Anda di halaman 1dari 106

PSZ 19:16 (Pind.

1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦


JUDUL: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH
DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA
DENGAN PEMBENTUKAN DAYA KEPIMPINAN.

SESI PENGAJIAN : 2005/2007

Saya : WONG HUEY LING

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan


Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( / )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

________________________ _________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap

12 JALAN RAHMAT 5, PROF.MADYA DR.MOHAMED NAJIB B.


TAMAN SRI RAHMAT, ABDUL GHAFAR
83700 YONG PENG, Nama Penyelia
JOHOR.

Tarikh: 06 NOVEMBER 2007 Tarikh:………………………

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
Pengesahan Penyelia

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentadbiran)”.

Tandatangan : …………………………………
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. MOHAMED NAJIB
BIN ABDUL GHAFAR
Tarikh : …………………………………
ii

TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH


DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA
DENGAN PEMBENTUKAN DAYA KEPIMPINAN

WONG HUEY LING

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada


syarat penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2007
iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………….
Nama Penulis : WONG HUEY LING
Tarikh : 06 NOVEMBER 2007
iv

Untuk semua yang dikasihi:


suami dan anak
yang menjadi sumber utama kegembiraan dan kebahagian
dalam perjalanan hidup
serta
ibu bapa, ibu dan bapa mertua
yang diingati selalu.

Terima kasih yang tiada penghujungnya


di atas sokongan dan pengertian kalian.

Semoga kejayaan sentiasa akan menjadi milik kita bersama.


v

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan yang tulus ikhlas khas kepada Prof.
Madya Dr. Mohamed Najib Abdul Ghafar selaku penyelia kajian di atas bimbingan,
nasihat, tunjuk ajar dan dorongon sehingga kajian ini dapat disiapkan.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah Universiti Teknologi


Malaysia, teristimewa untuk Prof. Dr. Abu Bakar Hj. Hashim, Dr. Hamdan Said,
Prof. Madya Dr. Hussein Mahmood, Prof. Madya Hazil Abd. Hamid, En. Hassan
Hushin, Prof. Madya Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor, Dr. Norhani Bakri, Prof.
Madya Dr. Hj. Abdul Hafidz Hj. Omar, Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom Noordin, Dr.
Hj. Mohd. Anuar Abdul Rahman, dan Dr. Yusof Boon yang telah mencurah ilmu
tanpa mengira penat lelah. Saya juga ingin meragkamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Dr. M. Al-Muzammil Mohd. Yassin, selaku penyelaras program
atas segala bantuan dan sokongan yang diberikan sepanjang program pengajian
dijalankan.

Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pengetua, guru-
guru dan pelajar-pelajar sekolah menengah yang terlibat atas sokongan dan
kerjasama sehingga kajian ini berjaya disiapkan.

Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan


seperjuangan yang sama-sama mengikuti kursus Sarjana Pendidikan (Pengurusan
dan Pentadbiran) Universiti Teknologi Malaysia di atas segala bantuan, dorongan,
humor dan cerita yang telah menjadi rangsangan kepada saya sepanjang tempoh
program pengajian ini.
vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan di enam buah
sekolah menengah daerah Batu Pahat. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti
tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang merangkumi tiga bidang
iaitu sukan dan permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform dengan
pembentukan lima dimensi daya kepimpinan iaitu yakin diri, tanggungjawab
menjalankan tugas, keupayaan membuat keputusan, kebolehan menyelesaikan
masalah dan kepuasan menjalankan tugas. Alat kajian yang digunakan ialah satu set
soal selidik berstruktur dan sampel kajian terdiri daripada 300 pelajar tingkatan
empat. Analisis Pekali Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk menguji hipotesis.
Keputusan analisis korelasi menunjukkan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembentukan daya
kepimpinan. Pada bahagian akhir, dicatatkan cadangan-cadangan sebagai bahan
rujukan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pengurus sekolah, guru
penasihat kokurikulum, dan guru kaunseling bagi meningkatkan kualiti pengurusan
kokurikulum di sekolah. Pengurusan kokurikulum yang efektif akan menarik pelajar
melibatkan diri dengan aktif dan seterusnya membantu kepada pembentukan daya
kepimpinan di kalangan pelajar yang juga merupakan pemimpin akan datang
masyarakat.
vii

ABSTRACT

The primary intent of this study is to investigate the relationship between the
involvement level of students in co-curricular activities and the formation of
leadership ability in six secondary schools in Batu Pahat district. The study focus on
relationship between student involvement in three formally structured co-curricular
fields, sports and games, society and club, and uniform unit with the formation of
five dimensions of leadership abilities including self-confidence, responsibility of
doing duties, decision making capability, problem solving capability, dan satisfaction
in doing duties. The study used a structured questionnaire as the research instrument
and the population group consisted of 300 form four students. Pearson Correlation
Coefficient ( r ) analysis is used to test the hypotheses. The result of the correlation
analysis revealed that the student involvement level in co-curricular activities and the
formation of leadership abilities had a significant relationship. At the last section,
were recorded the suggestions which would act as references to the Ministry of
Education, school aministrators and advisers of co-curricular management in
secondary schools. The effective co-curricular management will attract students’
interest to participate actively and hence assist to the formation of leadership ability
among the students and future leaders of society.
viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Hipotesis Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah Kajian 10
1.8.1 Tahap Penglibatan 10
1.8.2 Aktiviti Kokurikulum 11
1.8.3 Daya Kepimimpinan 12
1.9 Kerangka Konsep 17
ix

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 19
2.2 Latar Belakang Pendidikan Kokurikulum 19
2.2.1 Konsep Aktiviti Kokurikulum 20
2.2.2 Matlamat Aktiviti Kokurikulum 21
2.2.3 Objektif Aktiviti Kokurikulum 22
2.2.4 Kepentingan Aktiviti Kokurikulum 23
2.2.5 Strategi dan Pelaksanaan Aktiviti
Kokurikulum 24
2.3 Kepimpinan 25
2.3.1 Konsep Kepimpinan 25
2.3.2 Kepimpinan Pelajar 28

2.4 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan 30

2.4.1 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan Luar


Negara 30
2.4.2 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan
Dalam Negara 33

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38
3.2 Rekabentuk Kajian 38
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 41
3.4 Instrumen Kajian 42
3.5 Kajian Rintis 43
3.6 Analisis Data 44
3.7 Takwim Kajian 46
x

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47
4.2 Latar Belakang Responden 47
4.3 Analisis Inferensi Kolerasi 49
4.3.1 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Yakin Diri 49
4.3.2 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Tanggungjawab Menjalankan Tugas 50
4.3.3 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Keupayaan Membuat Keputusan 51
4.3.4 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Kebolehan Menyelesaikan Masalah 53
4.3.5 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Kepuasan Menjalankan tugas 54
4.3.6 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan 55

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 57
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 57
5.2.1 Ciri Demografi Responden 58
5.2.2 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Yakin Diri 58
5.2.3 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
xi

Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi


Tanggungjawab Menjalankan Tugas 59
5.2.4 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Keupayaan Membuat Keputusan 61
5.2.5 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Kebolehan Menyelesaikan masalah 62
5.2.6 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Kepuasan Menjalankan tugas 63
5.2.7 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan 64
5.3 Rumusan Dapatan Kajian 66
5.4 Cadangan Tindakan 66
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 68
5.6 Kesimpulan 69

RUJUKAN 71

LAMPIRAN 77
xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Item-Item Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum 43


3.2 Item-Item Daya Kepimpinan 43
3.3 Kaedah Penganalisisan Data 45
3.4 Anggaran Kekuatan Perhubungan Antara Dua Pembolehubah 45
3.5 Takwim Kajian 46
4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 48
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur 48
4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kaum 48
4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Sekolah 49
4.5 Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Yakin Diri 50
4.6 Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Tanggungjawab
Menjalankan Tugas 51
4.7 Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Keupayaan
Membuat Keputusan 52
4.8 Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kebolehan
Menyelesaikan Masalah 53
4.9 Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kepuasan
Menjalankan Tugas 54
4.10 Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan 55
xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Hubungan Yang Wujud Antara Pembolehubah


Bebas Dan Pembolehubah Bersandar 17
2.1 Hubungan Di Antara Kurikulum Dan Kokurikulum 21
3.1 Reka Bentuk Kajian 39
xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 77

B Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian 87

C Senarai Sekolah-Sekolah Terlibat Dalam Kajian 90


BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas


kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli
untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama. Kepimpinan yang
cekap dan berkesan boleh menentukan maju mundurnya sesebuah organisasi
(Gribben, 1972).

Pemimpin adalah individu yang berwibawa, berketerampilan, berdaya


tahan dan berkarisma. Proses membentuk dan melahirkan pemimpin yang terbaik
memerlukan masa yang panjang. Pemimpin yang hebat sekarang ini tidak dilahirkan
sebagai pemimpin secara semulajadi, sebaliknya dibentuk melalui proses
pembentukan daya kepimpinan yang berterusan sejak zaman persekolahan (Azizah,
1991).

Di sekolah pelajar berpeluang menyertai aktiviti kokurikulum. Di sinilah


daya kepimpinan semakin berkembang dan memerlukan pembinaan yang lebih
teratur. Ketika orang lain baru hendak mengilap daya kepimpinan, bekas pemimpin
pelajar telah memacu jauh ke hadapan dalam langkahnya tersendiri. Mereka dapat
menggunakan pengalaman menjadi pemimpin ketika alam persekolahan untuk terus
berjaya dalam bidang yang diceburi.
2

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan adalah salah satu daripada sektor yang dipertanggungjawabkan


untuk menyediakan generasi masa depan. Oleh itu kualiti kehidupan rakyat dalam
sesebuah negara dapat diukur melalui tahap pendidikan rakyatnya. Sistem
persekolahan di Malaysia dipengaruhi oleh Akta Pelajaran 1961. Kegiatan
pendidikan di sekolah terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu kurikulum dan
kokurikulum (Laporan Razak, 1956).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah meggalurkan keseimbangan


perkembangan pelajar dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani semasa berada di
peringkat alam persekolahan. Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum
sekolah digubal bagi memenuhi keperluan mental, fizikal dan sosial pelajar dengan
penekanan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran formal yang melibatkan
sukatan dan kandungan mata pelajaran, aktiviti kokurikulum sebagai lanjutan dari
yang di atas, seperti penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan kelab mata
pelajaran, sukan dan permainan dan badan-badan beruniform. Segala aktiviti yang
disediakan dalam sistem pendidikan bertujuan menggalakkan perkembangan
jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar selain dari menggalakkan pembentukan
daya kepimpinan dan sahsiah kepimpinan yang boleh membina keperibadian pelajar.

Mohd. Najib (2007) menyatakan pendidikan seimbang seharusnya


menekankan kepada kedua-dua aspek akademik dan aktiviti kokurikulum.
Penekanan yang seimbang ini akan dapat mewujudkan satu bangsa Malaysia yang
harmonis dan seimbang. Umum menerima hakikat bahawa generasi hari ini
merupakan pemimpin masa depan. Apa yang menarik untuk kita ketahui daripada
kenyataan ini ialah sejauh manakah generasi muda hari ini sedar akan hakikat
bahawa mereka kelak akan menjadi pemimpin dan perlu meneruskan kesinambungan
tanggungjawab kepimpinan kepada masyarakat?

Ramai pelajar berpendapat aktiviti kokurikulum hanyalah merupakan satu


aktiviti bebas atau aktiviti sampingan tanpa memperlihatkan matlamat dan objektif
yang nyata (Faridah, 1988). Tumpuan serta keutamaan hanya diberikan kepada
3

pemburuan keputusan akademik cemerlang sahaja. Ada juga pelajar berpendapat


pelajar yang aktif dalam kokurikulum akan menjejaskan kecemerlangan prestasi
akademik. Walau bagaimanapun kenyataan ini telah disangkal oleh Lim (1988)
dalam kajiannya yang menyatakan tidak ada hubungan yang signifikan dalam
pencapaian akademik bagi pelajar yang aktif dan kurang aktif dalam aktiviti
kokurikulum.

Pengkaji berpendapat, walaupun ramai pelajar mengakui akan kepentingan


aktiviti kokurikulum dalam pembangunan modal insan yang mempunyai kemahiran
dan menghayati nilai-nilai murni seterusnya memupuk semangat menguasai
kemahiran dan kompetensi, namun sebenarnya mereka kekurangan penjelasan dan
penegasan yang sewajarnya dalam mengimbangi antara kepentingan akademik
dengan aktiviti kokurikum.

Hasrat untuk mewujudkan satu generasi muda yang mempunyai daya


kepimpinan yang unggul bagi mewarnai kepimpinan bangsa dan negara pada masa
akan datang tidak akan tercapai (Hamzah Rahman, 1996) sekiranya penekanan yang
lebih hanya diberikan kepada bidang akademik. Oleh itu pelajar-pelajar seharusnya
diberikan pendidikan yang mengintegrasikan kecemerlangan kedua-dua aspek
kurikulum dan kokurikulum supaya lebih ramai tenaga profesional dan separuh
profesional dapat dilahirkan bagi memastikan kesinambungan kemajuan dan
kemakmuran negara.

Menurut Azizah (1991), kokurikulum memberi ruang kepada pelajar


untuk mengembangkan minat, bakat dan daya kreativiti, di samping dapat
menyemai, memupuk dan menanam semangat kerjasama, bertolak ansur dan
perasaan kekitaan di kalangan pelajar. Ia juga bertujuan melatih pelajar supaya
bersikap berdisiplin, berdikari, dan berkemahiran dalam sesuatu bidang yang mereka
ceburi (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran,
1979).

Asiah (1985) mendapati ada pihak menyuarakan kebimbangan mereka


tentang keadaan sebenar yang berlaku di sekolah dan berpendapat fenomena
penglibatan yang tidak seimbang dalam aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar
4

berlaku kerana kegagalan pihak pengurusan sekolah melibatkan pelajar secara


menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum. Ini secara langsung telah menjejaskan
peluang pelajar memupuk sifat kepimpinan dan membentuk daya kepimpinan di
kalangan pelajar.

Menurut Mohd. Nordin (1986), daya kepimpinan yang tumbuh dalam diri
pelajar-pelajar akan mempengaruhi tahap insiatif pembelajaran pelajar. Rasa
tanggungjawab menjalankan tugas, rasa hormat menghormati antara warga sekolah
dipengaruhi oleh kesedaran yang ada pada pelajar sendiri. Dengan melibatkan diri
dalam aktiviti kokurikulum, sikap-sikap ini akan dapat disemai, disubur dan akhirnya
dibentuk.

Berdasarkan kepentingan di atas, ternyata kokurikulum mempunyai


peranan dan pengaruh secara langsung atau tidak langsung di dalam pembentukan
diri dan personaliti pelajar. Omardin (1996) menyatakan bahawa aktiviti
kokurikulum yang diadakan di sekolah-sekolah bertujuan melahirkan pemimpin di
kalangan masyarakat pelajar untuk menjadi pengganti kepimpinan pada masa depan.
Kokurikulum juga dilihat sebagai satu konsepsi, orientasi dan bayangan yang hendak
dicapai melalui program pendidikan. Kokurikulum yang dirancang bukan sahaja
dapat melahirkan pelajar yang berilmu malah memiliki sifat-sifat kepimpinan yang
terserlah. Semua ini menunjukkan bahawa aktiviti kokurikulum diharapkan akan
dapat membentuk personaliti pemimpin pada diri pelajar. Ini selaras dengan dasar
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9 yang
mensasarkan beberapa objektif yang boleh dicapai berhubungan dengan
pembentukan daya kepimpinan di kalangan pelajar melalui aktiviti kokurikulum
yang memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dengan aktif, meningkatkan
disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dengan sikap positif dan
memupuk daya kepimpinan di kalangan mereka. Secara umumnya kita menyedari
bahawa daya kepimpinan dalam diri seseorang tidak wujud secara semulajadi.
Menyedari realiti ini pihak berwajib telah berusaha untuk menyemai dan
menyuburkan pembentukan daya tersebut dalam aktiviti kokurikulum.
5

1.3 Pernyataan Masalah

Usaha membentuk daya kepimpinan pelajar telah dilakukan melalui aktiviti


kokurikulum. Malangnya terdapat pelajar yang terpengaruh dengan pendapat yang
menyatakan bahawa penyertaan dalam aktiviti kokurikulum tidak mendatangkan
faedah yang banyak dan hanya membazirkan masa. Justeru itu, tidak hairanlah
sekiranya hanya sebilangan kecil sahaja pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti
kokurikulum berbanding dengan bilangan sebenar pelajar di sekolah (Mashitah,
1994). Penglibatan yang tidak seimbang di kalangan pelajar telah menghasilkan
kumpulan pelajar yang berkeyakinan tinggi, berani berucap dan berhujah di khalayak
ramai, bertanggungjawab, boleh membuat keputusan, boleh menyelesaikan masalah
dan sebagainya. Sementara itu terdapat sebilangan pelajar yang tidak mempunyai
ciri-ciri kepimpinan tersebut. Pengkaji berkeyakinan bahawa penglibatan dalam
aktiviti kokurikulum berupaya membentuk daya kepimpinan pelajar. Oleh yang
demikian, maka lahirlah gerakan untuk membuktikan terdapat hubungan antara
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan yang
efektif terhadap pelajar-pelajar sekolah menengah.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk melihat pembentukan daya kepimpinan


pelajar dan hubungannya dengan tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di
sekolah-sekolah yang menjadi tempat kajian. Pengkaji ingin melihat bagaimana
sumbangan yang dapat dihasilkan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum,
iaitu sukan dan permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform membantu
pembentukan daya kepimpinan pelajar. Secara terperinci objektif kajian ialah:

i. Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum


dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi
yakin diri.
6

ii. Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum


dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi
tanggungjawab menjalankan tugas.

iii. Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum


dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi
keupayaan membuat keputusan.

iv. Mengeanlpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum


dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi
kebolehan menyelesaikan masalah.

v. Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum


dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi
kepuasan menjalankan tugas.

vi. Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum


dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan.

