Anda di halaman 1dari 4

SMK DAMANSARA DAMAI 1

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009


PRINSIP PERAKAUNAN
TINGKATAN 4
KERTAS 2
MASA : 2 JAM 30 MINIT

Bahagian A
(Jawab semua soalan di bawah)

1 Baki-baki boleh diperolehi daripada kedai runcit Max Value pada 30 Jun 2009:
RM
Modal 31 Julai 2008 8 500
Stok 31 Julai 2008 2 300
Belain 16 700
Jualan 220
Pulangan masuk 560
Angkutan keluar 560
Sewa dibayar 1 350
Kadar bayaran 920
Belanja Am 110
Tunai di Bank 8 350
Penghutang 1 300
Pemiutang 1 150
Perabot 6 500
Peruntukan susut nilai perabot 2 500

Maklumat Tambahan:
i. Seorang penghutang yang berhutang RM180 telah menjadi muflis dan hutangnya dihapuskan sebagai
hutang lapuk.
ii. Peruntukan hutang ragu sebanyak 5% hendaklah diwujudkan.
iii. Bil air sebanyak RM100 masih belum dijelaskan.
iv. Sewa sebanyak RM300 telah dibayar terlebih dahulu.
v. Perabot disusutnilaikan pada kadar 10% atas kos.
vi. Stok pada 30 Jun 2009 dinilaikan pada RM2 150.

Anda dikehendaki menyediakan satu lembaran kerja bagi tahun berakhir 3 Jun 2009.
(24 markah)

1
2 Peniaga Liza melaburkan RM10 000 untuk memulakan perniagaan pada 1 Januari 2009. Urus niaga- urus
niaga yang telah berlaku pada bulan pertama perniagaan adalah seperti berikut:

2009
Jan 2 Membeli barang niaga bernilai RM 1 000 secara tunai.
4 Membeli sebuah komputer berharga RM 2 000 secara tunai.
7 Membayar sewa RM400 dengan tunai.
11 Menjual barang niaga bernilai RM500 dengan harga RM900 secara kredit.
16 Menerima komisen RM50 secara tunai.
23 Membeli barang niaga bernilai RM400 secara kredit.
28 Penghutang membayar RM600 untuk menjelaskan sebahagian hutangnya.
Anda dikehendaki menunjukkan kesan-kesan urus niaga di atas pada aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik
dengan melengkapi jadual yang disediakan pada lampiran I.
(13 markah)

3 Berikut ialah urus niaga-urus niaga Perniagaan SGB bagi suatu bulan.
a) Beli barang niaga bernilai RM300 secara tunai.
b) Beli perabot berharga RM 450 secara kredit daripada Syarikat Tok Yem.
c) Mengeluarkan barang barang niaga sebanyak RM50 untuk kegunaan peribadi.
d) Jualan kredit kepada kedai Lestari berjumlah RM280.
e) Kedai Lestari memulangkan barang rosak bernilai RM30
f) Membawa masuk sebuah kenderaan bernilai RM5 000 untuk kegunaan perniagaan.
g) Membayar gaji pekerja RM200 secara cek.
h) Menerima komisen RM120 dalam tunai.
Anda dikehendaki menentukan akaun yang didebitkan dan akaun yang dikreditkan bagi setiap urus niaga
tersebut dan melengkapkan jadual pada ruangan Lampiran II.
(16 markah)

4 Pada 1 Ogos 2009, Cik Jamilah memulakan perniagaan dengan memasukkan RM8 000 ke dalam bank
sepanjang bulan pertama, beberapa urus niaga telah berlaku seperti berikut:
RM
Ogos 3 Beli komputer dengan cek 1 800
5 Belian kredit daripada Syarikat Damai 700
8 Bayar sewa dengan cek 220
10 Jualan tunai dibankkan 410
12 Beli barang niaga dengan cek 530
14 Menjelaskan sebahagian hutang Syarikat Damai 400
17 Ambilan barang niaga untuk kegunaan sendiri 50
22 Jualan kredit kepada kedai Harmoni 380
26 Pulangan barang rosak daripada kedai Harmoni 30
29 Bayar belanja am dengan cek 20
Anda dikehendaki:
i. Merekod urus niaga – urus niaga tersebut ke dalam akaun lejar.
ii. Menyediakan Imbangan Duga pada akhir bulan Ogos.

2
(21 markah)

Bahagian B
(Jawab salah satu daripada soalan yang berikut)

5 Butir-butir urus niaga berikut dipetik daripada Peniaga Azmahanim.


RM
Mac 3 Beli secara Kredit Syarikat Armanee 860
5 Jualan tunai 550
10 Beli secara tunai 220
13 Jualan kredit kepada Syarikat Permai 950
16 Bayar tunai kepada Syarikat Armanee 600
21 Beli secara kredit daripada Azma 700
25 Bayar tunai kepada Syarikat Armanee 500

Anda dikehendaki:
a) Menyediakan akaun-akaun perorangan dan imbangkan akaun-akaun tersebut, kemudian bawa ke
bawah bakinya ke bulan hadapan.
b) Menyediakan Akaun Belian dan Akaun Jualan serta menutupkan akaun-akaun tersebut pada
hujung bulan dengan memindahkan bakinya ke Akaun Perdagangan.
(12 markah)

6 Sediakan Buku Tunai Runcit daripada butir-butir berikut dan imbangkan Buku Tunai Runcit pada
akhir bulan. Tunjukkan bayaran balik daripada Ketua Juruwang.
RM
Okt. 1 Tunai di tangan 10
1 Terima cek daripada ketua juruwang 230
4 Beli kertas taip 36
6 Bayar tambang bas 12
10 Beli pen dan pensil 28
15 Beli setem 15
18 Derma kepada Jogathon Sekolah 10
22 Bayar tambang teksi 25
25 Beli barang niaga 50
29 Bayar minuman tetamu 25
30 Bayaran pos laju 20
(12 markah)
SOALAN TAMAT
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

………………………………….. ………………………………………
(Puan Mazlinda Binti Nasaruddin) ( )
3
Ketua Panitia Prinsip Perakaunan

Anda mungkin juga menyukai