Anda di halaman 1dari 2

Penilaian Kendiri (Khidmat Masyarakat) Oleh: Mohamad Amiruddin bin Mohd Zabidin (920515-08-5229) Pertama sekali, saya bersyukur

ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan kudrat, dberikan masa untuk menyiapkan kerja khidmat masyarakat kami pada kali ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada mentor kami, Mr. Chandra Mohan kerana memberi kami peluang untuk melaksanakan program khidmat masyarakat ini, tidak terlupa juga kepada pensyarah penasihat bilik Pendidikan Visual, En. Sazuki bin Mohd Bee kerana sudi memberi tempat kepada kami untuk dibersihkan. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan sekelas saya, rakan PISMP TL 2112 kerana sanggup mengadaikan masa dan tenaga untuk bekerjasama menyiapkan kerja khidmat masyarakat ini. Pada semester 3 ini, kami dikehendaki untuk merancang dan menjalankan satu program khidmat masyarakat yang berunsurkan kebajikan kepada sesuatu unit komuniti. Sepatutnya, kami dikehendaki untuk menjalankan aktiviti ini di luar maktab, akan tetapi pengarah IPGKTAR berhasrat untuk membuatkan institut ini sebagai sebuah institusi yang cantik dan kemas. Justeru, kami dikehendaki untuk membuat satu projek khidmat masyarakat yang bertujuan untuk mencantikkan pemandangan maktab disertakan dengan suasana yang kemas dan harmoni. Hasrat Puan Pengarah untuk melihat maktab ini dalam suasana yang kemas dan menarik bersesuaian lagi dengan usaha kami untuk mengemas bilik Pendidikan Visual itu. Selain itu, program ini juga selari dengan misi maktab untuk menjalankan amalan 5s iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Saya berharap agar Puan Pengarah akan kembali tersenyum melihat hasil kerja kami yang tidak seberapa ini. Selama dua hari menjalankan tugas kami sebagai peserta aktiviti khidmat masyarakat ini, kami telah membuat beberapa perubahan yang telah dirancang pada awal perancangan. Pada awal aktiviti ini berlangsung, kami telah melakukan pemerhatian untuk membuat rancangan bagaimana untuk menyusun barang-barang di dalam bilik itu kembali. Suasana di dalam bilik itu agak berselerak dengan fail-fail pelajar, hasil kraftangan pelajar dan lain-lain. Apa yang mngejutkan saya ialah hasil kraftangan pelajar amat mengagumkan saya. Saya tidak menyangka bahawa pelajar di dalam

institut ini mempunyai bakat yang terpendam untuk menghasilkan kraftangan yang cukup kreatif dan menarik. Seterusnya, kami dikehendaki untuk mengangkat segala barang-barang di dalam bilik itu untuk dibawa keluar. Ini bertujuan agar memberi laluan kepada kawan kami yang bertugas untuk menyapu sampah. Melalui aktiviti ini, saya mendapati bahawa fail subjek kami perlu disusun dengan kemas supaya senang untuk dicari. Fail-fail yang terdapat di dalam bilik berselerak dan saya perlu menyusun fail itu mengikut tahun ambilan dan seterusnya mengikat fail tersebut agar tidak berselerak lagi. Selain dari itu, walaupun pada asalnya saya bertanggungjawab dalam aspek peralatan, namun saya sedar tanggungjawab saya bukan sekadar terkongkong di dalam aspek peralatan sahaja, malah tanggungjawab sebagai seorang rakan amat penting dalam melaksanakan program ini. Saya prihatin untuk menolong beberapa rakan saya untuk menjalankan tugas mereka seperti menyapu sampah, mengelap tingkap, membersihkan debu, menyusun barang, mengikat fail, membuang sampah dan sebagainya. Malah saya juga dibantu oleh beberapa rakan lain yang prihatin terhadap keadaan kami ini. Justeru, saya bangga dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh rakan sekelas saya. Pada akhir program ini berlangsung, saya telah melihat beberapa perubahan yang dilakukan oleh kami semua. Pertama, bilik Pendidikan Visual ini kembali tersusun dan kemas seperti sedia kala. Malah susunan di dalam bilik tersebut itu juga kemas dan mempunyai ruang lebih luas. Barang-barang seperti fail dan ABM juga telah disusun dengan rapi di dalam bilik stor agar pihak pensyarah mudah untuk merujuk kembali sistem fail yang lebih sistematik itu. Hasilnya, saya berasa amat bangga dan gembira dengan usaha yang dijalankan oleh kami sekelas. Saya cukup berpuas hati dengan hasil kerja kami dalam mengemaskan kembali bilik tersebut. Seterusnya, saya juga bersyukur kerana dikurniakan kawan yang sentiasa menunjukkan sikap bekerjasama yang tinggi dan itu merupakan asset yang penting dalam menjadi seorang cikgu yang berjaya suatu hari kelak.

Anda mungkin juga menyukai