Anda di halaman 1dari 31

KERAJAAN BANI UMAYYAH 2

BERDIRINYA UMAYYAH DI ANDALUSIA

Bani Umayyah terletak di Andalusia iaitu semenanjung Iberia. Abdurrahman ad Dakhil bin Muawiyah bin Hisyam bin Abd Malik al Umawi merupakan pendiri tamadun ini setelah melarikan diri dari kerajan Abbasiyah selepas keruntuhan Bani Umayyah di Damaskus. Pada waktu itu, sedang berlaku konflik antara al Mudhariyah dan Yamaniyah. Yusuf al Fihri merupakan penguasa ketika itu. Orang-orang Yaman bersatu dibawah pimpinan Abdurrahman dan menentang Yusuf al Fihri selama setahun, Akhirnya, Abdurrahman berjaya mengalahkannya pada tahun 756 M. Abu Jafar al Manshur menggelar Abdurrahman sebagai Shaqr Quraisy kerana berjaya menghalang serangannya beberapa kali.

KHALIFAH TAMADUN UMAYYAH 2


Abdurrahman ad Dakhil (755-788 M) Al Hakam bin Hisyam (796-821 M) Abdurrahman ibnul Hakam (821-852 M) Muhammad bin Abdurrahman (852-886 M) Abdullah bin Muhammad (889-912 M) Abdurrahman bin Muhammad (912-961 M)

KEMAJUAN PERADABAN
Intelektual a. falsafah b. sains c. fiqh d. muzik dan kesenian e. bahasa dan sastera 2. Fizikal
1.

INTELEKTUAL: FALSAFAH
Mula berkembang pada abad ke-9 M ketika pemerintahan Muhammad ibn Abdurrahman. Berperanan sebagai jambatan ilmu pengetahuan ke eropah pada abad ke-12. Al-Hakam (961-976 M) telah membawa masuk karyakarya ilmiah dari Timur dalam jumlah yang besar sehingga mampu menyaingi Baghdad sebagai pusat utama ilmu pengetahuan ketika itu. Tujuan utama inisiatif ini dilakukan adalah untuk melahirkan karya falsafah pada masa hadapan.

TOKOH FALSAFAH

Tokoh utama dalam sejarah falsafah Arab-Sepanyol adalah Abu Bakar Muhammad ibn al Sayigh atau lebih dikenali sebagai Ibn Bajjah. Abu Bakr ibn Thufail, merupakan penduduk asal Wadi Asy, sebuah dusun kecil di sebelah timur Granada. Wafat pada 1185M. Karya beliau berkisar dalam bidang kedoktoran, astronomi dan falsafah. Terkenal dgn Hay ibn Yaqzhan. Pada akhir abad ke-12M, muncul Ibn Rusyd dari Cordoba. Beliau merupakan anak murid Aristotle. Beliau cermat dalam menafsirkan karya-karya Aristotle serta berhati-hati menyelesaikan masalah berkaitan hubungan agama dengan falsafah. Menghasilkan karya Bidayatul Mujtahid. Sebuah kitab fiqh.

INTELEKTUAL : SAINS
Abbas ibn Famas (kimia dan astronomi). Beliau adalah orang pertama yang menemui cara pembuatan kaca daripada batu. Ibrahim ibn Yahya al-Naqqash (astronomi). Mencipta teropong moden yang dapat menentukan jarak antara sistem suria dengan bintang. Beliau juga dapat menentukan waktu kejadian gerhana serta jangka masa. Ummul Hasan binti Abi Jafar (kedoktoran).

INTELEKTUAL : FIQH
Penganut islam di sepanyol mengamalkan mazhab Maliki yang diperkenalkan oleh Ziyad ibn Abdurrahman. Antara ahli Fiqh yang terkenal adalah Abu Bakr ibn al-Quthiyah, Munzir Ibn Said al-Baluthi dan Ibn Hazm.

INTELEKTUAL : MUZIK DAN KESENIAN

Al-Hasan ibn Nafi yang digelar Zaryab merupakan tokoh dalam bidang ini. Sering menunjukkan kebolehannya dalam majlis atau jamuan. Juga berkebolehan dalam menggubah lagu.

INTELEKTUAL : BAHASA DAN SATERA


Bahasa arab adalah bahasa

rasmi kerajaan islam di Sepanyol. Penerimaan bahasa arab diterima dengan baik termasuk dari kalangan bukan islam. Ibn Sayyidih, Ibn Malik pengarang Aljiyah, Ibn Khuruf, Ibnul-Hajj, Abu Ali al-Isybili, Abu alHasan Ibn Usfur, dan Abu Hayyan al-Ghamathi merupakan antara bukan islam yang mahir dalam bahasa arab. Al-Iqd al-Farid karya Ibn Abd Rabbih, alDzakhirahji Mahasin Ahl al-Jazirah oleh Ibn Bassam, dan Kitab al-Qalaid hasil karya al-Fath ibn Khaqan adalah bukti kemajuan bahasa arab ketika itu.

