Anda di halaman 1dari 15

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN Pembelajaran Koperatif Pasang-Galeri-Benang- dalam meningkatkan Penguasaan Huruf Besar Pada Kata Nama

khas Murid Tahun 3 Kreatif.


Oleh: Christina Anak Majang Pelajar PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2010, IPG Kampus Rajang Bintangor Di Sekolah Kebangsaan Batu 10, Kem Rascom Sibu 1.0 Pendahuluan Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terdapat lima modul yang telah dimasukkan dalam Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR), iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa (Dokumen Standard Sekolah Rendah;2010). Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa menyokong modul-modul tersebut untuk mengukuhkan kecekapan berbahasa murid. Kajian ini berfokus kepada kemahiran menulis yang didefinisikan sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang

gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1990), antara beberapa kemahiran bahasa, kemahiran menulis dianggap boleh sebagai kemahiran tinggi tatatingkat kedudukkannya dan yang paling sukar dipelajari.Chance (1973) juga

berpendapat bahawa salah satu kemahiran bahasa yang sukar diajar dan dinilai

ialah kemahiran menulis. Menurut A. Chellamal Bagavathy (2005) pula, guruguru bahasa kerap menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa Melayu kerana murid-murid sukar memahami penulisan Bahasa Melayu. Berdasarkan beberapa pendapat yang menyatakan kesukaran menguasai penulisan, peranan guru amatlah penting dalam mengatasi masalah ini. Kajian ini berfokus pada kemahiran menulis iaitu penguasaan penulisan ayat dengan mengunakan huruf besar pada kata nama Khas dalam kalangan Murid Tahun 3 Kreatif di Sekolah Kebangsaan Batu 10, Sibu. Pengkaji juga telah mengunakan salah satu kaedah pengajaran dalam bahasa Malaysia iaitu Pembelajaran Koperatif. pendekatan Pengajaran yang Bahasa Melayu seharusnya pelbagai disampaikan dalam dalam

lebih

menarik

dan

membantu

memperkembangan keupayaan murid membaca dan menulis ( Abdul Rasid Jasmain; 2011). Kaedah pembelajaran koperatif dipilih sebagai subjek kajian atas dorongan oleh dapatan-dapatan positif tentang keberkesanannya di kebanyakkan di negara Eropah. Justeru, pengkaji ingin menguji keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif Padang-Galeri-Benang dalam kalangan murid yang mempunyai masalah menggunakan huruf besar pada kata nama Khas. Senario Aspek kemahiran apa? Penulisan Keperluan dalam peperiksaan Isu2 semasa Maklmat tentang sorotan kajian (1 perenggan)

1.1

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu (Bukti, scane)

Setelah beberapa minggu mengajar di Sekolah Kebangsaan Batu 10, Sibu, pengkaji telah mengenal pasti masalah utama yang dihadapi murid Tahun 3 Kreatif di sekolah tersebut. Pengkaji telah mendapati rata-rata murid Tahun 3 Kreatif menghadapi masalah menulis huruf besar pada Kata nama khas. Masalah ini telah dikesan semasa pengkaji menyemak latihan membina ayat tunggal dan membina ayat majmuk. Selain

itu, pengkaji juga telah mengesan kebanyakan murid Tahun 3 Kreatif melakukan kesilapan yang sama semasa pengkaji memberikan latihan menyalin semula dengan tulisan yang kemas dan betul. Murid-murid didapati menghadapi masalah untuk menulis huruf pada Kata nama khas iaitu Kata nama khas Manusia, Kata nama khas Benda, Kata nama khas Haiwan dan Kata nama khas Hari. Hampir 98 peratus murid tahun 3 Kreatif tidak menguasai huruf besar. Hal ini amat dipandang serius dalam kemahiran menulis. Hasil perbincangan dan temu bual dengan beberapa orang guru yang mengajar kelas tersebut, mereka bersetuju bahasa murid Tahun 3 Kreatif sememangnya mengalami masalah penguasaan huruf besar pada Kata nama khas. Justeru,

berdasarkankan masalah itu telah menyedarkan pengkaji untuk berusaha menyediakan satu kajian bagi menangani masalah ini demi meningkatkan penguasaan murid dalam menulis huruf besar dengan tepat dan betul. 1.2 Refleksi Sorotan Literatur

