Anda di halaman 1dari 1

RAJA NASMAWATI BT RAJA ALI (740804-11-5318) Refleksi Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah yang Maha Esa

kerana dengan limpah kurnia-Nya saya mampu menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran MTE 3112 Pengajaran Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data dalam tempoh masa yang diberikan. Kerja kursus ini adalah secara berkumpulan. Penghargaan juga saya ucapkan kepada pensyarah kami, Encik Nik Muhammad b Nik Jusoh kerana membantu kami dalam memahami tajuk ini. Tunjuk ajar yang diberi oleh beliau dan juga bahan-bahan perolehan dari internet serta buku rujukan memudahkan proses menyiapkan kerja kursus berkenaan. Bagi menyelesaikan tugasan ini beberapa kemahiran perlu kami kuasai.Bagi pengurusan grafik saya mendapat tunjuk ajar dari rakan sekerja dan juga rakan sekelas tentang cara-cara membuat pengurusan grafik yang baik. Bagi mengenalpasti kes saya memilih tajuk ukuran panjang bagi tahun 1. Ini adalah kerana lebih mudah saya melaksanakan pengajaran bagi murid saya sendiri. Bagi merakam video pengajaran ini saya meminta bantuan dari rakan sekerja yang mahir dalam membuat rakaman. Ternyata terdapat beberapa miskonsepsi yang dilakukan oleh murid-murid saya. Miskonsepsi yang dilakukan oleh murid ini berpunca dari ketidakfahaman mereka terhadap cara-cara mengukur yang betul. Setelah dijalankan aktiviti pemulihan tenyata mereka menguasai cara-cara mengukur yang sepatutnya. Kerja kursus ini banyak membantu saya memahami dengan lebih mendalam tentang miskonsepsi yang ada dalam kemahiran matematik. Kemahiran yang tidak dikuasai sebelum ini telah dapat saya kuasai bagi menyiapkan tugasan ini. Ini merupakan satu kelebihan dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Menyiapkan tugasan ini juga menyedarkan saya bahawa masih banyak ilmu matematik yang perlu dipelajari dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Akhirnya terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah di atas tunjuk ajar yang diberikan, kawan-kawan yang banyak membantu seterusnya ahli keluarga yang tidak berbelah bagi menyokong saya. Saya berharap agar tugasan yang saya laksanakan menepati kehendak yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai