Anda di halaman 1dari 5

SOALAN 1(a)

Algoritma ialah urutan langkah-langkah penyelesaian masalah yang disusun secara sistematik. Algoritma digunakan dalam pengiraan, pemprosesan data dan sebagainya. Dalam pengiraan, algoritma terlibat dalam penyelesaian empat operasi asas untuk mengira termasuk tambah (), tolak (), darab () dan bahagi (). Penggunaan algoritma membolehkan seseorang pelajar mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai apa yang dipelajari. Tiga kaedah pengiraan algoritma termasuk pengiraan mental, penggunaan kertas dan pensel serta penggunaan peralatan teknologi. Algoritma penambahan ialah satu operasi mencari jumlah bagi dua atau lebih nombor. Jumlah yang diperoleh itu dinamakan hasil tambah. Tanda bagi penambahan ialah ( ) dan disebut tambah. Dalam suatu penambahan, digit-digit dengan nilai tempat yang sama dijumlahkan. Misalnya, digit sa ditambah dengan digit sa, digit puluh ditambah dengan digit puluh, digit ratus ditambah dengan digit ratus dan seterusnya. Proses membawa satu digit ke lajur nilai tempat yang lebih tinggi dinamakan pengumpulan semula. Terdapat 2 jenis algoritma bagi operasi tambah dengan menggunakan kaedah Kertas dan Pensel. Algoritma tersebut ialah algoritma terkembang dan algoritma lazim. Algoritma terkembang Expanded Algorithm bagi penambahan dikenali sebagai semua nombor yang mempunyai nilai tempat yang sama ditambah dan kemudian dikumpul semula mengikut mengikut nilai tempat. Contoh: 5 3 2 + 1 3 4 6 6 6 Tambah ratus Tambah puluh Tambah sa Tambah ratus, puluh, sa : 500 + 100 = 600 : 30 + 30 = 60 :2+4=6 : 60 + 6 666 600

Hasil Tambah:666

Dalam algoritma ini, penambahan nombor boleh dilakukan tanpa mengikut tertib kerana setiap kali penambahan dibuat, hasil tambah separa akan direkodkan.

Algoritma lazim Standard Algorithm bagi penambahan bermula dari kanan ke kiri dengan menambah nilai sa dan mengumpul semula. Jika nilai sa ialah 10 atau lebih, 10 sa akan dikumpul semula sebagai 1 puluh dan kemudian ditambah kepada lajur puluh. Jika tambahan lajur puluh mempunyai 10 puluh atau lebih, ia akan dikumpul semula menjadi 1 ratus dan kemudian ditambah ke lajur ratus. Contoh: 379 + 65 = ? Langkah-langkah Penyelesaian:

Ratus Puluh Sa 3 7 6 9 5 Susun nombor ikut susunan sa, puluh, ratus dan seterusnya. 9 sa + 5 sa = 14 sa, iaitu 1 puluh 4 sa. Ratus Puluh Sa 3 + 7 61 9 5 4 7 puluh + 6 puluh + 1 puluh = 14 puluh, iaitu 1 ratus 4 puluh. Tulis 4 kepada lajur puluh. Bawa 1 puluh ke lajur ratus. 3 ratus + 1 ratus = 4 ratus. Hasil Tambah: 444 Tulis 4 kepada lajur sa. Bawa 1 puluh ke lajur puluh.

Ratus Puluh Sa 3 +
1

7 6 4

9 5 4

Ratus Puluh Sa 31 + 4 71 6 4 9 5 4

Algoritma penolakan ialah satu operasi bagi mencari beza atau baki bagi dua nombor. Beza atau

baki ini dinamakan hasil tolak. Tatatanda bagi penolakan ialah ( ) dan disebut tolak atau minus. Dalam suatu penolakan, digit-digit dengan nilai tempat yang sama ditolakkan. Misalnya, digit sa ditolak dengan digit sa, digit puluh ditolak dengan digit puluh, digit ratus ditolak dengan digit ratus dan seterusnya. Apabila nilai digit yang hendak menolak tidak cukup untuk ditolak, pengumpulan semula perlu dilakukan. Seperti penambahan, operasi tolak terdapat 2 jenis algoritma dengan menggunakan kaedah Kertas dan Pensil. Algoritma tersebut ialah algoritma terkembang dan algoritma lazim. Algoritma Terkembang Expanded Algorithm bagi penolakan dimulakan dengan nilai terbesar dan penolakan dilakukan berulang melibatkan pengiraan mental sebelum dipindahkan dari kiri ke kanan. Contoh: 4 9 5 1 4 1 3 5 4 Digit yang ditolak (495) dibahagikan kepada (100 + 40 +1). 495 100 = 395 395 - 40 = 355 155 1 = 354

Hasil Tolak: 354

Dalam algoritma terkembang, penolakkan boleh dimulakan dengan sebarang nilai tempat kerana tertib penolakan tidak akan mengubah hasil tolak. Algoritma lazim Standard Algorithm bagi penolakan bermula dengan menolak nilai sa dan seterusnya menolak dengan mengumpul semula, iaitu daripada kanan ke kiri. Jika sa yang sedia ada tidak mencukupi untuk ditolak, kita kumpul semula 1 puluh sebagai 10 sa dan kemudian tolak sa. Begitu juga jika puluh tidak mencukupi untuk ditolak, kita kumpul semula 1 ratus menjadi 10 puluh dan lakukan penolakan.

Contoh: 563 - 88 = ? Langkah-langkah Penyelesaian:

Ratus Puluh Sa 5 6 8 3 8 Susun nombor ikut susunan sa, puluh, ratus dan seterusnya.

Ratus Puluh Sa 5 6 8
5

3 sa yang sedia ada tidak cukup untuk tolak 8 sa. Pinjam 10 sa dari lajur puluh. 13 sa - 8 sa = 5 sa. 5 puluh tidak cukup untuk tolak 8 puluh.

3 8 5

13

Ratus Puluh Sa13 5


4

6 8 7

15

Pinjam 10 puluh dari lajur ratus. 15 puluh - 8 puluh = 7 puluh.

3 8 5

Ratus Puluh 4 15 Sa13 5 4 6 8 7 3 8 5 4 ratus - 0 ratus = 4 ratus. Hasil Tolak: 475

Anda mungkin juga menyukai