Antara kajian yang telah dilakukan terhadap penguasaan huruf besar ialah kajian yang telah dilakukan oleh Nairul Aqmal Bin A.Rahman pada tahun 2010. Kajian beliau telah melibatkan murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra. Dalam kajian tersebut, beliau mendapati bahawa murid-muridnya menghadapi masalah menulis huruf besar dengan betul. Beliau mendapati bahawa muridnya tidak dapat menulis dengan betul pada pangkal kata nama khas, pangkal ayat dan juga menulis huruf di tengah perkataan. Pengkaji telah menggunakan teknik latih tubi untuk mengatasi masalah ini. Hasil kajiannya, beliau berjaya mengatasi masalah tersebut,75% daripada muridnya berjaya menulis huruf besar dengan betul pada kata nama khas. Antara kajian lain yang pernah dikajiberkaitan dengan masalah penguasaan huruf besar ialah kajian yang dikaji oleh Puan Zaridah binti Zuber pada tahun 2005. Beliau telah membuat satu kajian tentang meningkatkan Kemahiran Dalam Kata nama khasBagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna. Murid yang diajar tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf besar di tempat yang

sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat dan sebagainya. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan teknik warna untuk mengatasi masalah tersebut. Selain itu, Siti Saadiah Binti Osman juga telah membuat satu kajian yang sama. Beliau telah memfokuskan kajiannya dalam meningkatkan penguasaan penggunaan huruf

besar dalam kalangan murid tahun tiga bestari di Sekolah Kebangsaan Islah, Kota Baharu. Beliau telah memfokuskan masalah penguasaan penggunaan huruf besar kepada masalah penguasaan penggunaan huruf besar Kata nama khas. Terdapat empat aspek Kata nama khas yang diberi perhatian iaitu Kata nama khas Manusia, kata nama khas Tempat, Kata nama khas Haiwan dan Kata nama khas Hari. Beliau mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan teknik warna dan latih tubi. Hasil dapatan beliau mendapati terdapat peningkatan yang amat ketara terhadap kumpulan rawatannya. Terdapat beberapa sorotan kajian berkenaan keberkesanan pembelajaran koperatif dalam mengatasi masalah penulisan. Antara kajian awal yang telah dilakukan ialah kajian yang telah dibuat oleh Gan iaitu pada tahun 1992. Pengkaji telah mendapati pembelajaran koperatif yang telah diperkenalkan oleh Salvin pada tahun 1990 dapat membantu meningkatkan pencapaian murid-murid khasnya murid yang berpencapaian rendah. Kesimpulannya, murid berpencapaian rendah didapati lebih bermotivasi kerana pembelajaran koperatif dapat membolehkan mereka berinteraksi dan berbincang dengan murid yang berpencapaian tinggi. Selain itu, kajian Jamilah Karim pada tahun 1993 berpaksikan keberkesanan pembelajaran koperatif dalam pengajaran penulisan Bahasa Inggeris bagi pelajar tingkatan 1 di salah sebuah sekolah di Kajang. Hasil kajiannya telah mendapati bahawa pelajar-pelajar berminat belajar Bahasa Inggeris dengan menggunakan pembelajaran koperatif dan terdapat peningkatan dari segi pencapaian mereka dalam penulisan Bahasa Inggeris. Pada tahun 2003, Salmiah iaitu seorang guru tingkatan 6 telah menjalankan kajian yang menggunakan pembelajaran koperatif iaitu dengan menggunakan kaedah Jigsaw, kaedah Stad dan kaedah berpasangan. Hasil kajiannya mendapati pelajar tingkatan 6

