terpaksa membuang rahimnya kerana masalah kesihatan 21 tahun yang lalu dan itulah yang membuatkan Thomas untuk cuba mengandung. Untuk menukar jantinanya, Thomas terpaksa menjalani beberapa prosedure seperti pembedahan jantina, pembinaan semula buah dada, mengambil terapi testosteron serta suntikan hormon.

Tetapi satu perkara yang Thomas tidak lakukan ialah membuang rahimnya yang masih membolehkannya mengandung seperti wanita lain. Sebelum mengandung, Thomas berhenti mengambil suntikan testosteron dan hormon untuk mengembalikan kitaran haidnya. Menurutnya, dia menggunakan sperma dari seorang penderma yang diperolehi daripada bank sperma bagi membolehkannya mengandung.