Anda di halaman 1dari 13

Kekeliruan angka Hari Merdeka

August 31, 2012

Hari ini, 31 Ogos 2012, aku bersyukur kerana sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri dan kebangsaan telah disambut dengan meriah di seluruh negara. Sebagai seorang Sabahan, aku tertarik dengan sambutan yang penuh warna-warni di setiap pelusuk kota, termasuk Bandaraya Kota Kinabalu walaupun terdapat sedikit kekeliruan dalam angka 55 Tahun Malaysia Merdeka.

Kontinjen SESB

Kontinjen SMK Badin Tuaran

Kontinjen SK St Francis Convent

Kontinjen Komander Kesatria UiTM Sabah

Murid Sekolah Menyertai Acara Perbarisan

Anak Merdeka Berbilang Kaum, Tapi Sebangsa

Peserta Koir Hari Merdeka Sabah ke-49, Tahun 2012 (GAMBAR-GAMBAR DI ATAS DIAMBIL KETIKA SAMBUTAN HARI MERDEKA 2012 PERINGKAT NEGERI SABAH PADA 31 OGOS 2012 DI DATARAN BANDARAYA KOTA KINABALU) Imbas kembali, 31 Ogos 1957 Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan dari British. Jadi, kalau kita kira pakai ilmu hisab, sambutan Hari Kemerdekaan ini adalah yang ke-55 tahun untuk Tanah Melayu (Malaya SAHAJA), tetapi bukan Negara Malaysia. Sejak malam tadi, hashtag #merdeka55 trending di twitter, tapi malangnya kebanyakan post yang aku baca merujuk kepada Hari Merdeka Malaysia, sedangkan Malaysia baru berumur 49 tahun, kerana penubuhan negara ini adalah pada 16 September 1963. Maka, janganlah ucap Selamat Hari Merdeka Malaysia ke-55, tapi Selamat Hari Merdeka Tanah Melayu yang ke-55. Akupun tidak lepaskan peluang untuk tweet. Setiap tweet Selamat Hari Merdeka Malaysia ke-55 Tahun yang keluar di timeline aku, aku akan reply atau RT mengingatkan hanya Tanah Melayu yang merdeka pada 1957, manakala Sabah merdeka pada 1963 (tarikh dan bulan yang sama), sehinggakan ada yang reply aku tidak puas hati dan cakap aku tidak pergi

sekolah la, fat and ugly la (ntah, apa kaitan LOL) dan ada juga yang secara baik bertanya apa argument aku mengatakan umur Malaysia baru 49 tahun. Terima kasih kepada yang susah-susah RT untuk sebarkan fakta sebenar, terima kasih juga kepada yang bertanya secara baik, dan terima kasih juga kepada yang cakap kasar. Tiada guna panjang-panjangkan hal gaduh, buang masa. Banyak lagi perkara penting yang perlu diutamakan. Tidak salah kalau kita memilih 31 Ogos untuk meraikan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan, tapi biarlah faktanya jelas dan jangan mengelirukan rakyat, terutama anak-anak di sekolah dengan berulang-ulang menyebut Selamat Hari Merdeka Malaysia ke-55 Tahun kerana hanya Malaya yang merdeka pada tahun 1957, sedangkan Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 manakala Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963. Kenapa perlu ketepikan kedua-dua negeri ini sedangkan kami juga sebahagian dari negara Malaysia? Kenapa perlu menggunakan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu sebagai tarikh kemerdekaan Malaysia sedangkan negara yang bernama Malaysia belum wujud ketika itu? Ah ini cuma hal kecil, apalah yang ada pada angka 49 dan 55 tahun kan? Tapi, pernahkah anda berfikir sedikit angka yang salah itu menggambarkan pemahaman kita terhadap sejarah tanahair sendiri? Apa gunanya hashtag #merdeka55 itu trending sampai mencecah jutaan post sekiranya matematik mudah ini diambil enteng? Adakah sejarah kemerdekaan Sabah dan Sarawak tidak penting dalam Malaysia sehinggakan tidak dijadikan highlight dalam Perutusan Merdeka oleh Perdana Menteri? Datuk Seri Najib Razak, berkali-kali menyebut Selamat Hari Merdeka Malaysia ke-55 tahun. Menyampah aku tengok, tau! Lebih menyampah apabila Anwar Ibrahim sendiri (kalaulah dia ditakdirkan menjadi Perdana Menteri kelak), juga menggunakan angka yang sama untuk merujuk Hari Merdeka Malaysia. Sejak bila sejarah negara ini ditulis semula sehinggakan Sabah dan Sarawak seperti tiada kepentingan dalam negara ini? Aku hairan! British telah memberikan kemerdekaan kepada Sabah pada 1963. Selama dua minggu- dari 31 Ogos sehingga 15 September, Sabah (atau lebih dikenali sebagai North Borneo ketika itu) merupakan sebuah negara yang completely merdeka sebelum bergabung dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura membentuk persekutuan MALAYSIA. Sabah sehingga kini, adalah negeri yang mempunyai angka tertinggi isirumah di bawah tahap kemiskinan. Negeri ini juga mempunyai perkhidmatan kesihatan paling buruk dalam negara. Terdapat hospital kerajaan di ibukota yang diisytihar tidak selamat dan terpaksa diruntuhkan untuk dibina semula. Malah, ada pesakit yang cedera terkena runtuhan konkrit! Kalau cerita pasal infrastruktur, sampai pagi besok pun tidak habis. Maintainance berkualiti rendah, malah ada jalanraya yang tidak dapat dilintasi kereta terutama di kawasan luar bandar, sehinggalah ada orang sakit yang terpaksa berjalan kaki berpuluh-puluh kilometer jauhnya semata-mata untuk mendapatkan rawatan perubatan di kawasan pekan. Manakala mereka yang mengalami sakit kronik, ada cerita di kampung-kampung yang terpaksa menunggu masa untuk mati sahaja kerana tidak mempunyai wang (tambang sewa kereta) untuk mendapatkan rawatan atau menjalankan review di kota.