lebih seronok dan lebih minat untuk berbincang dan berinteraksi antara ahli-ahli dalam kumpulan. Kajian ini menunjukkan kaedah pembelajaran berpusatkan guru kurang berkesan jika dibandingkan dengan pembelajaran berpusatkan murid. Rumusannya, terdapat beberapa pengkaji terdahulu menyokong kajian yang dijalankan ini. Dapatan mereka menunjukkan masalah ini memang wujud. Murid memang mengalami masalah penguasaan Oleh itu, pembelajaran koperatif telah dikaji dan

dilihat keberkesanannya dalam meningkatkan pencapaian murid dalam mengatasi masalah penulisan. Maka pengkaji telah menjalankan satu lagi kajian dalam meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dalam Kata nama khas menggunakan pembelajaran koperatif Pasang-Galeri-Benang.

2.0 2.1

Fokus Kajian Tinjauan Pengkaji mendapati bahawa murid-murid Tahun 3 Kreatif menghadapi masalah

dalam penulisan dan sering kali melakukan kesalahan khasnya ketika membina ayat. Setelah beberapa minggu pengkaji mengajar, pengkaji mendapati masalah yang sangat serius yang dihadapi oleh murid Tahun 3 Kreatif ialah masalah menulis huruf besar dalam membina ayat tunggal mahupun ayat majmuk. Oleh itu, pengkaji perlu mendedahkan murid-murid Tahun 3 Kreatif dengan pelan tindakan yang dapat membantu mereka supaya lebih peka dengan menulis huruf besar setiap kali menulis. Justeru, perlu dilaksanakan satu alternatif pengajaran dan pembelajaran yang lain bagi memastikan murid-murid dapat menulis huruf besar di tempat yang sesuai dan sepatutnya. Pada hemat pengkaji, kesilapan ini dapat di atasi dengan menggunakan strategi, kaedah dan teknik yang berkesan. Murid Tahun 3 Kreatif menghadapi masalah menguasai huruf besar dalam

menulis huruf besar pada pangkal ayat, kata nama khas dan menulis huruf besar di tengah perkataan

2.2

Analisis Tinjauan Masalah . Hasil daripada ujian diagnostik yang telah pengkaji lakukan, pengkaji telah

mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah masalah menulis huruf besar pada Kata nama khas. Terdapat empat aspek Kata nama khas yang gagal dikuasai oleh murid Tahun 3 iaitu Kata nama khas Manusia, Kata nama khas Benda, Kata nama khas Haiwan dan Kata nama khas Hari. Hasil daripada perbincangan dengan guru-guru yang mengajar murid Tahun 3 Kreatif, pengkaji mendapati bahawa punca murid Tahun 3 Kreatif tidak dapat menulis huruf besar dengan betul adalah mereka kurang faham tentang menulis huruf besar yang betul. Mereka kurang diberi penekanan tentang konsep menulis huruf besar pada Kata nama khas. Oleh itu, mereka seringkali keliru denga menulis huruf pada Kata nama khas, Kata Nama Am. Selain itu, terdapat juga murid mengatakan bahawa mereka tidak dapat mengekategorikan Kata nama khas Manusia, Kata nama khas Benda, Kata nama khas Haiwan dan Kata nama khas Hari. Oleh sebab itu mereka menulis huruf besar dan huruf kecil sebarangan pada pangkal Kata nama khas atau Kata Nama Am. Pengkaji juga sering kali ditanya oleh murid keperluan untuk menulis huruf besar disesetengah perkataan semasa mereka membina ayat. Pengkaji juga selalu mengingatkan mereka supaya menulis huruf besar di pangkal ayat dan Kata nama khas. Namun masih ada lagi murid mengalami masalah menulis huruf besar pada tempat yang dinyatakan. Akhirnya pengkaji telah membuat keputusan untuk melakukan ujian diagnostik bagi mengenal pasti kelemahankelemahan yang mereka hadapi. Hasil daripada ujian dignostik yang telah pengkaji lakukan, hanya empat daripada 35 orang murid sahaja yang berjaya menulis semua huruf besar pada kata nama khas dengan betul. Perkara ini sangat mengejutkan pengkaji kerana pengkaji percaya bahawa sebilangan kecil sahaja yang mempunyai masalah tersebut. Namun kini pengkaji yakin bahawa keputusan pengkaji untuk membuat kajian tindakan tentang penguasaan huruf besar pada kata nama khas adalah tepat. Pengkaji ingin mencari alternatif yang terbaik untuk membantu murid Tahun 3

