Anda di halaman 1dari 3

Sikap manusia yang sambil lewa terhadap persekitaran turut menyumbang kepada bencana alam.

Kini, majoriti penduduk di negara kita mampu memiliki kenderaaan sendiri. Mereka juga leih selesa untuk berulang-alik ke tempat kerja dengan menggunakan kenderaan sendiri berbanding dengan kenderaan awam. Bukan itu sahaja, di sesetengah kawasan,terdapat penduduknya yang gemar melakukan pembakaran terbuka. Kedua-dua perkara ini sebenarnya telah mendorong kepada penghasilan asap. Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah sebenarnya yang menyebabkan kejadian jerebu sehingga menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Impak jerebu ini boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan mereka yang mempunyai penyakit sedia ada pula menjadi semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara ibarat pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan sekaligus membantu menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa. Punca lain yang menyumbang kepada berlakunya bencana alam adalah disebabkan oleh aktiviti manusia yang menggunakan sumber alam secara rakus tanpa kawalan. Pelepasan gas karbon dioksida oleh 600 juta kenderaan di seluruh dunia dan penerokaan hutan secara berleluasa menyumbang kepada berlakunya penipisan lapisan ozon, pemanasan global dan seterusnya mendorong kepada kejadian pelbagai bencana akibat berlakunya perubahan iklim seperti peningkatan suhu harian dan kesejukan melampau berlaku dikebanyakan tempat di dunia. Fenomena taufan dan banjir besar berlaku secara tidak dijangka. Walaupun terdapat sistem maklumat geografi dan telekomunikasi yang serba canggih di dunia, ia belum dapat meramal dengan tepat tentang kejadian sesuatu bencana yang bakal berlaku. Bencana gempa bumi yang berlaku disesetengah kawasan pula amat sukar diramal tentang bila dan dimana ia akan berlaku. Kawasan yang tidak pernah mengalami gempa turut menerima kesan gegaran yang menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat. Bagi mereka yang telah ditimpa bencana pula kos untuk membangunkan semula kawasan yang dilanda bencana amat tinggi. Maka jelaslah bahawa bencana alam membawa malapetaka kepada mangsa dan isu ini perlu dikaji dengan lebih mendalam agar dapat mengelakkan sebarang impak yang lebih serius. Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi negara, namun antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Pihak yang terbabit dalam penebangan hutan selalunya hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan inpaknya terhadap persekitaran ekologi ,mungkin golongan yang bersifat nafsi ini tidak mengetahui bahawa dalam sistem ekologi itu manusia adalah organisma utama. Maka sebarang perubahan dalam ekosistem hutan pasti akan memberi kesan terhadap manusia. Kawasan hutan yang telah ditebang jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini

akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda. Oleh itu, sebarang aktiviti ekonomi yang memusnahkan hutan secara meluas dan tidak terkawal perlulah diambil tindakan yang drastik terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kemusnahan tersebut agar dapat menjamin kehidupan yang sejahtera terutama untuk generasi yang akan datang. Kesimpulannya, bencana alam memberi satu mimpi dan pengalaman yang buruk sama ada kepada rakyat mahupun kepada institusi negara itu sendiri sehingga pihak kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat ke atas negara. Bencana alam kadangkala datang tanpa diundang dan untuk itu kita perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang bentuk perubahan yang boleh membawa kepada kemusnahan petempatan, kehilangan nyawa dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kejadian bencana alam juga sebenarnya turut berpunca daripada kegiatan manusia itu sendiri. Oleh itu, kita sendiri sebagai manusia perlulah mengubah sikap yang boleh menyebabkan berlakunya bencana alam. Segala bentuk langkah berjaga-jaga perlulah diambil dan dilaksanakan dengan lebih awal sebelum kedatangan bencana agar kita dapat mengelakkan kesan yang lebih buruk lagi. Diharapkan agar semua pihak akan memainkan peranan untuk mengelakkan bencana alam daripada terus berlaku.

LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL AKTIVITI PEMBALAKAN

1. Langkah perundangan

Mewartakan hutan simpan kekal dan menguatkuasakan akta perhutanan negara terhadap sebarang bentuk pencerobohan hutan simpan seperti denda atau kompaun, penjara dan sebagainya.Contohnya dikuatkuasakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Kualiti Alam sekitar 1974.Misalnya, kawasan hutan simpan kekal ialah Taman Negara di Pahang, Taman Negara Bako di Sabah dan Hutan Simpan Belum di Perak.

2. Langkah pengurusan

I. Melaksanakan program perhutanan semula dan penanaman semula hutan yang diuruskan secara sistematik,sainstifik dan terkawal.Hal ini, dinamakan sebagai projek perladangan hutan kompensatori.Sebagai contohnya perladangan hutan di Kemasul, Pahang.Pokok balak yang cepat membesar dan matang dalam tempoh 15 tahun ditanam seperti Batai, Yamane, Akasia dan lain-lain. II. Melaksanakan system penebangan hutan terpilih bukannya tebangtbersih.Pokok yang cukup matang dan cukup ukur lilitnya sahaja yang ditebang.Misalnya, bagi pokok kayu keras yang berukur lilit 45cm ke atas sahaja yang layak ditebang. III. Melaksanakan usaha R&D secara berterusan khususnya dalam konteks sivilkultur, penjagaan dan perawatan hutan daripada perosak dan penyakit, teknologi pembiabakaan pokok serta teknologi moden pencegahan kebakaran hutan. IV. Mengelakkan penggunaan sumber-sumber gantian agar tidak terlalu bergantung kepada sumber hutan khususnya kayu.Contohnya penggunaan simen dan batu bata dalam industri pembinaan, penggunaan kayu getah dalam industri perabot, termasuk dikitar semula bahan terbuang.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut adalah mengadakan aktiviti-aktiviti seperti pameran,kempen-kempen,pertandingan dan lain-lain lagi.Pihak yang berkenaan boleh mengadakan pameran pencemaran alam. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan tempat-tempat awam seperti perpustakaan awamatau di aktiviti-aktiviti awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Kempen-kempen yang berkaitan alam sekitar juga boleh diadakan. Peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar dalam kempen-kempen ini.Selain itu,pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar yang diadakan oleh pihak berkenaan.Dengan pertandingan tersebut, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran.Mereka akan mendapat pengetahuan tersebut dalam proses ini. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Melalui pertandingan tersebut akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar.Hal ini demikian dapat menyedarkan masayarakat tentang keburukan pembalakan haram terhadap alam sekitar.