1.5 Hipotesis Kajian

Kajian ini akan menguji beberapa hipotesis bagi melihat hubungan antara
pembolehubah dengan menggunakan pernyataan hipotesis berikut:

Ho 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan


pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan dimensi yakin diri.

Ho 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan


pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas.
7

Ho 3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan


pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan dimensi keupayaan membuat keputusan.

Ho 4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan


pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah.

Ho 5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan


pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan tugas.

Ho 6: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan


pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan.

1.6 Kepentingan Kajian

Matlamat pendidikan menyeluruh tidak dapat dicapai jika pengurus-


pengurus sekolah tidak memberi keutamaan yang sewajarnya bagi
mengimbangkan antara kepentingan aktiviti kokurikulum dengan akademik dan
kurang pula menekankan tentang penglibatan menyeluruh pelajar-pelajar dalam
aktiviti kokurikulum. Pelajar-pelajar di sekolah perlu diberi ruang untuk
mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka
menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu
aktiviti kokurikulum juga mempunyai peranan dalam pembentukan personaliti
pemimpin pada diri pelajar. Dapatan ini disokong oleh Omardin (1996) yang
menegaskan aktiviti kokurikulum yang diadakan bertujuan melahirkan pemimpin di
kalangan pelajar. Berdasarkan kepada permasalahan-permasalahan yang dinyatakan
terdahulu dan kepentingan yang dinyatakan di atas maka kajian tentang tahap
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan pembentukan daya kepimpinan
didapati amat penting berdasarkan rasional berikut:
8

i. Maklumat mengenai pembentukan daya kepimpinan amat penting


untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan
antara perkembangan mental dengan perkembangan intelek, rohani,
emosi, dan jasmani.

ii. Kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak pengurusan sekolah
untuk memberi keutamaan yang sewajarnya dalam aktiviti
kokurikulum.

iii. Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru-guru


penasihat kokurikulum untuk merancang atau melaksanakan aktiviti
kokurikulum berdasarkan kepada objektif dan matlamat yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

iv. Hasil kajian dapat memberi input kepada pihak Kementerian


Pelajaran Malaysia untuk menetapkan dasar menggalakkan
penglibatan pelajar yang menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum.

v. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan kepada


penyelidikan mengenai penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya
kepimpinan. Diharapkan ia akan menjadi salah satu bahan rujukan
untuk penyelidik lain yang berminat untuk membuat kajian lanjutan.

1.7 Skop Dan Batasan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan dalam aktiviti


kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan. Lima faktor
tahap penglibatan telah dikaji. Faktor-faktor tersebut adalah jumlah masa melibatkan
diri, jumlah aktiviti yang disertai, jumlah jawatan yang dipegang, kekerapan
menjalankan tugas, dan penilaian aktiviti kokurikulum. Untuk melihat pembentukan
9

daya kepimpinan di kalangan pelajar, kajian ini memfokus kepada lima dimensi daya
kepimpinan iaitu dimensi yakin diri, dimensi tanggungjawab menjalankan tugas,
dimensi keupayaan membuat keputusan, dimensi kebolehan menyelesaikan masalah,
dan dimensi kepuasan menjalankan tugas.

Dimensi yakin diri merangkumi aspek berfikiran positif, keseimbangan emosi


dan rohani, iaitu berani memberi ucapan di khalayak ramai, melibatkan diri secara
aktif dalam sesuatu perbincangan. Dimensi tanggungjawab menjalankan tugas
melihat kerelaan pelajar menjalankan tugas dan menjalankan tugas dengan
bertanggungjawab. Bagi dimensi keupayaan membuat keputusan, aspek berani,
bersedia untuk membuat keputusan, memberi nasihat dan peringatan dan
bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat dinilai. Dalam dimensi
kebolehan menyelesaikan masalah, pelajar dinilai dari segi berfikir secara kritikal,
logik, kreatif iaitu boleh mengambil tindakan yang wajar mengikut situasi.
Sementara bagi dimensi kepuasan menjalankan tugasan, aspek-aspek yang dinilai
termasuklah gembira dengan kejayaan yang cemerlang, merasa amat beruntung
dengan pelbagai kebaikan yang diperolehi, dan berpuas hati dengan sumbangan yang
telah diberikan dalam aktiviti kokurikulum.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan instrumen yang diubahsuai


daripada instrumen yang telah digunakan oleh Mashitah (1994) untuk
memperjelaskan hasil kajian.

Populasi kajian hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat di sekolah


menengah di daerah Batu Pahat. Kajian ini juga terbatas kepada 300 orang responden
sahaja. Tiga buah sekolah luar bandar dan tiga buah sekolah bandar di daerah Batu
Pahat, Johor dipilih untuk kajian dianggap mempunyai sistem dan struktur yang
sama.

Kesemua 300 orang responden dipilih secara rawak tidak kira jantina,
agama, latar belakang atau kaum. Responden-responden ini juga berbeza dari segi
pencapaian akademik dan mereka dianggap terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
Oleh itu hasil kajian tidak dapat menggambarkan secara menyeluruh tahap
10

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan


pembentukan daya kepimpinan di sekolah-sekolah lain di daerah ini.

1.8 Definisi Istilah Kajian

1.8.1 Tahap Penglibatan

Astin (1984) mengukur tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum


ialah sejauh mana interaksi fizikal dan psikologi dalam mendapatkan pengalaman
kokurikulum. Dia mengakui terdapat empat unsur penting iaitu:

i. Penglibatan dirujuk kepada penglibatan tenaga fizikal dan psikologi


dalam pelbagai aktiviti yang benar-benar boleh dirumuskan.

ii. Tanpa mengira objeknya, penglibatan berlaku berterusan. Tahap


penglibatan pelajar adalah berbeza untuk setiap individu walaupun
dalam aktiviti yang sama.

iii. Tahap penglibatan mempunyai ciri kuantitatif dan kualitatif. Sejauh


mana penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum boleh diukur
secara kuantitatif dan kualitatif.

iv. Banyaknya pembelajaran pelajar dan perkembangan kendiri berkaitan


dengan mana-mana program kokurikulum sama ada ia sesuai dengan
kuantiti dan kualiti penglibatan pelajar.

Dalam kajian ini, tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum


dilihat dengan menilai jumlah masa melibatkan diri, jumlah aktiviti yang disertai,
jumlah jawatan yang dipegang , kekerapan menjalankan tugas dan penilaian aktiviti
kokurikulum. Mashitah (1994) dalam kajiannya telah menetapkan kriteria pelajar
aktif sebagai pelajar yang menjadi ahli biasa atau memegang tidak lebih daripada
dua jawatan sepanjang penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum dari tingkatan
11

dua hingga kini sama ada dalam aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan kelab,
dan badan beruniform. Kriteria yang ditetapkan sebagai pelajar sangat aktif pula
ialah pelajar yang memegang jawatan penting seperti pengerusi, ketua pasukan,
setiausaha, bendahari atau ahli jawatankuasa dalam aktiviti kokurikulum. Pelajar-
pelajar ini mungkin memegang lebih daripada empat jawatan penting tidak kira sama
ada jawatan dalam mana-mana bidang aktiviti kokurikulum.

1.8.2 Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum ertinya apa-apa aktiviti yang dirancang lanjutan


daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan
murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Ia dianggap sebagai sebahagian
daripada kursus pendidikan murid di sekolah (Warta Kerajaan, 1998). Kokurikulum
adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan menawarkan pelbagai
pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan, berteraskan konsep pendidikan
dan pembangunan insan yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri,
kepimpinan, kreativiti dan inovasi, kesetiaan kepada bangsa dan negara, dan
sebagainya akan membantu murid menentukan hala tuju kehidupan masa depannya
(Ramlan, 2002).

Collins (1973 dalalm Abdullah, 2004) merumuskan bahawa apa jua aktiviti
selain kurikulum di sekolah-sekolah dalam konteks pembelajaran murid dianggap
sebagai kokurikulum, sama ada ianya bersifat intra-mural atau ekstra-mural dan
sama ada ianya di dalam pembelajaran formal atau tidak formal.

Menurut Mohd. Najib (2007), aktiviti kokurikulum dapat membekalkan


pengalaman bagi perkembangan mental, bakat, sosial, jasmani, dan rohani pelajar.
Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah penting berdasarkan
tanggapan bahawa semua pelajar harus mempunyai keseimbangan mental, bakat,
sosial, jasmani, dan rohani.
12

Aktiviti kurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan


mengandungi yang berikut:

i. penyertaan dalam sukan dan permainan;

ii. penyertaan dalam persatuan dan kelab;

iii. penyertaan dalam badan beruniform; dan

iv. penyertaan dalam aktiviti-aktiviti lain sebagaimana ditentukan oleh


Menteri (Peraturan-Peraturan Pendidikan, Kurikulum Kebangsaan,
1997).

Secara amnya aktiviti kokurikulum adalah merujuk kepada aktiviti yang


dilakukan di luar waktu pembelajaran formal walaupun hakikatnya guru boleh
menjalankan aktiviti ini dalam waktu formal.

1.8.3 Daya Kepimpinan

Daya kepimpinan bermakna kebolehan, keupayaan, kemahiran seseorang


yang menjadi penggerak dan tenaga kepadanya untuk meneruskan sesuatu tugas.
O’Dannel dan Wairich (1992) menyatakan daya kepimpinan adalah satu keupayaan
dan kebolehan seseorang untuk mempengaruhi tingkahlaku individu lain sama ada
melalui pemikiran, pelaksanaan atau tindakan. Ia adalah keupayaan sesuatu
pengaruh, kaedah atau tanggapan proses dalam mempengaruhi orang ramai supaya
mereka boleh berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat.

Daya kepimpinan merupakan aspek penting dalam diri seseorang. Setiap


insan adalah pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Daya-
daya kepimpinan boleh dibentuk oleh individu sama ada melalui pengalaman atau
dipelajari. Daya kepimpinan seseorang individu boleh dijangka dan boleh dianalisis
melalui ukuran tertentu. Analisis ini boleh menjadi kayu ukur kepada daya
13

kepimpinan dan memudahkan seseorang individu membina diri dan memantapkan


gaya kepimpinan individu.

Aspek kepimpinan perlu ditekankan dalam bentuk yang khusus agar


pembentukan daya kepimpinan pelajar dapat diselenggarakan dengan terancang dan
bermatlamat. Sifat-sifat pemimpin yang positif perlu diberikan penjelasan dan perlu
dipupuk agar sebati dengan kehendak pelajar itu sendiri. Daya kepimpinan yang
merangkumi aspek seperti yakin diri, tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan
membuat keputusan, kebolehan menyelesaikan masalah, dan kepuasan menjalankan
tugas perlu diberikan kepada pelajar-pelajar melalui aktiviti kokurikulum demi
membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh.

Daya kepimpinan dalam kajian ini dilihat daripada lima aspek iaitu:

i. Yakin diri

Menurut Kamus Dewan (2005), yakin diri ialah betul-betul


percaya tentang kemampuan sendiri. Konsep kendiri merujuk kepada
tanggapan seseorang terhadap dirinya sebagai individu asing yang
memiliki satu set ciri-ciri yang unik ataupun istimewa. Ia membawa
maksud bagaimana seseorang individu itu berpendapat dan
menganggap dirinya. Pembinaan konsep kendiri yang positif akan
mengarahkan seseorang ke arah yang lebih cerah dan bersikap
berkeyainan diri (Azizi et al, 2005).

Keyakinan diri adalah unsur penting bagi kejayaan dalam


kepimpinan (Ainon, 2005). Keyakinan diri datang daripada
kejayaan. Dengan cara mencari lebih banyak kejayaan , seseorang
pemimpin akan berasa tambah yakin dari waktu ke waktu. Kejayaan
penting kerana ia menyebabkan bermulanya lingkaran kejayaan yang
seterusnya akan meningkatkan lagi keyakinan diri. Seorang
pemimpin yang mempunyai sifat yakin diri tidak akan merasa takut
apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan.
14

Yakin diri dalam kajian ini merujuk kepada berfikiran positif,


keseimbangan emosi dan rohani, dan berani dalam sesuatu
perbincangan.

ii. Tanggungjawab menjalankan tugas

Menurut Kamus Dewan (2005), tanggungjawab ialah


kewajipan yang dipikul oleh seseorang; segala yang wajib
ditanggung. Kewajipan biasanya dihasilkan melalui tindakan
individu atau kumpulan bersama-sama dengan organisasi dan amalan-
amalan masyarakat yang menjelaskan tindakan-tindakan tersebut
sebagai kewajipan. Kewajipan merupakan tindakan semulajadi hanya
bila seseorang mempunyai perasaan tanggungjawab. Seseorang
pemimpin bertanggungjawab menjalankan tugasnya untuk mencapai
matlamat organisasinya.

Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorong seseorang


pemimpin mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.
Seseorang pemimpin yang bertanggungjawab akan sentiasa berusaha
menjalankan tugasnya dengan sempurna walaupun terpaksa
mengorbankan kepentingan sendiri.

Tanggungjawab menjalankan tugas dalam kajian ini merujuk


kepada menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan rela tanpa
mementingkan diri sendiri.

iii. Keupayaan membuat keputusan

Keputusan didefinisikan sebagai tindakan arah tertentu,


terpilih dari pelbagai alternatif yang terdapat dan ia menyediakan
jalan untuk membentuk tindakan bagi menyelesaikan masalah.
Menurut Luthans (1977), membuat keputusan boleh dianggap sebagai
satu proses membuat pilihan antara beberapa alternatif. Campbell et
al (1983) pula mengatakan membuat keputusan ialah memilih antara
15

cara-cara bergerak ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Sebarang


keputusan yang dibuat oleh seseorang pemimpin mempunyai kesan-
kesan yang sangat luas dan mendalam ke atas mereka yang berada di
bawah kepimpinannya.

Membuat keputusan merupakan segala pemikiran dan


tindakan yang membawa kepada satu pemilihan termasuk pemilihan
itu sendiri atau pembuatan keputusan dapat ditinjau sebagai satu
aktiviti. Membuat keputusan merupakan pendekatan yang sistematik
terhadap sesuatu masalah yang dihadapi. Untuk membuat keputusan
yang tepat seseorang pemimpin memerlukan banyak maklumat yang
relevan dan tepat (Fauzan, 1997).

Abdullah et al (2005) menyatakan salah satu tugas pemimpin


yang paling penting ialah membuat keputusan. Pemimpin yang
berkebolehan membuat keputusan-keputusan yang baik adalah juga
pemimpin yang berkesan.

Keupayaan membuat keputusan dalam kajian ini merujuk


kepada berani, bersedia untuk membuat keputusan, memberi nasihat
dan peringatan dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah
dibuat.

iv. Kebolehan menyelesaikan masalah

Ab. Aziz (2003) berpendapat masalah adalah cabaran dan


peluang bagi mempertingkatkan diri seorang pemimpin.
Menyelesaikan masalah melibatkan usaha-usaha yang diambil oleh
pemimpin untuk merapatkan jurang perbezaan yang terdapat sama
ada antara ahli, kumpulan atau organisasi dan juga masalah yang
timbul semasa berhubungan dengan organisasi lain.
16

Kebolehan menyelesaikan masalah adalah daya kepimpinan


yang penting dalam menentukan pencapaian matlamat aktiviti atau
organisasi. Apabila ditimpa masalah dan kesukaran, seseorang
pemimpin akan mengenalpasti masalah dan menyelesaikan masalah
secara logik dan kritis. Setiap kali seseorang pemimpin berjaya
menyelesaikan masalah, potensi pemimpin akan meningkat. Dalam
masa yang sama, pengalaman akan bertambah dan keyakinan diri juga
akan meningkat.

Kebolehan menyelesaikan masalah dalam kajian ini merujuk


kepada kebolehan berfikir secara kritikal, logik dan kreatif, iaitu boleh
mengambil tindakan yang wajar mengikut situasi.

v. Kepuasan menjalankan tugas

Mengikut Schultz & Schultz (1994), kepuasan menjalankan


tugas merujuk kepada perasaan dan sikap seseorang sama ada positif
atau negatif terhadap kerjayanya. Perasaan dan sikap ini berkait
dengan faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman
termasuklah umur, kesihatan, pengalaman bekerja, kestabilan emosi,
dan status sosial. Sementara faktor luaran termasuklah persekitaran
kerja, beban tugas, hubungan dan kerjasama rakan sekerja.

Kepuasan menjalankan tugas akan memberi kesan terhadap


prestasi kerja pemimpin yang sudah tentu akan mempengaruhi tahap
pencapaian prestasi organisasi secara keseluruhannya. Pemimpin
yang mempunyai kepuasan menjalankan tugas akan lebih produktif
dan sebaliknya.

Kepuasan menjalankan tugas dalam kajian ini merujuk kepada


suatu keselesaan dan kegembiraan dalam menjalankan tugas yang
diamanahkan. Keselesaan dan kegembiraan ini lahir seiring dengan
kejayaan dan pencapaian matlamat yang positif dan memuaskan, dan
sekaligus melahirkan pemimpin yang tekun dan produktif.
17

1.9 Kerangka Konsep

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penglibatan pelajar sekolah


menengah dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya
kepimpinan. Pengkaji ingin memperjelaskan bagaimana sumbangan yang dapat
dihasilkan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, iaitu sukan dan
permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform membantu pembentukan
lima dimensi daya kepimpinan di kalangan pelajar sekolah menengah.

