Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana Dialah yang telah memberikan jalan petunjuk sehingga saya mampu untuk menyiapkan kerja kursus ini. Setelah berpenat lelah untuk mengkaji, meneroka dan merujuk rencaman bahan rujukan, akhirnya saya telah berjaya menghasilkan satu kerja kursus yang saya anggap berbaloi dengan hasil usaha saya. Jutaan terima kasih juga kepada pensyarah subjek Pedagogi Pendidikan Seni Visual (PSV 3107) unit kami, Encik Azlie bin Abdullah dan Puan Suzana Fadzil kerana mereka telah banyak membantu sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Segala input yang telah mereka berikan amat berguna dan telah membantu untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa dorongan dan panduan mereka, pasti tidak akan lengkaplah kerja kursus ini. Seterusnya, terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua-dua ibubapa saya kerana sentiasa memberikan dorongan dan sokongan kepada saya walaupun kami berjauhan. Mereka telah membantu untuk menaikkan semangat saya untuk terus berusaha dan untuk tidak cepat berputus asa apabila berdepan dengan halangan atau cabaran-cabaran yang mendatang. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan saya. Hasil daripada perbincangan dan kolaborasi yang kami lakukan, sedikit sebanyak telah memberikan input berguna untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.