Anda di halaman 1dari 115

TEORI PEMODENAN

TEORI PEMODENAN KELASIK


Teori pemodenan adalah teori yang menghuraikan atau yang menerangkan proses transformasi masyarakat tradisi kepada masyarakat moden. [Modernization theory is a description and explanation of the processes of transformation from traditional or underdeveloped societies to modern societies (J. Michael Armer & John Katsillis, 2000)]

TEORI PEMODENAN KLASIK

Teori pemodenan peringkat awal (klasik) dikemukakan oleh tokoh-tokoh seperti Auguste Comte, Karl Marx, Emile Durkheim, Max Weber, Georg Simmel dan Rostow. Mereka pada umumnya menumpukan perhatian kepada kesan pemodenan ke atas masyarakat serta masalah yang dihadapi dalam sesebuah masyarakat moden.

AUGUSTE COMTE
Comte mengatakan masyarakat berubah secara evolusi mengikut tiga tahap atau peringkat, iaitu: 1. Tahap theological & military 2. Tahap metaphysical & juridical 3. Tahap positivistic & scientific

Tahap Theological/Military
Tahap ini disamakan dengan keadaan dunia sebelum abad ke-13. Mengikut Comte, pada tahap ini konsepsi teori penuh dengan unsurunsur luar biasa, khayalan dan imaginasi.

Hubungan sosial adalah bercorak ketenteraan dan ciri taklukan wujud dengan meluas. Institusi perhambaan juga wujud dengan meluas. Perkembangan sains pada tahap ini adalah minima.

Tahap Metaphysical/Juridical
Tahap ini dihubungkan dengan keadaan dunia pada Abad 13- 18. Ini merupakan peringkat peralihan dari peringkat Theological/Millitary kepada peringkat Positivistic/Scientific.

Pada peringkat ini unsur khayalan dan imaginasi masih meluas. Fenomina sosial masih diterangkan dengan idea yang abstrak. Masyarakat tidak seluruhnya bercorak militari, dan hubungan sosial pula tidak begitu regimented. Sistem perhambaan tidak begitu ketat. Proses perindustrian mula berkembang

Tahap Positivistic/Scientific
Keadaan selepas abad 18 hingga sekarang. Peringkat ini melihat perkembangan industri yang pesat. Konsepsi teori adalah berasaskan kenyataan atau fakta.

Fenomina sosial dijelaskan secara saintifik berdasarkan kajian empirikal. Pada tahap ini perhubungan sosial dan organisasi masyarakat dikatakan berlandaskan ciri industrial yang terbuka dan bebas

EMILE DURKHEIM
Durkheim melihat perubahan masyarakat secara evolusi dari aspek perpaduan (solidarity). Beliau mengatakan apabila masyarakat berubah dari keadaan simple (tradisi) kepada complex (moden), bentuk perpaduan dalam masyarakat juga berubah.

Durkheim mengatakan terdapat dua bentuk perpaduan dalam masyarakat, iaitu: 1. Perpaduan Mekanikal (Mechanical Solidarity) 2. Perpaduan Organik (Organic Solidarity

Perpaduan Mechanical
Perpaduan ini wujud atas asas-asas kesamaan (a solidarity of resemblance). Apabila terdapat banyak ciri persamaan, anggota masyarakat seolah-olah sama antara satu dengan yang lain.

Oleh kerana mendokong nilai yang sama, emosi yang sama, atau nasib yang sama, anggota masyarakat dikatakan mempunyai kesedaran kumpulan yang sama, yang disebut sebagai collective consciousness.

Megikut Durkheim, perpaduan mekanikal lazimnya lahir dalam masyarakat masyarakat simple (simple societies) yang terdapat di kawasan luar bandar. Kuatnya kesedaran kumpulan, maka banyak terdapat tindakan yang konformis di kalangan anggota masyarakat. Mana-mana penyelewengan akan mendapat tekanan daripada masyarakat.

Perpaduan Organic
Perpaduan organik pula ialah bentuk perpaduan yang wujud apabila satu-satu masyarakat itu mengalami pembezaan struktur (struktural differentiation) seperti masyarakat kota yang kompleks. Dalam keadaan ini, individu bebas bertindak, atau melakukan sesuatu berdasarkan kesedaran individu, tidak sangat berdasarkan kesedaran kolektif.

