Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Tarikh : 18-03-2011 Masa : 8:00am-9:30am Tahun :4 Bil. Murid : 5 orang Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tajuk : Kecergasan fizikal Isi Pembelajaran : Ketangkasan Hasil Pembelajaran : Di akhir P&P ini,murid dapat Psikomotor : Melakukan larian ulang alik sejauh 5m dalam masa 15 saat. Kognitif : Mengenalpasti anggota tubuh badan yang terlibat dengan pengerakan tangkas. Afektif :Bekerjasama dalam 1 kumpulan semasa melakukan aktiviti. Pengalaman sedia ada: Murid telah mempelajari asas pengerakan ketangkasan pada pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Penerapan nilai : Keyakinan dan saling tolong- menolong Kemahiran berfikir : Membuat ramalan Alat Bantu Mengajar : Bakul, bola getah dan gelung rotan Masa Aktiviti Butiran Mengajar

Set Induksi ( 5 minit )

Memanaskan badan - berlari setempat Regangan - tangan, badan dan pinggan

1. Lari setempat secara berperingkat. 2. Bermula dengan perlahan

kemudian laju dan perlahan semula. 3. Murid berdiri secara berpasangan dan saling mengbelakangi. 4. Murid menghantar bola secara bersilang-silang bawah kangkangan atas kepala.
1. Murid dibahagi kumpulan. 2. Murid pertama berdiri di garis

Langkah 1 ( 6 minit )

Aktiviti kumpulan: - larian ulang-alik

permulaan. 3. Apabila terdengar wisel, murid tersebut berlari ke garis yang diletakkan skital lalu berulang-alik

ke garis permulaan. 4. Apabila ditepuk tangan oleh murid pertama, murid kedua bermula seperti murid pertama. 5. Aktiviti larian ulang-alik diterangkan sehingga semua murid telah berlari. Langkah 2 ( 6 minit ) Aktiviti - lari ulang-alik dengan melontar bola getah ke bakul
1. Murid dibahagi dalam kumpulan. 2. Setiap murid yang pertama berdiri

3.

4.

5.

6. 7.

di garis permulaan bersama sebiji bola getah. Apabila wisel dilepas, murid berlari ke arah bakul dan melontarkan bola getah ke dalam lalu berlari ulang balik ke kumpulan. Tiba di kumpulan, murid perlu menggunakan tangan tepuk murid yang kedua. Murid kedua berlari menuju ke arah bakul dan mengambil bola getah di dalam bakul lalu balik ke kumpulan dan serahkan bola itu kepada murid yang seterusnya. Murid seterusnya melakukan aktiviti seperti murid yang pertama. Aktiviti ini dijalankan sehingga semua murid telah habis bergilir.

Langkah 3 ( 8 minit )

Permainan - Polis menangkap pencuri

1. Murid dibahagi kepada 10 orang

kepada 1 kumpulan. 5 orang menjadi polis dan 5 orang menjadi pencuri. 2. Polis berdiri di sebelah bakul yang berisi 5 biji bola getah. Pencuri berada di jauh dari bakul dianggap rumah. 3. Permainan bermula dengan pencuru berlari ke bakul dan mencuri bola getah. Polis itu bersedia menangkap pencuri itu.

4. Pencuri yang tertangkap akan

dimasuk ke penjara. 5. Pencuri yang lain bergilir-gilir mencuri bola getah, polis juga bersedia menangkap pencuri yang mencuri bola. 6. Jika pencuri berjaya mencuri semua bola, kedua-dua kumpulan akan bertukar peranan menerokakan permainan. Penutup ( 5 minit ) Pengendaraan Anggota Badan -Tangan

1. Berdiri dan kaki dibuka seluas

bahu. 2. Merenjis tangan ke atas, sisi dan hadapan dalam kiraan 4. -Kaki

1. Berdiri dan kaki dibuka semasa

- Tarik nafas

bahu. 2. Menolak sebelah kaki hadapan dalam keadaan lurus dan membuat pusingan mengikut dan melawan jam dalam kiraan 4.
1. Tarik nafas & tahan dalam kiraan 5. 2. 3 kali tarik nafas. 3. Akhir sekali sebut hurray. 4. Hembus.

REFLEKSI
KEKUATAN Aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat murid untuk lebih suka mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Murid saya sentiasa gembira dan seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Muridmurid melakukan ketangkasan yang baik ketika aktiviti dijalankan dan mereka suka menjalankan aktiviti larian dengan pergerakan yang pelbagai. KELEMAHAN Semasa aktiviti yang memerlukan murid-murid berlari ke suatu tempat lalu melontarkan bola getah ke dalam bakul, saya mendapati banyak murid tidak dapat melontarkan bola getah ke dalam bakul, ini telah mengganggu kelancaran aktiviti. Selain itu, saya mendapati semasa permainan kecil iatiu Polis Menangkap Pencuri dijalankan murid-murid terjatuh kerana dikejar oleh polis yang kuat lari. Ini telah menyebabkan murid tersebut cedera. Saya akan berhati-hati untuk merancang aktiviti yang dapat menjaga keselamatan murid supaya tidak cedera. LANGKAH MENGATASI Sebelum memulakan sesuatu aktiviti permainan, saya perlu menerangkan peraturan permainan tersebut dan menegaskan bahawa keselamatan diutamakan ketika bermain. Selain itu, saya akan menukarkan bakul kecil ke bakul besar supaya murid dapat melontarkan bola ke dalam bakul tersebut ataupun saya akan menukarkan peraturan permainan iaitu melontar bola bertukar kepada meletak bola di dalam bakul. Jadinya, semua aktiviti akan dijalankan dengan lancar dan objektif pada hari tersebut akan tercapai.