Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Sukan Karnival Gerak Kerja Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman 2013 yang bakal diadakan ini merupakan satu agenda yang telah dirancang dan disusun rapi untuk dijalankan pada semester ini. Selain itu, Sukan Karnival ini akan dianjurkan oleh pelajar-pelajar PISMP semester dua ambilan Januari 2013. Karnival ini akan melibatkan enam jenis permainan utama iaitu Ping Pong, Tenis, Bola Tampar, Bola Jaring, Hoki dan Bola Baling. Tujuan Sukan Karnival ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru pelatih di IPDA mencungkil dan menggilap bakat-bakat yang terpendam selama ini. Selain itu, program ini juga diadakan bagi memenuhi kehendak proforma sukan permainan pada semester ini.

Justeru, Sukan Karnival ini adalah amat berfaedah untuk dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang cemerlang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru yang seimbang dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek.

2.0 RASIONAL

Kertas kerja Sukan Karnival ini dihasilkan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan dan juga peruntukan kewangan dari semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan program ini. Penganjuran ini merupakan sebahagian tugasan GERKO yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, diharap program ini dapat berjalan dengan lancar dan cemerlang.

3.0 MATLAMAT Program ini bermatlamat melahirkan barisan guru pelatih yang mempunyai pengetahuan umum mengenai sejarah permainan peringkat antarabangsa dan Malaysia, mampu mengenali peralatan yang diperlukan dalam sesebuah permainan, gelangggang dan undang-undang permainan serta latihan dan taktik permainan. Bukan itu sahaja, program ini juga dianjurkan agar para guru pelatih mampu mengukuhkan kemahiran yang sedia ada dalam permainan, pengurusan padang atau gelanggang dan pasukan, serta pengelolaan pertandingan.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Melatih pelajar untuk mengendalikan pertandingan sukan dan permainan. 4.2 Membentuk sikap kerjasama antara pelajar untuk menjayakan karnival sukan. 4.3 Membina ukhwah dan mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan pelajar serta antara pelajar dan pensyarah khususnya warga IPG Kampus Darulaman ini. 4.4 Mencungkil bakat yang ada dalam diri pelatih supaya bergiat aktif dalam aktiviti sukan.

5.0 NAMA PROGRAM

Sukan Karnival (Sukan dan Permainan) IPG Kampus Darulaman 2013.

6.0 ANJURAN

Unit Kokurikulum dengan kerjasama pelajar PISMP Semester 2 ambilan Januari 2013.

7.0 TARIKH, HARI & MASA

Tarikh

: 29 September hingga 9 Oktober 2013

Hari

: Ahad hingga Khamis

Masa

: 5.00 hingga 7.00 petang

8.0 TEMPAT

Padang, Dewan Besar dan Gelanggang Permainan IPG Kampus Darulaman.

9.0 KUMPULAN TERLIBAT

Penglibatan terbuka kepada semua pelajar IPG Kampus Darulaman.

10.0 ORGANISASI PELAKSANA

Sila rujuk Lampiran 1 dan Lampiran 2 untuk organisasi pelaksana dan senarai nama pelajar PISMP Semester 2 Ambilan Januari 2013 mengikut pengagihan kumpulan Kokurikulum.

11.0 PENGISIAN AKTIVITI

Terdapat enam jenis permainan yang akan dipertandingkan, antaranya ialah;

a) Ping Pong b) Tenis c) Bola Jaring d) Bola Tampar e) Bola Baling f) Hoki

Pengelolaan permainan GERKO masing-masing akan menjalankan pusingan perlawanan mengikut tentatif program yang diselaraskan oleh pihak urusetia kejohanan. Namun, pelancaran perlawanan adalah berdasarkan peraturan permainan dan cara mengadili perlawanan berdasarkan permainan masingmasing. Pengelola perlawanan sukan atau permainan akan mengumpul keputusan perlawanan dan menyerahkannya kepada pihak usrusetia karnival bagi menjalankan proses pengiraan markah dan seterusnya sesi penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang yang akan diadakan semasa majlis penutupan karnival.

12.0 TENTATIF PROGRAM Kejohanan ini akan berlangsung pada hari bekerja iaitu Ahad hingga Khamis pada pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang, bertarikh 29 September hingga 9 Oktober 2013. Pertandingan permainan sukan telah disusun mengikut kesesuaian bilangan peserta dan keadaan tempat pertandingan. Berikut merupakan ketetapan tarikh dan tentatif program Sukan Karnival Gerko IPG Kampus Darulaman 2013 :

TARIKH: Tarikh 29 - 30 September 2013 1-3 Oktober 2013 6-7 Oktober 2013 8-9 Oktober 2013 Permainan Bola Jaring dan Ping Pong Bola Tampar Bola Baling (Lelaki dan Perempuan) Hoki dan Tenis

TENTATIF PROGRAM: Masa 5.00 petang hingga 5.15 petang 5.15 petang hingga 7.00 petang 7.00 petang Perkara Pendaftaran peserta pertandingan. Pertandingan dijalankan Pertandingan tamat (bersurai)

13.0 ANGGARAN KEWANGAN

Pendapatan

Jumlah (RM)

Perbelanjaan

Kuantiti

Jumlah (RM)

Makanan dan minuman (pengelola) RM 3 x 192 576

Makanan dan minuman (peserta) Medal - Johan - Naib Johan - Ketiga

RM 3 x 456

1368

RM 7 x 237 -Hoki (63) -Bola Baling (60) -Bola Tampar (48) -Ping Pong (24) -Tenis (12) -Bola Jaring (30)

1659

Bola Tenis Bola Ping Pong Bola Baling (perempuan, saiz 2) Net/Jaring Ping Pong Net/Jaring Bola Tampar Air mineral

RM 15 x 20 RM 12 x 10 RM 50 x 4

300 120 200

RM 5 x 6 RM 100 x 1

30 100

RM 16 x 26

416

Sijil Pengelola

192

Sijil Peserta Pengangkutan: Lori (memindahkan meja Ping Pong ke dewan besar)

456

Peruntukan kewangan yang diperlukan 4769

Jumlah

4769

Jumlah

4769

Peruntukan kewangan dari IPG Kampus Darulaman yang dimohon adalah berjumlah : RM 4769.00

14.0 PERALATAN

Peralatan yang akan digunakan sepanjang program ini berlangsung melibatkan peralatan untuk padang, dewan besar, dan gelanggang serta peralatan untuk pemarkahan. Peralatan-peralatan ini boleh didapati di Stor Unit dan Bahagian Kokurikulum di Bangunan Pahlawan, IPG Kampus Darulaman.

15.0 PENUTUP

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak terhingga oleh semua pihak yang terlibat, adalah amat diharapkan agar program Sukan Karnival 2013 ini dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan sempurna seperti apa yang dicitacitakan. Di samping itu, program ini juga diletakkan harapan yang tinggi dalam menghasilkan guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari semua sudut fizikal, emosi, rohani dan intelek. Semoga Tuhan memberkati niat murni kami ini dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakannya.

Cadangan ini dikemukakan oleh: Unit Kokurikulum dan Ahli Jawatankuasa Induk, Sukan Karnival 2012, IPG Kampus Darulaman.

Disediakan oleh,

(ANIS FARZANA BINTI ZULKARNAI) Setiausaha, Ahli Jawatankuasa Induk, Sukan Karnival 2013, IPG Kampus Darulaman.
8

Disemak oleh:

(CHEE PAO KAM) Penyelaras Sukan dan Permainan, Unit Kokurikulum, IPG Kampus Darulaman.

Anda mungkin juga menyukai