NELS SMELSER
Smelser sebagai seorang pendokong teori evolusi menumpukan perhatian kepada proses pemodenan yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Bagi Smelser, pemodenan melibatkan beberapa perubahan dalam sub-sistem masyarakat, iaitu perubahan dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan, keagamaan, kekeluargaan dan sistem susunlapis masyarakat.

Bidang Ekonomi
Dalam bidang ekonomi, pemodenan dilihat dari segi perubahan penggunaan teknologi mudah (simple) kepada penggunaan teknologi yang saintifik; dari system pertanian bercorak saradiri kepada yang bercorak komersial; dan dari penggunaan tenaga manusia dan binatang dalam proses pengeluaran kepada penggunaan jentera.

Bidang Politik
Dalam bidang politik, pemodenan dilihat dari segi: peralihan kuasa atau autoriti puak (tribal authority) kepada sistem undi (demokrasi); dari segi kewujudan partiparti politik; dari segi sistem perwakilan dalam pemerintahan melalui pilihanraya; dan dari segi perkembangan birokrasi perkhidmatan awam.

Bidang Pendidikan
Pemodenan dalam bidang pendidikan, dilihat dari aspek pengurangan atau penghapusan buta huruf; perkembangan ilmu pengetahuan; dan peningkatan kemahiran yang membawa kepada pengeluaran produktif dalam bidang ekonomi.

Bidang Agama
Dalam bidang keagamaan pula, pemodenan adalah ke arah sekularisasi, iaitu ke arah pembentukan sistem sosial yang bercorak sekular daripada yang berlandaskan keagamaan dan kepercayaan tradisi.

Bidang Kekeluargaan
Smelser juga mengatakan proses pemodenan membawa keapada perubahan dalam bidang kekeluargaan, yang memperlihatkan keruntuhan system keluarga luas (extended family system); dan pembezaan struktur (structural differentiation) ke atas keluarga sebagai unit yang penting dalam masyarakat.

Bidang Susunlapis Masyarakat


Akhir sekali, dalam bidang susunlapis, ia memperlihatkan rombakan sistem susun lapis atau kedudukan hiraki yang rigid yang bercorak warisan (ascribed) kepada sesuatu yang berasaskan pencapaian (achieved).

ROSTOW
Rostow mengemukakan teori Tahap Pertumbuhan (Stages of Growth) apabila melihat perubahan / evolusi masyarakat daripada masyarakat tradisional kepada masyarakat moden seperti terdapat di Barat.

Untuk sampai ke tahap kemajuan seperti mana masyarakat Barat hari, sesebuah negara atau masyarakat itu perlu mengalami lima tahap perubahan, dan untuk ia memakan masa selama kirakira 200 tahun.

Lima tahap tersebut adalah: 1. Tahap tradisional 2. Tahap persediaan (Pre-condition) 3. Tahap lepas kandas (Take-off) 4. Tahap Kematangan (Maturity), dan 5. Tahap penggunaan massa (The age of high mass consumption)

1 Tradisional

2 Persediaan

3 L/Kandas

Kematangan

Pgn Massa

Tahap Tradisional
Tahap ini memperlihatkan sesebuah negara/masyarakat itu masih terlibat secara menyeluruh dalam kegiatan ekonomi pertanian. Jika keadaan ini berterusan, kemajuan ekonomi dan sosial kurang berlaku.

Tahap Persediaan
Ini merupakan tahap di mana terdapat perubahan idea dan juga sikap terhadap kemajuan ekonomi, sekurangkurangnya bagi sebahagian daripada penduduk sesebuah negara/ masyarakat.

Tahap ini menunjukkan wujud golongan elit yang mempunyai kesedaran dan keazaman untuk memperolehi keuntungan, dan melabur semula keuntungan dalam pengeluaran.

Tahap Lepas Kandas


Ini merupakan tahap yang paling penting bagi sesebuah negara/masyarakat dalam usaha mencapai kemajuan. Tahap ini memperlihatkan peningkatan dalam kadar pelaburan sehingga pendapatan per kapita sebenar (real per capita income) meningkat dengan agak besar.

