Anda di halaman 1dari 8

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK 4

SUSUNAN KONSTITUEN FRASA NAMA BAHASA MELAYU

4.0 Konstituen Frasa Nama Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspek-aspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu : Peraturan D-M (Hukum D-M) Kekecualian Hukum D-M Bilangan dan panggilan

4.1 Peraturan D M (Hukum D - M) Dalam tatabahasa bahasa Melayu, D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Contoh : Frasa Nama Diterangkan (Inti) Askar Budak Pemain Penarik Penghantar Pensyarah Pakar Doktor Menerangkan (Penerang) Melayu lelaki boling beca surat wanita psikologi veterinar

17

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Contoh-contoh lain: - sos cili (bukan cili sos) - Restoran Ali ( bukan Ali Restoran) - Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim) - pisang goreng (bukan goreng pisang) - kentang goreng ( bukan goreng kentang) - cakera padat (bukan padat cakera/compact disc) - sup kambing ( bukan kambing sup) - nasi goreng (bukan goreng nasi)

4.2

Kekecualian Hukum D - M

Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat pengguna bahasa. Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri , seperti sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa. Lama-kelamaan, keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum D - M.

Selain itu, kekecualian hukum D - M juga wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan. Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa.

18

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Contoh: Penerang (M) Perdana Ibu Naib Ketua Timbalan Naib Pembantu Menteri Pejabat Presiden Hakim Perdana Menteri Presiden Penyelaras Diterangkan (D)

Namun, hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar, menteri kanan, menteri pengangkutan, imam besar, dan seumpamanya. Contoh penggunaan dalam ayat: (12). Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman. (13). Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman. (14). Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari. (15). Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria. (16). Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Mohd.Ali. (17). Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian. (18). Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian.

19

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

4.3

Bilangan dan Panggilan Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud

di hadapan katan nama inti. (Abdullah Hassan, 2006) Dalam konteks ini, bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa. Contoh :

lima ekor kuda segolongan kecil peneroka kelima-lima pendekar silat sekumpulan penyelidik segelintir pengundi sejumlah wang sebilangan besar pekerja Contoh ayat: (19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir. (20). Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu. (21). Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan. (22). Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas. (23). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ. (24). Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan. (25). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung. Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj.Musa, 1993); i. Kata bilangan tentu ii.Kata bilangan tak tentu iii.Kata bilangan himpunan iv.Kata bilangan pisahan v.Kata bilangan pecahan; dan vi.Kata bilangan tingkatan

20

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kata Bilangan Tentu Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad. Contoh: satu = 1 dua = 2 Contoh ayat: (26). Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam. (27). Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia. (28). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian. (29). Shakira mempunyai empat ekor anak kucing. (30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih . empat = IV sepuluh = X

Kata Bilangan Tak Tentu

Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus . Contoh: Segala, semua , banyak ,sedikit, beberapa, sekalian, sekelompok. Contoh ayat: (31). Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman. (32). Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung. (33). Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai.

Kata Bilangan Himpunan Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul. Contoh: berpuluh-puluh, berbelas-belas, beratus-ratus, beribu-ribu, kedua-dua, kelima-lima, kesemua.

21

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Contoh ayat: (34). Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara. (35). Kedua- dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan. (36). Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Kata Bilangan Pisahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing. Contoh: masing-masing, setiap, tiap-tiap Contoh ayat: (37). Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan sukan. (38). Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah. (39). Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan.

Kata Bilangan Pecahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya. Contoh: setengah, separuh, sepertiga, segelintir, sebahagian Contoh ayat: (40). Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali. (41). Sabar itu adalah separuh daripada iman. (42). Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir.

22

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kata Bilangan Tingkatan Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan. contoh: pertama, kedua, ketiga , keseribu.

contoh ayat: (43). Gerai pertama menjadi perhatian pembeli. (44). Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut. (45). Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas.

4.4 Panggilan / Kata Panggilan Sementara itu, konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan, 2008). Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan, Puan , Tunku, Tun, Haji, Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan, pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus. Contoh: Datuk Maharaja Lela Datuk Sagor Haji Abdul Rahman Limbong Tuan Adam Puan Mastura Chong Profesor Ungku Aziz Tunku Kamalia Syed Zain Barakbah Sharifah Mona Alsagoff Tan Sri Malik Kamal

Contoh ayat : (46). Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di Perak. (47).Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung pengurusan haji di Malaysia. (48). Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan 23

BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Aktiviti
1) Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D M. 2) Apakah maksud hukum D-M? 3) Tulis semula ayat- ayat di bawah dengan betul berdasarkan Hukum D- M. a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal. b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market. c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan. d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari. e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo. f) Lain masa, anda boleh bayar bil awal.

g) Sport rim kereta itu milik Romli.

24

Anda mungkin juga menyukai