Kerangka konsep ini diubahsuaikan berasaskan kepada kajian yang telah


dijalankan oleh Mashitah (1994) dan diperjelaskan seperti dalam Rajah 1.1 di bawah:

Pembolehubah Bebas Pembolehubah Bersandar

Tahap Penglibatan Pembentukan Daya


Dalam Aktiviti Kepimpinan
Kokurikulum

• Jumlah masa • Yakin diri


melibatkan diri
• Tanggungjawab
• Jumlah aktiviti yang menjalankan tugas
disertai
• Keupayaan membuat
• Jumlah jawatan keputusan
yang dipegang
• Kebolehan
• Kekerapan menyelesaikan
menjalankan tugas masalah

• Penilaian aktiviti • Kepuasan


kokurikulum menjalankan tugas

Rajah 1.1: Hubungan Yang Wujud Antara Pembolehubah Bebas


Dan Pembolehubah Bersandar
18

Pembolehubah bebas iaitu tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti


kokurikulum merangkumi aspek dengan menilai jumlah masa melibatkan diri,
jumlah aktiviti yang disertai, jumlah jawatan yang dipegang, kekerapan
menjalankan tugas dan penilaian aktiviti kokurikulum.

Pembolehubah bersandar merupakan lima dimensi daya kepimpinan iaitu


yakin diri, tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan membuat keputusan,
kebolehan menyelesaikan masalah dan kepuasan menjalankan tugas.
19

BAB II

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Bab ini mengandungi tiga bahagian iaitu huraian latar belakang pendidikan
kokurikulum yang merangkumi konsep, matlamat, objektif, kepentingan serta
strategi dan pelaksannan. Selain itu termasuklah huraian mengenai kepimpinan yang
merangkumi konsep kepimpinan dan kepimpinan pelajar serta sorotan penulisan lalu
yang berkaitan dengan kajian ini.

2.2 Latar Belakang Pendidikan Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum merupakan satu landasan yang diharap dapat


menyeimbangkan di antara pencapaian akademik dan pembangunan kemahiran
generik dalam diri pelajar di sekolah. Aktiviti kokurikulum adalah jelmaan dari ciri-
ciri ilmu dan nilai yang terdapat dalam kurikulum. Apa yang dipupuk bukan sahaja
menekankan keseimbangan ciri-ciri ilmu dengan nilai rohani dan kemanusiaan,
tetapi juga keseimbangan antara ciri-ciri formal akademik dalam kurikulum dengan
ciri-ciri tidak formal menerusi aktiviti kokurikulum. Aktiviti dan isi kandungan
kokurikulum, pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan sama ada
melalui sukan dan permainan, persatuan dan kelab, badan beruniform, dan
penyertaan dalam aktiviti-aktiviti lain sebagaimana ditentukan oleh Menteri
20

(Peraturan-Peraturan Pendidikan Kurikulum Kebangsaan, 1997). Sebagai sebahagian


daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah
wajib (Akta Pendidikan 1996).

2.2.1 Konsep Aktiviti Kokurikulum

Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap


murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik
darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid
tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat
menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental,
minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang
positif. Ramlan (2002) pula berpendapat, kokurikulum adalah aktiviti pembelajaran
tidak formal yang berteraskan keperluan pelajar mengalami sendiri aktiviti-aktiviti
kependidikan dalam keadaan sebenar.

Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota


masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:

i. Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan


mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu
(sosial, jasmani dan rohani).

ii. Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan.

iii. Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan
rakan sebaya.

iv. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan


masyarakat dan negara.
21

v. Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik


murid-murid.

Alim Abu (1997) berpendapat, kini aktiviti kokurikulum telah diterima


sebagai sebahagian kurikulum sekolah kerana kokurikulum adalah saling cakup-
mencakupi, kait mengait, kukuh-mengukuh dan lengkap-melengkapi dalam sistem
pendidikan. Konsep ini diperjelaskan seperti dalam Rajah 2.1 di bawah:

Kurikulum
Akademik
Kurikulum
Sekolah
(Akademik)
Kokurikulum

Kokurikulum

Rajah 2.1: Hubungan Di Antara Kurikulum Dan Kokurikulum

Sumber: Alim Abu (1997)

2.2.2 Matlamat Aktiviti Kokurikulum

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan akhirnya akan dapat membantu kejayaan
Wawasan 2020 (Wan Mohd. Zahid, 1994). Matlamat aktiviti kokurikulum yang
dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar yang belajar di sekolah kerajaan
atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-
kurangnya dalam salah satu aktiviti sukan atau permainan, satu aktiviti persatuan
atau kelab, dan satu aktiviti pasukan badan beruniform. Sementara itu Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 telah memberi penekanan kepada peningkatan
penyertaan pelajar-pelajar dalam aktiviti kokurikulum hendaklah diusahakan untuk
22

memperkembangkan lagi kesejahteraan dan ketangkasan jasmani, ketenangan dan


kematangan emosi, keluhuran rohani, dan kecemerlangan dan ketrampilan intelek.

2.2.3 Objektif Aktiviti Kokurikulum

Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (2002) telah menggariskan sepuluh


objektif yang hendak dicapai dalam aktiviti kokurikulum di sekolah seperti berikut:

i. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan


kepada Tuhan.

ii. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan


perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid.

iii. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam


sekolah dan di antara sekolah.

iv. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam


aktiviti yang diceburi.

v. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua


hala antara sekolah dan masyarakat.

vi. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.

vii. Mewujudkan sekolah berwatak.

viii. Menyediakan murid untuk mengikuti program khidmat negara.

ix. Mengukuhkan integrasi nasional.


23

Merujuk kepada objektif aktiviti kokurikulum di atas, dapat disimpulkan


bahawa aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar
memperkembangkan tahap kognitif, afektif dan psikomotor pelajar dan aktiviti ini
adalah saling lengkap-melengkapi antara kurikulum dan kokurikulum untuk
mencapai matlamat pendidikan yang terancang dan sempurna.

2.2.4 Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum adalah penting untuk menyemai, memupuk dan


menanamkan perasaan kekitaan atau pun esprit de corps di antara pelajar-pelajar
pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Ia
juga bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawap. Aktiviti
ini juga boleh melatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu
lapangan yang mereka sertai (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979).

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 pula menggariskan peranan dan


tanggungjawab utama sekolah bukan hanya semata-mata menyampaikan ilmu
pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada pelajar-pelajar,
bahkan juga bagi melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memberi sumbangan ke arah
hidup yang harmonis, bersatu padu, bertoleransi, berdisiplin, dan mempunyai sahsiah
yang baik, iaitu yang mempunyai sikap serta menghayati nilai-nilai hidup berasaskan
prinsip-prinsip Rukunegara.

Ketua Pengarah Pendidikan Dato Dr. Abdul Shukor (1999) pula menyatakan
Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan dan menetapkan syarat
pemilihan pelajar ke tingkatan satu di Sekolah Berasrama Penuh bermula
kemasukan tahun 2000, memberi penekanan utama kepada penglibatan dan
pencapaian pelajar dalam aspek kepimpinan, sukan dan kokurikulum di samping
mengekalkan syarat kecemerlangan akademik.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa sesuai dengan


matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia ingin
24

menegaskan bahawa pelajar-pelajar di sekolah perlu diberi ruang untuk


mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka
menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui
aktiviti kokurikulum, maka potensi individu termasuk daya kepimpinan dapat
dibentuk.

2.2.5 Strategi Dan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum

Untuk mencapai objektif pendidikan kokurikulum , berikut adalah strategi dan


pelaksanaannya:

i. Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya


kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses
pendidikan di sekolah.

ii. Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform, persatuan dan


kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti
tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid
melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan.

iii. Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti


kokurikulum yang sesuai untuk tujuan pemupukan perpaduan.

iv. Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat


masyarakat.

v. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid Sekolah (JBMS),


Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-
murid dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

vi. Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.


25

vii. Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua


murid.

viii. Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan.

ix. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari


semasa ke semasa.

x. Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai


murni dalam aktiviti kokurikulum.

xi. Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai objektif


yang dikehendaki.

Dalam usaha ke arah kecemerlangan pelaksanaan kokurikulum, pihak pengurus


sekolah iaitu pengetua, guru penolong kanan kokurikulum, guru penolong kanan hal
ehwal murid, dan guru penasihat aktiviti kokurikulum seharusnya memainkan
peranan yang lebih positif supaya penglibatan pelajar dalam kokurikulum adalah
secara menyeluruh, dengan itu prestasi pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan
meningkat dan seterusnya menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan
seimbang dalam perkembangan sahsiah.

2.3 Kepimpinan

2.3.1 Konsep Kepimpinan

Pada asasnya, kepimpinan adalah satu fenomena proses manusia


menggunakan kemahiran akal fikiran dan potensinya. Ia melibatkan keupayaan,
kebolehan, kebijaksanaan seseorang untuk memerintah, mengarah, mendorong atau
mempengaruhi.
26

Razali (1996) menyatakan kepimpinan mempunyai pokok pengertian sebagai


sifat, kemampuan, proses atau konsep yang dimiliki oleh seseorang sedemikian rupa
sehingga diikuti, dipatuhi, dihormati dan disayangi oleh orang lain dan orang lain itu
bersedia dengan penuh keikhlasan melakukan perbuatan atau kegiatan yang
dikehendaki oleh seseorang tersebut. Menurut Gordon (1955), kepimpinan dapat
dilihat sebagai proses interaksi di antara individu dengan kumpulan, atau secara
khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai
kumpulan. Setiap orang yang terlibat dalam proses interaksi ini boleh dianggap
memegang watak-watak tertentu yang berbeza di antara satu dengan yang lain. Asas
yang membezakan tadi ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut
mematuhi atau akur.

Hollander (1978) menegaskan kepimpinan adalah satu proses pengaruh


mempengaruhi di antara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin
mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih penting. Jadi kepimpinan bukan
setakat tanggungjawab pemimpin tetapi memerlukan usaha sama daripada pengikut-
pengikutnya. Dalam mempengaruhi pengikut ini, seseorang pemimpin pelajar itu
mesti mempunyai kebolehan, tarikan atau keupayaan yang menyebabkan orang lain
boleh patuh dan mengikut apa juga tutur kata, perlakuan dan tindak tanduknya.
Menurut Fulmer (1983), kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau
kekuatan menyakinkan orang lain bagi bekerja keras ke arah sesuatu matlamat,
kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya. Kedua-dua ciri
kepimpinan ini boleh diperolehi dengan adanya penglibatan pelajar dalam aktiviti
yang boleh menjurus mereka kepada kemahiran khususnya di sekolah melalui
aktiviti kokurikulum.

Berdasarkan kepada beberapa definisi yang telah diberikan di atas, Razali


(1996) telah merumuskan konsep kepimpinan seperti yang berikut:

i. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi
dan sistematik. Ia juga berkait secara langsung dan tidak langsung
dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi.

ii. Kepimpinan mempunyai pertalian yang rapat dengan kuasa.


27

iii. Fungsi kepimpinan mengandungi tugas-tugas menetapkan matlamat


dan menyusun, mengarah serta menyelaras usaha-usaha untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan.

iv. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi kerana tanpa


pengaruh, maka tidak wujud konsep kepimpinan. Ia adalah satu
proses berterusan, bukan hanya dilaksanakan atau diamalkan apabila
keadaan terdesak, atau apabila krisis timbul.

v. Setiap keadaan memerlukan corak atau kepimpinan yang tertentu


kerana gelagat yang bersesuaian untuk sesuatu keadaan, mungkin
tidak sesuai untuk keadaan yang lain. Jadi kepimpinan adalah fungsi
terkhusus, bukan bersifat umum.

vi. Sesiapa pun tidak boleh memaksa orang lain membuat sesuatu yang
mereka tidak berminat terhadapnya. Kepimpinan berkait rapat
dengan pengaruh yang bergantung kuat kepada keupayaan memujuk.
Oleh itu mendorong pengikut untuk berusaha ke arah pencapaian
matlamat organisasi adalah ciri utama dalam proses kepimpinan.

vii. Kepimpinan yang berkesan memberi kepuasan kepada pengikut dan


ini menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.

Aziz et al (1995) menyatakan untuk melahirkan kepimpinan ada lima


adunan utama iaitu :

i. Boleh dipercayai.

ii. Mempunyai wawasan yang merangsang pengikut.

iii. Penghubung yang bijaksana dan berkarisma.

iv. Penyebar kesungguhan yang tinggi.


28

v. Pembina budaya.

Daripada perbincangan di atas, jelaslah menunjukkan pemimpin seharusnya


menjalankan fungsi-fungsi berikut:

i. Sentiasa memperkuatkan diri (pemerwajaan), iaitu ia akan


menggabungkan ciri-ciri individu yang baik (kekuatan-kekuatan yang
baik).

ii. Memberikan fokus perincian pelaksanaan bagi mencapai visi.

iii. Cuba melihat atau mengenalpasti punca sesuatu masalah dan


mengakui tentang tanggungjawab ahli-ahli di bawahnya.

iv. Menggerakkan ahli-ahli untuk penambahbaikan yang berterusan.


Sentiasa berusaha menghidupkan matlamatnya.

v. Membina pembangunan interpersonal yang kuat antara ahli-ahli.

vi. Sentiasa membuka peluang untuk mendengar kritik dan pandangan


yang membina.

vii. Membina dan mengekalkan sikap yang progresif di kalangan ahli-


ahlinya.

viii. Melatih ahli-ahlinya dan mengambil tanggungjawab atas apa yang


berlaku.

2.3.2 Kepimpinan Pelajar

Di sekolah, ada pelajar yang berlagak sebagai pemimpin dengan


29

menunjukkan kemampuan merancang, melaksanakan dan mengambil keputusan


berkaitan aktiviti yang dilakukan bersama-sama rakan sebaya. Itulah tanda pelajar itu
ada daya terpendam yang perlu dicungkil dan disuburkan. Daya itu perlu
dikembangkan lagi kepada aktiviti mendatangkan kebaikan. Selain membentuk daya
kepimpinan, aktiviti berkumpulan dapat meningkatkan kemampuan berkomunikasi,
kerjasama dan membina ketahanan minda dan fizikal yang dapat membantu pelajar
menjadi lebih cergas dan bijak.

Jaafar (1997) mengatakan kepimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu


supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif kumpulan atau sesuatu
tujuan tertentu yang ingin dicapai atau diselesaikan melibatkan pertalian antara
beberapa orang dan melibatkan penggunaan pengaruh oleh pemimpin kepada orang
yang dipimpin. Kepimpinan yang berkesan bukan sahaja akan memberikan
kebaikan, kesejahteraan dan keharmonian kepada semua ahli atau pengikut, malah
menentukan kestabilan organisasi dan kejayaan pencapaian matlamatnya.

Ibrahim (1997) menyatakan kepimpinan bertujuan mengekalkan kebahagiaan


dan kestabilan masyarakat keseluruhannya kerana remaja yang terpimpin akan
berupaya menentukan survivalnya. Remaja sekolah perlu dipimpin atas banyak
sebab terutamanya dilihat dari segi perkembangan intelek , rohani, emosi , dan
jasmani seperti berikut:

i. Seorang remaja sekolah belum mempunyai ilmu yang cukup untuk


menjamin kehidupan masa depannya. Oleh itu, pelajar mesti
dipimpin untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu dalam pelbagai
aspek asas membina kehidupannya.

ii. Seseorang remaja sekolah itu belum boleh dikatakan mempunyai


kemantangan sepenuhnya sama ada dari aspek rohani atau
jasmaninya. Ini kerana pengalaman hidup mereka belum cukup luas
bagi membolehkan mereka berdepan dengan dunia yang penuh
dengan cabaran seperti alam pekerjaan, alam rumah tangga dan alam
kemasyarakatan. Justeru itu pelajar perlu diberi bimbingan dan
panduan sewajarnya bagi memperlengkapkan diri bagi menempuh
30

cabaran dan halangan yang mendatang dalam kehidupan mereka


kelak.

iii. Pelajar sekolah juga belum mampu berdikari sepenuhnya dan masih
bergantung kepada orang lain untuk memenuhi keperluan asas, kasih
sayang dan nasihat. Bimbingan dan tunjuk ajar dari segi rohani dan
jasmani membantu pelajar untuk berdikari.

Dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar, para pelajar sudah


sewajarnya didedahkan dengan seberapa banyak ilmu berguna supaya mereka bijak
menggunakan ilmu yang dipelajari untuk berdepan dengan situasi semasa.
Kebolehan pelajar menguasai ilmu sebanyak mungkin, proses mematangkan diri dari
aspek rohani dan jasmani serta keupayaan berdikari hanya boleh diperolehi melalui
pendidikan yang diberi melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Melalui aktiviti
dan penglibatan aktiviti ini, maka pelajar berpeluang mendisiplinkan diri semasa
proses mengaplikasikan kemahiran dan memperkembangkan bakat dijalankan,
seterusnya membantu membentuk daya kepimpinan diri mereka (Abu Bakar, 1991).

2.4 Kajian-Kajian Bahan Berkatian

Pengkaji mengambil kira kajian lalu sama ada pernah dijalankan di dalam
atau di luar negara dengan melihat secara langsung hubungan antara tahap
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan. Hubungan dibentuk dengan mengambil kira tahap penglibatan sebagai
satu komponen penting dalam aktiviti kokurikulum dan seterusnya memberi kesan
kepada pembentukan daya kepimpinan pelajar.