Peringkat lepas kandas ini akan mempertingkatkan ekonomi sesebuah negara itu kepada tahap daya pengeluaran membawa kepada pertumbuhan kendiri (self-generating growth). Mengikut Rostow, untuk sampai ke peringkat lepas kandas ini sesebuah negara itu perlu memperuntukkan antara 12-15% daripada Keluaran Negara Kasar (Gross Domestic Product) untuk pelaburan produktif.

Tahap Kematangan
Tahap ini adalah tahap di mana pertumbuhan ekonomi yang berlaku itu menjadi pertumbuhan yang dapat dikekalkan secara kendiri (selfsustaining growth) tanpa bantuan dari luar.

Tahap Penggunaan Massa


Tahap ini memperlihatkan kemajuan ekonomi, sosial, dll tercapai dengan meluas sepertimana berlaku di negaranegara maju di dunia, terutamanya di negara-negara kapitalis Barat.

MAX WEBER
Max Weber mengatakan sesebuah masyarakat moden mempunyai ciri-ciri khusus yang berhubung rapat dengan konsep rasionalisasi (rationalization). Mengikut Weber wujud masyarakat moden itu pada asasnya ialah satu proses rasionalisasi.

Antara ciri rasionalisasi mengikut Weber adalah:


1. Kecenderungan menyesuaikan kemampuan dan kehendak dengan berkesan. 2. Kurang pegangan/kepercayaan kepada mitos dan magis. Sebaliknya, lebih berpegang kepada alasan atau justifikasi yang berasas lagi rasional.

Sebagai contoh, Weber menunjukkan bahawa proses rasionalisasi berlaku dalam bidang birokrasi apabila struktur birokrasi itu mempunyai ciri-ciri seperti hiraki kuasa dan pembahagian tugas birokratik yang jelas, dan corak pemerintahan yang objektif dan tidak bercorak peribadi.

Rasionalisasi dalam bidang ekonomi pula dilihat dari segi peningkatan kapitalisma, yang mengikut Weber mesti didasarkan kepada prinsip ekonomi yang rasional dengan dibantu oleh satu organisasi ekonomi yang juga bersifat rasional - bukan didasarkan atas penguasaan dan peindasan ekonomi seperti yang dikatakan oleh Marx.

KARL MARX
Perkara terpenting berkaitan dengan pemikiran intelek Karl Marx adalah seperti berikut: Teori Kelas Kaedah Dialectic Konsep Alienation

Teori Kelas
Mengikut Marx, ekonomi merupakan faktor utama atau "basic structure" dalam masyarakat. Faktor-faktor lain seperti politik, agama, dll. yang disebut sebagai super structure adalah bergantung kepada faktor utama tersebut.

Marx mengatakan perkembangan modal yang membawa kepada kekayaan material, dapat membebaskan manusia daripada kesempitan hidup. Tetapi keadaan ini dikatakan akan membawa kepada penindasan golongan minoriti yang menguasai modal/ kekayaan ke atas golongan majoriti (yang tidak menguasai modal/ kekayaan)

Golongan yang menguasai modal/ kekayaan adalah disebut kelas borjuis, dan golongan yang tidak menguasai modal/kekayaan disebut kelas proletar (kelas pekerja). Marx mengatakan, kelas proletar tertakluk kepada pelbagai tekanan dan ekploitasi daripada kelas borjuis. Kelas borjuis yang kecil (minoriti) memperalatkan kelas proletar untuk menambah modal/kekayaan mereka.

Akibatnya, golongan proletar akan sedar bahawa mereka ditindas oleh golongan borjuis, dan kesedaran kelas (class consciousness) ini akan membawa kepada perasaan kelas (class feeling). Akhirnya wujud tindakan bagi menghapuskan masyarakat yang berkelas (class society) serta menggantikannya dengan masyarakat tanpa kelas (classless society)

Masyarakat tanpa kelas (masyarakat sosialis) wujud atas asas sistem pemerintahan pekerja, oleh pekerja dan untuk pekerja. Ia beroperasi atas prinsip "from each according to his abilities to each according to his needs".

Marx mengatakan, untuk mencapai tahap masyarakat baik (good society), perlu satu peringkat pengwasan (peringkat tutorial) sehingga golongan pekerja dapat mempelajari cara-cara yang baik untuk hidup bersama dan mendapat faedah bersama.