Penderitaan di Sabah bukan sekadar kepayahan meredah jalanraya yang teruk, tapi juga kesengsaraan anak-anak kecil meredah hutan dan teriknya mentari selama berjam-jam untuk mendapatkan ilmu di sekolah yang terletak jauh dari kampung mereka. Manakala, bekalan elektrik yang sentiasa terputus pula sudah menjadi masalah biasa, di mana langkah penyelesaian kepada masalah ini tidak pernah serius. Pengumuman demi pengumuman, projek demi projek dijadikan bahan bualan untuk memberikan harapan kepada rakyat, malangnya tema Janji Ditepati bertukar Janji Tinggal Janji. Sebagai pengeluar petroleum terbesar, pengeluar kelapa sawit terbesar dan salah satu negeri yang menyumbang kepada komoditi getah yang terbesar di Malaysia, negeri ini terpaksa mengharapkan ehsan daripada pemerintah pusat sedangkan hasil negeri ini KAYA-RAYA. Royalti minyak pula hanya 5 peratus, manakala selebihnya dijadikan dana untuk membangunkan negeri-negeri di Malaya. Salah satu perkara yang aku paling bangga sebagai seorang Sabahan adalah sifat kita yang bersatupadu tanpa mengira agama dan bangsa. Tidak perlu ambil contoh jauh-jauh, dalam keluarga aku sendiri kami boleh berkumpul dalam satu rumah, tidur sebantal dan makan bersama walaupun ada yang beragama Islam, Kristian, Buddha, Bahai dan Pagan. Bangsa kami juga sudah bercampur-campur kerana memang itulah identiti Sabah. Orang asal Sabah adalah bumiputra, dan sepatutnya diberikan HAK yang sama seperti orang Melayu di Malaya sana. Namun, sudah semestinya adat resam kita berbeza kerana menjulang keris bukan asalnya dari sini. Cuma, kami mahukan hak samarata sebagai warganegara tulen (bukan import dari tanah seberang). Sudah hampir 50 tahun negara kita ditubuhkan, bulan September ini kita meraikan sambutan Hari Malaysia ke-49, tapi kita masih belum mengecapi pembangunan yang samarata, dengan alasan negeri Sabah sukar untuk dibangunkan kerana banyak kawasan kampung yang berjauhan antara satu sama lain, perlukan dana yang besar untuk dimajukan (ini perlu belajar lebih subjek geografi di sekolah). Namun, Kuala Lumpur dulupun hanyalah kawasan lombong, tapi kini sudah jadi metropolitan! Begitu juga dengan negeri-negeri lain dari Perlis sampai ke Johor, jalanraya bukan main canggih, mahu sebut pun tidak mahu jalanraya tapi LEBUHRAYA! Bezanya kerana pemerintah beri peruntukan untuk dibangunkan. Tapi kenapa tidak di Sabah dan Sarawak? Kita mempunyai Wawasan 2020 (Terima Kasih Tun Mahathir kerana membawa visi ini), tapi dengan hanya beberapa tahun lagi baki untuk menuju negara maju, aku merasa was-was dengan wawasan ini. Mana mungkin Malaysia boleh mencapai status negara maju dengan keadaan kemiskinan di Sabah yang masih tinggi? Wawasan 2020 sekadar ungkapan Indah Khabar Dari Rupa. Siapapun pemimpin yang akan menerajui negara ini (aku rasa BN sudah gagal setakat ini) kelak, pembangunan perlulah fokus kepada nilai yang menyeluruh. Tidak kiralah apa bangsa ataupun agama, kita mahu anak-anak kita berpelajaran tinggi dan berjaya menerajui negara ini dengan keseimbangan. Kita semua mahukan keamanan, kesejahteraan, kesihatan yang baik, jalanraya berkualiti tinggi dan keselamatan. Tidak perlu berlumba-lumba bangsa siapa yang maju. Aku seringkali ditanya kenapa suka sangat main isu kenegerian.

