Anda di halaman 1dari 2

Sang Monyet yang Degil

Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan di kebun buah-buahan dan sayur-sayurannya bersama rakannya Sang Kura-kura. Sedang asyik mereka menikmati buah-buahan di situ, tiba-tiba datang Sang Monyet yang kelihatan sangat lapar. "Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari aku tak makan", kata Sang Monyet dengan sedih "Bolehkah kiranya kamu berdua berikan sedikit buah-buahan untuk aku makan?", pinta Sang Monyet tadi. Sang Kancil dan Sang Kura-kura berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan Sang Monyet seperti itu. "Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kau mahu", kata Sang Kancil. "Terima kasih Kancil, terima kasih Kura-kura", jawab Sang Monyet dengan gembira. Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, mulalah Sang Monyet berasa tamak. Tibatiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan cili-cili yang merah menyala. "Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak Sang Monyet. "Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya", tegah Sang Kura-kura. "Betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain", sokong Sang Kancil. "Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga", kata Sang Monyet tegas Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Kancil dan Sang Kura-kura, Sang Monyet terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu dan terus makan dengan gelojoh. Tiba-tiba Sang Monyet menjerit, "Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!!", Dengan muka yang merah kerana menahan pedas, Sang Monyet berlari mencari air bagi menghilangkan pedas di lidahnya itu.Sang Kancil dan Sang Kura-kura menggeleng-gelengkan kepala mereka.

Sang Gagak Dengan Kendi


Tibalah pada suatu musim yang sangat kering, di mana semua haiwan sukar untuk mendapatkan air sebagai minuman. Seekor burung gagak terjumpa sebuah kendi yang berisi sedikit air. Kendi tersebut bermulut kecil dan tinggi. Burung gagak tidak minum air tersebut. Dia berfikir mahu membaringkan kendi itu tetapi burung gagak khuatir air yang hanya tinggal sedikit akan tumpah. Burung gagak tetap berusaha dan berfikir. Tiba-tiba sebiji buah yang kecil terjatuh dari pokok di atas kendi itu terus masuk ke dalam kendi. Sang gagak mendapati air di dalam kendi itu semakin menaik. Sang gagak mendapat satu akal. Dia lalu mengambil batu-batu kecil berdekatan kendi, dan menjatuhkannya ke dalam kendi satu persatu. Setiap kali burung gagak itu memasukkan batu-batu kecil ke dalam kendi, permukaan air dalam kendipun beransur-ansur naik dan bertambah tinggi hingga akhirnya air tersebut dapat diminum oleh sang gagak.

Sang Monyet yang Degil


Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan di kebun buah-buahan dan sayur-sayurannya bersama rakannya Sang Kura-kura. Sedang asyik mereka menikmati buah-buahan di situ, tiba-tiba datang Sang Monyet yang kelihatan sangat lapar. "Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari aku tak makan", kata Sang Monyet dengan sedih "Bolehkah kiranya kamu berdua berikan sedikit buah-buahan untuk aku makan?", pinta Sang Monyet tadi. Sang Kancil dan Sang Kura-kura berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan Sang Monyet seperti itu. "Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kau mahu", kata Sang Kancil. "Terima kasih Kancil, terima kasih Kura-kura", jawab Sang Monyet dengan gembira. Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, mulalah Sang Monyet berasa tamak. Tibatiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan cili-cili yang merah menyala. "Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak Sang Monyet. "Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya", tegah Sang Kura-kura. "Betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain", sokong Sang Kancil. "Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga", kata Sang Monyet tegas Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Kancil dan Sang Kura-kura, Sang Monyet terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu dan terus makan dengan gelojoh. Tiba-tiba Sang Monyet menjerit, "Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!!", Dengan muka yang merah kerana menahan pedas, Sang Monyet berlari mencari air bagi menghilangkan pedas di lidahnya itu.Sang Kancil dan Sang Kura-kura menggeleng-gelengkan kepala mereka.

Sang Gagak Dengan Kendi


Tibalah pada suatu musim yang sangat kering, di mana semua haiwan sukar untuk mendapatkan air sebagai minuman. Seekor burung gagak terjumpa sebuah kendi yang berisi sedikit air. Kendi tersebut bermulut kecil dan tinggi. Burung gagak tidak dapat minum air tersebut. Dia berfikir mahu membaringkan kendi itu tetapi burung gagak khuatir air yang hanya tinggal sedikit akan tumpah. Burung gagak tetap berusaha dan berfikir. Tiba-tiba sebiji buah yang kecil terjatuh dari pokok di atas kendi itu terus masuk ke dalam kendi. Sang gagak mendapati air di dalam kendi itu semakin menaik. Sang gagak mendapat satu akal. Dia lalu mengambil batu-batu kecil berdekatan kendi, dan menjatuhkannya ke dalam kendi satu persatu. Setiap kali burung gagak itu memasukkan batu-batu kecil ke dalam kendi, permukaan air dalam kendipun beransur-ansur naik dan bertambah tinggi hingga akhirnya air tersebut dapat diminum oleh sang gagak.