Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum kawan-kawan Tampilnya saya dipentas ini pada hari ini untuk menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk

Nabi Muhamad saw. Pejuang bijak penyelamat alam Kisah tak asing jadi ikutan Nabi Muhamad Junjungan Islam Diserata dunia menjadi sebutan Kawan-kawan Muhammad, lelaki suku Quraisy dari wilayah Arab (Arab Saudi sekarang), dilahirkan pada tahun 571 M. Ayahnya bernama Abdullah dan wafat 4 bulan sebelum kelahirannya manakala ibunya bernama Aminah juga wafat ketika beliau berumur 5 tahun. Bayangkan kawan-kawan, ketika berumur 5 tahun Nabi Muhammad saw telah menjadi yatim piatu. Sedih kawan-kawan. Cuba kawan-kawan bayangkan diri kita sekarang sudah tiada ibu dan bapa.. Apa perasaan kita?, Bolehkah kita hidup segembira hari ini. Bayangkan Siapa yang akan menjaga makan dan minum kita.. Ya Allah panjangkanlah umur ibu dan bapa kami, peliharalah mereka dengan sebaiknya, seperti mereka menjaga kami semasa kecil (DOA) Kawan-kawan Nabi Muhammad telah dibesarkan oleh datuknya dengan penuh kasih dan sayang. Namun, Datuknya juga meninggal dunia dan akhirnya nabi Muhamad dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib. Maka hiduplah Nabi muhamad seperti insan biasa yang lain. Malah kedaifan hidup abu talib menyebabkan nabi terpaksa mengembala kambing dan berdagang. Abu Thalib menunaikan tanggungjawab memelihara anak saudaranya, Muhammad saw dengan sebaik-baiknya. Baginda tinggal dan bergaul dengan anakanak Abu Thalib. Baginda membesar di dalam rumah Abu Talib sehingga Baginda meningkat dewasa , matang dan memahami keadaan sekeliling. Ketika berusia 13 tahun baginda pergi mengikut Abu Thalib berniaga ke Syam.

Kawan-kawan sekelian Kemuliaan keturunan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada lelaki yang gagal. Seperti besi, apabila dibiarkan berkarat, ia tidak berguna lagi. Tetapi jika besi itu berada ditangan pereka yang mahir, ia boleh menghasilkan pelbagai rekaan. Kawan-kawan sekelian Kehebatan nabi muhamad dapat disaksikan semasa kelahirannya seperti yang dicerita dan diriwayatkan yang menyebut bahawa beberapa petanda perutusan Nabi saw telah berlaku ketika kelahiran Baginda. Di mana 14 balkoni istana Kisra telah runtuh. Api yang disembah oleh puak Majusi telah padam. Gereja-gereja di sekitar tasik Sawah telah runtuh setelah tasik itu kering.

Kawan-kawan..

Sirah Nabi Muhammad saw bukanlah semata-mata kisah yang dibaca pada hari keputeraan. Bukan juga sekadar disebut-sebut dalam pelbagai selawat yang direkareka. Bukan juga sekadar pesona cinta yang dipendam dan luahkan melalui susunan bait-bait sajak pujian kepada Baginda . Demikian juga menggerakkan lidah sehari semalam dengan seribu selawat tidaklah memberi makna kepada mana-mana Muslim yang Rasululullah saw tidak hidup di dalam hatinya dan dia tidak mengikuti petunjuk Baginda saw dalam amalan dan pemikirannya. Kawan-kawanku sekelian Ingatlah, alangkah murahnya kasih sayang jika ia hanya sekadar kata-kata! Alangkah mahalnya kasih sayang itu jika ia berbentuk ikutan, kepatuhan dan janji setia. Rasulullah saw merupakan penghubung manusia dengan Allah. Apabila iman kepada Allah melekat di hati, sempurnalah tugas baginda sebagai Rasul. Tugas Rasul menghubungkan akal dan hati manusia dengan Penciptanya dan menjelaskan jalan yang lurus kepada mereka. Selepas itu, setiap manusia hendaklah memikul akibatnya dalam melakukan perbuatan baik dan buruk. Rasul bukan orang tengah yang akan memikul untukmu kebaikan yang telah kamu lakukan, Rasul bukan juga kambing hitam yang akan menanggung untukmu balasan buruk yang berhak dikenakan ke atasmu. Samada Rasulullah saw masih ada atau sudah wafat tidak akan mengurangkan hakikat perutusan baginda sedikit pun. Baginda juga tidak diutuskan untuk menghimpun manusia di sekeliling namanya, sama ada sedikit atau ramai. Tetapi baginda diutuskan sebagai pemberi peringatan dan berita gembira.

Tugas Nabi Muhammad juga bukanlah untuk menarik kamu dengan tali syurga. Sesungguhnya tugas baginda saw ialah mencampakkan ke dalam sanubari kamu penglihatan, yang dengannya kamu boleh melihat kebenaran. Semoga dengan menyelusuri sirah kelahiran Baginda saw akan memberi keinginan yang lebih teruja untuk kita mengenalinya dengan lebih mendalam. Seterusnya memahami tugas baginda sebagai Rasul. Menghayati ajarannya tentang agama Islam yang syumul. Akhir sekali menuruti jejak langkahnya dari sudut kepimpinan dan dakwah, mengajak manusia keluar dari kegelapan kepada cahaya kebenaran. Kawan-kawan.. Semoga apa yang disampaikan sedikit sebanyak akan menginsafi kita semua sebagai umat nabi muhamad saw. Sekian wassalam