Kreatif meningkatkan penguasaan mereka terhadap penggunaan huruf besar pada kata nama khas.

3.0 3.1

Objektif Kajian Objektif Umum Kajian tindakan ini diharapkan agar murid-murid Tahun 3 Kreatif dapat

meningkatkan penguasaan huruf besar pada kata nama khas terutamanya huruf besar pada pangkal perkataan Kata nama khas Manusia, Kata nama khas Benda, Kata nama khas Haiwan dan Kata nama khas Hari. 3.2 Objektif Khusus 1. Mengenal pasti punca murid tidak menguasai huruf besar pada kata nama khas 2. Mencadangkan pembelajaran koperatif C untuk meningkatkan penguasaan huruf besar pada kata nama khas 3. Menghuraikan kekuatan pembelajaran koperatif pasang-galeri-benang- dalam meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar pada kata nama khas 4. Membandingkan tahap pencapaian murid rawatan selepas ujian pra dan ujian pasca.

4.0

Soalan Kajian 1. Apakah punca murid tidak dapat menguasai penggunaan huruf besar dalam Kata nama khas? 2. Bagaimanakah cara mengatasi mengatasi masalah penggunaan huruf besar dalam Kata nama khas? 3. Apakah kekuatan pembelajaran koperatif koperatif pasang-galeri-benangdalam meningkatkan penggunaan huruf besar dalam Kata nama khas 4. Sejauh mana keberkesanan pembelajaran koperatif pasang-galeri-benangdalam meningkatkan penggunaan huruf besar dalam Kata nama khas

5.0

Kumpulan Sasaran

Enrolmen Murid Sekolah Kebangsaan Batu 10, Sibu Bagi Tahun 2013

Tahun

Jantina L P 12 9 9 17 14 19 17 17 14 18 17 13 19 15 19 12 17 14 20 20 22 334 Melayu Melanau 8 9 9 12 8 9 7 11 9 4 5 8 8 7 8 3 9 8 7 8 7 164 2 2 2 2 3 3 4 1 2 8 5 3 1 5 6 3 3 5 1 7 3 71

Bangsa Iban 9 8 9 23 22 13 22 21 20 17 22 17 23 23 20 17 10 24 19 20 Cina 0 0 0 1 0 1 1 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 2 381 8 lain-lain 5 6 5 3 3 6 3 4 2 4 1 6 4 4 5 5 1 3 4 2 3 79

Jumlah

Pra Kreatif Pra Bestari Pra Inovatif 1 Kreatif 1Bestari 1Inovatif 2 Kreatif 2Bestari 2Inovatif 3Kreatif 3Bestari 3Inovatif 4 Kreatif 4Bestari 4Inovatif 5 Kreatif 5 Bestari 5Inovatif 6 Kreatif 6 Bestari 6 Inovatif