Kaedah Dialektik
Marx memperluaskan gagasan "dialectic of ideas" yang dikemukakan oleh Hegel kepada aspek material dikenali dengan konsep "dialectical materialism". Mengikut Marx, manusia tidak puas dengan apa yang diperolehinya, dan sentiasa berjuang secara berterusan untuk memenuhi keperluan baru.

Ini dapat diperturunkan dalam satu rangkaian perubahan berikut: Thesis antithesis synthesis

Idea dialectik ini tidak melihat hubungan antara fenomina sosial dalam bentuk satu hala (one-way) sahaja seperti dalam huraian sebab musabab. Dalam huraian sebab musabab satu fenomina boleh menjadi penyebab berlakunya fenomina lain, iaitu A menyebabkan B. Tetapi dalam hubungan dialectik A boleh menyebabkan B, dan sebaliknya B juga boleh menyebabkan A.

Contohnya: Borjuis menidas proletar, dan ini membawa kepada wujudnya reaksi dari proletar dengan mengambil tindakan menghapuskan borjuis.

A(thesis) B(antithesis) A(synthesis)

Idea dialectic tidak mengenepikan soal nilai dalam fenomina yang dikaji. Bagi Marx, apabila membuat penelitian tentang satu-satu fenomina sosial, seseorang itu tidak boleh memisahkan nilai daripada fenomina tersebut, malah ia menjadi sebahagian daripada kajian. (contoh: nilai-nilai Proletar).

Idea dialectic juga tidak memisahkan satu fenomina sosial dengan fenomina lain dengan jelas, malah semuanya berkaitan (Borjuis boleh jadi proletar & sebaliknya). Selain itu, idea dialectic tidak melihat keadaan semasa sahaja, malah juga keadaan masa lalu, dan masa akan datang.

Alienation
Alienation adalah keadaan di mana manusia dikuasai oleh gerakuasa (force) yang dicipta sendiri - yang berdepan dengan mereka sebagai kuasa-kuasa alien.

Contoh yang dikemukakan oleh Marx ialah wang- yang dicipta oleh manusia dan akhirnya menguasai diri mereka sendiri. Kekuasaan seseorang itu bergantung kepada kuasa wang yang dimilikinya.

Kuasa wang (the power of money) dapat mengabui mata manusia. Yang bodoh boleh mengupah yang pandai bekerja untuknya; Yang keji dianggap mulia kerana mempunyai wang, sebab wang itu sesuatu yang amat dihargai; dan Yang hodoh boleh berkahwin dengan yang cantik kerana ada wang.

Mereka terasing dengan rakan sekerja kerana menumpukan perhatian kepada tugas masing-masing. Kadang-kadang tidak mengenali antara satu sama lain. Pekerja terasing dengan potensi yang ada pada diri mereka sendiri (human potential). Mereka bekerja sebagai mesin yang tidak berpeluang menzahirkan potensi/kualiti yang ada pada diri masing-masing.

Bagi Marx, proses alienation ini diperluaskan ke peringkat pengeluaran, di mana manusia dikatakan terasing dengan perkara berikut:
Pekerja terasing dengan pekerjaan mereka. Mereka bekerja untuk golongan kapitalis. Minat mereka hanya mendapat upah. Pekerja terasing dengan hasil keluaran mereka akibat pengkhususan (division labour).

TEORI PEMODENAN KONTEMPORARI

Teori pemodenan kontemporari didokong oleh tokoh-tokoh seperti Anthony Giddens, Ulrich Beck, George Ritzer, dll. Giddens terkenal dengan konsep juggernaut tentang pemodenan, Beck dengan konsep risk society, dan Ritzer dengan konsep McDonalization.