2.4.1 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan Luar Negara

Smith (1993) telah membuat penyelidikan mengenai hubungan antara


31

penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dengan pembangunan pelajar. Hasil


penyelidikan telah menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara tahap
penglibatan dengan kematangan kemahiran interpersonal dan pencapaian akademik.

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Matros (1981 dalam Ishak 1998)
mengenai sikap pelajar terhadap aktiviti kokurikulum mendapati pelajar kolej yang
dipilih memberikan respon dari segi sikap mereka terhadap pembiayaan
perkhidmatan kokurikulum. Mereka berpendapat perkhidmatan kokurikulum juga
mempunyai kepentingan yang sama dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang
diberikan di kolej dan juga ada kaitan dengan keupayaan membayar yuran kolej.
Kedua-dua kajian berusaha untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan pelajar
tidak menyertai aktiviti kokurikulum secara aktif. Pelajar yang dikaji telah
memberikan beberapa pembolehubah penyebab seperti kurang berminat, aktiviti
tidak dapat memberikan keseronokan dan ketidakmampuan penjaga membiayai
perbelanjaan aktiviti sebagai sebab penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikilum
adalah tidak memuaskan.

Burton (1981) pula menjalankan satu penyelidikan tentang kriteria mengapa


seseorang itu memilih untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti kokurikulum.
Beliau menggunakan nilai personaliti dan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum di samping pembolehubah data demografi terpilih untuk mengenal pasti
sebab-sebab mereka ingin turut serta atau tidak mahu turut serta dalam aktiviti
kokurikulum. Keputusan kajian mendapati bahawa terdapat perubahan dari segi
tahap atau kadar turut serta pelajar dalam kokurikulum semasa mereka berada di
peringkat sekolah menengah, peringkat kolej atau universiti. Kajian yang dijalankan
juga mendapati pelajar tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
setelah mereka meninggalkan alam persekolahan. Sesetengah pelajar yang
mengambil bahagian di sekolah menengah adalah semata-mata untuk mendapatkan
sijil sahaja.

Bucher (1983) telah membuat satu kajian terhadap 200 pelajar perempuan
mengenai pandangan mereka terhadap aktiviti kokurikulum dan mendapati pelajar
tersebut bersetuju tentang manfaat yang diperolehi daripada aktiviti kokurikulum
terutamanya dari segi perkembangan jasmani dan juga menyumbang kepada
32

perkembangan sahsiah yang positif. Apa yang jelas ialah penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum sama ada secara aktif atau pasif membolehkan pelajar
mempelajari sesuatu perkara dengan penemuan dan memperolehi pengalaman
sendiri serta bebas menentukan cara bagaimana mencapai matlamat pembelajaran.
Pelajar yang ingin menjadi pemimpin juga boleh mengambil bahagian dengan
menjalankan tugas-tugas tertentu dalam aktiviti yang disertainya. Dengan
penglibatan ini, secara tidak langsung pelajar akan memperolehi kemahiran tentang
sikap, tindak tanduk, pengetahuan dan sebagainya dalam bidang kepimpinan dan
bukan sekadar tahu tentang teori-teori kepimpinan ( Shahril et al, 1992).

Kajian yang dilakukan di atas jelas menunjukkan bahawa keupayaan pelajar


untuk memimpin boleh dilatih. Salah satu caranya ialah melalui kebiasaan dalam
menjalankan tugas sebagai anggota pemimpin dalam aktiviti kokurikulum yang
dianggotainya. Sperling (1942 dalam Mashitah 1994), telah membandingkan ciri-
ciri personaliti penuntut-penuntut kolej dari aspek tahap perwakilan mereka dalam
bidang sukan. Dapatan kajiannya memperlihatkan adanya perbezaan yang ketara
antara ciri-ciri personaliti yang dimiliki di kalangan atlet dan bukan atlet. Kajian
mendapati atlet yang telah bergiat selama lima musim menunjukkan penyesuaian
yang lebih baik berbanding dengan atlet yang terlibat dalam jangkamasa yang lebih
singkat. Mereka yang menjadi ahli atlet juga menunjukkan penyesuaian yang lebih
baik daripada mereka yang bukan atlet dalam hal-hal yang melibatkan kesihatan,
perkembangan fizikal, aktiviti sosial dan permainan, perhubungan sosial, psikologi,
perhubungan peribadi psikologi, pekerjaan atau jawatan yang disandang dan hal-hal
pendidikan pada masa yang akan datang. Jelas di sini, kebiasaan-kebiasaan dan
latihan dalam bidang sukan yang dialami dalam tempoh yang agak panjang serta
berulang kali membantu memupuk disiplin yang kuat pada diri mereka. Disiplin
yang kuat ini merupakan asas yang utama ke arah pembentukan daya kepimpinan di
kalangan pelajar.

Muller dan Reznik (1965) dalam kajiannya telah menggariskan kebaikan


yang diperolehi oleh seseorang pelajar yang bergiat dalam aktiviti kokurikulum
sukan dan permainan. Kajiannya menunjukkan bahawa sukan mampu mematangkan
fikiran dan mental serta emosi pelajar. Hendal (1993) menjelaskan penglibatan
pelajar dalam bidang sukan ( bola keranjang ) berjaya memberi sumbangan kepada
33

pembentukan diri pelajar sebagai pemimpin. Ini kerana pelajar-pelajar yang terlibat
dalam bidang sukan secara tidak langsung dapat mempelajari karektor jurulatih dari
segi bagaimana mereka mengendalikan pemain-pemain supaya mereka patuh kepada
disiplin yang ketat, peraturan dan latihan untuk mencapai kejayaan. Pengetahuan
dan pengalaman yang diperolehi pelajar membantu membentuk daya kepimpinan di
kalangan pelajar. Jelasnya, pelajar yang aktif dalam sukan akan menjadi seorang
yang lebih mengerti akan konsep kejayaan dan kegagalan (Quinn, 1992). Bagi
mereka yang aktif dalam aktiviti sukan dapat menerima hakikat sesuatu kejayaan itu
sebagai satu kepuasan setelah mereka melakukan sesuatu aktiviti dalam bentuk yang
dirancang dengan baik dan sistematik. Sesuatu kegagalan daripada usaha yang
dilakukan tidak akan memberikan kesan emosi yang mendalam sebaliknya akan
dianggap sebagai satu simbol untuknya terus berusaha memperbaiki kelemahan diri
dan mencapai kejayaan. Semangat berjuang dan tidak mudah berputus asa ini
tentunya amat penting kepada pembentukan daya kepimpinan pada diri pelajar untuk
menjadi seorang pemimpin.

2.4.2 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan Dalam Negara

Kajian yang dilakukan oleh Mohamad Nor (1982) terhadap pelajar sekolah
menengah dan kolej dengan menggunakan ujian personaliti mendapati aktiviti
kokurikulum berupaya membantu pembentukan daya kepimpinan di kalangan pelajar
seperti membentuk pelajar yang berkeyakinan dalam pergaulan sosial, agresif,
dominan dan bersifat pemimpin, mempunyai status sosial yang tinggi, merupakan
pesaing yang lebih kuat dan tahan lasak, kurang bersikap memaksa, dan berdaya
tahan tinggi terhadap aktiviti yang melibatkan kekuatan fizikal. Seseorang pemimpin
itu perlu mempunyai daya tahan, daya saing yang kuat serta tahan lasak kepada
setiap cabaran dan halangan yang mendatang kerana dengan adanya sifat-sifat ini,
maka seseorang pemimpin itu tidak mudah berputus asa atau lemah semangat apabila
mengalami kegagalan. Semuanya ini tidak boleh dibentuk dengan sendirinya tanpa
latihan yang berterusan pada diri pelajar. Justeru itu penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum difikirkan turut menyumbang ke arah pembentukan daya
kepimpinan pelajar.
34

Dalam melihat sejauh mana keberkesanan rancangan kokurikulum


mempengaruhi kualiti kepimpinan, Salmah (1993) telah membuat kajian di
Universiti Sains Malaysia dan mendapati rancangan kokurikulum di institusi
pengajian tinggi banyak memberi manfaat kepada pelajar. Penglibatan dalam
aktiviti kokurikulum boleh melatih pelajar-pelajar menjadi seorang pemimpin yang
berkaliber, boleh mengawal diri dalam keadaan tertekan, berupaya membentuk
warganegara yang sejahtera, rasa berjaya dan rasa termilik. Beliau juga mendapati
melalui aktiviti kokurikulum berjaya melahirkan pemimpin yang lebih
mengutamakan pandangan dan perasaan ahli-ahli sebelum melaksanakan sesuatu
rancangan yang melibatkan rakan sebaya atau masyarakat luar. Jelasnya penglibatan
dalam kokurikulum akan memupuk sifat-sifat kepimpinan di kalangan pelajar
dengan sifat tidak mementingkan diri sendiri tetapi sebaliknya lebih mengambil kira
pandangan orang lain dalam membuat keputusan atau tindakan supaya matlamt yang
ingin dicapai menjadi lebih berkesan.

Adnan (1988) mendapati ada perbezaan dalam pembentukan personaliti


remaja antara yang aktif dan tidak aktif dalam aktiviti kokurikulum ( persatuan dan
kelab). Pelajar yang aktif menunjukkan hubungan yang positif dengan personaliti.
Perbezaan yang wujud itu tidak menghairankan kerana aktiviti yang dilaksanakan
dalam persatuan mempunyai hubungan dengan daya kepimpinan seseorang dalam
sesebuah organisasi. Aktiviti yang dirancang dengan sistematik dengan bimbingan
guru penasihat dapat memberikan keyakinan kepada pelajar dalam interaksi sesama
rakan sebaya, kepatuhan kepada disiplin persatuan, mengendalikan mesyuarat,
mengarah dan memberikan keyakinan kepada pelajar dalam interaksi sesama rakan
sebaya, kepatuhan kepada disiplin persatuan, mengendalikan mesyuarat, mengarah
dan membimbing rakan dan sebagainya. Penglibatan yang aktif dalam persatuan
akan dapat melahirkan individu yang tinggi perasaan harga diri, kepercayaan pada
diri dan pergaulan yang luas. Ini semua akan dapat mengubah diri pelajar daripada
pemalu kepada ada keyakinan diri, berani bercakap, berbincang dan perkara-perkara
positif yang lain. Pui (1996) turut menyokong kenyataan ini dengan menyatakan
penglibatan pelajar dalam pertandingan pidato atau perbahasan dapat mencungkil
dan mengembangkan bakat berpidato di kalangan pelajar. Kebolehan pelajar dalam
35

berpidato dan berbahas dalam memperkatakan sesuatu isu tentunya menjadi aset
penting dalam membentuk diri mereka sebagai pemimpin pada suatu masa kelak.

Kajian yang telah dijalankan oleh Adnan (1988) tentang penglibatan pelajar
dalam sukan walaupun mendapati tidak ada perbezaan pembentukan personaliti yang
ketara antara pelajar yang aktif dalam sukan dengan yang tidak, namun beliau tetap
berpendapat aktiviti sukan memberikan sumbangan yang besar dalam pembentukan
personaliti pelajar terutamanya dari segi pembentukan daya cergas, sihat, kuat dan
lebih menarik. Semuanya tidak akan dapat dicapai sekiranya pelajar tidak
mempunyai disiplin diri yang kuat semasa menjalani latihan. Kesempurnaan fizikal
dan disiplin yang teguh berupaya meningkatkan paras keyakinan harga diri, sikap
bertanggungjawab, mampu berinteraksi sosial secara lebih baik dengan rakan sebaya
dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan daya kepimpinan pelajar. Salmah
(1993) juga menyatakan pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
khususnya aktiviti kepimpinan masyarakat mempunyai aspirasi yang tinggi untuk
melanjutkan pelajaran dengan persepsi yang cemerlang. Kenyataan ini telah di
disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Kuek (1990) yang merumuskan
wujudnya perkaitan yang positif di antara penglibatan pelajar dalam kokurikulum
dengan pembentukan aspirasi dan daya kepimpinan pelajar.

Kajian oleh Lim (1982) yang menggunakan ujian The California


Psychological Inventory untuk mengkaji tret-tret psikologi pelajar di sebuah sekolah
menengah telah memperjelaskan kebaikan penglibatan pelajar dalam aktivti
kokurikulum. Hasil kajian tersebut menunjukkan aktiviti kokurikulum membantu
seseorang pelajar memiliki kualiti kepimpinan, harga diri, kurang keraguan, kurang
membangkang, kematangan bersosialisasi dan keupayaan kecerdasan yang tinggi.

Kajian Atan (1992) turut menyokong kepentingan penglibatan pelajar dalam


sukan. Menurut beliau, dengan mengamalkan kegiatan sukan seseorang pelajar
dapat mendidik dan menghayati nilai-nilai mulia di samping dapat memupuk nilai
kepimpinan dalam diri mereka. Melalui aktiviti sukan pelajar menjadi lebih
bertanggungjawab terhadap diri dan masyarakat, lebih mudah bertoleransi, bersikap
positif dan mengamalkan sikap setia kawan, berdaya tahan bagi menghadapi cabaran
hidup pada masa kini dan akan datang. Dengan bersukan juga, pelajar lebih peka
36

terhadap kepentingan bersosial serta berkemampuan untuk menyingkirkan rasa


rendah diri. Interaksi yang luas juga akan dapat membawa pelajar kepada
perkongsian pengalaman dan membendung diri dari sebarang gejala yang kurang
sihat demi kepentingan masyarakat dan negara.

Ngajikin et al (2006) dalam satu kajian yang dijalankan ke atas pelajar


Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan kebanyakan pelajar Melayu dan pelajar
bukan Melayu yang terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum memberi nilai tambah
ijazah dan alam pekerjaan turut mempunyai pencapaian CPA tinggi. Rata-rata pelajar
sedar akan faedah yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat
membantu mereka membina kendiri bagi menghadapi alam pekerjaan.

Kajian-kajian yang dikemukakan oleh pengkaji di atas sebenarnya bukanlah


merupakan satu kesimpulan yang menyeluruh tentang pengaruh penglibatan
seseorang pelajar. Oleh itu pengkaji memikirkan mampu membantu melahirkan
golongan pelajar yang berupaya menjadi pemimpin berkualiti selaras dengan aspirasi
negara yang ingin menghasilkan seberapa ramai pemimpin yang boleh . Pemimpin-
pemimpin yang diharapkan adalah matang pemikiran, sihat fizikal, dan merupakan
warganegara bersahsiah mulia. Hasrat dan aspirasi negara akan tercapai kerana
aktiviti kokurikulum mampu menghasilkan pelajar yang sihat dan positif dalam
suasana yang lebih teratur, terkawal, bermakna, riang dan menyeronokkan (Abu
Bakar, 1991). Abu Bakar (1991) juga menyatakan bahawa penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum akan membolehkan mereka memahami, merasai dan
mempersiapkan diri mereka dengan alam dewasa. Ini kerana aktiviti kokurikulum
dilihat sebagai aktiviti pelajar boleh menimba pengalaman dari segi nilai dan norma
kehidupan bermasyarakat di sekolah sebelum mereka berdepan dengan masyarakat
sebenar yang penuh dengan cabaran dan pancaroba kehidupan.

Aktiviti kokurikulum juga dapat membantu membentuk persekitaran sekolah


yang kondusif, menyeronokkan dan mampu menarik minat pelajar untuk datang ke
sekolah. Ia juga berupaya memupuk rasa cinta dan taat pelajar kepada aktiviti
kokurikulum yang dirancang dengan jayanya dan seterusnya akan memberi kesan
positif ke arah pembentukan personaliti seseorang pelajar dengan kualiti daya
kepimpinan yang tinggi. Ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Lim (1982)
37

yang menyatakan bahawa personaliti pelajar yang baik merupakan personaliti yang
diperlukan dalam diri setiap pemimpin yang cuba dilahirkan di sekolah. Pengkaji
berpendapat, untuk menjadi seorang pemimpin yang berpersonaliti, berjaya atau
berkualiti, seseorang pelajar itu mesti melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
yang juga berkualiti.

Menyedari hakikat inilah, maka pengkaji meneruskan kajian-kajian oleh


pengkaji terdahulu untuk memperlihatkan bagaimana pentingnya aktiviti
kokurikulum dalam melahirkan pelajar sebagai pemimpin melalui penglibatan
mereka sama ada dalam bidang sukan dan permainan, bidang persatauan dan kelab
dan bidang badan beruniform. Aktiviti dalam ketiga-ketiga bidang kokurikulum ini
dapat melatih pelajar patuh kepada disiplin, bekerjasama, kebolehan mengarahkan
orang lain, boleh mengendalikan mesyuarat, menguruskan kewangan, membina
semangat gigih, dan daya saing serta bijak mengatur strategi bagi mencapai
kemenangan dalam sesuatu pertandingan. Ketua pasukan dalam sukan dan
permainan, pengerusi dalam persatuan dan kelab, dan ketua komander dalam
pasukan badan beruniform secara tersendiri dilatih untuk membimbing anggota di
bawahnya ke arah pencapaian matlamat tertentu. Oleh yang demikian, penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum sedikit sebanyak memberikan sumbangan kepada
pembinaan pelajar dengan unsur-unsur pembentukan kepimpinan yang akan
memberikan nafas baru dan kekuatan dalaman.
38

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang reka bentuk kajian, pembolehubah


kajian, responden yang dipilih sebagai sampel, instrumen yang digunakan dan
kaedah pengumpulan dan penganalisisan data. Perkara-perkara tersebut akan
dijadikan asas dan panduan dalam menjalankan kajian agar ia tidak menyimpang dari
tujuan kajian serta dapat mencari penyelesaian bagi permasalahan kajian
sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Bab I.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu penyelidikan yang berbentuk


deskriptif menggunakan soal selidik. Menurut Mohd. Najib (2003), penyelidikan
jenis ini bermatlamat untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku.