13 16 16 24 22 22 19 20 20 15 16 21 17 20 25 16 10 12 17 16 13 370

25 25 25 41 36 41 36 37 34 33 33 34 36 40 49 28 27 26 37 36 35

JUMLAH KESELURUHAN

704

Berdasarkan enrolmen murid Sekolah Kebangsaan Batu 10, Sibu terdapat 704 orang murid yang berlajar di sekolah tersebut. Sekolah itu mempunyai 370 orang murid lelaki dan 334 orang murid perempuan. Majoriti murid di sekolah itu ialah berbangsa iban iaitu seramai 381 orang, diikuti dengan murid yang berbangsa Melayu iaitu seramai 164 orang, murid yang lain-lain bangsa seperti bidayuh, kenyah dan sebagainya iaitu seramai 79 orang, 71 orang murid berbangsa Melanau dan murid yang berbangsa Cina hanyalah 8 orang sahaja. Kajian ini melibatkan 32 orang murid Tahun 3 Kreatif. Murid Tahun 3 Kreatif mempunyai 15 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Dalam kelas tersebut majority muridnya berbangsa Iban iaitu seramai 17 orang, dan masing-masing 4 orang murid berbangsa Melayu dan Melanau dan hanya seorang murid yang berbangsa bidayuh.

6.0 6.1

Tindakan yang dicadangkan Aktiviti yang dicadangkan Pengkaji telah mencadangkan beberapa aktiviti dalam pembelajaran koperatif

bagi menyelesaikan masalah murid Tahun 3 Kreatif dalam menguasai huruf besar pada kata nama khas. Pembelajaran koperatif sebenarnya telah diperkenalkan oleh Robert Slavin yang merupakan seorang psikologi pendidikan terkemuka dan Direktor Institut Pendidikan Efektif di Universiti di New York. Menurut Slavin pembelajaran koperatif adalah pembelajaran yang dilakukan secara berkelompok, siswa dalam satu kelas dijadikan kelompok-kelompok kecil yang terdiri dari 4 sampai 5 orang untuk memahami konsep yang difasilitasi oleh guru. Pembelajaran koperatif dijalankan dengan saling membantu dalam kumpulan bagi mencapai prestasi akademik serta memberi

penghargaan kepada setiap ahli kumpulan dan bersikap positif terhadap pelajaran (Hill & Hill 1993; Johnson & Johnson 1991; Manning & Lucking 1991; Slavin 1995).

Dalam pembelajaran koperatif yang telah diperkenalkan oleh Slavin pada tahun 1995, terdapat banyak jenis pembelajaran koperatif yang telah diperkenalkan. Antaranya ialah pembelajaran bersama, Round Robin, Rally Table, Talking Chip, Gallery Tour, The Yarn Yarn, Pair Check dan sebagainya. Oleh itu, pengkaji telah membuat keputusan dan memilih tiga jenis pembelajaran koperatif yang difikirkan mampu untuk membantu murid Tahun 3 Kreatif mengatasi masalah penguasaan huruf besar pada kata nama khas. Tiga jenis pembelajaran koperatif tersebut ialah Gallery Tour, The Yarn Yarn dan Pair Check. Pengkaji telah akronimkan ketiga-tiga jenis pembelajaran koperatif ini menjadi Pasangan-Galeri-Benang. Aktiviti 1: Mengkategori Kata nama khas dengan caraThe Yarn Yarn (Benang)

The Yarn Yarn merupakan sehelai benang yang akan diikat pada pergelangan tangan murid yang berjaya menyelesaikan satu tugas yang diberikan dalam kumpulannya. Benang tersebut berfungsi sebagai markah atau mata yang diperolehi dalam kumpulan tersebut. Kumpulan yang berjaya memperolehi benang yang paling banyak dikira sebagai pemenang. Berikut adalah langkah aktiviti 1 : 1. Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan dan lima hingga enam ahli dalam setiap kumpulan 2. Guru terlebih dahulu mengukuhkan pengetahuan murid tentang kata nama khas manusia, benda, haiwan dan hari serta penggunaan huruf besar dipangkal perkataan kata nama khas. 3. Murid diberi tugasan untuk menulis dan mengkategorikan jenis-jenis kata nama khas manusia, benda, haiwan dan hari. 4. Murid yang dapat menulis jawapan akan diikat seutas benang. 5. Jumlah benang yang dikumpul dalam setiap kumpulan akan dikira. Aktiviti 2: Kembara Galeri (Gallery Tour) 1. Selepas aktiviti 1 dijalankan, hasil kerja setiap kumpulan akan ditampal atau dipamerkan di atas meja kumpulan masing-masing. 2. Pasukan lain akan melihat atau membacanya.