ANTHONY GIDDENS
Anthony Giddens (1990) mengatakan dunia moden (modern world) yang bermula pada abad 17 di Eropah sebagai satu juggernaut. Giddens menjelaskan konsep juggernaut seperti berikut:

..a runaway engine of enormous power which, collectively as human beings, we can drive to some extent, but which also threatens to rush out of our control and which could rend itself asunder. The juggernaut crushes those who resist it, and while it sometimes seems to have a steady path, there are times when it veers away erratically in directions we cannot foresee. The ride is no means wholly unpleasant; it can often be exhilarating and charged with hopeful anticipation. But, so long as the institutions of modernity endure, we shall never be able to completely control either the path or the pace of the journey. In turn we shall never be able to feel entirely secure, because the terrain across which it runs is fraught with risks of high consequence [ Gidden, 1990 c.f Ritzer:568].

enjin yang mempunyai kuasa besar. Secara kolektif, manusia boleh memandu enjin tersebut pada had tertentu, tetapi akan hilang kawalan menyebakan ia akan terbabas. Juggernaut akan melanda sesiapa sahaja yang menentangnya. Kadangkala ia mempunyai arah tujuan yang agak tetap, tetapi pada ketika tertentu, ia menyimpang ke arah yang tidak dapat diduga. Ketika memandu, pada keseluruhannya kita berada dalam keadaan yang tidak selesa dan tidak mempunyai ganjaran, namun selalunya ia boleh juga menjadi sesuatu yang menarik dan penuh dengan harapan. Tetapi selagi institusi pemodenan itu berterusan, kita tidak boleh mengawal sepenuhnya perjalanan enjin itu samaada mengawal arah tujuannya ataupun kadar kelajuan perjalanannya. Sebaliknya, kita tidak akan boleh merasai selamat seluruhnya, sebab jalan yang dilalui itu penuh dengan risiko tinggi

Giddens menjelaskan pemodenan dari empat institusi asas, sekaligus memperlihatkan ciri juggernaut yang dikemukakan di atas. Empat institusi tersebut adalah: 1. Kapitalisma (capitalism) 2. Industrialisma (industrialism) 3. Kebolehan mengawal (surveillance capacities) 4. Kuasa militari (military power)

Kapitalisma bercirikan (i) pengeluaran komoditi, (ii) pemilikan modal persendirian, dan (iii) sistem kelas yang lahir daripada (i) dan (ii) tadi. Industrialisma melibatkan penggunaan sumber tenaga bukan-binatang, khususnya tenaga jentera dalam pengeluaran dan ini memberi kesan kepada sistem pengangkutan, komunikasi, dan kehidupan seharian.

Pengawasan merujuk kepada aktiviti penduduk yang dipantau atau diawasi oleh pemerintah. Ini termasuk kawalan ke atas keganasan serta sumber keganasan dalam masyarakat dengan kegunaan kuasa militari.

Giddens mengatakan terdapat tiga proses yang memberi dinamisme kepada pemodenan, iaitu (i) distanciation (ii) disembedding, dan (iii) reflexibilty.

Distanciation
Distanciation (penjarakan) dilihat dari segi masa dan ruang (time and space distanciation). Maksudnya, bentuk perhubungan sosial dalam masyarakat moden menjadi kian menjauh (distant). Perhubungan penduduk pada hari ini tidak lagi dibatasi oleh faktor masa dan juga ruang.

Malah, kandungan masa dan ruang itu juga telah berubah. Pemodenan menyebabkan ruang itu terpisah daripada tempat. Dengan kata lain, perhubungan sosial terjalin bukan lagi berdasarkan tempat atau kawasan tertentu, tetapi berlaku dengan orang yang tiada di depan mata, orang yang berada di tempat yang jauh, di satu penjuru dunia yang lain.

Disembedding
Disembedding (perombakan) ditinjau dari segi perhubungan sosial yang tertkluk kepada rombakan semula (restructuring) akibat berlakunya distanciation yang disebut tadi. Oleh kerana perhubungan sosial tidak lagi bersifat tempatan (local), maka ia dirombak semula bagi memenuhi tuntutan penjarakan masa dan ruang yang disebut di atas.

Mengikut Giddens terdapat dua mekanisma dalam proses diembedding ini iaitu (i) wang dan (ii) kepakaran. Wang membolehkan perhubungan berlaku antara pihak yang terpisah dari segi masa dan ruang.

Begitu juga dengan kepakaran yang boleh diambil bagi merancang serta mengatur /menyusun (organize) enviromen sosial dan material dalam kehidupan masyarakat. Perkembangan yang berlaku ini sangat bergantung kepada wujudnya kepercayaan (trust) di kalangan orang yang terlibat dalam perhubungan itu.