Aku lahir di negeri ini. Aku faham kepayahan dan kesusahan yang dialami oleh ramai Sabahan yang tidak mendapat KEMERDEKAAN yang sebenar. Mreka terpaksa tunduk kepada pemerintah, terpaksa akur kepada mainan politik. Ada di antara mereka bantuan ditarik balik kerana disyaki menghadiri program kebajikan parti pembangkang (WHAT?!). Beginikah maruah kita sebagai WARGA MERDEKA? Jawapan aku Aku bangga menjadi Sabahan dan aku mencintai negara aku Malaysia. Namun, sayang itu ada batasnya. Tidak bermakna sayang itu termasuk kepada golongan pemerintah yang telah melukakan hatiku. Bukan apa, tanah tumpah darah aku ini tidak dilayan dengan seadil-adilnya. Diskriminasi telah meremukkan hati kami, namun itu bukanlah halangan untuk membenci negara ini. Tidak. Aku lebih bersemangat untuk melihat masa depan negara yang lebih cerah. Anak-anak Sabah, teruslah berusaha untuk mendapatkan hak kita. Teruslah berdoa agar negara ini menjadi negara yang lebih baik. Kita tidak mahu dipandang rendah selamalamanya. Kita perlu MERDEKA! Selamat Hari Kemerdekaan Sabah ke-49 Tahun. Selamat Hari Kemerdekaan Malaya ke-55 Tahun. 15 Comments | Suara Srikandi | Tagged: 16 september 1963, 16 september 1963 malaysia, 16 september 2012, 16 september penubuhan malaysia, 49 tahun sabah merdeka, 55 tahun malaya merdeka, hari kemerdekaan sarawak, hari malaysia, kemerdekaan sabah, kemerdekaan sarawak, sabah day, sabah merdeka, sabah merdeka 31 ogos 1963, sarawak merdeka, tanah melayu merdeka 31 ogos 1957 | Permalink Posted by ladymariah

Selamat Ulang Tahun Malaysia yang ke-48


September 15, 2011

Tanpa Sabah dan Sarawak, tidak mungkin ada MALAYSIA. Kepada Encik Perdana Menteri, tolong jangan cakap Rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan Malaysia pada tiap 31 Ogos dengan penuh patriotisme, kerana:- Tiada negara bernama Malaysia ketika 31 Ogos 1957. Itu adalah MALAYA. Malaysia lahir pada 16 September 1963.

