Anda di halaman 1dari 12

TEKS UCAPAN

PENGARAH
INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

DI

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-22


INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

PADA
22 MEI 2008

Dan Salam Sejahtera


Mengadap

Kebawah

Duli

Yang

Maha

Mulia

Sultan

Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah, Al-Mustain Billah Ibni


Al Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muazam
Shah, DKP.
Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajah
Kalsom.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon
diampun.
Patik

pacal

Konvokesyen
Ampuan

tua
Kali

Afzan,

serta

Ahli-ahli

Ke-22

Institut

Kuala

Lipis

Jawatankuasa

Perguruan

Tengku

merafak

sembah

menyembahkan Ucapan Setinggi-tinggi Junjung Kasih di


atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku berangkat ke majlis konvokesyen pada pagi yang
berbahagia ini.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon
diampun.

Bagi pihak warga Institut Perguruan Tengku Ampuan


Afzan, merafak sembah menyembahkan ucapan setinggitinggi junjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha
Mulia

Tuanku

Diploma

atas

Perguruan

perkenan
dan

Sijil

untuk
kepada

mengurniakan
para

lulusan.

Sesungguhnya keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha


Mulia Tuanku, bukan sahaja menyerikan majlis ini malah
memberi perangsang dan menyuntik semangat patikpatik pacal sekalian. Tidak syak lagi keberangkatan
Tuanku memberi erti yang besar kepada para lulusan
serta keluarga masing-masing. Bak kata pantun Melayu:

Kapal dagang dari seberang,


Sarat muatan membawa kendi,
Keberangkatan Tuanku jadi perangsang,
Lestari kenangan tetap abadi.

Pohon cempaka di bawah lembayung,


Harum baunya bagai kasturi,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik hamba menjunjung duli.

Sesungguhnya keprihatinan dan sokongan Kebawah Duli


Yang Maha Mulia Tuanku pastinya menyemarakkan lagi
semangat, iltizam, keazaman dan kesungguhan patikpatik pacal sekalian untuk mencapai matlamat bagi
menjadikan institut perguruan ini sebagai salah sebuah
institusi pendidikan yang
mohon

menyembah

terbilang di negara ini. Patik

maklum

ke

sisi

pengetahuan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, bahawa pada


konvokesyen kali ini seramai 288 orang lulusan akan
menerima Diploma dan Sijil. 203 orang lulusan Kursus
Perguruan

Lepas

Ijazah,

77

orang

lulusan

Kursus

Diploma Perguruan Malaysia dan selebihnya menerima


Sijil Perguruan Khas (Teknologi Maklumat).

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon


diampun.
Patik memanjatkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran ke
hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat-Nya
Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan telah dapat
mengadakan Majlis Konvokesyen kali ke-22. Patik bagi
pihak

warga

institut

merakamkan

setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada para hadirin


kerana sudi hadir ke majlis ini. Sesungguhnya kehadiran
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dato-Dato, Datin-Datin, tuantuan dan puan-puan sangat bermakna dan amatlah
disanjung tinggi.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon


diampun.
Pada tahun ini, bilangan pelajar yang mengikuti kursus di
institut ini berjumlah 1,541 orang kesemuanya. Daripada
jumlah tersebut, seramai 853 orang pelajar sepenuh
masa yang terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan
Lepas Ijazah (KPLI), Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan,

Program

Ijazah

Sarjana

Muda

Keguruan

secara kolaborasi dengan Universiti Terbuka Malaysia


dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Manakala 688 orang merupakan pelajar kursus dalam
cuti yang terdiri daripada pelajar j-QAF, Prasekolah,
Pemulihan,

Kursus

Diploma

Perguruan

Malaysia

Pengajian Cina dan Tamil, dan Prasekolah untuk guruguru Tadika Kemas.
Kursus-kursus yang dijalankan di institut perguruan ini
kini merangkumi peringkat sijil, diploma dan ijazah
pertama yang merupakan satu pengiktirafan kepada
Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan sebagai salah
sebuah institusi pendidikan yang unggul dan berkualiti di
negara ini.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon
diampun.

IPTAA juga telah melaksanakan program-program yang


berteraskan Budaya IPG iaitu Budaya Ilmu, Budaya
Kepimpinan, Budaya Kerja Profesional, Budaya Akhlak
dan Moral, Budaya Penyayang, Budaya Hidup Sihat dan
Budaya

Estetika.

kepada

warga

Tujuh

IPTAA

budaya
bagi

tersebut

melahirkan

diterapkan
guru

yang

cemerlang, gemilang dan terbilang.


