Anda di halaman 1dari 1

Nasi Lemak Nasi lemak merupakan makanan orang Melayu di Malaysia.

Nasi lemak dijadikan sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Daun pisang digunakan untuk dijadikan bungkusan nasi lemak. Kaum Cina dan India juga meminati nasi lemak.