Reflexibilty
Reflexibilty bermaksud segala amalan sosial dalam masyarakat moden diteliti semula (re-examined) dan seterusnya diubah mengikut perkembangan masa serta penerimaan maklumat terperinci tentang mana-mana femomina sosial.

Mengikut Giddens, dalam dunia moden semuanya tertakluk kepada reflexibility menyebabkan timbulnya pelbagai keadaan yang tidak menentu - satu juggernaut pemodenan. Giddens seterusnya berpendapat, pemodenan telah mewujudkan satu profil risiko yang distingtif. Risiko telah meningkat ke peringkat global, misalnya risiko peperangan nuklear.

Perkembangan event atau peristiwa tertentu memberi kesan kepada ramai penduduk di seluruh dunia. Kesedaran tentang risiko ini membawa kepada wujudnya perasaan tidak selamat (insecure) seperti yang terdapat dalam takrifan juggernaut di atas.

Mengikut Giddens, reflexibility pemodenan berkembang dan menusuk ke dalam diri (extends to the core of the self) yang memberi kesan kepada pembentukan identiti seseorang. Misalnya, seseorang itu dipengaruhi oleh pelbagai elemen (dari dalam dan luar masyarakatnya) yang membentuk peribadi, amalan, dan identitinya.

Perhubungan sosial yang terjalin juga mengambil bentuk baru, misalnya ada perhubungan intim yang tidak mengambil kira atau terpisah daripada isu moral yang luas (separate from larger moral issues) contohnya, yang berkaitan dengan seksualiti, khususnya emansipasi seksual (sexual emancipation).

ULRICH BECK
Ulrich Beck (1992) dihubungkan dengan teori masyarakat risiko atau risk society.

Mengikut Beck masyarakat risiko adalah masyarakat yang mengambil langkah secara sistematis bagi mengatasi rintangan-rintangan serta keadaankeadaan tidak-terjamin (insecurities) yang diwujudkan oleh proses pemodenan.

Beck mengatakan jika dalam masyarakat pra-moden risiko dihubungkan dengan faktor alam seperti gempa bumi, kemarau, banjir, wabak penyakit dll, tetapi dalam masyarakat moden, risiko adalah akibat kegiatan manusia sendiri.

Jika masyarakat pra-moden berada dalam keadaan yang tidak menentu (uncertainty), masyarakat moden pula berada dalam keadaan yang penuh dengan risiko. Beck mengatakan pada masa ini risk telah menggantikan uncertainty.

We have moved from a world of where uncertainty was the result natural hazards to a world where risks are manufactured or the product of human attempts to dominate nature (Andrew Simms :
http://www.guardian.co.uk/analysis/story/0,3604,1063081,00.html)

Beck seterusnya mengatakan keadan uncertainty akibat faktor alam dapat ditaksirkan (calculable) dan dapat diurus (manageable), tetapi tidak demikian dengan risk yang dicipta manusia. Ini kerana risk dalam dunia moden tidak lagi bersifat tempatan (localized), tidak lagi dapat dilihat (visible) dan tidak lagi dapat dibendung (containable)

Contohnya, Chernobyl Nuclear Disaster di Ukraine pada tahun 1986 menunjukkan risk itu bukan lagi bersifat tempatan tetapi tersebar ke seluruh benua Eropah, Asia dan Amerika Utara yang memberi kesan buruk kepada manusia hingga ke generasi akan datang.

The extent of Chernobyl fallout (Chris Rumford: www.chrisrumford.org.uk/riskpresentation.ppt )

Dalam masyarakat perindustrian hari ini, risk menjadi begitu ketara dan membimbangkan. Ini termasuk risk akibat radiasi (radiation), bahan kimia bertoksik (toxic chemicals), pencemaran (pollution), dan genetically modified food (GM food).