FIZIKAL

Aspek fizikal dapat dilihat dalam perdagangan, jalan raya, pasar serta pertanian. Sistem pengairan juga diperkenalkan kepada masyarakat untuk menjadikan sistem pertanian lebih teratur. Industri tekstil kulit, logam, dan barang-barang tembikar juga mendapat tempat di sana. Namun pembangunan yang paling menonjol adalah pembinaan kota, istana, masjid dan taman yang masih boleh dilihat sehingga kini. Diantara pembangunan yang megah adalah masjid Cordova, kota az-Zahra, Istana Jafariyah di Saragosa, tembok Toledo, istana al-Makmun, masjid Seville, dan istana al-Hamra di Granada.

KEJATUHAN TAMADUN UMAYYAH 2


I.

II.
III. IV. V.

Konflik islam dengan kristian Tiada ideologi perpaduan Masalah ekonomi Sistem peralihan kuasa yang tidak jelas Terpencil

KONFLIK ISLAM DENGAN KRISTIAN


Penguasa islam tidak melakukan pengislaman dengan sempurna kerana merasa puas dengan penghargaan yang diterima daripada kerajaan kristian serta membiarkan mereka mempertahankan hukum dan adat mereka. Kehadiran islam mnguatkan semangat kebangsaan penduduk asal Sepanyol untuk menentang Islam. Pada abad ke-11 Kristian maju dengan pesat sementara islam mengalami kemunduran.

TIADA IDEOLOGI PERPADUAN


Seperti di Damaskus, para muallaf di Sepanyol tidak dilayan seperti orang-orang islam di tempat lain. Sekurang-kurangnya sehingga abad ke-10M, istilah ibad dan muwalladun masih digunakan terhadap muallaf. Akibatnya, sejarah sosio-ekonomi negara tersebut terjejas dan mendatangkan impak yang besar dan menunjukkan tiada makna perpaduan.

MASALAH EKONOMI
Penguasa terlalu sibuk membangunkan kota dan bidang ilmu pengetahuan sehingga leka terhadap kepentingan ekonomi negara. Akhirnya timbul kesulitan sehingga mempengaruhi kestabilan ekonomi dan ketenteraan.

SISTEM PERALIHAN KUASA YANG TIDAK JELAS


Sistem pemerintahan yang berasakan perwarisan takhta menyebabkan perebutan kuasa antara ahli waris seterusnya mengaiatkan keruntuhan tamadun ini. Granada merupakan pusat pemerintahan islam terakhir diSepanyol sebelum jatuh ke tangan Ferdinand dan Isabella.

TERPENCIL
Mereka sering berjuang sendirian tanpa bantuan kecuali dari Afrika Utara kerana terpencil dari dunia islam yang lain. Tiada kekuatan untuk menghalang kebangkitan Kristian di sana.

KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH

KEMUNCULAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH


Kelemahan Kerajaan Abbasiyah dan pemerintahan khalifah menyebabkan munculnya kerajaan kecil seperti Saljuk di Turki. Salah sebuah pemerintahan (kerajaan Uthmaniyah) di bawah pengaruh Saljuk terletak di barat Anatolia, tetapi pemerintah Anatolia bebas mentadbir. Kemudian kerajaan kecil Anatolia ini menguasai kerajaan lain hingga membentuk kerajaan Turki Uthmaniyah. Kerajaan ini ditubuhkan oleh sultan Uthmani pada abad ke-13. Nama Uthmaniyah diambil sempena nama nenek moyang mereka yang pertama iaitu sultan Uthmaniyyah Ibn Sauji Ibn Artugrul Ibn Sulaiman Shah Ibn Kla Alp yang merupakan kepala kabilah di asia. Kemudian Byzantine ditumpaskan oleh Uthman, maka ramai ghazi (pahlawan tentera) dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman memperluaskan taklukan.

PERLUASAN EMPAYAR KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH

Empayar bermula di sekitar Anatolia, kemudian Bursa dijadikan ibu negeri ketika pemerintahan Uthman. Penggantinya iaitu Orhan I meluaskan jajahan ke Marmara, Ankara. Kemudian Murad I dan Bayezid I menguasai jajahan seperti utara Bulgaria, Sofia, utara Albania, Kosovo, Salonica, Philippopolis, Wallachia, Balkan Selatan. Mehmed II pula berjaya menawan Istanbul (Constantinople) iaitu ibu kota Rom Timur. Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telah dikuasai oleh kekuasaan Turki Uthmaniah. Kerajaan Turki Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yang lain. Zaman pengukuhan empayar Uthmaniyah bermula semasa pemerintahan Mehmed II. Pengukuhan ini berlanjutan dari tarikh penguasaan Istanbul hingga ke tarikh kematian Suleiman I. Pada awal abad ke-20, empayar ini merosot kerana beberapa faktor seperti kelemahan pemimpin, keruntuhan sistem cukai dan pemberontakan.

SUMBANGAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH

Bertahan selama 600 tahun sebagai empayar Islam sehingga berperanan membentuk kesatuan orang Islam seluruh dunia. Istanbul menjadi pusat pentadbiran Dunia Islam. Apabila Sultan Selim I menguasai Makkah kerajaan ini dianggap pelindung umat Islam seluruh dunia. Kanun Suleiman diperkenalkan sebagai perundangan yang melindungi nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa mengira bangsa dan agama. Kerajaan ini memperkenalkan sistem jawatan seperti kadi dan mufti. Jawatan Sheikh-ul-Islam pula ialah ketua ulama yang mengeluarkan fatwa. Dari segi ekonomi- Istanbul menjadi kota perdagangan Timur dan Barat, Dunia Islam dan Dunia bukan Islam.

Jalinan perdagangan Turki meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Mediterranean, Tengah, Merah dan Hindi lalu membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul. Menukarkan sistem bangsawan berasaskan keturunan dalam susun lapis masyarakat kepada sistem yang menggalakan kecemerlangan individu membawa kepada mobiliti sosial meluas khasnya di jajahan Eropah. Sistem pendidikan sistem madrasah [paling berpengaruh], sekolah pendidikan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik, kolej perubatan. Penulisan ensiklopedia berkaitan sains Islam. Kerajaan Turki Uthmaniah mempunyai angkatan laut yang handal dan sentiasa bersedia melaksanakan tugasnya dalam peperangan.

Perpustakaan ditubuhkan di masjid, hospital, rumah. Seni bina masjid Sultan ahmed (masjid biru) di Istanbul. Tokoh seni bina-Mimar Sinan. Sultan Selim I menggunakan gelaran 'Pelindung Dua Bandar Suci: Makkah dan Madinah' setelah berjaya menguasai Makkah dan Madinah. Koleksi fatwa sumbangan utama agama dan sains undang-undang yang kekal hingga sekarang.

BIODATA SULEIMAN 1 (NOVEMBER 1494 - 5/6/7 SEPTEMBER 1566)


Sultan Turki Uthmaniyyah ke-10, yang berkuasa dari tahun 1520 hingga 1566. Di bawah kekuasaannya, armada Utsmaniyah menguasai laut Tengah, Merah, dan teluk Parsi. Suleiman melancarkan reformasi undang-undang yang berkaitan dengan masyarakat, pendidikan, perpajakan, dan hukum jenayah. Hukum kanoniknya (atau Kanun) memperbaiki bentuk empayar selama berabad-abad selepas kematiannya.

FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH


1. Politik
I.
II. I. II.

2. Ekonomi

Kelemahan pemimpin Perpecahan wilayah


Peperangan Penguasaan eropah

POLITIK :

KELEMAHAN PEMIMPIN

Sultan-sultan Uthmaniyah yang terakhir telah terpesong jauh dari perjuangan sultan terdahulu iaitu Uthmaniyah dibina atas dasariman dan taqwa. Keperibadian sultan yang lemah seperti suka berfoya-foya, gemar berhibur dan tamak sehingga mereka tidak mempedulikan rakyat menyebabkan kejatuhan kerajaan ini. Hakikatnya, kelemahan pemimpin adalah berpunca daripada kelemahan iman, mereka tidak mengikut sunnah, malah tidak takut kepadaAllah s.w.t. serta tidak mempedulikan alim ulama. Pemimpin pada akhir pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah juga tidak mempunyai pendirian yang tetap kerana dipengaruhi ibu dan isterinya.

POLITIK : PERPECAHAN WILAYAH


Kelemahan Turki Uthmaniyah menyebabkan negara dibawah naungannya ditakluk Eropah. Negara seperti Montenegro, Bosnia, Balkan, Prins Milaan, Serbia, dan Herzegovina memberontak membebaskan diri menyebabkan perpecahan umat islam. Buktinya, Raja Husein hanya dapat menguasai tidak lebih dari bumi Hijaz. Raja Faizal pula yang telah berusaha memerdekakan bumi Syam dari kuasa Turki. Jelaslah bahawa kejatuhan Turki memberi implikasi kepada negara-negara Islam yang lain.

EKONOMI : PEPERANGAN
Kerajaan Turki Uthmaniyah telah berbelanja besar untuk membiayai bidang ketenteraan dalam usaha perluasan kuasa. Ekoran daripada perbelanjaan yang tinggi, cukai yang tinggi terpaksa dikenakan dan mengakibatkan rakyat tertekan dan memberontak. Selepas tamat perang Dunia 1, satu perjanjian telah dipersetujui mengakibatkan wilayah Turki Uthmaniyah telah dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Russia dan Itali. Hal ini menyebabkan ekonomi negara Islam yang dibahagikan telah terjejas akibat daripada penguasaan orang Eropah

EKONOMI : PENGUASAAN EROPAH


Eropah telah menguasai perdagangan du Lutan Hindi, Maditerranean, Terusan Suez dan beberapa jalan perdagangan penting lain. Ekonomi negara Islam semakin dikuasai Eropah dengan penglibatan mereka dalam pasaran saham. Penguasaan ekonomi oleh Eropah telah melemahkan ekonomi negara islam.

Anda mungkin juga menyukai