*Ketua Menteri Sabah yang pertama, Tun Mohamad Fuad Stephens mengisytiharkan Sabah menyertai pembentukan Malaysia bersama Malaya, Sarawak dan Singapura di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada 16 September 1963. Turut sama, Timbalan Perdana Menteri Malaya, Tun Abdul Razak (kanan) dan Yang di-Pertua Negeri Sabah yang pertama Tun Mustapha Datuk Harun (dua dari kanan). Ketika 31 Ogos 1957, Sabah dan Sarawak masih di bawah bendera Union Jack. Rakyatnya masih menyanyi God Save The Queen, bukan Negaraku. Selamat Ulang Tahun Malaysia yang ke 48. Mari kibarkan bendera Sabah dan Sarawak setinggi-tingginya!

P/S: BERHENTI MENGUCAPAK SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA 54 TAHUN! MALAYSIA BELUM WUJUD PADA 1957! 3 Comments | Luar Negara, Malaysia, Sabah, Semasa, Suara Srikandi | Tagged: aku anak malaysia, aku anak malaysia merdeka, aku anak malaysia merdeka contest, aku anak malaysia merdeka contest seo, aku anak malaysia merdeka dezaman cottage, aku anak malaysia merdeka SEO, aku anak merdeka, aku malaysia merdeka, anak, anak malaysia merdeka, anjuran aku anak malaysia merdeka oleh dezaman cottage, blog dezaman cottage, contest aku anak malaysia merdeka, contest anak malaysia, contest anak merdeka, contest ceo aku anak malaysia merdeka, contest hari merdeka, contest SEO aku anak malaysia merdeka, dezaman cottage, hari kemerdekaan sarawak, hari malaysia 16 september 1963, ladymariah join contest aku anak malaysia merdeka, ladymariah join contest blogger dezama cottage, ladymariah menyertai pertandingan, malaya merdeka 1957, Malaysia, malaysia tidak wujud pada 1967, menang rm50 untuk contest aku anak malaysia merdeka, merdeka, merdeka anak malaysia, pemenang aku anak malaysia merdeka, pemenang contest aku anak malaysia merdeka, pertandingan aku anak malaysia merdeka, pertandingan merdeka, pertanidngan contest SEO aku anak malaysia merdeka, sabah merdeka 31 ogos 1963, sarawak merdeka 16 september 1963, sarawak merdeka ketika bergabung membentuk malaysia | Permalink Posted by ladymariah

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA


September 2, 2011

Aku berbesar hati untuk menyerati contest AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA anjuran DEZAMAN COTTAGE bukannya semata-mata untuk hadiah yang ditawarkan tetapi sekadar berkongsi dan memperbanyakkan entri berkenaan kisah di sebalik kemerdekaan dan pembentukan negara Malaysia. Sila click banner di bawah untuk menyertai.

Aku pasti, ramai di antara kita yang mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-54 Malaysia pada 31 Ogos lepas kan? Sebenarnya tidak ada bukti yang menunjukkan Malaysia merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Aku juga membesar dengan mendengar dan menonton iklan TV, radio, ucapan-ucapan pemimpin mahupun guru-guru dan ahli akademik yang melaungkan Selamat Hari Merdeka Malaysia pada setiap 31 Ogos. Sebenarnya, fakta ini SALAH sama sekali. Mana mungkin kita boleh menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 sedangkan penubuhan negara Malaysia adalah pada 16 September 1963? Rakan-rakan AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA yang dikasihi, Negara yang merdeka pada 31 Ogos 1957 tu adalah Tanah Melayu ataupun Malaya. Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah kemerdekaan Malaya dari jajahan British. Manakala, Sabah ataupun North Borneo mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963, beberapa tahun selepas Malaya merdeka. Jadi, pada dasarnya 31 Ogos 1957 tu Sabah dan Sarawak masih di bawah pemerintahan British. Ketika 31 Ogos 1957 juga, Sabah dan Sarawak masih di bawah bendera Union Jack. Rakyatnya masih menyanyi God Save The Queen, bukan Negaraku yang didakwa berasal dari lagu Terang bulan dari Indonesia. Para blogger AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA yang bijaksana, Apa kata mulai tahun ini kita ubah ucapan kita dengan ayat yang lebih tepat? Marilah kita sama-sama mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Tanah Melayu ke-54 dan ke-48 untuk Sabah. Manakala, kita harus mengucapkan Selamat Hari Malaysia ke-48 kepada Malaysia pada 16 September tahun ini. Oleh kerana aku menceritakan kemerdekaan Tanah Melayu dan Sabah, adalah lebih baik jika aku masukkan juga kisah di sebalik negeri Sarawak kerana Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu adalah tiga entiti yang telah menjadikan sebuah persekutuan yang dinamakan Malaysia, setelah Singapura keluar dari ikatan tersebut selepas beberapa tahun bergabung. Penjajahan British terhadap Sarawak bermula pada 1941 (oleh James Brooke) dan dia serahkan kepada British pada 1946. Ketika Jepun datang ke Tanah Melayu, Sarawak juga