Pollution Fears Over Sperm Count


The leader of the Scottish Greens is worried about toxic pollution and low sperm count. The study on 7,500 men in Aberdeen between 1989 and 2002 showed a 29% fall in the average sperm count. Alcohol, smoking and obesity reduce sperm counts, with fears pesticides and chemicals may damage sperm quality.Everyday products, even some of the carpets we walk on, give off hormone disrupting compounds and much of the food we eat is laced with a cocktail of chemicals."
(http://news.bbc.co.uk/1/hi/scotland/3378315.stm)

Rural Mobile Phone Use 'riskier'


Rural mobile phone users seem to be more at risk, experts say. Using a digital mobile phone in rural areas may pose a greater risk of developing brain tumors than it does in urban settings. Lead Researcher Professor Lennart Hardell said the cause of the increased risk seemed to be the higher emissions from the phones in rural areas because the base stations were further apart than they would be in cities and towns. But emissions can also be higher in urban areas where reception is poor, and this too can increase the tumor risk. (http://news.bbc.co.uk/1/hi/health/4552645.stm)

Mobile Phones Tumour Risk To Young Children


Children under the age of eight should not use mobile phones, parents were advised after an authoritative report linked heavy use to ear and brain tumors and concluded that the risks had been underestimated by most scientists. Professor Sir William Stewart, chairman of the National Radiological Protection Board (NRPB), said that evidence of potentially harmful effects had become more persuasive over the past five years
(http://www.timesonline.co.uk/tol/news/uk/article411329.ece)

Pada umumnya risiko pada masa kini (contemporary risks) mempunyai ciri-ciri berikut:
Risiko kini tidak lagi mempunyai batasan masa dan ruang. Risiko kini boleh menjadi begitu merosakkan (catastrophic) Mekanisma bagi menjamin keselamatan sosial adalah tidak mencukupi.

Mengikut Beck kelas sosial (social class) dalam masyarakat industri kini dikukuhkan lagi oleh risk walaupun kedua-duanya (iaitu kelas sosial dan risk itu) tidak sangat mempunyai kaitan antara satu sama lain. Dalam masyarakat berkelas (classsociety) kekayaan berada di atas dan dengan kemampuan yang ada pada mereka, golongan yang kaya dapat mengelak dari terjebak dengan risk.

Sebaliknya, dalam masyarakat berkelas tersebut, kemiskinan berada di bawah. Kemiskinan lazimnya mencambahkan risk seperti wujudnya keganasan, jenayah, penyakit, dll. Jadi golongan kaya agak kurang menghadapi risiko berbanding golongan miskin.

RISK DALAM MASYARAKAT BERKELAS

Kekayaan

Pembendungan Risk

Kemiskinan

Percambahan Risk

Class-Society (Poverty)

Risk-Society (Risk)

The driving force in the class society can be summarized in the phrase: I am hungry! The movement set in motion by the risk society, on the other hand, is expressed by the statement: I am afraid! (Beck, 1992: 49)

Pembendungan dan percambahan risk boleh juga dilihat dalam konteks negaranegara di dunia. Mengikut Beck negara maju/kaya adalah negara yang lebih mampu untuk membendung risk dengan penciptaan teknologi tertentu. Negara maju ini juga menjual teknologi tersebut kepada negara mundur/miskin bagi tujuan mengawal risk ataupun untuk mengatasi risk tersebut jika berlaku.

Namun demikian, setiap individu (sama ada kaya atau miskin) dan juga setiap negara (sama ada maju atau mundur) tidak akan terlepas daripada risk. Mengikut Beck wujud apa yang dikatakan boomerang effect di mana risk akan berpatah balik hingga kepada penciptanya sendiri.

GEORGE RITZER
George Ritzer dihubungkan dengan teori McDonaldization of Society.

McDonaldization of society is the process by which the principles of the fast-food restaurant are coming to dominate more and more sectors of American society as well as the rest of the world (Ritzer, 1993) (Proses melalui mana prinsip-prinsip makanan segera kian mendominasikan banyak sektor dalam masyarakat Amerika dan juga di seluruh dunia)

Prinsip Utama McDonaldization


Ritzer menurunkan empat prinsip utama McDonaldization iaitu: 1. Efficiency 2. Calculability 3. Predictability 4. Control

Efficiency
Efficiency bermaksud pemilihan kaedah atau cara yang cepat untuk memperolehi sesuatu tanpa perlu menurunkan kos dan usaha yang banyak. Idea efficiency adalah khusus untuk sesuatu industri atau bisnes, tetapi selalunya diklankan untuk memberi faedah kepada pengguna.