Semasa menjalankan kajian, pengkaji menggunakan borang soal selidik


dengan harapan dapat mengumpulkan maklumat dengan cepat dan mendapat
gambaran yang mendalam tentang permasalah kajian. Responden hanya perlu
menyatakan keadaan sebenar berpandukan soalan yang disediakan. Dengan
menggunakan statistk lanjutan korelasi, pengkaji boleh melihat hubungan dan kaitan
yang mungkin wujud di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikenalpasti.
39

Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan Model


Rekabentuk Kajian Mohd. Najib (2003) seperti Rajah 3.1 di bawah:

Rajah 3.1: Reka Bentuk Kajian

Sumber: Mohd. Najib (2003)


40

Bagi memastikan kajian ini berjalan dengan baik dan lancar, pengkaji telah
terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak yang berwajib
sebelum mengedarkan soal selidik kepada pelajar-pelajar yang terbabit.

i. Peringkat Memohon Kebenaran

Sebelum kajian dijalankan pengkaji telah mendapatkan


kebenaran daripada pihak-pihak berikut :

(a) Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar


Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

(b) Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

(c) Pengetua sekolah-sekolah yang terlibat.

ii. Peringkat Menjalankan Kajian Dan Pengumpulan Data

Sebelum mengedarkan soal selidik kepada responden,


pengkaji terlebih dahulu memohon keizinan daripada Pengetua
sekolah. Pada masa yang sama pengkaji telah menerangkan tujuan
kajian kepada pengetua, guru penolong kanan 1, penolong kanan hal
ehwal murid, dan guru kaunseling sekolah berkenaan secara
berasingan. Penerangan tentang objektif kajian ini dijalankan dan
cara-cara menjawab soal selidik telah diberikan kepada guru
kaunseling dan pengkaji telah memberikan jaminan bahawa semua
maklumat yang diberikan akan dirahsiakan serta hanya digunakan
untuk tujuan akademik sahaja.

Seterusnya soal selidik telah diedarkan kepada responden


melalui guru kaunseling. Guru kaunseling telah masuk ke kelas-
kelas tertentu mengikut kelapangan masanya dan meminta para
responden mengisi borang soal selidik dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan. Sebelum responden menjawab soal selidik, Guru-guru
41

kaunseling telah menerangkan tujuan menjawab soal selidik ini,


mengingatkan responden kepentingan menjawab soal selidik dengan
lengkap dan tepat, serta memberitahu responden bahawa segala
maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan.

Pengkaji memberi tempoh seminggu kepada guru kaunseling


agar segala maklumat yang diperlukan dapat dipenuhi oleh pelajar.
Semua borang soal selidik yang telah dilengkapkan kemudiannya
dimasukkan ke dalam sampul surat yang disediakan. Borang-borang
itu seterusnya dikumpulkan lalu dilabelkan satu kod bernombor dan
dianalisis bagi mendapatkan data mentah sebelum diuji secara
statistik untuk menguji hipotesis dan menjawab soalan-soalan kajian.

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah


menengah. Walau bagaimanapun persampelan hanya melibatkan seramai 50 orang
pelajar setiap sekolah dan jumlah keseluruhan seramai 300 orang pelajar. Kesemua
yang menjadi sampel kajian ini adalah dipilih secara rawak. Di dalam penetapan
sampel kajian, penyelidik memilih tiga buah sekolah menengah luar bandar dan tiga
buah sekolah menengah bandar di daerah Batu Pahat, Johor.

Faktor-faktor yang diambil kira di dalam pemilihan pelajar sebagai sampel


kajian adalah seperti berikut:

i. Pelajar-pelajar ini lebih memahami kerana mereka telah lama


melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sejak tingkatan satu atau
tingkatan peralihan.

ii. Aktiviti kokurikulum yang terlibat dianggap menyeluruh bagi pelajar-


pelajar ini.
42

iii. Pelajar-pelajar ini boleh memahami soal selidik kajian dengan baik.

3.4 Instrumen Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap penglibatan pelajar dan
hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan di kalangan pelajar tingkatan
empat di daerah Batu Pahat. Pengkaji menggunakan soal selidik untuk tujuan
mengumpulkan data kuantitatif responden. Menurut Mohd. Najib (2003) instrumen
berbentuk soal selidik mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang
diproses untuk dianalisis. Mengikut Mohd. Majid (1998) pula, soal selidik
merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan untuk mendapatkan
maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya.

Instrumen kajian yang dijalankan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu


Bahagian A mengandungi 4 item tentang maklumat responden. Bahagian B
mengandungi 15 item yang mengukur tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum. Bahagian C pula terdiri daripada 20 item yang menilai daya
kepimpinan responden di tempat kajian.

Bahagian A dalam soal selidik merupakan soalan-soalan berkaitan dengan


demografi responden iaitu sekolah, jantina, umur, dan kaum. Bahagian B
merupakan soalan-soalan berkaitan dengan tahap penglibatan dalam bidang sukan
dan permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform merangkumi jumlah
masa melibatkan diri, jumlah aktiviti yang disertai, jumlah jawatan yang dipegang,
kekerapan menjalankan tugas, dan penilaian dalam ketiga-tiga bidang aktiviti
kokurikulum tersebut. Bahagian C pula merupakan soalan-soalan berkaitan dengan
daya kepimpinan pelajar mencakupi daya kepimpinan dimensi yakin diri,
tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan membuat keputusan, kebolehan
menyelesaikan masalah, dan kepuasan menjalankan tugas.

Bahagian B dan C terdiri daripada 35 item berskala lima mata yang


bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap penglibatan pelajar dalam
43

kokurikulum dan dimensi-dimensi daya kepimpinan. Setiap item yang dijawab


dalam bahagian B diberikan skor mengikut kadar A (5), B (4), C (3), D (2), dan E
(1). Jadual 3.1 menunjukkan taburan item-item Bahagian B mengikut dimensi kajian.

Jadual 3.1 : Item-Item Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum

Tahap Penglibatan Pelajar Nombor item Jumlah Item


Jumlah masa melibatkan diri 1,2,3 3
Jumlah aktiviti yang disertai 4,5,6 3
Jumlah jawatan yang dipegang 7,8,9 3
Kekerapan menjalankan tugas 10,11,12 3
Penilaian aktiviti kokurikulum 13,14,15 3

Bahagian C terdiri daripada 20 item yang bertujuan untuk mendapatkan


maklumat tentang daya kepimpinan pelajar. Item-item dalam bahagian ini dirujuk
daripada kajian Mashitah (1994) tentang daya kepimpinan. Setiap item yang dijawab
diberikan skor mengikut kadar A (5), B (4), C (3), D (2), dan E (1).
Jadual 3.2 menunjukkan taburan item-item Bahagian C mengikut dimensi kajian.

Jadual 3.2: Item-Item Daya Kepimpinan

Daya Kepimpinan No. Item Jumlah Item


Yakin diri 16,17,18,35 4
Tanggungjawab menjalankan tugas 19,20,27,29 4
Keupayaan membuat keputusan 31,32,33,34 4
Kebolehan menyelesaikan masalah 23,24,25,30 4
Kepuasan menjalankan tugas 21,22,26,28 4

3.5 Kajian Rintis

Menurut Polit et al (2001) kajian rintis merujuk kepada versi kajian kecil atau
percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau
utama. Tujuan utama kajian rintis adalah untuk menentukan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen (Mohd. Najib, 2003). Kajian rintis juga merupakan pra-
ujian untuk mencuba instrumen kajian khusus. Kelebihan kajian rintis adalah dapat
membantu pengkaji memperoleh petunjuk awal tentang item-item yang mungkin
tidak tepat atau gagal (Baker,1994).
44

Pengkaji telah melakukan kajian rintis pada 28 Ogos 2007 untuk menguji
kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik tersebut. Seramai 15 orang pelajar
tingkatan empat di sebuah sekolah yang lain yang tidak terlibat dalam kajian
dijadikan responden kajian rintis ini.

Dalam kajian ini, objektif kajian rintis adalah untuk memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan item-item dari segi ketepatan, kesesuaian istilah dan struktur ayat
supaya tidak timbul kekeliruan dan salah tafsir. Selain itu, pengkaji ingin menguji
sama ada item-item yang dikemukakan itu adalah berkaitan dengan pengetahuan dan
pengalaman pelajar. Pengkaji juga ingin mengetahui jangka masa yang digunakan
oleh responden untuk menjawab semua item dalam soal selidik. Responden diminta
menjawab semua item dan seterusnya memberi ulasan dan pandangan mereka
terhadap soal selidik tersebut. Pandangan dan ulasan mereka dijadikan panduan
dalam memperbaiki soal selidik kajian ini.

Borang soal selidik yang telah diisi lengkap oleh responden telah dianalisis
dengan menggunakan Statistical Package For The Social Sciences Version 11.5.
Dapatan analisis menunjukkan keseluruhan nilai-nilai alpha untuk semua item dalam
soal selidik ialah 0.9679. Menurut Mohd. Majid (1998), nilai kebolehpercayaan yang
sesuai digunakan dalam penyelidikan bagi sesuatu alat ukur ialah yang mempunyai
nilai yang lebih daripada 0.60. Oleh kerana nilai alpha yang diperolehi adalah
melebihi 0.60 maka ia sesuai digunakan bagi tujuan kajian ini.

3.6 Analisis Data

Pemprosesan data melibatkan beberapa langkah iaitu menyimpan data,


memberi kod, mengasingkan data, membuat pengiraan dan menganalisis data (Cates,
1983). Semua borang soal selidik yang mengandungi jawapan telah dikumpulkan
dan dikodkan. Penyemakan ke atas soal selidik telah dilakukan bagi memastikan
setiap jawapan adalah lengkap dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Struktur
data dalam kajian ini adalah berbentuk senarai dan datanya adalah berbentuk
kuantitatif yang melibatkan latar belakang responden, tahap penglibatan responden
45

dan daya kepimpinan responden. Data-data telah diukur dalam bentuk nombor sahih
mengikut ukuran skala lima mata ke atas setiap pemboleubah.

Penganalisisan data untuk kajian ini dilakukan dengan menggunakan


Statistical Package For The Social Sciences Version 11.5. Untuk menentukan
hubungan antara pembolehubah-pembolehubah, ujian korelasi telah dijalankan.
Pekali korelasi digunakan bagi menunjukkan hubungan antara pembolehubah bebas
dengan pembolehubah bersandar. Pekali ini dilihat dari segi hubungan positif atau
negatif antara pembolehubah-pembolehubah tersebut. Kaedah penganalisisan data
yang digunakan seperti Jadual 3.3 di bawah.

Jadual 3.3 : Kaedah Penganalisisan Data

Bahagian Jenis Analisis Alat Pengukuran


A Latar belakang responden Frekuensi, peratusan
B&C Tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti Korelasi Pearson
kokurikulum dengan daya kepemimpinan

Bagi melihat hubungan antara dua pembolehubah iaitu tahap penglibatan


pelajar dalam kokurikulum dan daya kepimpinan, ujian Korelasi Pearson digunakan
untuk menentukan kesignifikanannya pada aras 0.01 dan melihat kekuatan antara dua
pembolehubah. Tahap hubungan kekuatan kolerasi dibuat berdasarkan skala Alias
(1977) seperti Jadual 3.4 di bawah. Skala ini pernah juga digunakan oleh pengkaji-
pengkaji lain seperti Lau (2000) dan Mohd. Rosli (2000).

Jadual 3.4 : Anggaran Kekuatan Perhubungan Antara Dua


Pembolehubah

Pekali Korelasi Kekuatan


0.00-0.20 Sangat rendah dan boleh diabaikan
0.21-0.40 Rendah
0.41-0.60 Sederhana
0.61-0.80 Tinggi
0.81-1.00 Sangat tinggi

Sumber : Alias (1997)


46

3.7 Takwim Kajian

Pengkaji ingin memastikan prosedur kajian dijalankan dengan betul, baik


dan lancar, oleh itu takwim kajian seperti Jadual 3.5 berikut telah digunakan.

Jadual 3.5 : Takwim Kajian


Tarikh Tindakan
Jun Membina cadangan dan sorotan penulisan
Julai Memohon kebenaran daripada pihak-pihak tertentu
Julai - Ogos Mengubahsuai soal selidik dan melaksanakan kajian
rintis
Ogos Menganalisis data dan ubahsuai soal selidik
September Melaksanakan kajian sebenar
September-Oktober Menganalisis dan mentafsirkan data
Jun - Oktober Menulis laporan kajian
November Menghantar laporan kajian

Pada peringkat permulaan kajian, pengkaji membina cadangan kajian,


membuat sorotan penulisan serta memohon kebenaran daripada pihak-pihak tertentu.
Selepas itu pengkaji mengubahsuai soal selidik dan melaksanakan kajian rintis.
Langkah seterusnya ialah menganalisis data kajian rintis dan ubahsuai soal selidik.
Pada pertengahan September, pengkaji melaksanakan kajian sebenar di enam buah
sekolah menengah di daerah Batu Pahat dengan bantuan guru-guru kaunseling
sekolah. Selepas soal selidik dikumpul data dianalisis dan ditafsirkan. Pada
peringkat akhir kajian, pengkaji menulis laporan kajian sepanjang Oktober dan
akhirnya laporan kajian telah disiapkan dan boleh dihantar pada November 2007.
47

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini akan menjelaskan hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian yang
telah dijalankan. Hasil dapatan kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian
mengikut aspek-aspek yang telah dipilih iaitu latar belakang responden dan analisis
inferensi korelasi yang merangkumi hubungan di antara tahap penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum dengan kelima-lima dimensi daya kepimpinan.

4.2 Latar Belakang Responden

Responden kajian adalah terdiri daripada 300 orang pelajar tingkatan


empat. Latar belakang responden termasuklah aspek-aspek jantina, umur, kaum, dan
sama ada dari sekolah bandar atau luar bandar.

Jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden


mengikut jantina. Daripada 300 orang responden kajian ini, bilangan pelajar
perempuan adalah lebih ramai iaitu 157 orang (52.3 %) berbanding dengan bilangan
pelajar lelaki yang seramai 143 orang (47.7 %).
48

Jadual 4.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut


Jantina
Jantina Bilangan Peratus
Lelaki 143 47.7
Perempuan 157 52.3
Jumlah 300 100

Jadual 4.2 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut


umur. Sebilangan besar responden iaitu seramai 209 orang adalah berumur 16 tahun
(69.7 %) dan responden yang berumur 17 hanyalah 91 orang (30.3 %). Pelajar-
pelajar yang berumur 17 ini merupakan mereka yang pernah belajar di tingkatan
peralihan.

Jadual 4.2: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut


Umur
Umur Bilangan Peratus
16 tahun 209 69.7
17 tahun 91 30.3
Jumlah 300 100

Jadual 4.3 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut


kaum. Jumlah pelajar Melayu ialah 130 orang ( 43.3 %) manakala pelajar Cina
seramai 142 orang (47.4 %) dan pelajar India hanya seramai 28 orang (9.3 % ).

Jadual 4.3: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut


Kaum
Kaum Bilangan Peratus
Melayu 130 43.3
Cina 142 47.4
India 28 9.3
Jumlah 300 100
49

Jadual 4.4 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut


sekolah. Bilangan responden dari sekolah luar bandar dan bandar adalah sama
banyak iaitu 150 orang masing-masing telah dipilih untuk kajian ini.

Jadual 4.4: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut


Sekolah
Sekolah Bilangan Peratus
Luar Bandar 150 50.0
Bandar 150 50.0
Jumlah 300 100

4.3 Analisis Inferensi Korelasi

Analisis inferensi korelasi dijalankan untuk mengenal pasti hubungan di


antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan
daya kepimpinan. Kaedah statistik yang digunakan ialah Korelasi Pearson,
keputusan kajian dilaporkan berdasarkan hipotesis-hipotesis nol.

4.3.1 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti


Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Yakin
Diri

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini
dapat menjawab hipotesis nol yang pertama iaitu:

Ho 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan


pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan dimensi yakin diri.
50

Jadual 4.5 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar


dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi yakin
diri.

Jadual 4.5: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan


Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Yakin Diri
Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum ( pekali korelasi)
Daya Kepimpinan Dimensi Korelasi Pearson 0.59**
Yakin Diri Signifikan (2 hujung) 0.00
** signifikan pada aras 0.01 N= 300

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara


tahap penglibatan dengan dimensi yakin diri adalah positif dan sederhana dengan
pekali korelasinya 0.59. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00 adalah lebih rendah
daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis nol yang menyatakan
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi yakin diri
adalah ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan dimensi yakin diri.

4.3.2 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti


Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Tanggungjawab Menjalankan Tugas

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini
dapat menjawab hipotesis nol yang kedua iaitu:
51

Ho 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan


pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas.

Jadual 4.6 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar


dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi
tanggungjawab menjalankan tugas.

Jadual 4.6: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan


Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Tanggungjawab
Menjalankan Tugas
Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum ( pekali korelasi)
Daya Kepimpinan Dimensi Korelasi Pearson 0.48**
Tanggungjawab Signifikan ( 2 hujung) 0.00
Menjalankan Tugas
** signifikan pada aras 0.01 N = 300

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara


tahap penglibatan dengan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas adalah positif
dan sederhana dengan pekali korelasinya 0.48. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00
adalah lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis
nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas adalah ditolak. Ini
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan
aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi tanggungjawab
menjalankan tugas.