menjadi mangsa jajahan. Walau bagaimanapun, Sarawak terus berada dalam jajahan British setelah menyertai pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Maknanya, Sarawak mendapat kemerdekaannya pada Hari Malaysia, iaitu pada saat negara ini tercipta: 16 September 1963. Jadi, kita boleh mengucapkan Selamat Hari Merdeka Sarawak ke-48 pada 16 September ini. Cukupah setakat ini entri untuk contest AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. Semoga kita dapat memahami dan terus menyatakan fakta paling tepat untuk kebaikan generasi akan datang. Ini adalah fakta asas yang aku patut ketahui dan sebarkan kerana AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA, begitu juga dengan anda! P/S: Dengan segala hormatnya, aku recommendkan contest ini kepada Abd.Naddin Hj Shaiddin, Sandra Sokial, Suraidah Roslan, Kelimen Sawatan dan De Kerinchi. 7 Comments | Pemimpin, Sabah, Semasa, Suara Srikandi | Tagged: aku, aku anak malaysia, aku anak malaysia merdeka, aku anak malaysia merdeka contest, aku anak malaysia merdeka contest seo, aku anak malaysia merdeka dezaman cottage, aku anak malaysia merdeka SEO, aku anak merdeka, aku malaysia merdeka, anak, anak malaysia merdeka, anjuran aku anak malaysia merdeka oleh dezaman cottage, blog dezaman cottage, contest aku anak malaysia merdeka, contest anak malaysia, contest anak merdeka, contest ceo aku anak malaysia merdeka, contest hari merdeka, contest SEO aku anak malaysia merdeka, dezaman cottage, hari kemerdekaan sarawak, hari malaysia 16 september 1963, ladymariah join contest aku anak malaysia merdeka, ladymariah join contest blogger dezama cottage, ladymariah menyertai pertandingan, malaya merdeka 1957, Malaysia, malaysia tidak wujud pada 1967, menang rm50 untuk contest aku anak malaysia merdeka, merdeka, merdeka anak malaysia, pemenang aku anak malaysia merdeka, pemenang contest aku anak malaysia merdeka, pertandingan aku anak malaysia merdeka, pertandingan merdeka, pertanidngan contest SEO aku anak malaysia merdeka, sabah merdeka 31 ogos 1963, sarawak merdeka 16 september 1963, sarawak merdeka ketika bergabung membentuk malaysia | Permalink Posted by ladymariah

Apa buktinya Malaysia merdeka 54 tahun?


September 1, 2011

Artikel kali ini aku tujukan kepada kedua adik yang aku sayangi, Mike dan Marinah. Aku bukanlah seorang guru, jadi aku tidak layak untuk mengajar anak orang, tapi aku adalah seorang kakak yang ingin memberitahu hal yang benar kepada adik-beradikku. Oleh kerana kita digalakkan berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama, maka setiap pembaca yang singgah di blog ini bolehlah berkongsi sama. In case, anda belum tahu, ataupun mahu tahu lebih lanjut