3. Ahli dalam pasukan akan memberi penilaian atau penyemakkan hasil kerja kumpulan yang dilawati. Mereka akan membetulkan atau membulatkan jawapan yang salah dengan menggunakan marker merah. 4. Pada akhirnya, setiap wakil kumpulan akan membentangkan laporan mengenai komen atau pembetulan yang telah dilakukan oleh pasukan lain. 5. Jawapan yang salah akan ditolak satu utas benang yang telah diperolehi. 6. Guru akan menentukan kumpulan yang memenangi aktiviti tersebut. 7. Peneguhan seperti hadiah dicadangan diberikan kepada kumpulan pemenang. Aktiviti 3 : Pair Check (Semak Hasil Kerja secara Berpasangan) 1. Guru mengadakan aktiviti pengukuhan dengan memberi tugasan seterusnya. 2. Guru akan membaca petikan ringkas yang mengandungi kata nama khas manusia, benda, haiwan dan hari. Murid akan menulis secara imlak. 3. Selesai menulis secara imlak, murid secara berpasangan akan menyemak kerja rakan dengan bimbingan guru. Murid akan membulatkan kesalahan penggunaan huruf besar dengan pen yang berwarna merah serta menulis pembetulan. 4. Murid akan dikembalikan hasil kerja masing-masing. Murid akan diminta membuat laporan mengenai hasil kerja yang telah disemak sebentar tadi.

6.2

Kaedah mengumpul data Terdapat beberapa kaedah mengumpul data yang akan pengkaji gunakan semasa menjalankan kajian ini. Antaranya ialah; a) Pemerhatian Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Borang pemerhatian atau gambar akan diambil sebagai bukti. b) Soal Selidik (Tentang apa) Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

c) Ujian Pengesahan Ujian pengesahan dibuat sebelum dan selepas aktiviti dilaksanakan untuk menentukan gred atau markah penguasaan huruf besar pada kata nama khas iaitu ujian pra dan ujian pos serta ujian diagnostik .

d) Temu bual Pengkaji bercadang untuk menemu bual beberapa orang murid yang telah dikenal pasti bermasalah dengan serius penggunaan huruf besar pada kata nama khas. Pengkaji akan merekodkan perbualan atau membuat rakaman video.

6.3

Perancangan dan Cara Kajian tindakan ini akan dijalankan mengikut cadangan perancangan yang telah diatur. Berikut merupakan perancangan dan cara kaedah kajian dijalankan; a) Pemerhatian Pemerhatian dijalankan untuk mencari punca-punca murid tidak dapat menguasai penggunaan huruf besar pada kata nama khas. Pengkaji akan memerhatikan beberapa aspek seperti sikap dan tingkahlaku murid di dalam kelas, memerhatikan cara murid menulis huruf besar pada kata nama khas. Pengkaji bercadang ingin merakamkan perbuatan mereka. b) Soal Selidik (bagi contoh skala semantik & skala liket) Soal selidik yang akan digunakan ialah skala semantik dan skala liket. Skala semantik telah diasaskan oleh Osgood, Suci dan Tannenbaun (1957). Skala semantik digunakan untuk menghuraikan punca-punca murid tidak menguasai penguasaan penggunaan huruf besar pada kata nama khas. Selain itu, soal selidik skala semantik juga akan dijalankan kepada guru-guru yang mengajar kelas Tahun 3 Kreatif. Soal selidik jenis skala liket akan dilaksanakan untuk menghuraikan puncapunca murid tidak menguasai penguasaan penggunaan huruf besar pada kata nama khas. Selain itu, skala liket dijalankan selepas rawatan selesai diberikan

kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Soal selidik tersebut digunakan untuk menghuraikan kekuatan pembelajaran koperatif pasang-galeribenang- dalam meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar pada kata nama khas.