4.3.3 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti


Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Keupayaan Membuat Keputusan
52

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian


ini dapat menjawab hipotesis nol yang ketiga iaitu:

Ho 3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan


pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan dimensi keupayaan membuat keputusan.

Jadual 4.7 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar


dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi
keupayaan membuat keputusan.

Jadual 4.7: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan


Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Keupayaan
Membuat Keputusan
Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum ( pekali korelasi)
Daya Kepimpinan Dimensi Korelasi Pearson 0.50**
Keupayaan Membuat Signifikan ( 2 hujung) 0.00
Keputusan
** signifikan pada aras 0.01 N = 300

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara


tahap penglibatan dengan dimensi keupayaan membuat keputusan adalah positif dan
sederhana dengan pekali korelasinya 0.50. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00 adalah
lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis nol yang
menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi
keupayaan membuat keputusan adalah ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi keupayaan membuat
keputusan.
53

4.3.4 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti


Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Kebolehan Menyelesaikan Masalah

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini
dapat menjawab hipotesis nol yang keempat iaitu:

Ho 4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan


pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah.

Jadual 4.8 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar


dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi
kebolehan menyelesaikan masalah.

Jadual 4.8: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan


Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kebolehan
Menyelesaikan Masalah
Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum (pekali korelasi)
Daya Kepimpinan Dimensi Korelasi Pearson 0.60**
Kebolehan Menyelesaikan Signifikan ( 2 hujung) 0.00
Masalah
** signifikan pada aras 0.01 N = 300

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara


tahap penglibatan dengan dimensi kebolehan menyelesaikan adalah positif dan
sederhana dengan pekali korelasinya 0.60. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00 adalah
lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis nol yang
menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi
kebolehan menyelesaikan masalah adalah ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
54

kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kebolehan


menyelesaikan masalah.

4.3.5 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti


Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Kepuasan Menjalankan Tugas

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini
dapat menjawab hipotesis nol yang kelima iaitu:

Ho 5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan


pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan tugas.

Jadual 4.9 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar


dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi
kepuasan menjalankan tugas.

Jadual 4.9: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan


Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kepuasan
Menjalankan Tugas
Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum ( pekali korelasi)
Daya Kepimpinan Dimensi Korelasi Pearson 0.59**
Kepuasan Menjalankan Signifikan (2 hujung) 0.00
Tugas
** signifikan pada aras 0.01 N = 300

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara


tahap penglibatan dengan dimensi kepuasan menjalankan tugas adalah positif dan
sederhana dengan pekali korelasinya 0.59. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00 adalah
lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis nol yang
55

menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi
kepuasan menjalankan tugas adalah ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan
tugas.

4.3.6 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti


Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini
dapat menjawab hipotesis nol yang keenam iaitu:

Ho 6 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan


pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan.

Jadual 4.10 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar


dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan.

Jadual 4.10: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan


Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan
Pembentukan Daya Kepimpinan
Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum ( pekali korelasi)
Daya Kepimpinan Korelasi Pearson 0.70**
Signifikan (2 hujung) 0.00

** signifikan pada aras 0.01 N = 300

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara


tahap penglibatan dengan daya kepimpinan adalah positif dan tinggi dengan pekali
56

korelasinya 0.70. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00 adalah lebih rendah daripada
aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis nol yang menyatakan tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan adalah ditolak. Ini
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan.
57

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan statistik inferensi untuk


menghuraikan perhubungan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan. Bab ini merupakan rumusan
daripada dapatan yang secara langsung akan menghuraikan tentang dapatan kajian,
cadangan tindakan dan kajian lanjutan yang sesuai untuk penyelidikan masa
hadapan.

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

Setiap dapatan kajian yang diperolehi akan diperbincangkan melalui Bab V.


Dalam bab ini, perbincangkan berdasarkan kepada enam hipotesis nol yang
dinyatakan pengkaji berkaitan hubungan di antara tahap penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan.
58

5.2.1 Ciri Demografi Responden

Seramai 300 orang pelajar tingkatan empat yang menjadi responden kajian
ini terdiri daripada pelbagai latar belakang jantina, umur dan kaum. Dari segi jantina
responden lelaki adalah 47.7% dan perempuan 52.3%. Nisbah responden dari segi
umur sangat besar, iaitu 69.7% adalah pelajar berumur 16 berbanding dengan pelajar
berumur 17 iaitu 30.3%. Nisbah responden dari segi kaum, 43.3% adalah pelajar
Melayu, pelajar Cina 47.4% dan pelajar India 9.3%. Nisabah responden bagi
sekolah luar bandar dan bandar adalah sama iaitu 50% setiap satu.

5.2.2 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti


Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Yakin
Diri

Dapatan kajian daripada Jadual 4.5 menunjukkan terdapat hubungan yang


signifikan dan kekuatan sederhana antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi yakin diri.Dapatan
ini membolehkan hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan
pembentukan daya kepimpinan dimensi yakin diri ditolak.

Adnan (1988) menyatakan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum


mempunyai kesan yang besar kepada pembentukan daya kepimpinan yakin diri.
Heim et al (1993) pula menyatakan penglibatan pelajar dalam persatuan dan kelab
seperti ucapan umum, syarahan, dan bahas boleh mendorong pelajar menjadi
pemimpin kerana satu ciri yang ada pada pemimpin ialah berkeyakinan untuk
bercakap. Kebolehan memberi ucapan umum, berpidato atau berbahas dengan
lancar merupakan ciri penting untuk menjadi seorang pemimpin (Hamzah, 1996).
59

Kapp (1979) dalam kajian yang berkaitan dengan penglibatan pelajar dalam
kokurikulum dengan faedahnya telah membuat kenyataan seperti berikut:

I found that these involved students tended to have more confidence in their
leadership ability, their thinking ability, and their ability to get along with
people.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam


aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan
dimensi yakin diri. Pengkaji berpendapat, seseorang pemimpin hendaklah yakin
kepada diri sendiri. Yakin kepada diri sendiri ialah yakin kepada kebolehan yang
ada, yakin kepada segala keputusan dan tindakan yang telah dibuat untuk kumpulan
dan apa yang lebih penting ialah yakin kepada kepimpinan sendiri. Dengan demikian
seseorang ketua dapat menjalankan tugasnya tanpa keraguan. Ketua yang tiada
keyakinan terhadap diri sendiri tidak akan mempunyai kekuatan dalaman untuk
memimpin orang lain.

5.2.3 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti


Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Tanggungjawab Menjalankan Tugas

Kuputusan kajian daripada Jadual 4.6 menunjukkan terdapat hubungan


yang signifikan dan kekuatan sederhana antara tahap penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi tanggungjawab
menjalankan tugas. Dapatan ini membolehkan hipotesis nol yang menyatakan tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi tanggungjawab
menjalankan tugas ditolak.

Kamaruddin (1989) berpendapat pendidikan kokurikulum yang diterapkan


dalam sistem pendidikan di negara ini mempunyai matlamat utama iaitu memupuk
perkembangan personaliti pelajar secara menyeluruh dan seimbang, khasnya
60

daripada aspek mental, fizikal, sosial, moral, kerohaniannya, dengan harapan pelajar
menjadi warganegara yang bertanggunjawab, berdisiplin, berdikari dan
berkemahiran. Di samping itu, ia juga dapat memupuk dan melatih kualiti-kualiti
kepimpinan dalam diri pelajar.

Melalui aktiviti kokurikulum, pelajar didedahkan dengan pelbagai ilmu


pengetahuan. Selain daripada itu, pelajar juga dididik untuk mencapai kejayaan
dalam bidang kokurikulum. Sebagai contoh, aktiviti badan beruniform seperti
Pasukan Kadet Polis, Pasukan Pengakap, Pasukan Pancaragam, Pergerakan Pandu
Puteri, dan Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya menyediakan ruang untuk
pelajar mencapai keseimbangan kejayaan dalam kurikulum. Melaui aktiviti
kokurikulum, pelajar dididik dan diberi kesedaran pentingnya cemerlang untuk
menunaikan tanggungjawab menjalankan tugas (Padilah, 2000). Selain daripada
pemupukan sikap bertanggungjawab menjalankan tugas, pelajar juga digarap dengan
banyak aktiviti dalam kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek.

Seseorang pemimpin mempunyai tanggungjawab yang nyata. Pertama ialah


bagi menentukan tercapainya matlamat aktiviti kokurikulum dan keduanya bagi
menentukan keselamatan kumpulan ketika aktiviti kokurikulum sedang dijalankan.
Jika suatu projek kumpulan, ekspedesi misalnya, gagal mencapai matlamat atau
objektif yang digariskan, maka ini adalah disebabkan oleh kelemahan pemimpin itu.
Begitu jugalah halnya sesuatu aktiviti itu selalu sahaja ditimpa keadaan yang tidak
diingini.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam


aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan
dimensi tanggungjawab menjalankan tugas. Pengkaji berpendapat, bagi
menguruskan aktiviti kokurikulum ketua hendaklah melakukan banyak tugas, atau
fungsi tertentu. Bagi menghasilkan pengurusan yang berkesan, maka tugas-tugas
tersebut hendaklah dijalankan dengan bersungguh-sungguh oleh ketua yang
bertanggungjawab.
61

5.2.4 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti


Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Keupayaan Membuat Keputusan

Hasil kajian seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.7 menunjukkan terdapat


hubungan yang signifikan dan kekuatan sederhana antara tahap penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi
keupayaan membuat keputusan. Dapatan ini membolehkan hipotesis nol yang
menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi
keupayaan membuat keputusan ditolak.

Dapatan kajian ini seiring dengan kajian oleh Salmah (1993) yang
menyatakan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum membolehkan pelajar berjaya
dilatih menjadi pemimpin yang berupaya mengawal diri dalam keadaan yang
tertekan dan berkeupayaan membuat keputusan. Sebarang keputusan yang dibuat
oleh seseorang pemimpin mempunyai kesan-kesan yang sangat luas dan mendalam
ke atas mereka yang berada di bawah kepimpinannya.

Heim et al (1993) menyatakan pelajar mula belajar membuat keputusan pada


peringkat sekolah dan apabila mereka menjadi lebih dewasa, ia akan muncul sebagai
seorang pemimpin yang berkeupayaan membuat keputusan ssecara tekal. Aspek
ketekalan dalam membuat keputusan amat penting supaya pengikut akan dapat
mengekalkan motivasi yang lebih tinggi dan memberikan ketaatan kepada
pemimpin.

Kamaruddin (1989) pula menyatakan hikmat yang diperolehi oleh pelajar


daripada penglibatan aktiviti kokurikulum termasuklah dapat memupuk kualiti
kepimpinan yang bersifat intelektual, kreatif, memupuk kemahiran membuat
keputusan, memupuk semangat berjiwa besar dan berproduktif. Kajian oleh Lim
(1982) untuk mengkaji tret-tret psikologi pelajar di sebuah sekolah menengah juga
memperjelaskan kebaikan penglibatan pelajar dalam aktivti kokurikulum. Hasil
kajian tersebut menunjukkan aktiviti kokurikulum membantu seseorang pelajar
62

memiliki kualiti kepimpinan seperti kurang keraguan, kurang membangkang,


kematangan bersosialisasi dan keupayaan kecerdasan yang tinggi.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam


aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan
dimensi keupayaan membuat keputusan. Pengkaji berpendapat, daya kepimpinan
dimensi keupayaan membuat keputusan ini membolehkan seseorang pelajar yang
menjadi ketua memimpin kumpulan dalam apa keadaan sekali pun. Pemimpin yang
berkeupayaan membuat keputusan dapat menganalisis sesuatu keadaan serta dapat
memisahkan antara perkara-perkara yang penting dengan yang tidak. Dengan itu
pemimpin tersebut dapat menghasilkan pendapat atau rumusan yang bernas lagi
berkesan. Keputusan dan arahan pemimpin yang berkeupayaan membuat keputusan
akan dipatuhi tanpa keraguan dan kelewatan.

5.2.5 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti


Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Kebolehan Menyelesaikan Masalah

Jadual 4.8 menunjukkan dapatan kajian hubungan di antara tahap


penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan kekuatan sederhana antara
tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah. Dapatan ini membolehkan
hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah ditolak.

Dapatan ini menyokong kajian yang telah dijalankan oleh Chebator (1995)
yang mendapati pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum semasa kedua-dua
zaman persekolahan menengah dan kolej mempunyai skor min yang tinggi dalam
dimensi kebolehan menyelesaikan masalah jika dibandingkan dengan pelajar yang
63

tidak menyertai aktiviti kokurikulum semasa kedua-dua zaman persekolahan


tersebut. Sementara itu, pelajar yang hanya menyertai dalam aktiviti kokurikulum
semasa zaman persekolahan menengah juga mempunyai kebolehan menyelesaikan
masalah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelajar yang tidak menyertai
sama ada zaman persekolahan menengah atau kolej.

Kajian oleh Mashitah (1994) menunjukkan memang wujud perhubungan


yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan
pembentukan daya kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam


aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan
dimensi kebolehan menyelesaikan masalah. Pengkaji berpendapat, seseorang
pemimpin yang boleh mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara logik dan
kritis akan menggalakkan kemajuan dalam kumpulan yang dipimpininya. Seorang
pemimpin yang berkebolehan menyelesaikan masalah adalah peka terhadap apa
yang berlaku di sekitarnya. Dengan demikian ia dapat bertindak bagi kebaikan
kumpulan.

5.2.6 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti


Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi
Kepuasan Menjalankan Tugas

Keputusan kajian berdasarkan Jadual 4.9 menunjukkan terdapat hubungan


yang signifikan dan kekuatan sederhana antara tahap penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kepuasan
menjalankan tugas. Dapatan ini membolehkan hipotesis nol yang menyatakan tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan
tugas ditolak.
64

Dapatan ini menyokong kajian yang telah dilakukan oleh Ryan (1989).
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data daripada 1985 Cooperative
Institutional Research Project Follow Up Survey mendapati tahap penglibatan dalam
aktiviti kokurikulum sukan dan permainan mempunyai hubungan positif dan tinggi
dengan pembentukan daya kepimpinan terutamanya kepuasan menjalankan tugas.

Dapatan kajian juga seiring dengan kajian yang dijalankan oleh Chebator
(1995). Dalam kajian beliau, kesimpulan telah dibuat seperti berikut:

…participation in co-curricular activities leads to students who are generally


more satisfied in their duties, more academically successful, more self-
confident, and more socially in control than their uninvolved peers.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam


aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan
dimensi kepuasan menjalankan tugas. Mengikut Ab.Aziz (2003), pemimpin yang
mempunyai kepuasan menjalankan tugas yang tinggi akan mempunyai sikap yang
positif terhadap tugas dan sebaliknya. Pengkaji berpendapat, seseorang pemimpin
yang mempunyai kepuasan menjalankan tugas yang tinggi akan melahirkan
semangat gigih, rajin bekerja dan berdedikasi. Dengan adanya kepuasan menjalankan
tugas, seseorang pemimpin akan memimpin kumpulan dengan lebih baik.

5.2.7 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti


Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan

Hasil kajian berdasarkan Jadual 4.10 menunjukkan terdapat hubungan yang


signifikan dan kekuatan tinggi antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan. Dapatan ini membolehkan
hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya
kepimpinan ditolak. Di sini, dapat dikatakan bahawa responden yang mempunyai
tahap penglibatan yang tinggi memang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.
65

Menurut Teng (1984), di dalam bukunya Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


menerangkan bahawa pelajar-pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum akan
mewarisi sifat-sifat seperti ada sifat kepimpinan, bersemangat kesukanan, bersifat
toleransi, kesabaran, timbangrasa, hormat menghormati, mempunyai kesedaran nilai
masyarakat dan daya tahan diri.

Dapatan ini seiring dengan Mashitah (1994) yang mengatakan penglibatan


pelajar dalam aktiviti kokurikulum membantu membentuk daya kepimpinan seperti
yakin diri, bertanggungjawab menjalankan tugas, berkeupayaan membuat keputusan,
berkebolehan menyelesaikan masalah, dan mempunyai kepuasan menjalankan tugas.
Padilah (2000) pula menyatakan aktiviti kokurikulum dapat membantu pelajar
menyemai benih-benih sifat kepimpinan secara lebih efektif. Semua ini jelas
menunjukkan aktiviti kokurikulum dapat menawarkan pelbagai pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri,
kepimpinan, dan akan membantu pelajar menentukan hala tuju kehidupan masa
depannya.

Ibrahim (1995) menegaskan pelajar yang mempunyai tahap penglibatan yang


tinggi dalam aktiviti kokurikulum adalah merupakan pelajar yang mempunyai
kesedaran kendiri mengenai kekuatan dan kompetensi kepimpinan seperti yakin diri,
amanah, jujur, tegas, rajin, sensitif serta memiliki kemahiran berkomunikasi.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam


aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan
dimensi yakin diri, tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan membuat
keputusan, kebolehan menyelesaikan masalah, dan kepuasan menjalankan tugas.
Pengkaji berpendapat, di sekolah pelajar berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum yang merangkumi sukan dan permainan, persatuan dan kelab, dan
badan beruniform, di sinilah daya kepimpinan dapat dibentuk dan semakin
berkembang. Semua ini memerlukan perancangan dan pembangunan pendidikan
kokurikulum yang teratur.
66

5.3 Rumusan Dapatan Kajian

Secara keseluruhannya dapatan kajian telah menunjukkan memang wujud


perhubungan antara tahap penglibatan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti
kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan. Hubungan yang terbentuk
pada kadar kekuatan positif dan tinggi dengan nilai korelasinya 0.70, dan signifikan
pada aras 0.01. Dapatan kajian telah banyak menyokong hasil-hasil kajian lepas
yang menyatakan tahap penglibatan pelajar di sekolah menengah dalam aktiviti
kokurikulum dapat membantu pembentukan daya kepimpinan. Justeru itu,
sewajarnya pihak pengurusan sekolah menggunakan segala sumber yang ada secara
maksimum, mempertingkatkan lagi usaha ke arah pengurusan kokurikulum yang
lebih mantap dan berkesan bagi memastikan penglibatan pelajar akan dapat
memberikan pelbagai manfaat terutamanya pembentukan daya kepimpinan pelajar.