Bagi

merealisasikan

Budaya

Ilmu,

institut

ini

telah

melaksanakan pelbagai program yang berupa seminar,


kursus

dan

bengkel

untuk

menambah

pengetahuan

akademik pelajar dan tenaga pengajar institut serta


guru-guru setempat. Bagi merealisasikan objektif Budaya
Ilmu satu Seminar Pedagogi Kebangsaan telah diadakan
pada 11 dan 12 September 2007 yang dihadiri oleh guruguru dari seluruh negeri Pahang dan wakil Institut
Perguruan dari seluruh negara.
IPTAA

juga

telah

memulakan

program

sekolah

pembangunan profesional guru atau teaching school


dengan objektif utama untuk memberikan pendedahan
awal kepada guru pelatih kepada situasi persekolahan
sebenar sebelum menjalani praktikum. Di samping itu
dapat memperkukuhkan kemahiran pensyarah dalam
mengaplikasikan teori pendidikan dalam situasi sebenar
bilik darjah. Untuk tujuan ini SK Tempoyang telah dipilih
sebagai sekolah pembangunan profesional guru yang
antara lain dapat meningkatkan kerjasama antara pihak
sekolah dan Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan

dalam

pelbagai

bidang

pengurusan,

pentadbiran,

akademik dan kokurikulum.


Usaha menerapkan Budaya Penyayang, ceria dan hidup
sihat untuk semua warga institut telah dilaksanakan
melalui

Program

Keselamatan,

3K

yang

Kebersihan

merangkumi

dan

Kesihatan.

aspek
Dengan

memiliki suasana kampus yang ceria berserta dengan


segala kemudahan yang sedia ada, secara tidak langsung
telah menggalakkan warga IPTAA untuk beriadah. Selain
itu kawasan-kawasan persekitaran kampus, arca dan
pagola telah diperindahkan semula untuk meningkatkan
keceriaan bagi menggambarkan ekspresi dan apresiasi
terhadap seni, keindahan dan keharmonian.
Ampun

Tuanku

beribu-ribu

ampun,

sembah

patik

mohon diampun.
Bagi merapatkan jurang pendidikan antara sekolahsekolah bandar dan luar bandar yang menjadi salah satu
teras kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,
institut ini telah melibatkan diri secara langsung dengan
dua program utama iaitu Projek Pensiangan-Salinatan
dan

Program

Menulis

Kelas

(KIA2M).

akademik

Bagi

Awal

Membaca

meningkatkan

sekolah-sekolah

Pensiangan-Salinatan
melibatkan

Intervensi

telah

sekolah-sekolah

dan

pencapaian

pedalaman,

Projek

diteruskan

dengan

di

sekitar

Lembah

Tembeling. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Kg. Pagi,

SK Kuala Sat, SK Ulu Tembeling, SK Gusai dan SK Mat


Daling.
Manakala bagi tujuan menguasai kemahiran membaca
dan menulis bagi murid-murid di sekolah Orang Asli,
IPTAA telah menjadikan 4 buah sekolah sebagai sekolah
angkat dalam Program KIA2M. Sekolah-sekolah tersebut
ialah SK Lenjang dan SK Kuala Koyan di Daerah Lipis,
manakala SK Permatang Keledang dan SK Runchang di
Daerah Pekan. Selain itu IPTAA juga telah terlibat
dengan

Projek

Rintis

Kurikulum

Bersepadu

Sekolah

Orang Asli dan Penan di SK Sungai Mas, Kuantan dan SK


Lemoi, Cameron Highlands.
Dalam bidang kokurikulum, IPTAA telah melatih para
pelajar agar menguasai 4 aspek penting iaitu kemahiran
asas,

kepegawaian,

kejurulatihan

dan

kepengurusan

apabila mereka tamat latihan. Antara program lain yang


telah dilaksanakan ialah menyertai KAGUM Permainan
Peringkat Kebangsaan yang diadakan di UIAM, Gombak
pada

23

hingga

26

April

2008

dan

menyertai

Perkhemahan Unit Beruniform Zon Timur di Kem Seri


Keluang, Besut, Terengganu pada 8 hingga 12 April 2008.
Bagi memantapkan pengetahuan dan pengalaman pelajar
dalam aspek kejurulatihan dan kepegawaian, kursuskursus yang berkaitan telah diadakan dengan kerjasama
persatuan-persatuan

sukan

negeri

Pahang

yang

melibatkan

bidang

sukan

olahraga,

bola

sepak,

badminton, hoki, bola jaring dan bola tampar.


