Anda di halaman 1dari 12

3.

PERANAN MATEMATIK DALAM PENGANGKUTAN MODEN 3.1 Pendahuluan Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat (2010), perkataan

pengangkutan bermaksud perbuatan atau hal mengangkut; pengiriman atau pembawaan barang-barang dll. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat (2010), istiah moden pula bermakud dari masa sekarang atau berkaitan dgn masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru dan mutakhir. Oleh yang demikian, pengangkutan moden bolehlah diistilahkan sebagai sebagai kenderaan yang mengangkut sesuatu yang yang digunakan pada masa sekarang dan akan datang Bidang pengangkutan adalah asas kepada pembangunan ekonomi setaiap negara. Ia juga dipenuhi dengan aplikasi terhadpat konsep matematik. Konsep dan peranan matematik ini dpat dilihat dalam banyak aspek seperti pembinaan kenderaan, pengangkutan udara dan laut, alat pandu arah, pengangkutan rekreasi dan lain-lain lagi. 3.2 Matematik Dalam Pembinaan Kenderaan 3.2.1 Perisian CAD/CAM Dengan kemajuan, kelajuan komputer dan bantuan dari matematik, perisian CAD/CAM (Computer Aided Design Dan Computer Aided Manufacturing) telah memudahkan pereka mereka bentuk pelbagai rupa bentuk kenderaan yang kompleks. Sebagai contoh,untuk mereka rupa bentuk kereta, kereta api laju (Bullet train) dan kapal terbang, pereka perlu menggunakan perisian CAD/CAM ini. Menurut Ali, J.M & Majid (1988), lazimnya pereka bantuk akan menggunakan pengetahuan luas mereka dalam bidang matematik dan keupayaan aestetik mereka bagi membuat sesuatu rekabentuk yang sesuai, praktikal dan efisyen. Proses ini dimulakan dengan asas matematik iaitu membuat garisan dan lengkungan yang lama-kelamaan dicantum dan

digabung menjadi satu ilustrasi sebenar sesebuah kenderaan. Kemahiran ini dipanggil kemahiran geometri pengkomputeran. Pengiraan asas matematik digunakan secara meluas dalam perisian ini. Sebagai contoh, untuk melakar lengkungan, persamaan F(x,y) = C, garis lurus sebagai ax+by =c, bulatan berpusat, (a,b) dan jejari menggunakan persamaan (x-a)2 + (y-b)2 = f2

Rajah 1: Contoh penggunaan perisian CAD/CAM 3.3 Matematik Dalam Pengangkutan Udara

3.3.1 Navigasi Pesawat Menurut Siti Salwa Alias (2011), istilah navigasi pesawat bermaksud navigasi bagi sesebuah pesawat untuk sampai ke satu destinasi dalam suatu masa tanpa hilang arah. Ini adalah penting khususnya bagi pesawat penyelamat untuk tiba di suatu tempat dalam masa yang cepat tanpa hilang arah semasa di udara. Seorang juruterbang penyelamat haruslah mengetahui beberapa aspek untuk tiba ke destinasi dalam masa yang ditetapkan. Aspekaspek yang harus diketahui ialah:

Titik pelepasan Titik ketibaan Arah perjalanan Jarak perjalanan

Ciri-ciri pesawat yang diterbangkan Halaju pesawat Kapasiti minyak pesawat Maklumat berat dan keseimbangan pesawat Keupayaan peralatan 'on-board' navigasi

Salah satu pengaplikasian pengetahuan tentang navigasi pesawat yang penting ialah dalam operasi mencari dan menyelamat. Bayangkan seseorang terkandas di gunung dalam keadaan cuaca yang buruk. Melalui isyarat kecemasan yang diterima oleh mangsa, mereka dapat menentukan bearing tempat berlepas (titik A) ke gunung (titik C) dan juga jarak dapat dikira. Diandaikan bearing adalah 054o(timur laut) dan jarak ialah 50 km.