5.4 Cadangan Tindakan

Berdasarkan dapatan, perbincangan dan rumusan daripada kajian yang


dijalankan, pengkaji berpendapat antara cadangan-cadangan yang boleh
diketengahkan kepada beberapa pihak termasuklah pihak Kementerian Pelajaran
pendidikan sebagai penentu dasar, pihak pengetua, guru-guru penasihat
kokurikulum, guru kaunseling, dan pelajar bagi memastikan pendidikan
kokurikulum dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan ke arah pembentukan daya
kepimpinan pelajar.

i. Fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia amat penting bagi


memastikan garis panduan pelaksanaan pendidikan kokurikulum
diikuti oleh pihak sekolah. Ini secara langsung akan membolehkan
penglibatan pelajar adalah pada tahap maksimum. Dengan itu barulah
pendidikan kokurikulum difikirkan dapat memberi peluang kepada
semua pelajar untuk mengembangkan kreativiti dan membantu
mempertingkat dan membentuk daya kepimpinan. Kementerian
Pelajaran Malaysia seharusnya memandang jauh ke hadapan dan
67

merancang dengan lebih positif bagi memastikan aktiviti kokurikulum


yang diadakan mendapat sambutan pelajar sepenuhnya.

ii. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat


antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan
pembentukan daya kepimpinan. Dapatan ini memang seiring dengan
objektif pendidikan kokurikulum iaitu memberi latihan kepimpinan
yang boleh membina keperibadian pelajar dan menambah
pengetahuan dan pengalaman baru yang berguna. Pihak pengurus
sekolah terutamanya pengetua, guru penolong kanan kokurikulum,
guru penolong kanan satu, dan guru penolong kanan hal ehwal pelajar
harus membuat pengurusan dan pembahagian tugas dalam organisasi
sekolah supaya kewibaan setiap ahli petugas dapat ditentukan. Pihak
pengurus sekolah mestilah memastikan pelaksanaan aktiviti
dilakukan mengikut penjadualan yang terancang dan sistematik
dengan pembahagian tugas yang seimbang di antara guru-guru.
Ketidakseimbangan pembahagian tugas akan menyebabkan
kurangnya komitmen mereka dan menimbulkan rasa tidak puas hati di
kalangan guru.

iii. Guru-guru penasihat aktiviti kokurikum perlu diberikan pendedahan


tentang kepentingan dan fungsi pengurusan kokurikulum di sekolah
sepanjang masa. Ini adalah kerana minat dan sikap terhadap sesuatu
bidang termasuk pengurusan menentukan tahap pencapaian dalam
bidang-bidang tertentu. Sebagai pemimpin dan pengurus aktiviti
kokurikulum, guru penasihat seharusnya perlu berusaha untuk
memperolehi kompetensi dalam pengurusan dan pengendalian
pendidikan kokurikulum kerana merekalah yang akan menyampaikan
kemahiran, ilmu pengetahuan, idea dan nasihat semasa aktiviti
kokurikulum. Selain itu, guru penasihatlah yang sentiasa menyelami
minat, kecenderungan dan bakat yang terpendam dalam muridnya.
Semasa mengendalikan aktiviti kokurikulum, guru penasihat
hendaklah berusaha untuk meningkatkan daya kreativiti dan
merancang aktiviti yang dapat menarik minat pelajar. Dalam
68

pengurusan kokurikulum, guru-guru penasihat perlu memastikan


jawatan penting tidak dipegang oleh orang yang sama untuk memberi
ruang kepada lebih ramai pelajar supaya potensi mereka terutamanya
daya kepimpinan dapat dikembangkan.

iv. Guru kaunseling seharusnya memainkan peranan yang lebih proaktif


dalam pemberian pendedahan kepentingan dan faedah menyertai
aktiviti kokurikulum kepada pelajar. Guru kaunseling juga
bertanggunjawab untuk menerangkan segala faedah yang boleh
diperolehi daripada penglibatan dalam kokurikulum supaya pelajar
mendapat kefahaman yang jelas tentangnya.

v. Pelajar harus menginsafi bahawa penglibatan pelajar dalam aktiviti


kokurikulum bukan sahaja berfungsi memperkukuhkan dan
mengamalkan pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran
akademik, ia juga membantu dalam pembentukan daya kepimpinan.
Pengkaji berpendapat, tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum
tidak boleh dilihat ringan sahaja oleh pelajar kerana ia akan
mempengaruhi pembentukan daya kepimpinan yang merupakan
kekuatan dan kemampuan untuk menghadapi suasana dan realiti alam
pekerjaan serta cabaran-cabaran persekitaran.

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan

Daya kepimpinan pelajar merupakan bidang yang amat luas dan kompleks.
Terdapat banyak lagi aspek dan pembolehubah yang dapat dijadikan bahan kajian.
Antara kajian lanjutan yang wajar dijalankan adalah seperti berikut:

i. Kajian lanjutan haruslah dijalankan pada skop yang lebih luas


umpamanya kajian dijalankan untuk semua daerah di Negeri Johor
bagi mendapat gambaran yang lebih menyeluruh.
69

ii. Pengkaji yang berminat untuk mengkaji tentang tahap penglibatan


pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan
pembentukan daya kepimpinan bolehlah menggunakan aspek
penilaian yang tersendiri mengikut pertimbangan masing-masing. Ini
adalah kerana dimensi daya kepimpinan tidak dihadkan kepada
dimensi-dimensi dalam kajian ini.

iii. Kajian tentang bidang dalam kokurikulum sama ada sukan dan
permainan, persatuan dan kelab, atau badan beruniform paling
diminati oleh pelajar boleh dijalankan. Kajian ini penting dalam
memastikan tahap penglibatan pelajar dalam kokurikulum itu benar-
benar tinggi dan bukan sekadar menjadi ahli yang ingin mendapat
penilaian kokurikulum gred minimum sahaja.

iv. Kajian mengenai sebab-sebab mengapa pelajar mempunyai tahap


penglibatan yang rendah dalam aktiviti kokurikulum juga boleh
dijalankan. Kajian ini diharap dapat mencari punca pelajar tidak aktif
dalam aktiviti kokurikulum dan membolehkan pihak-pihak tertentu
seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, pengurus sekolah dan guru
penasihat kokurikulum mencari penyelesaian terhadap masalah dan
seterusnya menolong pencapaian matlamat pendidikan menyeluruh di
kalangan pelajar.

5.6 Kesimpulan

Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan suatu


bangsa bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan dapat
dicapai jika generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan
sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan
kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan aktiviti kokurikulum. Ini bermakna
seseorang murid itu diberi pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek intelek,
70

rohani, emosi, dan jasmani. Penekanan pendidikan kokurikulum di sekolah-sekolah


adalah sesuai dengan masa dan keperluan pendidikan di negara kita.

Di samping itu, matlamat Pembangunan Modal Insan dalam Pelan Induk


Pembangunan Pendidikan 2006-2010 memberi fokus kepada pemupukan semangat
menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta membina disiplin diri
di kalangan pelajar. Salah satu kemahiran dan kompetensi ialah daya kepimpinan.
Ini menunjukkan daya kepimpinan merupakan aspek penting dalam diri seseorang
pelajar.

Ciri-ciri kepimpinan boleh diterapkan kepada pelajar sama ada melalui


pengalaman atau dipelajari. Oleh itu, aspek kepimpinan perlu ditekankan dalam
bentuk yang khusus seperti melalui aktiviti kokurikulum yang terancang dan
bermatlamat. Sifat-sifat pemimpin yang positif perlu diberikan penjelasan dan perlu
dipupuk agar sebati dengan potensi pelajar.

Merujuk kepada dapatan kajian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa memang


terdapat hubungan yang positif di antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan. Pendidikan kokurikulum
seharusnya diberikan perhatian yang lebih kerana penglibatan pelajar yang
menyeluruh di samping pengurusan yang cekap dan berkesan dapat memastikan
objektif dan matlamat yang ditetapkan tercapai. Ini akan menyumbang kepada
pemantapan kompetensi dan prestasi pelajar seperti berketrampilan, mempunyai sifat
kepimpinan dan jati diri. Ini secara langsung akan menyumbang kepada usaha
melahirkan generasi pemimpin yang mencapai kesejahteraan diri serta dapat
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
71

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof (2003). “Gelagat Organisasi: Teori, Isu dan Aplikasi.” Petaling
Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan, & Ainon Mohd. (2005). “Bakat Dan Kemahiran Mempimpin.”
Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Abdullah Sani Yahaya (2004). “Mengurus Sekolah.” Kuala Lumpur: PTS


Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Abu Bakar Nordin (1991). “Kurikulum Perspektif dan Pelaksanaan.” Kuala Lumpur:
Pustaka Antara.

Adnan Sharif (1988). “Pengaruh Jantina, Jenis Sekolah dan Kegiatan Kokurikulum
Terhadap Personaliti Remaja Yang Terbentuk Oleh Rakan Sebaya. Kajian
Kes Di Antara Sekolah Asrama Penuh Dengan Sekolah Biasa Di Daerah Hilir
Perak.” Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ainon Mohammad (2005). “Kejayaan Dari Dalam.” Kuala Lumpur: PTS


Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Alias Baba ( 1977). “Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan Dan Sains Sosial.”
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alim Abu Rahim (1997). “Pengurusan Kokurikulum.” Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn.Bhd.

Asiah Abu Samah (1985). “Kokurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia. Kertas


Kerja Seminar Kebangsaan Mengenai Kokurikulum.” Jitra: Universiti Utara
Malaysia.

Astin, A.(1984). “Student Involvement:A Developmental Theory For Higher


Education.” Journal Of College Student Personnel. July.
72

Atan Hussien (1992). “Keberkesanan Aktiviti Kokurikulum (Sukan) Di Tiga


Buah Politeknik.” Tesis Sarjana. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Aziz Zakaria, Wan Fatimah Mohamad, & Quek Bong Cheang (1995). “Indikator
Kepimpinan Cemerlang: Satu Analisis Pengurusan.” Jurnal Pengurusan
Institut Aminuddin Baki. 05 (01): 14-26.

Azizah Nordin (1991). “Kokurikulum dan Sumbangannya Terhadap


Perkembangan Diri Individu Secara Menyeluruh.” Jurnal Pendidikan Guru.
7: 33-42.

Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim, & Yusof Boon (2005).
“Psikologi Sosial:Alam Remaja.” Kuala Lumpur: PTS Publications &
Distributors Sdn.Bhd.

Baker, T. L. (1994). “Doing Social Research.” 2nd Edition. New York: Mc Graw-Hill
Inc.

Bass, B. M. (1985). “From Transactional To Transformational Leadership :Learning


To Share The Vision.” New York: Organizational Dynamic.

Bucher, C. A. (1983). “Administration of Physical Education and Athletic.” St.


Louis:The C. V. Mosdy Company.

Burton, M. D. (1981). “Indentifying Potential Participants For College


Extracurricular Activities.” Journal Of College Student. 15 (3): 251 - 254

Campbell, R.F., Corbally, J.E., & Nystrand, R.O. (1983) “Introduction to


Educational Administration” 6th Edition. Massachusetts: Allyn and Bacon,
Inc.

Cates, W.M. (1983). “A Practical Guide To Educational Research.” New Jersey:


Prentice Hall Inc.

Chebator, P. J. (1995). “Involvement And Student Outcomes: The Student


Development Effects Of Co-Curricular Programs.” Dissertation of Ph.D.
Boston: Boston College.
73

Faridah Karim (1985). “Pendidikan Kurikulum: Satu Panduan.” Kertas Kerja


Dibentangkan Pada Seminar Kebangsaan Mengenai Kokurikulum. Jitra:
Universiti Utara Malaysia .

Faridah Karim (1988). “Peranan Kokurikulum Di Sekolah: Satu Perspektif Baru


Suara Pendidik.” Jurnal Pendidikan. Bil.4. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Fauzan Sukimi (1997). “Gaya Memubat Keputusan Seorang Pengurus.”Jurnal


Pendidik Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat. Jil.1. Sept.1997.

Fulmer, R.M. (1993). “Practicle Human Relation.” New York: Free Press.

Gordon, T. (1955). “Group-Centered Leadership.” New York: Houghton Mifflin.

Gribben, J. J. (1972). “Effective Managerial Leadership.” New York: American


Management Association.

Hamzah Rahman Soriat (1996). “Pendidikan Kepimpinan.” Jurnal Guru. 8: 525 –


530.

Heim, P., & Chapman, E.N. (1993). “Belajar Memimpin.” Johor Bahru:
Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.

Hendal, R.M. (1993). “The Contributions of Intercollegiate Athletic Participation


On Student Leadership Development (Student-Atheletes).” Dissertation
Abstracts.Winconsin: The University of Winconsin.

Hollander, E.P. (1978). “Leardership Dynamics.” New York: Free Press.

Hussien Mahmood (1993). “Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah.” Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Ahmad Bajunid (1995) . “Amalan Dan Cabaran Pengurusan Pendidikan


Di Malaysia, Satu Tinjauan Kritikal.” Jurnal Pengurusan Pendidikan IAB. 5
(01): 1-15.

Ibrahim Mamat (1997). “Kepimpinan Sekolah: Teori Untuk Praktis.” Kuala


Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
74

Ibrahim Saad (1986). “Isu Pendidikan Di Malaysia.” Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Ishak Md. Nor (1998). “Penyertaan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Di


Sekolah Menengah Johor Bahru.” Tesis Sarjana. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.

Jaafar Muhamad (1997). “Kelakuan Organisasi.” Kuala Lumpur: Leeds Publications.

Kamaruddin Kachar (1989). “Strategi Pentadbiran Pendidikan.” Kuala Lumpur:


Teks Publishing Sdn.Bhd.

Kamus Dewan (2005). Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kapp, G. J. (1979). “Extracurricular Activities : Who Participates And What Are The
Benefits.” Dissertation Abstracts International. Los Angeles: University Of
California in Los Angeles.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). “Falsafah Pendidikan Negara.” Kuala


Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1979). “Laporan Jawatankuasa Mengkaji Dasar


Pelajaran.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuek, Sook Seem (1990). “Kajian Mengenai Pertalian Antara Penglibatan Pelajar
Dalam Kokurikulum Dengan Perkembangan Personaliti Murid.” Kajian
Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lau, Ki Chuan (2000). “Tinjauan Amalan Faktor-Faktor Pengurusan Sekolah


Berkesan Dalam Menentukan Tahap Pengurusan Sekolah Di Sebuah Sekolah
Menengah Dalam Daerah Batu Pahat, Johor.” Tesis Sarjana. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.

Lim, Jee (1982). “Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum dan


Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik : Satu Kajian Kes Di Sekolah
Di Bandar Kajang.” Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia .

Luthans, F. L. (1977). “Organizational Behaviour.” New York: Mc Graw-Hill


Book Co.
75

Mashitah Hj. Ghazali (1994). “Kegiatan Kokurikulum Di sekolah Membantu


Membina Daya Kepimpinan Di Kalangan Pelajar Menengah Atas Kolej
Sultan Abdul Hamid.” Tesis Sarjana. Jitra: Universiti Utara Malaysia.

Mohamad Nor Che Noh (1982). “A Study On The Effect Of Participation In Sport
And Some Social Psychological Variables On Adjusments And Academic
Achievement.” Kajian Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Majid Konting (1998). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). “Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik
Pendidikan.” Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2007). “ Intervensi Pembangunan Organisasi


Pendidikan.” Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Nordin Hj. Mohd. Nasir (1986). “Kegiatan Kokurikulum Di sekolah


Membantu Menyemai Dan Menyuburkan Daya Kepimpinan Di kalangan
Pelajar: Satu Kajian Kes Di SMK Raja Muda, Kuala Kangsar, Perak.” Kajian
Ilmiah. Kuala Lumpur : Maktab Perguruan Ilmu Khas.

Mohd. Rosli Mohd. Othman (2000). “Hubungan Kepimpinan Instruksional Dengan


Iklim Sekolah.” Tesis Sarjana. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mueller, P., & Reznik, J.W. (1965). “Intramural Recreation Sport. Programming
and Administration.” USA: John Wiley and Son Inc.

Ngajikin, N.H., Murad N.A., & Esa M.R.M. (2006). “Kesan Aktiviti Kelab Dan
Persatuan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Ke Atas Pencapaian
Akademik.” Kajian Ilmiah. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

O’Dannel, K.H., & Wairich, H. (1992). “Pengurusan.” Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka. Terjemahan Mohd. Salmi Mohd. Soned dan Siti
Nazdrah Sheikh Omar.

Omardin Ashari (1996). “Pengurusan Sekolah: Suatu Pandangan Lengkap.” Kuala


Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
76

Padilah Shahran (2000). “Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang.” Jurnal Bestari


Koleksi Guru Johor.

Polit, D. F., Beck, C. T., & Hungler, B.P. (2001). “Essential of Nursing Research:
Methods, Appraisal and Utilization.” 5th Edition. Philadelphia: Lippincott
Williams & Wilkins.

