Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara

Kejohanan Balapan dan Padang sam pp Di Padang SAMPP Pada : ..

Bismillah Assalam.. Salam Hormat Salam Kasih Salam Ukhwah Salam Satu Malaysia Yang berusaha, Puan Rozita Bt Ahmad Puan Sofia Nor Molhit En. Othman Bin Omar Puan Anita Mazlina Azman Arash En. Termizi Mohd Tahir En. Azahari Mohd Yusop Yang dihormati Guru-guru Kanan, guru-guru, ibu bapa pelajar-pelajar dan seterusnya warga SMK Cheras Jaya yang dikasihi sekalian Selamat datang diucapkan ke KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK CHERAS JAYA KALI KE. tahun .. Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua sekali lagi kita dipertemukan dalam acara Tahunan Sekolah pada tahun ini. Sukacitanya kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga di atas kehadiran hadirin hadirat sekalian bagi memeriahkan lagi temasya sukan kali ini. Pengetua PK PK HEM PK Kokurikulum PK Petang PK PK

PERARAKAN PERBARISAN Hadirin hadirat yang dimuliakan.. Sebentar lagi akan berlangsung perarakan masuk kontigen-kontigen yang diketuai oleh Saudara Muhammad Shafie .............................. selaku Ketua Kontigen Kejohanan Balapan dan Padang SAMPP Dikuti oleh perarakan masuk bendera kejohana yang dibawa oleh 5 orang pengakap Seterusnya perarakan masuk kontigen-kontigen daripada 5 rumah sukan yang membawa bersama bendera rumah masing-masing.

1)

Memulakan perarakan perbarisan pada pagi ini kontigen dari rumah muktah yang diketua oleh ......................................................... Terbang helang tinggi di angkasa Hinggap sebentar di pohon bidara Semangat muktah gagah perkasa Ingin menggengam kilauan juara

2)

Seterusnya kontigen rumah BADAR yang diketuai oleh ................ Bayan membiru umpama lautan Tabah meredah gelora menjelang, Badar bangkit bersama harapan Pastikan pingat dibawa pulang.

3.

Kontigen seterusnya ialah rumah Khaibar yang diketuai oleh ........................................................ Merak khaibar semarak api Semangat juang tak pernah hilang Pertahan juara sudahlah pasti Biar sampai berputih tulang.

4.

Kontigen keempat ialah rumah Uhud yang diketuai oleh ....................................................... Uhud menguning warnanya gemilang Rona diraja penaung negeri, Semangat kental terus berjuang, Takkan mengalah menyerah diri.

5.

Akhir sekali ialah kontigen rumah .. yang diketuai oleh .................................................... Patah sayap bertongkat dada Itulah semangat wira Jentayu

Mengerah kudrat selagi daya Di gelanggang ini pingat diburu. DOA Sebelum acara bermula, pohonkan doa ke hadrat yang Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Shahriman Said untuk memimpin bacaan doa. UCAPAN PENGETUA Hadirin dan hadirat sekalian, sekarang marilah kita mendengar pula ucapan perasmian Kejohanan Balapan dan Padang yang akan disampaikan oleh Puan Rozita Binti Ahmad Pengetua . Terima kasih sekalung budi atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Dengan ini rasmilah sudah Kejohanan Balapan dan Padang . kali ke-7. MENAIKKAN BENDERA Seterusnya, ialah upacara menaikkan bendera kejohanan. Diminta hadirin sekalian berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu sekolah. LAFAZ IKRAR Meneruskan acara ialah bacaan lafaz ikrar yang akan disampaikan oleh Ketua Kontigen iaitu Saudara .......................................................... Diminta semua ketua kontigen yang mewakili rumah masing-masing mengiringi Ketua Kontigen untuk acara lafaz ikrar ini. PERARAKAN KELUAR Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan. Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.

Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi

Pungutan Mata Setakat Ini

Jentayu Kenyalang Merak Bayan Helang

413 383 353 350 347

MENURUNKAN BENDERA KEJOHANAN Selesai sudah upacara penyampaian hadiah. Kini Bendera Kejohanan akan Olahraga

diturunkan dengan rasminya sebagai tanda berakhirnya Kejohanan Tahunan kali ke 58.

(anggota PENGAKAP menurunkan bendera dan tampil ke pentas untuk penyerahan bendera)

Seterusnya majlis menjemput Puan Pengetua, Rozita Binti Ahmad untuk menerima bendera kejohanan yang akan diserahkan oleh ........................................... Bendera ini akan disimpan dan akan dikibarkan semula pada kejohanan yang akan datang, InsyaAllah.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU Akhir kata dari kami berdua, Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa, Syabas untuk semua dan Majulah Sukan .. demi menyahut seruan 1 Murid 1 Sukan. Sukan untuk kecergasan, sukan untuk semua. Wabillahitaufik wslmk wrt BERSURAI