Diberi halaju pesawat penyelamat ialah 100 knot dan angin bertiup dengan kelajuan 20 knot pada bearing 180o. Knot ialah unit standard untuk mengukur halaju pesawat dan bersamaan dengan satu batu per jam. Daripada data mentah yang ada, tempoh perjalanan operasi penyelamat boleh dikira. Sebelum mengetahui pengiraan yang terlibat, beberapa perkara asas perlu diketahui. Untuk mengira, penyelesaian vektor digunakan kerana vektor mempunyai arah dan magnitud. Vektor ini boleh diwakili dengan

menggunakan garisan yang mempunyai anak panah. Panjang vektor yang dilukis mewakili magnitud dan anak panah mewakili arah. Halaju sebuah pesawat boleh ditingkatkan atau dikurangkan dengan angin. Oleh sebab itu, dua halaju perlu diambil kira iaitu halaju udara dan

halaju tanah (ground speed). Ground speed ialah halaju apabila pesawat bergerak di atas tanah. Halaju udara adalah halaju pesawat apabila berada di udara.Halaju angin, halaju udara dan halaju tanah adalah kuantiti vektor. Hubungan antara halaju udara, Vg, halaju angin, Vw dan halaju udara Vaadalah seperti berikut: Vg=Va+Vw Untuk speed boleh mencari ditentukan tempoh dengan perjalanan sebuah oleh pesawat, ground rajah. Dengan

digambarkan

menggunakan cosine rule, kita boleh mencari nilai ground speed seperti berikut:

Menggunakan persamaan kuadratik, dengan mengambil punca yang positif; b = 86.7 knots 45m/ sec.Dengan adanya nilai ground speed, kita boleh menentukan arah halatuju pesawat kita;

Dengan ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa jika pesawat bergerak dengan arah 044.7 dengan kelajuan 100 knot di bawah kesan angin bertiup ke arah selatan dengan kelajuan 20 knot, ia sebenarnya mengurangkan kelajuan asal (ground speed) pesawat 86.7 knot dan ia bergerak pada bearing 054 .

3.3.2 Masa Penerbangan

Masa penerbangan adalah masa sebenar pesawat udara yang terbang dari tempat berlepas ke satu destinasi. Masa penerbangan (apabila kelajuan dianggap malar) boleh dikira menggunakan persamaan berikut:

Jarak anggaran antara A dan C ialah 50 km dan ground speed adalah 45 m / saat, helikopter akan mengambil masa kira-kira 18 minit untuk masa penerbangan seperti yang dikira di bawah:

Pengiraan ini juga boleh diaplikasikan ketika operasi menyelamat. pasukan penyelamat udara boleh menggunakan persamaan ini untuk menentukan masa untuk tiba ditempat kejadian.

3.4

Matematik Dalam Sistem Pengangkutan Laut (Rumah Api)

Rumah api ini berfungsi membantu kelasi, papal-kapal dagang dan nelayan untuk singgah ke pelabuhan terutama di waktu malam. Selain itu ia juga digunakan untuk menganggar jarak antara dari kapal ke pelabuhan jika waktu siang. Pada zaman dahulu, di Melaka, ia diselenggara dan dikawal oleh Shahbandar Melaka. Oleh kerana ia begitu penting dan atas faktor-faktor keselamatan, rumah api ini tidak dibuka lepada orang ramai. 3.4.1 Mengira Jarak Antara Kapal Dan Rumah Api Menurut syed zul helmi bin syed amran (2009), kegunaan untuk mengira jarak ini adalah kerana ingin mengetahui dan mengagak masa yang diperlukan untuk kapal-kapal singgah ke pelabuhan agar kemalangan yang melibatkan pelanggaran antara kapal-kapal serta kesesakan trafik dapat dielakkan. Kelajuan kapal-kapal laut adalah berbeza-beza dan memerlukan masa yang lebih lama untuk berhenti. Dibawah merupakan gambarajah antara

rumah api dan kapal yang akan singgah atau mendarat ke pelabuhan.

Rajah 2: Jarak Rumah Api Dengan Kapal Di Laut


Melalui rajah, dapatlah diperhatikan ketinggian kedudukan pengawal

rumah api dari tanah ialah 30m. Katakan jarak yang hendak dikira dari rumah api dengan kapal laut adalah x dimana ia merupakan garisan mendatar. Kemudian pengawal rumah api menundukkan kepalanya sebanyak 20. Maka berapakah jarak antara dari rumah api dengan kapal laut? Penyelesaian ini dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah trigonometri dan sudut tunduk. Kita menterjemah semula permasalahan ini kepada bentuk geometri iaitu segitiga bersudut tegak. Lihat rajah dibawah.