IPTAA juga telah berusaha memasyarakatkan kampus
kepada

penduduk

setempat.

Untuk

tujuan

tersebut,

pihak institut sentiasa membuka ruang kepada sekolahsekolah,

badan-badan

kerajaan

dan

badan-badan

berkanun di daerah Lipis untuk menggunakan premis,


dewan kuliah serta kemudahan padang permainan untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti mereka. IPTAA juga kini
telah

mempunyai

PULAKO

yang

Pusat

merupakan

Latihan
salah

Kokurikulum
satu

pusat

atau

latihan

kegiatan kokurikulum untuk para pelatih IPG khususnya


bagi Zon Timur dan terbuka untuk institusi pendidikan
daerah Lipis dan seluruh negeri Pahang amnya apabila
ianya mendapat kelengkapan yang secukupnya.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon
diampun.
Pada

kesempatan

ini,

izinkan

patik

menyampaikan

sepatah dua kata nasihat kepada para lulusan yang hadir


dalam majlis pada hari ini. Sebagai pendidik yang
cemerlang, guru-guru perlu berfikiran global, bertindak
secara sistematik dan efektif, menguasai bidang masingmasing, mengamalkan etika profesion keguruan dan
berpandangan jauh. Hal ini kerana profesion keguruan
adalah profesion yang mulia dan proses pendidikan

10

selalunya mengambil masa yang panjang untuk melihat


hasilnya.
Untuk cemerlang, para guru juga perlu memiliki sahsiah
yang terpuji, berperibadi mulia, berbudi bahasa, komited
dalam menjalankan tugas dan berfikiran terbuka demi
membangunkan modal insan. Seperti kata orang tua-tua,
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Justeru,
pihak institut menyeru agar Etika Keguruan dijadikan
sebagai

pegangan

dalam

melaksanakan

tugas

dan

tanggungjawab sehari-harian. Patik yakin para lulusan


dari

institut

perguruan

ini

memiliki

ciri-ciri

yang

diharapkan.
Di kesempatan ini patik merafak sembah mohon ampun
limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
untuk merakamkan terima kasih kepada para tetamu
yang hadir.
Ampun Tuanku.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang,
Dato Sri Haji Adnan bin Haji Yaakob,
Yang Amat Mulia Kerabat-Kerabat Bergelar,
Yang Mulia Kerabat-Kerabat,
Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang,
Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Pahang,

11

Yang

Hormat

Ahli-Ahli

Jemaah

Pangkuan

Negeri

Pahang,
Yang Berbahagia Pengarah Kanan IPGM Zon Timur,
Yang Hormat Dato-Dato,
Ahli-ahli Yang Berhormat,
Pengarah-Pengarah Institut Perguruan Malaysia,
Yang Berbahagia Ketua-Ketua Jabatan,
Yang dihormati dif-dif jemputan,
para pensyarah,
tuan-tuan dan puan-puan,
serta para lulusan yang dikasihi sekalian.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon
diampun.
Patik bagi pihak Jawatankuasa Majlis Konvokesyen kali
ke-22 Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan mohon
ampuni limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku

bagi patik menyampaikan ucapan penghargaan

dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pengarah


Pendidikan Guru, Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur,
agensi-agensi kerajaan negeri dan Pusat, serta semua
pihak yang menyumbang tenaga, moral dan material
secara langsung dan tidak langsung kepada kejayaan
majlis ini.

12

Sebelum patik mengakhiri persembahan ucapan patik,


patik serta seluruh warga IPTAA mendoakan semoga
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Duli Yang Maha
Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, Kebawah
Duli

Yang

Teramat

Mulia

Tengku

Mahkota

Pahang,

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang,


Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang, Yang Amat
Berbahagia Cik Puan Muda Pahang, Yang Amat Mulia
Paduka-Paduka Anakanda Putera-Puteri, Kaum Kerabat
serta

para

pemimpin

negeri

agar

sentiasa

dalam

pemeliharaan Allah S.W.T.


Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik mohon
diampun.
Patik memohon keampunan jua ke sisi Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Tuanku jika ada terdapat keterlanjuran
bicara dalam persembahan ucapan patik dan juga dalam
pengendalian Majlis Konvokesyen Kali Ke-22 ini. Had
inilah sahaja persembahan ucapan patik.
Ampun Tuanku. Patik pacal tua menjunjung kasih.
Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum w.t.b.

Anda mungkin juga menyukai