Anda di halaman 1dari 2

Masalah berat badan berlebihan bermula dari rumah, seharusnya ibu bapa perlu dipertanggungjawabkan KUCHING: Tugas memantau

Indeks Jisim Badan (BMI) bagi mengelak obesiti atau kegemukan berlebihan di kalangan pelajar adalah tanggungjawab ibu bapa dan tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah. Demikian reaksi beberapa orang ibu bapa yang ditemui semasa tinjauan berhubung cadangan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mahu BMI dicatatkan dalam kad laporan pelajar. Perkara ini menurut keba-nyakan ibu bapa akan membebankan guru yang sepatutnya menilai prestasi pendidikan murid-muridnya dan bukan mengira BMI mereka. Menurut Daring Sios, 52, tugas mengira BMI pelajar adalah tanggungjawab ibu bapa dan ia tidak sepatutnya dipertanggungjawab kepada pihak sekolah memandangkan pihak sekolah juga mempunyai tanggungjawab mereka sendiri yang perlu ditunaikan. Guru adalah orang yang bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak kita dan bukan untuk mengira BMI anak-anak kita. Kita tidak mahu mereka (guru) dibebankan dengan perkara ini memandangkan tugas dan peranan mereka sudah cukup membebankan, katanya. Justeru menurut beliau, untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa perlu diberi pendedahan dalam kaedah-kaedah mengira BMI anak-anak mereka agar dapat menangani peningkatan masalah berat badan berlebihan di kalangan pelajar. Mungkin ada di kalangan ibu bapa yang tidak menge-tahui cara-cara pengiraan BMI ini dan di sini kita mahu ibu bapa diberi pendedahan serta tunjuk ajar mengenai cara-cara mengira BMI ini agar dapat melakukannya sendiri, katanya. Johari Sabong, 43, juga berpendapat sedemikian di mana menurut beliau masalah berat badan berlebihan atau obesiti adalah bermula dari rumah dan seharusnya ibu bapa yang perlu dipertanggungjawabkan. Guru hanya bersama dengan anak-anak kita sekitar tujuh hingga lapan jam sehari, selebihnya adalah bersama kita sendiri (ibu bapa) dan kita percaya masalah obesiti adalah berpunca dari rumah. Oleh itu, adalah tidak wajar mereka yang bertugas di peringkat sekolah dibeban-kan dengan masalah ini, katanya. Selain itu, beliau juga tidak bersetuju dengan spekulasi yang mengatakan penjualan makanan seperti nasi lemak di kantin sekolah juga merupakan punca kepada masalah obesiti. Nasi lemak adalah maka-nan yang seimbang dan rasa-nya ia bukan punca kepada masalah obesiti, cuma kalau boleh saya mengharapkan pihak sekolah melarang penjualan makanan ringan seperti keropok dan gula-gula di kantin sekolah, katanya. Baru-baru ini Liow meng-umumkan BMI pelajar akan direkodkan di dalam kad laporan prestasi pelajar oleh guru untuk perhatian ibu bapa.

Arahan serta-merta itu dibuat oleh kerajaan dalam usaha menangani peningkatan berat badan berlebihan dan obesiti di kalangan rakyat. Menurutnya, sebelum ini BMI tidak dicatatkan dalam kad laporan pelajar menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mengawal pemakanan anak-anak kerana tidak tahu sama ada berat badan mereka ideal, terlebih atau obes. Print Friendly Share this:

Read more: http://www.theborneopost.com/2011/04/20/pantau-obesiti-pelajar-tugas-ibu-bapabukan-tugas-guru/#ixzz2wfBDO2k8

Anda mungkin juga menyukai