Anda di halaman 1dari 13

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 PERCUBAAN 2013

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

D C B A A B A A C C B C B C D A A C B A

21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40

C B C A A D B D D C C A C A D A D A B B

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1 PERCUBAAN 2013

BAHAGIAN A [ 36 markah ] Jawab semua soalan.


Soalan 1

a) Apakah slogan yang dapat menaikkan semangat patriotisme atlet negara Malaysia Boleh (1 markah) b) Nyatakan dua kepentingan Sains Sukan Prestasi meningkatkan prestasi atlit Kesihatan membantu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh (2 markah) c) Berikan satu perbezaan antara sukan dengan main. Sukan mempunyai matlamat dan undang-undang serta peraturan. Main sekadar untuk keseronokan dan tidak mempunyai matlamat khusus . (1 markah)

Soalan 2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Sukan Untuk Semua dan Sukan Berprestasi Tinggi? Sukan untuk Semua Menambah dan mengekalkan kesihatan anggota masyarakat Sukan Berprestasi Tinggi Mengenalpasti, mengekalkan dan meningkatkan prestasi atlit ke tahap tinggi

(3 markah) (b) Nyatakan satu objektif Dasar Sukan Negara. Membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin dan bersatu padu melalui penglibatan yang meluas dan peluang-peluangterbaik dalam sukan. (1 markah) Soalan 3. Jadual 1 menunjukkan pasukan yang bertanding dalam satu Kejohanan Bola Baling Remaja 2009. Pertandingan telah dijalankan secara liga satu pusingan.
BIL PASUKAN

MARAN

TEMERLOH

KUANTAN

BERA

PEKAN

Jadual 1 (a) Hitungkan jumlah perlawanan yang akan dijalankan. i. 10 (b) Nyatakan dua kelebihan dengan menggunakan sistem pertandingan ini. i. Peserta mendapat kedudukan dalam sistem dipertandingkan (1 markah)

ii. Pemain tidak disingkirkan sehingga habis pertandingan . (4 markah) (c) Sesuatu kejohanan atau pertandingan boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa sistem pertandingan yang berbeza. Senaraikan dua jenis sistem pertandingan selain sistem liga. i. Cabar mencabar ii. Kejohanan
Soalan 4

(2 markah)

Motivasi penting kerana dapat mempertingkatkan semangat dan inisiatif atlet untuk berjaya dalam bidang sukan. (a) Nyatakan dua bentuk motivasi yang dapat mempengaruhi seseorang atlet. i. Kebolehan diri ii. Ganjaran (3 markah) (b) Nyatakan sumber motivasi yang biasanya diperoleh oleh seseorang atlet atau pemain. i. Intrinsik ii. Ekstrinsik (c) Nyatakan dua jenis keagresifan yang terdapat dalam sukan. i. Ketara (Hostile) ii. Instrumental
(2 markah)

(2 markah)

(d)

Mike Johnson telah bertindak menggigit telinga lawanya sehingga luka tanpa dilihat oleh pengadil. Kemuadian, Mike Johnson telah mengambil kesempatan dengan menumbuk lawanya bertubi-tubi. Akibatnya pihak lawan telah jatuh dan diisytiharkan kalah.

i. Berdasarkan situasi tersebut, jelaskan jenis keagresifan yang berlaku dalam perlawanan tersebut. i. Ketara (Hostile) ii. Huraikan satu faktor yang mempengaruhi keagresifan. ii. Psiko -fisiologikal (1 markah) Soalan 5 (a) Nyatakan tiga komponen sistem rangka manusia. i.Ligamen ii. Kartilej iii Tendon (3 markah) (b) Terangkan dua fungsi sistem rangka pada tubuh badan manusia. i. Sokongan ii. Pergerakan (2 markah) (1 markah)

Soalan 6 (a) Lukis satu contoh tulang panjang dan namakan tiga bahagiaanya.