Pui, Tiong Gee (1996). “Komponen Baru Kurikulum dan Kokurikulum Mata
Pelajaran Bahasa Melayu dan Sastera - Satu Cadangan Awal.” Jurnal Guru.
8: 531-537.

Quinn, P. (1992). “Student Leadership In Physical Education.” Dissertation


Abstracts. Alberta: University of Alberta.

Razali Mat Zin (1996). “Kepimpinan Dalam Pengurusan.” Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ryan, F. (1989). “Participation In Intercollegiate Athletics: Affective Outcomes.”


Journal Of College Student Development, 30: 122-128.

Salmah Hj.Ayob (1993). “Keberkesanan Perancangan Kokurikulum.” Kajian


Penyelidikan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Smith, J.S. (1993). “The Relationship Between Involvement In Extracurricular


Activities And The Psychososial Development Of Universiti Students.”
College Student Affairs Journal. 13 (1): 79-84.

Schultz, D.P., & Schultz, S.E. (1994). “Psychology and Work Today.” New
York: Macmillan Publishing Company.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin (1994). “Wawasan Pendidikan Agenda


Pengisian.” Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Publishing.
77

Lampiran A

Borang Soal Selidik


78

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Soal selidik ini digunakan untuk melihat

TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH


DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA
DENGAN PEMBENTUKAN DAYA KEPIMPINAN

Salam sejahtera,

Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Anda
telah dipilih sebagai responden untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Saya
sangat berbesar hati memohon kerjasama daripada anda untuk mengisi soal selidik
ini. Semoga anda dapat menjawab dengan jujur dan ikhlas. Segala maklumat yang
anda berikan adalah dirahsiakan dan hanya digunakan untuk tujuan keperluan kursus
yang pengkaji wajib penuhi.
Kerjasama dan masa anda amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

SELAMAT MENJAWAB & TERIMA KASIH

Pengkaji:

……………………………………
WONG HUEY LING
Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)
Universiti Teknologi Malaysia
79

Bahagian A : Latar belakang responden


Arahan : Tandakan ( √ ) dalam petak yang disediakan di sebelah
jawapan yang anda pilih .

1. Sekolah: SMK________________________________

2. Jantina:
Lelaki
Perempuan

3. Umur:
16
17

4. Kaum:
Melayu
Cina
India
Lain-Lain

Bahagian B : Bahagian B mengandungi 15 item. Bulatkan satu jawapan


sahaja yang anda fikirkan sesuai dengan penglibatan anda dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah sama ada A, B, C, D, dan E.

1. Jumlah masa dalam tempoh seminggu saya melibatkan diri dalam aktiviti
sukan dan permainan ialah:
A lebih daripada 4 jam
B antara 3-4 jam
C antara 2-3 jam
D antara 1-2 jam
E kurang daripada 1 jam

2. Jumlah masa dalam tempoh seminggu saya melibatkan diri dalam aktiviti
persatuan dan kelab ialah:
A lebih daripada 4jam
B antara 3-4 jam
C antara 2-3 jam
D antara 1-2 jam
E kurang daripada 1 jam

3. Jumlah masa dalam tempoh seminggu saya melibatkan diri dalam aktiviti
badan beruniform ialah:
A lebih daripada 4 jam
B antara 3-4 jam
C antara 2-3 jam
D antara 1-2 jam
E kurang daripada 1 jam
80

4. Jumlah jenis sukan dan permainan yang saya anggotai sepanjang tahun ini
ialah:
A 4 jenis atau lebih
B 3 jenis
C 2 jenis
D 1 jenis
E tiada penglibatan

5. Jumlah jenis persatuan dan kelab yang saya anggotai sepanjang tahun ini
ialah:
A 4 jenis atau lebih
B 3 jenis
C 2 jenis
D 1 jenis
E tiada penglibatan

6. Jumlah jenis badan beruniform yang saya terlibat secara langsung dalam
tahun ini ialah:
A 4 jenis atau lebih
B 3 jenis
C 2 jenis
D 1 jenis
E tidak terlibat

7. Dalam pelantikan memegang jawatan penting (seperti Pengerusi/Naib


Pengerusi/ Setiausaha/Bendahari/Ahli-ahli Jawatankuasa) dalam aktiviti
sukan dan permainan yang saya ceburi semenjak dari tingkatan 2 hingga kini,
saya pernah memegang…
A lebih daripada 4 jawatan
B 3 jawatan
C 2 jawatan
D 1 jawatan
E tiada pernah memegang apa-apa jawatan

8. Dalam pelantikan memegang jawatan penting (seperti Pengerusi/Naib


Pengerusi/ Setiausaha/Bendahari/Ahli-ahli Jawatankuasa) dalam aktiviti
persatuan dan kelab yang saya ceburi semenjak dari tingkatan 2 hingga kini,
saya pernah memegang…
A lebih daripada 4 jawatan
B 3 jawatan
C 2 jawatan
D 1 jawatan
E tiada pernah memegang apa-apa jawatan
81

9. Dalam pelantikan memegang jawatan penting (seperti Pengerusi/Naib


Pengerusi/ Setiausaha/Bendahari/Ahli-ahli Jawatankuasa) dalam aktiviti
badan beruniform yang saya ceburi semenjak dari tingkatan 2 hingga kini,
saya pernah memegang…
A lebih daripada 4 jawatan
B 3 jawatan
C 2 jawatan
D 1 jawatan
E tiada pernah memegang apa-apa jawatan

10. Kekerapan saya menjalankan tugas untuk aktiviti sukan dan permainan dalam
seminggu adalah:
A selalu
B kadang-kadang
C jarang
D mengikut keadaan
E tiada langsung

11. Kekerapan saya menjalankan tugas untuk aktiviti persatuan dan kelab dalam
seminggu adalah:
A selalu
B kadang-kadang
C jarang
D mengikut keadaan
E tiada langsung

12.Kekerapan saya menjalankan tugas untuk aktiviti badan beruniform dalam


seminggu adalah:
A selalu
B kadang-kadang
C jarang
D mengikut keadaan
E tiada langsung

13.Dalam penilaian aktiviti sukan dan permainan yang lepas, saya …


A sangat aktif (memperolehi Gred A)
B aktif (memperolehi Gred B)
C sederhana aktif (memperolehi Gred C)
D tidak aktif (memperolehi Gred D)
E sangat tidak aktif (memperolehi Gred E)

14.Dalam penilaian aktiviti persatuan dan kelab yang lepas, saya …


A sangat aktif (memperolehi Gred A)
B aktif (memperolehi Gred B)
C sederhana aktif (memperolehi Gred C)
D tidak aktif (memperolehi Gred D)
E sangat tidak aktif (memperolehi Gred E)
82

15. Dalam penilaian aktiviti badan beruniform yang lepas, saya …


A sangat aktif (memperolehi Gred A)
B aktif (memperolehi Gred B)
C sederhana aktif (memperolehi Gred C)
D tidak aktif (memperolehi Gred D)
E sangat tidak aktif (memperolehi Gred E)

Bahagian C : Bahagian C mengandungi 20 item. Setiap item diikuti oleh lima


pilihan jawapan. Anda hanya dikehendaki memilih satu jawapan sahaja yang
dirasakan bersesuaian dengan anda dalam aktiviti kokurikulum. Bulatkan
jawapan anda sama ada A,B,C,D, dan E.

16. Sekiranya saya diminta untuk memberikan ucapan di khalayak ramai, saya…
A menerimanya dengan perasaan yakin dan berani
B kurang yakin tetapi berani
C rasa tidak tentu arah dan risau
D menolak dengan memberikan pelbagai alasan
E mencari alasan untuk keluar dari majlis tersebut

17. Dalam satu tajuk perbualan yang sedang hangat diperkatakan, reaksi saya
ialah:
A akan melibatkan diri secara paling aktif
B melibatkan diri secara aktif
C mengambil bahagian sekadarnya
D akan turut serta apabila diminta memberikan pandangan
E akan mendiamkan diri walaupun mempunyai hujah-hujah untuk
dikemukakan

18. Untuk membentuk personaliti sebagai seorang pemimpin, saya…


A mencontohi para pemimpin yang berjaya
B mencontohi para guru
C mencontohi rakan-rakan pemimpin yang lain
D memupuk bakat semulajadi saya
E tidak pernah berfikir ke arah itu.

19. Sebagai pemimpin aktiviti kokurikulum, saya…


A pasti akan berusaha bekerja lebih baik daripada ahli lain
B cuba berusaha bekerja lebih baik daripada ahli lain
C mungkin berusaha bekerja lebih baik daripada ahli lain
D tidak perlu berusaha bekerja lebih baik daripada ahli lain
E tidak akan berusaha bekerja lebih baik daripada ahli lain

20. Sebagai pemimpin aktiviti kokurikulum, jika ahli jawatankuasa menghadapi


masalah dalam menjalankan tugas, saya…
A akan memberi bantuan dengan sepenuhnya
B akan memberi bantuan jika ada masa
C akan memberi nasihat sahaja
D akan merujuknya kepada guru penasihat
E tidak akan mengambil apa-apa tindakan
83

21. Apabila saya berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam aktiviti
kokurikulum yang saya sertai, saya rasa…
A gembira dan ingin meningkatkan kejayaan
B gembira dan cuba mengekalkan apa yang telah dicapai
C rasa kegembiraan yang sederhana sahaja
D rasa biasa sahaja
E tiada rasa apa-apa

22. Apabila saya banyak melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, saya
rasa…
A amat beruntung dengan pelbagai kebaikan yang diperolehi
B mendapat kebaikan
C kebaikan yang dirasai sederhana sahaja
D seperti biasa sahaja
E tidak mendapat apa-apa faedah

23. Anda sedang membaca minit mesyuarat dan mendapati terdapat kesilapan
dalam minit mesyuarat tersebut, anda…
A akan membuat catatan di atas kesilapan dan meminta setiausaha
membuat pembetulan
B meminta setiausaha membuat pembetulan
C membuat pembetulan sendiri
D menegur setiausaha atas kesilapannya
E tidak risau langsung

24. Apabila terdapat ahli yang tidak memberikan tumpuan dalam sesuatu aktiviti
yang dilakukan, tindakan yang saya akan lakukan ialah…
A menegur dan memberikan ingatan
B menunjukkan rasa kurang senang terhadap sikapnya
C memandangnya dengan perhatian yang kita tidak menyukai
tindakannya
D tidak menghiraukannya
E terpaksa menunjukkan muka yang manis kerana takut dibenci

25. Apabila terdapat ahli yang tidak menepati masa untuk menghadiri aktiviti
kokurikulum, tindakan saya ialah…
A menegurnya supaya menepati masa
B bertolak ansur terhadap sikapnya
C bertindak marah kerana kelalaiannya itu
D membuat laporan kepada guru penasihat
E tidak mengambil apa-apa tindakan kerana sifat manusia memang
begitu
84

26. Dari segi kepuasan dalam memberikan sumbangan kepada aktiviti


kokurikulum yang saya harapkan selama ini, saya rasa…
A mendapat kepuasan yang amat tinggi berbanding dengan apa yang
diharapkan
B mendapat kepuasan yang setimpal dengan apa yang diharapkan
C mendapat sebahagian sahaja kepuasan daripada apa yang dijangkakan
D mendapat terlalu sedikit kepuasan
E tidak mendapat apa-apa kepuasan langsung

27. Saya menjalankan tugas semasa aktiviti kokurikulum dengan…


A penuh rela hati dan rasa bertanggungjawab
B rasa bertanggungjawab
C hanya separuh hati sahaja menjalankannya kerana sebab tertentu
D merasakan tugasan itu terpaksa dijalankan
E penuh dendam untuk mengajar pihak tertentu yang membebankan
tugasan itu kepada saya

28. Setelah selesai menjalankan tugas aktiviti kokurikulum, perasaan saya…


A amat puas hati
B senang hati kerana kerja telah selesai
C jarang mendapat kepuasan kerana tugas itu dijalankan tanpa
keikhlasan
D rasa terlepas daripada bebanan
E berasa marah dan tidak mahu lagi dibebani tugas pada masa-masa
akan datang

29. Apabila diberikan tugas penting dalam aktiviti kokurikulum, tindakan saya
ialah…
A menerimanya dengan penuh kerelaan
B menerimanya kerana rasa tanggungjawab
C sedia bertanggungjawab dan berfikir terlebih dahulu tentang
faedahnya
D tidak mengambil kisah
E cuba mencari helah untuk diberikan tugas itu

30. Semasa aktiviti kokurikulum dijalankan, seorang ahli memberitahu bahawa


salah seorang ahli selalu mencari jalan supaya anda tidak dipercayai oleh
ahli-ahli dan guru penasihat . Tindakan yang akan anda ambil…
A menyaisat kenyataan tersebut untuk mengetahui sama ada ia benar
atau tidak
B berbicara dengannya untuk mengetahui mengapa ia bertindak
sedemikian
C menasihatkan kepada orang yang memberitahu saya supaya jangan
suka mengambil tahu akan hal rang lain
D menunjukkan reaksi kepada orang kanan saya itu yang saya mulai
mencurigainya
E berusaha menyingkirkan pembantu kanan daripada jawatannya
85

31. Anda mendapat tahu bahawa seorang ahli jawatankuasa anda telah
berkelakuan tidak baik. Walau bagaimanapun ini tidak menjejaskan
kerjanya. Kenyataan yang manakah di bawah ini menggambarkan tindakan
anda…
A saya akan berbincang dengannya secara baik dan memberitahunya
bahawa apa yang dilakukannya ada kalanya menjejaskan tugasnya
B saya akan memaksa dia menceritakan semua yang berlaku dan
mengaku tidak akan mengulanginya lagi
C saya akan menunjukkan kepadanya secara terang-terang bahawa saya
tidak menyukai kelakuannya
D saya akan menghentikannya pada masa itu juga
E saya tidak akan mempedulikannya selagi ia tidak menjejaskan kerja

32. Seorang ahli jawatankuasa yang baru dilantik menunjukkan yang ia faham
dengan tugasnya dan mulai menyukainya. Tetapi dengan tiba-tiba dia
meminta kebenaran untuk keluar daripada aktiviti kokurikulum dan
menyertai aktiviti kokurikulum yang lain. Tindakan yang akan saya ambil…
A cuba mencari punca dan memberi nasihat supaya dia tidak bertindak
sedemikian
B mengesyaki dia tidak puas hati dengan faedah yang diperolehi
daripada persatuan
C memikirkan yang dia benar-benar tidak sukakan tugasan yang telah
dipertanggungjawabkan kepadanya
D terus menyokong permohonannya itu kerana berpendapat tidak
berguna menyimpan ahli yang tidak bersemangat berkhidmat kepada
persatuan
E memarahinya dengan mengungkit segala pengetahuan dan kemahiran
yang telah diajarkan kepadanya

33. Seorang ahli jawatankuasa anda tidak sefaham dengan ahli jawatankuasa lain.
Anda cuba untuk berbaik-baik dengannya walaupun anda kurang senang
untuk berbuat demikian. Malangnya ahli jawatankuasa itu telah bertindak
memberitahu guru penasihat tentang perkara-perkara yang kurang baik
tentang diri anda. Pendapat anda terhadap rakan tersebut ialah…
A kasihan kepada rakan tersebut kerana mungkin perasaannya terganggu
hingga dia gagal untuk mewujudkan hubungan yang harmoni dengan
orang lain
B menerima hakikat apabila kita berbuat baik dengan orang lain, orang
itu akan menyakiti hati kita pula
C sikap buruknya itu perlu dihebohkan kepada pengetahuan umum
untuk kewaspadaan bersama
D perlu diaibkan untuk menyedarkan dirinya
E saya akan berusaha menggagalkan rancangannya dan berusaha
membalas dendam di atas sifat buruknya itu
86

34. Seorang ahli telah dianugerahkan sebagai peserta terbaik pertandingan. Cara
yang dipilih untuk menyatakan penghargaan anda ialah…
A memujikan ketika diadakan perjumpaan dengan semua ahli
B melekatkan nota memujikan di papan kenyataan
C memujikan dalam perbualan peribadi
D mengutip derma daripada ahli-ahli untuk memberikan penghargaan
E memberikan hadiah penghargaan secara peribadi

35. Anda mempunyai seorang pembantu baru yang berkebolehan dan daripada
tindak tanduknya, anda merasakan dia memikirkan bahawa anda tidak
berkebolehan sebagai seorang ketua. Suatu hari anda mengetahui yang ia
meminta nasihat daripada orang lain yang lebih tinggi jawatan daripada anda
membincangkan masalah dalam tugasan aktiviti kokurikulum yang dihadapi.
Anda akan…
A menyedarkannya bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan dan
memberi amaran supaya ia tidak mengulangi kesalahan yang serupa
B buktikan kepadanya bahawa anda benar-benar mampu menyelianya
berdasarkan kepada pengalaman dan prestasi anda
C berbincang masalah tersebut dengan pihak atasan
D menarik perhatian ahli-ahli supaya bertindak tidak menyukainya
E memecatnya dengan serta merta

SOAL SELIDIK TAMAT

TERIMA KASIH
87

Lampiran B

Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Daripada


Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
88
89
90

Lampiran C

Senarai Sekolah-Sekolah Terlibat Dalam Kajian


91

Senarai Sekolah-Sekolah Terlibat Dalam Kajian

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Banang Jaya


2. Sekolah Menengah Munshi Sulaiman
3. Sekolah Menengah Jalan Kolam Air
4. Sekolah Menengah Yong Peng
5. Sekolah Menengah Datuk Menteri
6. Sekolah Menengah Dato’ Seth

Anda mungkin juga menyukai