Anda di halaman 1dari 10

SOALAN OBJEKTIF TAJUK : Kata Hubung ARAS: Pengetahuan Pilih jawapan yang sesuai untuk mengisi tempat kosong

di bawah. 1. Guru itu sering dipuji __________ rajin bekerja. A. jika B. atau C. agar D. kerana ARAS: Aplikasi 2. i. ii. iii. iv. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. Izat masuk ke kelas dan guru sedang mengajar Pak Tam mengumpul nira untuk dibuat manisan dan tuak Taman mini itu dibersihkan oleh guru-guru, ibu bapa dan murid-murid. Pasukan bola sepak itu akan menundukkan lawannya dengan rembatan dan tendangan yang hebat.

A. i, ii dan iii B. i, iii dan iv C. ii,iii dan iv D. i,ii dan iv TAJUK: Ayat Majmuk ARAS: Analisis Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

3.

Kebanyakan remaja menganggap diri mereka lebih bijak sehingga

perbuatan mereka itu menyinggung perasaan orang tua. A. Perasaan ibu bapa tersentuh apabila anak-anak remaja mereka lebih bijak dan tidak menghormati orang tua. B. Kebanyakan remaja yang bijak hanya mementingkan diri mereka sendiri sehingga perbuatan mereka menyinggung perasaan orang tua. C. Perasaan orang tua yang tersinggung disebabkan sikap kebanyakan remaja yang menganggap diri mereka lebih pandai. D. Sebilangan besar orang tua menganggap kebanyakan remaja lebih bijak daripada mereka dan menyebabkan mereka tersinggung.

ARAS: Analisis 4. i. Pilih ayat-ayat yang betul Mereka duduk menonton televisyen di atas sofa yang empuk sambil berbual-bual bersama dengan ahli keluarga. ii. iii. Nafasnya kedengaran mendesis kerana kepenatan mengayuh beca. Rumah tangga artis popular itu menjadi porak-peranda kerana sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab. iv. Puan Fasha kepanasan kerana pendingin hawa di biliknya itu gagal berfungsi.

A. i,ii dan iii B. i,iii dan iv C. ii,iii dan iv D. I,ii dan iv TAJUK: Imbuhan ARAS: Pengetahuan

Lengkapkan ayat dibawah dengan jawapan yang sesuai. 5. Azman_______oleh ibunya supaya tidak berkawan dengan budak nakal itu. A. dimarah B. kemarahan C. memarahi D. dimarahi TAJUK: Kata Tanya ARAS: Pengetahuan Pilih jawapan yang paling sesuai. 6. __________yang merasmikan bangunan sekolah itu? A. Bilakah B. Bagaimanakah C. Siapakah D. Manakah ARAS: Analisis Pilih ayat tanya yang sesuai bagi kenyataan berikut. 7. Ravi diingatkan oleh kakaknya supaya menjaga diri ketika bermain di padang

permainan. A. Dimanakah Ravi bermain? B. Siapakah yang bermain di padang? C. Mengapakah Ravi diingatkan supaya menjaga diri ketika bermain di padang? D. Siapakah yang mengingatkan Ravi supaya menjaga diri ketika bermain di padang?

8.

Aisyah demam kerana rindu akan ibunya yang sedang berkursus luar daerah. A. Mengapakah Aisyah demam? B. Bilakah Aisyah demam? C. Bagaimanakah Aisyah demam? D. Siapakah yang menyebabkan Aisyah demam?

TAJUK: Kata Ganti Diri ARAS: Pengetahuan 9. Kata ganti diri pertama bagi seorang Sultan ialah_______ A. Patik B. Saya C. Beta D. Daku ARAS: Aplikasi Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 10. Sekiranya________berhasrat untuk belayar, harap dimaklumkan kepada

_________terlebih dahulu. Kata Bendahara kepada Hang lekir. A. tuan hamba..baginda B. hamba..tunku C. tuan hamba.tunku D. patik.beta

ARAS: Kefahaman 11. Gantikan perkataan bergaris dengan kata ganti diri yang paling sesuai.

Mengapa Syuhada dan Balqis tidak hadir dalam mesyuarat semalam? Tanya Cikgu Aida kepada Lili A. dia B. mereka C. beliau D. kalian

(15 markah)

JAWAB BERDASARKAN PETIKAN

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Faedah Bergotong-royong. Hadirin sekalian, Menurut Kamus Dewan (2009), konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong. Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini. Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amalan bergotong-royong ini dilakukan. Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan. Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu.