RAJAH 3: Rajah Trigonometri

Maka menurut rumus trigonometri, jarak 30m merupakan jarak setentang dengan dengan sudut tunduk manakala jarak x adalah

bersebelahan dengan sudut tunduk. Melalui rumus,

Maka x = 82.42m. Oleh itu jarak antara rumah api dengan kapal laut dapat diketahui iaitu sepanjang 82.42m.

3.5

Matematik Dalam Pandu Arah Kenderaan

Sistem GPS ini merujuk kepada sistem yang menentukan kedudukan seseorang melalui rujukan silang dengan satelit yang mengelilingi Bumi. Ia merupakan salah satu sistem pandu arah yang digunakan oleh manusia pada hari ini. Menurut Chin Wee Kuen (2012) kedudukan seseorang atau sesuatu tempat (longitud, latitud dan altitud) boleh dikenal pasti dalam apa jua cuaca, masa dan di mana seseorang itu berada. Isyarat masa jitu dipancakan oleh sekumpulan antara 24 dan 32 satelit menggunakan radio kepada penerima GPS untuk mengenal pasti kedudukan.

Rajah 3: Alat Navigasi Pandu Arah (GPS)

Sejak 1993, GPS menjadi suatu kemudahan yang amat penting untuk pandu arah bukan sahaja di atas darat, malah penting untuk pandu arah di laut, udara dan juga serata dunia. Ia juga digunakan dalam pembuatan peta dan pengukuran tanah. GPS juga digunakan dalam kajian saintifik termasuk mengenai gempa bumi dengan memberikan rujukan masa jitu.

"ArcView Tracking Analyst" dan "ArcView Network Analyst", iaitu perisian sambungan ArcView GIS berversi 3.1 adalah perisian GIS yang dapat mengesan kenderaan. GIS atau Sistem Maklumat Geografi adalah sistem maklumat yang penting bagi perancangan dan pengurusan data-data geografi. Teknologi GIS ini memainkan perananan penting dalam bidang pengangkutan terutamanya dalam mengesan kesesakan lalu lintas. Kerja pengiraan perisian ArcView GIS, dapat dilakukan dengan fungsi "Calculate". Pengiraan (Calculate) adalah operasi pencarian bentuk maklumat tertentu berdasarkan kepada rumus atau formula pengiraan dengan menggunakan perkakasan pertanyaan (Query) yang disediakan. Perkakasan pertanyaan yang disediakan merupakan parameter atau algoritma matematik yang mudah dipakai serta merangkumi data-data attribute dalam identiti atau lajur (Column) tertentu seperti masa, jarak dan sebagainya. Pengiraan halaju menggunakan pertanyaan (Query) boleh dilakukan berdasarkan formula halaju seperti berikut:

Field (Halaju)

Dimana: Field [Jarak] = Nilai jarak dihitung setiap 10 saat menggunakan aturcara komputer. field [Masa] = 0 0' 10" , iaitu 10 saat

Jadual 1: Jadual Halaju Kenderaan Dan Kod Warna GIS

Bagi

menunjukkan

perbezaan

halaju

kenderaan

di

sepanjang

penjejakan, teknik "highlight" digunakan. Pemaparan halaju kenderaan dengan jenis warna berbeza pada bahagian laluan kenderaan berlainan dapat dilakukan dengan menggunakan perkakasan pertanyaan ( Query) yang terkandung dalam teknik pemaparan "highlight".

