Anda di halaman 1dari 1

Analisis Soal Selidik (Guru)

Sesi soal selidik telah dijalankan bersama 5 orang guru, aspek soal selidik adalah berkaitan dengan prestasi murid-murid semasa P&P. Kebanyakan guru berasa budaya menepati masa masih dalam keadaan memuaskan, oleh kerana sekolah terletak di pedalaman dan kebanyakkan murid pergi ke sekolah dengan sendiri

atau , mereka akan sampai di sekolah tepat pada masanya. Guru-guru berpendapat bahawa, murid-murid telah menunjukkan sikap bekerjasama dalam kelas. Mereka dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun masih ada segelintir murid yang tidak memberi perhatian semasa guru mengajar, tetapi keseluruhannya masih memuaskan. Selain itu, muridmurid di SJK (C) Air Kuning Selatan semuanya bersikap suka bertanya. Mereka selalu bertanya di dalam kelas. Guru-guru berasa gembira dengan sikap mereka itu. Hubungan persahabatan yang erat telah dibina dalam kalangan murid-murid. Mereka sayang menyayangi antara satu sama lain. Dari segi kebersihan dan kekemasan diri pula, sesetengah murid tidak menjaga kebersihan mereka seperti tidak menggosok baju dan kasut mereka. Cadangan kepada guru-guru supaya menegur murid-murid dan mengajar mereka tentang cara menjaga kebersihan diri.