Adikku, Kakak ingin menulis berkenaan Hari Kemerdekaan Malaya, Sabah dan Hari Pembentukan Malaysia untuk memastikan kalian berdua faham akan fakta yang kita berhak ketahui. Jangan sesekali tersalah fakta di antara TARIKH dan TAHUN supaya kalian berdua faham dan arif sekurang-kurangnya fakta asas berkenaan sejarah negara kita. Tanah Melayu (SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA) telah mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Itu adalah fakta. Jangan salah faham, Cuma Tanah Melayu sahaja yang merdeka pada 1957. Manakala, Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. INGAT TAHUN ITU. 1963. Ketika itu Sabah adalah sebuah negara yang dikenali sebagai North Borneo. Jadi, kalau malas untuk mengira, Kakak tolong kirakan. Tanah Melayu telah merdeka selama 54 tahun dan SABAH PULA BARU MERDEKA SELAMA 48 TAHUN. Jadi, kenapa kalau kita tengok TV, baca surat khabar dan dengar orang bercakap di radio semua ucapan mereka Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 sedangkan cuma Tahan Melayu yang merdeka 54 tahun. Bukan Malaysia. Bilakah Hari Kemerdekaan Malaysia? Nah, inilah kekeliruan yang telah terjadi bukan sahaja di zaman kini tapi benda ni sudah jadi time daddy dan mama masih belajar dulu. Buku teks yang kita belajar selama ini telah dikarang dengan penuh baik sehingga kita orang Sabah pun seolah-olah perasan diri kita adalah orang dari Tanah Melayu sedangkan negeri Sabah mempunyai sejarah sendiri yang patut kita ketahui. Jangan salahkan sesiapa kerana tiada manusia yang sempurna. Jangan marah pada tukang buat buku teks sebab mereka mungkin tidak peduli akan kewujudan Sabah. Jadi, adalah hak kita untuk mengetahui fakta sebenar. Selepas Tanah Melayu merdeka pada 1957 dan Sabah merdeka pada 1963, ketika itu berlakunya perbincangan untuk menyatukan rantau ini kepada satu negara yang lebih besar. Perbincangan tersebut melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei. Selepas beberapa rundingan yang serius dan mengemukakan syarat-syarat tertentu maka Sabah, Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk membentuk sebuah negara. Brunei tidak menyertai pembentukan ini. Negara Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Itulah sebabnya kita menyambut Hari Malaysia pada setiap 16 September (Itupun baru sahaja mula disambut dalam tahun lepas, 2010 di Padang Merdeka Kota Kinabalu kerana di situlah pengisytiharan pembentukan MALAYSIA). Manakala, Singapura pula menarik diri selepas itu. Bahagian ini ada di buku sejarah. Kakak masih ingat.

Jadi, soalan Kakak kepada anda berdua di sini adalah: KENAPA RAMAI ORANG MENGUCAPKAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-54 SEDANGKAN MALAYSIA BARU DITUBUHKAN PADA 48 TAHUN LALU? Secara jujurnya, Kakak sangat malu dengan pemimpin, guru, golongan ilmuan mahupun mahasiswa yang terpelajar tidak dapat memperbetulkan fakta semudah ini. Kakak merayu kepada anda berdua agar jangan sesekali mengucapkan Hari Kemerdekaan Malaysia (dengan angka yang salah) kerana negara-negara yang bergabung membentuk MALAYSIA telahpun merdeka sebelum bergabung. Jadi, adalah lebih afdal dan tepat jika kita mengucapkan hari kemerdekaan setiap negara asal dengan berasingan. Contohnya, pada tahun ini kita boleh ucapkan begini: Selamat Hari Kemerdekaan ke-54 Tanah Melayu dan ke-48 Sabah! Walaupun agak panjang ayatnya tapi jangan belakangkan fakta utama sejarah. Kalau kita mengucapkan selamat hari kemerdekaan Malaysia, maka ia akan meneruskan kesilapan fakta selama ini. Jangan memutarbelitkan sejarah, adik-adikku Mulakan penceritaan benda kecil ini kepada kawan-kawan agar ia menjadi pemahaman kepada orang yang sepatutnya mengetahui hal yang benar. Tidak perlu mengajar orang lain yang tidak mahu mengetahui pasal sejarah, tapi kongsilah ilmu bersama mereka yang mendambakannya.

Gambar menunjukkan bukti Sabah mencapai kemerdekaan pada tarikh tersebut: 31 Ogos 1963. Ok, bagaimana dengan Sarawak? (saya menyambung sedikit kerana terdapat permintaan untuk includekan Sarawak ke dalam coretan ini).

Penjajahan British terhadap Sarawak bermula pada 1941 (oleh James Brooke) dan dia serahkan kepada British pada 1946. Ketika Jepun datang ke Tanah Melayu, Sarawak juga menjadi mangsa jajahan. Walau bagaimanapun, Sarawak mencapai kemerdekaan pada 22 Julai 1963, awal sedikit dari Sabah.

Anda mungkin juga menyukai