Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM MEMPERKSA SENI VISUAL STPM PERINGAT NEGERI SARAWAK KUCHING 22 Mac 2014 SMK Kota Samarahan

dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah berjaya mengadakan Bengkel Memperkasa Seni Visual Peringkat Negeri Sarawak yang di adakan di Auditorium JPN Sarawak.

Bengkel sehari itu dihadiri oleh 32 buah sekolah dengan jumlah pelajar 251 dan guru 43 orang dari seluruh negeri Sarawak. Antara sekolah yang terlibat adalah Smk Petra Jaya, SMK Matang Jaya, SMK Batu Kawa, SMK Setia Raja, SMK Stampin, SMK Tun Abang Hj.Openg, SMK Muara Tuang, SMK Tun Abdul Razak, SMK Serian, SMK Asajaya, SMK Wira Penrissen, SMK SImunjan No.1, SMK Taee, SMK Spaoh, SMK Meradong, SMK Kalaka, SMK Serikei, SMK St.Augustine, SMK Simanggang, SMK Pusa, SMK Sri Aman, SMK Kampung Nangka, SMK Chung Hua Sibu, SMK Kanawit, SMK Lopeng Tengah, Smk Marudi dan SMK Kota Samarahan. Bengkel tersebut telah di sempurnakan oleh penceramah jemputan En.Hassan Mohd Ghazzali, Pensyarah Kanan UPSI , yang juga merupakan penggubal dan pemeriksa kertas Seni Visual STPM. Beliau telah menyentuh ketiga-tiga kertas iaitu Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan, Projek Kajian Seni Visual dan Apresiasi Seni Visual. Pengetua SMK Kota Samarahan Pn.Catherine Ritikos@Fiziah Abdullah dalam ucapan aluannya melahirkan rasa terharu kerana penyertaan yang diluar jangkaan dan memaklumkan usaha SMK Kota Samarahan mengadakan bangkel ini adalah untuk meningkatkan pencapaian matapelajaran Seni Visual dalam STPM di semua sekolah yang mengambil Seni Visual dan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mat Ali bin Abang Masagus, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik. Dalam ucapanya beliau menyatakan rasa bangga dengan pencapaian negeri Sarawak kerana menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Beliau juga memuji usaha SMK Kota Samarahan menganjurkan bengkel ini selaras dengan motto Jabatan Pendidikan Sarawak iaitu Terus Menjulang Sarawak. Beliau gembira kerana sambutan pelajar dan guru sangat menggalakkan dan berharap, program-program seperti ini diperbanyakkan untuk matapelajaran lain pada masa akan datang. Ucapan terima kasih juga beliau lontarkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Bengkel Memperkasa Seni Visual berakhir pada jam 5.00 petang setelah majlis penutupan dilakukan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan, Haji Mohd Sharkawi Bin Haji Ali Akhbar. Beliau juga memuji usaha yang dilakukan pihak sekolah dan selaku Pegawai Pelajaran Daerah Samarahan sentiasa memberi sokongan kepada sekolah-sekolah yang berhasrat mengadakan program serupa.

Bagi pihak Tingkatan 6, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak khususnya En.Awang Zainal, Persatuan Pelajar Pra Universiti (PPU) SMK Kota

Samarahan, guru-guru Tingkatan 6, guru Kaunseling Pn.Noorsalehan Noor dan semua yang menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung.

Laporan disediakan oleh

YATIMAN BIN KARSODIKROMO PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM SMK KOTA SAMARAHAN

Pendaftaran peserta program

Urusetia PPU menjalankan tugas pendaftaran

Sebahagian peserta yang hadir awa1

En.Hassan Mohd Ghazali, Penceramah Jemputan Pengetua SMK Kota Samarahan bersama Sektua dari UPSI Sektor Pengurusan Akademik

Pengetua Menyampaikan Cenderamata kepada Haji Mohd Sharkawi Bin Haji Ali Akhbar ketika wakil Pengarah menyampaikan ucapan penutupan program