Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran Tahun Tarikh Hari Masa Bilangan murid Bidang Nilai Tajuk Pengetahuan sedia ada

: Pendidikan Moral : 5 Cempaka : 11 Mac 2014 : Selasa : 7.30 8.30 pagi (60 minit) : 8 orang : Nilai berkaitan dengan perkembangan diri : Kepercayaan kepada Tuhan : Menghormati agama lain : Murid telah mempelajari tentang pegangan agama masing-masing

Hasil pembelaajran

: Pada akhir pengajaran murid dapat: i. Menceritakan tentang agama masing-masing dan tempat beribadat mereka. ii. iii. Menyenaraikan anutan agama yang terdapat di Malaysia. Mengemukakan idea atau pendapat tentang cara

menghormati agama lain. Gabungjalin Unsuk KBKK Pendekatan : Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam : Membuat inferens : Pendekatan perkembangan nilai kognitif dan pembelajaran kolaboratif. Strategi Bahan Bantu Mengajar : Pemusatan murid dan bahan. : Sampul bergambar, Klip video perayaan, lembaran kerja

PERKEMBANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LANGKAH Set Induksi (10 minit) ISI PELAJARAN Sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia AKTIVITI GURU Guru menayangkan video tiga sambutan perayaan utama di Malaysia. Guru menyoal murid: a) Agama apakah yang dianuti dalam video tersebut? b) Mengapakah kita perlu menghormati agama lain di Malaysia? Guru mengaitkan video dengan tajuk pelajaran. Langkah 1 (15 minit) Agama dan tempat ibadat Guru meminta beberapa orang murid untuk menceritakan tentang agama, tempat ibadat dan perayaan masingmasing. Guru menyoal murid: a) Mengapa manusia memerlukan agama untuk hidup? b) Mengapa perlu menyambut perayaan? Guru memberi penerangan tentang tiga anutan agama yang utama di Malaysia dan tempat ibadat bagi agama tersebut. Murid mendegar dengan teliti cerita daripada rakanrakan. Murid mencatat isi penting berdasarkan cerita rakan. Murid memberi tumpuan dan mendengar penerangan guru. AKTIVITI MURID Murid menonton video dan cuba memahami kandungan video yang ditonton. Murid memahami hubungan video tersebut dengan tajuk yang akan diajar oleh guru. CATATAN BBM: Video

Langkah 2 (20 minit)

Aktiviti berkumpulan: Padanan gambar tempat ibadat dengan pakaian tradisional setiap kaum

Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan

Murid duduk di dalam kumpulan masing-masing.

BBM: Sampul bergambar (rumah ibadat,pakaian tradisi setiap kaum)

Guru memberikan sampul yang mengandungi gambargambar kepada setiap kumpulan.

Murid mendengar arahan guru dan melakukan aktiviti secara berkumpulan.

Guru menerangkan arahan untuk melakukan aktiviti tersebut.

Wakil murid membentangkan hasil tugasan.

Guru meminta wakil murid untuk membentangkan hasil aktiviti mereka

Langkah 3 (10 minit)

Kepentingan menghormati agama lain

Guru menerangkan kebaikan menghormati agama lain dalam konteks negara Malaysia yang pelbagai kaum

Murid menumpukan perhatian kepada penerangan guru.

Penerangan dan Sumbang saran

Murid memberi pendapat masingmasing.

Guru meminta murid memberi pendapat berkenaan perkataan yang diberikan. a) toleransi b) menghormati c) bersatu padu

Penutup (5 minit)

Rumusan

Guru meminta beberapa orang murid secara rawak untuk membuat rumusan tentang isi pelajaran hari ini.

Beberapa orang murid membuat rumusan isi pelajaran.

BBM: Lembaran kerja

Murid membuat lembaran kerja.

Guru mengedarkan lembaran kerja.