Rajah 4: Teknik Pemaparan highlight Pada GPS

3.6

Matematik Dalam Pengangkutan Rekreasi (Roller Coaster)

Secara asasnya, setiap pereka roller coaster perlu tahu halaju maksimum yang dapat dicapai oleh train ketika di trek. Sedikit sahaja kesilapan dan kecuaian akan memberi kesan kepada nyawa penunggang roller coaster tersebut. Perkara utama yang perlu setiap pereka fikirkan ialah

nilai tinggi dan panjang yang tepat. Mereka juga perlu tahu samada train mempunyai tenaga yang mencukupi untuk meneruskan gerakan di trek setelah

mengalami jatuhan pertama dan yang paling penting ialah jenis bahan untuk membuat trek serta kos yang diperlukan. Seterusnya pereka perlu menentukan jumlah beban yang dibolehkan untuk gear pelancaran. bagi setiap roller coaster. Ini berkait dengan berat train di mana train yang terlalu berat untuk gear akan menyebabkan roller coaster tidak boleh bergerak ataupun gear patah dan mengakibatkan kecederaan. Pereka roller coaster perlu menitikberatkan kecerunan jatuh dan sewaktu terbalik, jumlah pusingan, tinggi, laju, panjang trek dan juga nilai yang diperlukan untuk berhenti/brek. Selain itu, sistem operasi bagi permainan roller coaster juga tidak kurang pentingnya. Operator perlu mengetahui masa yang tepat untuk melancarkan train. Perkara-perkara tersebut merupakan serba sedikit penggunaan matematik yang diterapkan dalam pembinaan roller coaster untuk memberi pengalaman tunggangan yang mencabar. Fatimah Abu Bakar (2011) ada menerangkan tentang konsep kinetic & potential energy dalam roller coaster. Tenaga (energy) dan gravity (gravity) sangat memainkan peranan penting dalam roller coaster .Dua tenaga yang diperlukan adalah kinetic energy & potential energy di mana ianya dikenali sebagai tenaga kinetik dan tenaga keupayaan. Jadual dibawah adalah sedikit penerangan mengenai tenaga kinetik dan tenaga keupayaan: Jadual 2: Tenaga Kinetik Dan Tenaga Keupayaan TENAGA KINETIK (KINETIC ENERGY) - Tenaga yang dihasilkan oleh sesuatu pergerakkan (energy of motion) - Bergantung kepada berat dan laju objek - KE = 1/2 mv2 [m=mass; v=speed] TENAGA KEUPAYAAN (POTENTIAL ENERGY) Tenaga yang dihasilkan akibat

kedudukan /posisi (enegy of position) - Bergantung kepada berat dan tinggi objek - PE = mgh [m=mass; g=gravity;

h=height]

Roller coaster adalah salah satu contoh yang terbaik melibatkan pertukaran diantara tenaga keupayaan dan tenaga kinetik. Ketika cart berada di puncak pertama selepas bergerak ianya mempunyai tenaga keupayaan yang sangat besar dan tinggi. Kemudian apabila cart bergerak ke bawah pula, tenaga keupayaan ini akan bertukar kepada tenaga kinetik. Kelajuan akan semakin bertambah apabila cart menuruni puncak. Pergerakkan roller coaster secara berterusan, akan menyebabkan ketinggian cart bertambah dan berkurang. Apabila berlaku pertambahan dalam ketinggian maka kelajuan akan semakin berkurangan adalah kerana pada ketika ini tenaga kinetik bertukar kepada tenaga keupayaan. Seterusnya, jika berlaku pengurangan dalam ketinggian maka kelajuan akan semakin bertambah. Ini kerana pada ketika ini tenaga keupayaan bertukar kepada tenga kinetik.

RUJUKAN

Ali, J.M. & Majid, A.A. (1988). Unjuran Ortografik Dan Unjuran Perspektif. Journal Matematika, Universiti Teknologi Mara

Chin Wee Kuen (2012). GPS. http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2012/mei-2012/784-aplikasi. Diakses Pada 23 Julai 2013

Fatimah Abu Bakar (2011). Kinetic dan Potential Energy. http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2011/april-2011/672aplikasi/917-kinetic-dan-potential-energy. Diakses pada 24 julai 2013

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd.

Siti Salwa Alias (2011). Navigasi Pesawat. http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2011/ogos-2011/714aplikasi/972-navigasi-pesawat. Diakses pada 23 Julai 2013

Syed Zul Helmi Bin Syed Amran (2009). Sejarah Rumah Api Tanjung Tuan. http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2009/mei-2009/318sejarah/519-sejarahrumah-api-tanjung-tuan. Diakses pada 25 Julai 2013