(b) Labelkan bahagian yang berikut :

i. clavikel

ii. sternum

Soalan 7 (a) Nyatakan dua fungsi otot. i. Menghasilkan pergerakan ii. Mengekalkan postur (2 markah) (b) Nyatakan tiga ciri otot rangka. i. Kebolehkuncupan ii. Kebolehujaan iii. Kebolehpanjangn (3 markah)

Soalan 8 (a) Dengan mengambil contoh aktiviti yang sesuai, bezakan ketiga-tiga penguncupan otot yang berikut Penguncupan Isometrik Penguncupan Isotonik Penguncupan Isokinetik

(i) Penguncupan isometrik (penguncupan statik) Penguncupan yang menghasilkan daya tetapi tidakmengubah panjang fiber otot semasa mengatasi rintangan yang statik.

(ii) Penguncupan Isotonik Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak. Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot.

(iii) Penguncupan Isokinetik Bagi penguncupan isokinetik, fiber-fiber otot menguncup pada kelajuan yang tetap mengatasi rintangan yang berubah-ubah. Peralatan khusus diperlukan untuk menghasilkan penguncupan jenis ini kerana rintangan maksimum diperlukan bagi semua julat pergerakan.

(a) Nyatakan dua jenis interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka. i. Agonis ii. Antagonis

(2 markah) BAHAGIAN B ( 10 markah ) Pilih dan jawab DUA soalan dari bahagian ini. 1. Dasar Sukan Negara iaitu Sukan Untuk Kecemerlangan hendaklah dibangunkan secara serentak. Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberikan penekanan pada aspek strategi dan pelaksanaan dasar. Bincangkan Dasar Sukan Negara daripada aspek. (a) Strtegi (b) Pelaksanaan Perancangan Pertubuhan-pertubuhan sukan hendaklah mengadakan program-program jangka panjang dengan struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan. Personel Badan-badan sukan disemua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan berpengalaman bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Kewangan Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi dan sukan massa. Sumber kewangan boleh diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, sektor korporat dan individu. Sumbangan-sumbangan hendaklah dikecualikan dari cukai. Persatuan-persatuan hendaklah mempertingkatkan strategi pemasaran aktiviti mereka. Yayasan sukan kebangsaan perlu diwujudkan. Insentif

Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara haruslah diberi pengiktirafan dan insentif . Insentifinsentif ini boleh berbentuk biasiswa,penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insuran, perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan. Selain itu kemasukan atlit ke 6pusat pengajian tinggi , adalah berdasarkan syarat akademik yang minimum dalam displin yang dipohon. Organisasi Sukan di negara ini dapat dimajukan dengan adanya kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan untuk menyelaraskan satu program yang bersepadu. Satu jawatankuasa tetap hendaklah ditubuhkan untuk menentukan perhubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi tersebut. (10 markah) 2. Sejarah perkembangan Sains Sukan di negara kita, secara khususnya adalah tidak dinyatakan secara tersirat. Namun demikian, perkembangan Sains Sukan bermula dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Berdasrkan maklumat di atas, i. Bincangkan tiga peringkat perkembangan Sejarah sukan. (7 markah)

Perkembangan sejarah sukan dan sains sukan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. (i) Peringkat Awalan Aktiviti sukan telah dikesan sejak zaman tamadun Yunani, Rom, China dan Islam. Pada kurun ke-18, semua lapisan masyarakat secara menyeluruh telah melibatkan diri dalam sukan. Ini adalah berpunca dari tiga peristiwa penting yang telah berlaku antara tahun 1762 hingga 1789. (ii) Peringkat Pertengahan Unsur-unsur sains sukan telah mula diperkenalkan secara tidak langsung pada akhir kurun ke19 dan awal kurun ke-20 di mana pergerakan manusia dan aktiviti sukan dianalisiskan. Pada tahun 1878, Edward Muybridge telah mencipta kaedah penggambaran aksi berjalan dan larian manusia dan kuda. H. Piper (1907) seorang bangsa German telah menggunakan elektromiogram (EMG) untuk mengukur impuls elektrik yang dihasilkan oleh otot manusia semasa pergerakan. Kaedah ini telah digunakan dalam aksi sukan pada tahun 1970an dan 1980an. Pada pertengahan abad ke-20, kajian-kajian sains berkaitan dengan sukan seperti

antropometri, biologi, biomekanik, fisiologi dan sosiologi mula berkembang dengan pesat. Hasil kajian dan sumbangan saintissaintis sukan telah dibukukan dan dijilidkan dalam jurnal.