c) Ujian Pengesahan Ujian pengesahan yang akan digunakan ialah ujian diagnostik. Ujian diagnostik digunakan untuk mengenal pasti kelemahan murid dalam penulisan. Ujian diagnostik ini dijalankan untuk menentukan masalah utama murid dalam penulisan. Ujian pra akan dijalankan sebelum kaedah pembelajaran koperatif-pasanggaleri-benang dijalankan. Ujian pra dijalankan secara kelas dan ujian imlak petikan. Ujian pasca dijalankan selepas kaedah pembelajaran koperatif pasang-galeribenang dilaksanakan. Ujian pasca juga akan dijalankan secara kelas dan berbentuk ujian imlak petikan.

d) Temu bual Temu bual akan dijalankan kepada beberapa orang murid. Soalan temu bual akan ditentukan agar maklumat adalah relaven dengan mengenal pasti puncapunca murid lemah dalam penguasaan huruf besar pada kata nama khas.

6.4

Menganalisis data Setiap data yang diperolehi akan dianalisis. Data yang diperolehi dengan menggunakan instrument soal selidik akan dipersembahkan dalam bentuk jadual ataupun graf bar. Data-data yang diperolehi akan dikira dalam bentuk peratusan. Data hasil pemerhatian akan dipersembahkan dengan menggunakan jadual pemerhatian. Tingkah laku dan sikap murid akan direkodkan pada masa pengajaran dijalankan. Markah untuk ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pasca akan dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk graf dan jadual. Markah ujian

pra dan ujian pasca akan diananlisis untuk melihat perbezaan markah selepas kaedah pembelajaran koperatif pasang-galeri-benang dilaksanakan.

7.0

Perancangan dan Perlaksanaan Kajian

7.1

Jadual Perancangan Kajian Tarikh Januari Februari Februari Mac Mac Aktiviti Mengenal pasti masalah murid Membuat ujian diagnostik Merancang tindakan Menulis proposal kajian Menghantar proposal kajian Catatan

7.2

Jadual Perlaksanaan kajian Tarikh Julai Aktiviti Menjalankan ujian pra Menganasis ujian pra Menjalankan tinjauan masalah Catatan

(pemerhatian, soal selidik, temu bual) Menganalisis data yang diperolehi Ogos Menjalankan kaedah pembelajaran

koperatif-pasang-galeri-benang Menjalankan tinjauan keberkesanan

kaedah yang digunakan (Soal selidik) Menganalisis data soal selidik Mengadakan ujian pasca Menganalisis ujian pasca Septembar Menulis refleksi kajian

Menulis laporan kajian Oktober November Membentangkan hasil kajian/Murnikan Menyerahkan laporan kajian

7.3

Anggaran Kos Kajian BIL JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA SEUNIT 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Kertas A4 Kertas Warna Kad Manila Marker Merah Benang Ink Printer (refill) File Guru File Murid Jilid Buku Kajian 2 rim XRM9 1 rim XRM9 12 kepingXRM0.80 6 batangXRM2 6 gulung XRM0.80 4 botol XRM10 1 buah Xrm6.00 1 buah X RM6.00 4 buah X RM30.00 RM18.00 RM9.00 RM9.60 RM12.00 RM4.20 RM40.00 RM6.00 RM6.00 RM120.00 RM234.80 JUMLAH KOS

JUMLAH KESELURUHAN

8.0 Penutup Kajian ini perlu dibuat kerana murid selalu cuai dalam penggunaan huruf besar. Murid seringkali tidak menggunakan huruf besar pada kata nama khas. Sehubungan dengan itu, perlu satu kaedah yang sesuai bagi menangani masalah tersebut. Dalam kajian ini, kaedah pembelajaran koperatif pasang-galeri-benang untuk mengatasi serta meningkatkan

penguasaan penggunaan huruf besar pada kata nama khas.

Anda mungkin juga menyukai