ARAS:Pengetahuan 12. Apakah maksud gotong-royong? A. Aktiviti membersihkan sesuatu kawasan. B. Aktiviti mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat C. Bersama-sama mengerjakan atau mengusahakan sesuatu. D. Sesuatu kerja yang dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos.

ARAS: Sintesis 13. Bagaimana gotong-royong dapat mengeratkan hubungan kejiranan? A. Melaksanakan majlis perkahwinan dengan meriah bersama jiran. B. Penubuhkan kelab rukun tetangga dalam satu kawasan kejiranan. C. Membina satu persatuan bagi menjaga keamanan kawasan kejiranan. D. Mengumpulkan semua jiran bersama dalam sesuatu majlis membersihkan kawasan perumahan.

TAJUK: Perumpamaan ARAS: Kefahaman Piilih peribahasa yang sesuai untuk kenyataan di bawah. 14. Siti terpinga-pinga ketika masuk ke pasaraya yang baru di bina itu. A. Bagai kerbau terkejut oleh gong B. Seperti katak kena simbah air C. Bagai ikan pulang ke lubuk D. Seperti gergaji dua mata

15.

Apakah maksud peribahasa seperti kera dapat bunga? A. Terharu setelah menerima sesuatu pemberian. B. Tidak tahu menggunakan atau menghargai sesuatu barang yang diberikan. C. Terlalu gembira menerima sesuatu pemberian. D. Resah dan gelisah dengan pemberian yang diperoleh.

SOALAN SUBJEKTIF TAJUK: Ayat Majmuk ARAS: Aplikasi 1. Berdasarkan gambar di bawah, bina ayat yang lengkap menggunakan perkataan

yang diberi.

mandi

berehat

cantik

makanan gembira

1. ________________________________________________________________ 2. ________________________________________________________________ 3. ________________________________________________________________ 4. ________________________________________________________________ 5. ________________________________________________________________ (5 markah)

JAWAB BERDASARKAN PETIKAN Kehidupan manusia memang banyak dipengaruhi oleh sains dan teknologi. Lihat sahaja ciptaan seperti kereta, rumah dan komputer yang begitu lumrah dalam kehidupan manusia kini. Jadi, memang banyak sumbangan yang wujud. Kewujudan teknologi dan sains telah menyebabkan banyak kerja manusia menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan. Bayangkan kerja mengemas rumah tanpa alat pembersih habuk atau mesin pembasuh pakaian yang menyenangkan kerja membasuh baju kita. Kerja mengemas yang mudah ini menjadikan kehidupan manusia lebih produktif. Selain itu, teknologi dan sains juga mampu menjimatkan masa perjalanan seseorang dengan terciptalah sistem pengangkutan moden. Manusia boleh bergerak ke satu tempat yang lain dengan mudah melalui kereta, kapal terbang dan kapal laut serta kereta api. Kalau dahulu perjalanan memakan masa sebulan atau setahun kini perjalanan itu hanya memerlukan beberapa jam atau minit sahaja. Malahan, manusia juga memperoleh banyak ilmu pengetahuan menerusi teknologi dan sains ini. Kini, sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula memudahkan manusia untuk memperoleh pelbagai informasi dengan hanya menekan papan kekunci komputer mereka sahaja. Manusia menjadi semakin mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan teknologi dan sains ini. Sebenarnya, semua hasil ciptaan sains dan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih selesa. Kalau dahulu manusia terpaksa bekerja keras untuk melakukan sesuatu kini sudah berubah. Hasil teknologi dan sains menjadikan wujudnya pelbagai peralatan yang menjadikan manusia lebih baik kehidupannya. Kesimpulannya, teknologi dan sains memang memberi sumbangan yang ketara terhadap kehidupan kita semua. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa keburukan tetapi semua kesan buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri. Oleh itu, kita harus menghargai semua ciptaan sains dan teknologi ini.

ARAS: Kefahaman 2. i. ii. Berikan contoh sumbangan teknologi kepada manusia. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ (2 markah) 3 Apakah kesan pengunaan teknologi kepada manusia?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ (1 markah) ARAS: Aplikasi 4. Bagaimanakah kehidupan manusia tanpa teknologi dan sains? Kemukakan

pendapat anda. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ (2 markah) TAJUK: Perumpamaan ARAS: Sintesis 5. Tuliskan sebuah karangan berkaitan peribahasa Seperti gergaji dua mata.

Panjang karangan tidak melebihi 180 perkataan. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ (15 markah)