(iii) Peringkat Terkini Pada masa kini terdapat ramai saintis sukan yang terlibat dalam penyelidikan sukan. Mereka menggunakan kaedah-kaedah dan alatan-alatan yang canggih dan berteknologi tinggi. Ini terbukti dengan kehadiran lebih 2000 saintis sukan semasa Kongres Sains Sukan dunia anjuran Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) kali ketiga di Atlanta, Amerika Syarikat pada tahun 1995.

ii.

Huraikan proses perkembangan Sains Sukan di Malaysia.

(3 markah)

Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia telahditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama. Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah memasukkan pendidikan jasmani dalam kursus diploma pendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra Malaysia, Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untuk program Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Jasmani). Pengambilan pertama dimulakan dengan guru-guru terlatih seramai 20 orang. Pada tahun 1996, program sarjana sains sukan ditawarkan.

Institusi pengajian tinggi di Malaysia seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi MARA menawarkan program sains sukan di peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran. Para graduan dari program ini boleh berkhidmat di agensiagensi kerajaan atau swasta sebagai jurulatih, fisioterapis, pendidik, pengurus kedai sukan, pentadbir kelab sukan dan kecergasan, pengulas sukan, saintis sukan dan sebagainya.

3. Bezakan secara ringkas ketiga-tiga sistem tenaga berikut dengan memberikan penjelasan yang ringkas (a) i. ii. iii. Sistem ATP-PC Sistem Asid Laktik Sistem Oksigen

(i) Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC) Juga dikenali sebagai sistem fosfagen. Sistem ini membekalkan tenaga untuk aktiviti intensiti tinggi yang dilaksanakan sehingga 10 saat. Fosfokreatin (PC) disimpan dalam sel-sel otot. Tenaga dihasilkan apabila fosfat terurai dan pada sebatian fosfat kreatin. Hasil akhir pemecahan ini ialah Kreatin (C) dan fosfat bukan organik (P). Tenaga yang terhasil daripada pemecahan PC di sintesis semula bagi menghasilkan ATP. (i) Sistem anaerobik laktik (Anaerobik glikolisis) Sistem ini membekalkan tenaga hasil daripada pemecahan glukosa yang diperolehi daripada karbohidrat yang tercerna atau glikogen yang tersimpan dalam otot atau hepar. Sistem ini tidak memerlukan oksigen untuk memecahkan glukosa. Sistem ini juga menghasilkan asid laktik yang boleh melesukan otot apabila kandungannya dalam darah terlalu banyak.

Sistem ini memerlukan kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga Penghasilan ATP melibatkan 3 proses: i. Glikolisis ii. Kitaran Krebs iii. Sistem pengangkutan elektron Sistem ini menghasilkan paling banyak ATP. Ini membolehkan aktiviti fizikal dalam jangka masa yang panjang tetapi berintensiti rendah dan sederhana.

(5 markah)

(b) Huraikan penggunaan sistem tenaga yang terlibat dalam acara larian 3000 meter.

Sistem tenaga yang diperlukan bergantung kepada ciri-ciri permainan Contoh: Acara 5000 meter. 10 saat pertama- anaerobik alaktik 10-30 saat peralihan alaktik ke laktik 20 saat 2 minit anaerobik laktik 2 minit 5 minit anaerobik laktik ke aerobik 5 minit ke atas sistem aerobik (5 markah)

4. Lakarkan dan huraikan fungsi-fungsi struktur neuron yang berikut (a) Dendrit (b) Ekson (c) Badan Sel

(i) Dendrit Ia adalah fiber-fiber halus bercabang-cabang yang mengunjur dari badan sel. Ia berfungsi membawa impuls-impuls saraf ke badan sel. (ii) Akson Ia adalah satu fiber panjang yang membawa impuls saraf keluar dari badan sel. Akson disaluti dengan bahan putih dan berlemak yang dikenali sebagai mielin. Mielin melindungi dan menebat fiber-fiber serta meningkatkan kadar transmisi impuls saraf. (iii) Badan sel Ia mengandungi nukleus dan ia adalah pusat metabolik sel (10markah)

Anda mungkin juga menyukai