Satu perkara menarik adalah pengguna selalunya melakukan tugas yang dulunya dilakukan oleh orang lain kepada mereka, contohnya perkhidmatan layan-diri di stesen minyak, restoran dsb. Pengguna akhirnya semacam dipaksa untuk mempelajari teknologi baru, mengingati lebih banyak nombor, merugikan lebih banyak masa dan mungkin membayar harga yang lebih tinggi bagi tujuan-tujuan efficiency dalam bisnes.

Namun demikian, McDonaldization adalah proses yang efisyen kerana segalanya dilakukan dengan cepat dan mudah. Efficiency penting kepada pengguna kerana apa yang mereka ingini diperolehi dengan cepat tanpa usaha yang banyak.

Pihak pengurusan dan pemilik juga mendapat keuntungan kerana tugas dilaksanakan oleh pekerja dengan mudah dan cepat dan pelanggan juga dilayan dengan efisyen.

Calculability
"(this) involves an emphasis on things that can be calculated, counted, quantified. Quantification refers to a tendency to emphasize quantity rather than quality. This leads to a sense that quality is equal to certain, usually (but not always) large quantities of things." (Ritzer 1993)

"(ini) termasuk tumpuan ke atas perkaraperkara yang boleh dihitung, dikira dan dikuantitikan. Proses menkuantitikan merujuk kepada kecenderungan mementingkan kuantiti lebih daripada kualiti. Ini membawa kepada perasaan bahawa kualiti itu sama dengan jumlah kuantiti yang besar.

Contohnya, "Big Mac," Whopper," atau "Big Gulp," adalah besar dari segi kuantiti tetapi tidak semestinya enak jika diukur dari segi kualiti. Dalam kehidupan seharian juga didapati banyak orang pentingkan kuantiti daripada kualiti contohnya tindakan seperti menurunkan berat badan dengan cepat (lose weight fast), menggunakan microwave untuk kerja-kerja di dapur dll.

Begitu juga dalam mengukur kebolehan, kecekapan dan mertabat sosial seseorang dalam organisasi & masyarakat yang kerapkali dilihat dari segi kuantiti dan tidak dari segi kualiti sama seperti restoran makanan segera yang mengeluarkan makanan segera dengan banyak dan cepat hingga menjejaskan kualiti.

Proses mengkuantitikan (quantification) juga dihubungkan penciptaan serta kegunaan teknologi bukan-manusia (nonhuman technologies) dalam proses pengeluaran di mana satu-satu produk yang mempunyai saiz dan berat (size and weight) tertentu dapat dihasilkan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Lazimya kualiti bagi barangan keluaran teknologi bukan-manusia (non-human technologies) tidak sama dengan kualiti barangan keluaran tangan.

Predictability
Predictability bermaksud sesuatu yang berlaku itu adalah menepati jangkaan atau telahan. Manusia sebagai insan yang rasional selalunya mengharapkan apa yang mereka rasa, kepuasaan dan juga faedah yang diperolehi pada masa lalu akan berulang pada hari ini dan seterusnya pada masa akan datang.

Terdapat perkara-perkara yang sama diperolehi, dirasai atau dialami dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pentadbiran, pendidikan dll. Contohnya, rangkaian perkhidmatan (misalnya perhotelan) skop dan bidang pekerjaan (perguruan, kedoktoran dll) adalah sama sahaja, cuma tempatnya sahaja yang berlainan. Dengan kata lain, A Big Mac is a Big Mac is always a Big Mac.

Control
Contol atau kawalan bermaksud segalasegalanya telah terlebih dahulu disukat, ditimbang dan dipekej secara otomatik dan sistematik seperti penhasilan Big Mac. Dalam konteks ini pekerjaan banyak dilakukan oleh mesin tanpa menggunakan tenaga manusia untuk mengelak timbulnya keadaan tidak menentu atau keadaan yang tidak boleh dijangka.

Dalam kehidupan seharian manusia dikawal oleh teknologi bukan-manusia secara otomatik misalnya penggunaan oven, mesin basuh, mesin pengering (dryer), hawa dingin, lampu jalan, malah kapal terbang pun dikawal oleh komputer.

Manusia juga diprogram seperti mesin seperti pekerja-pekerja di restoran makanan segera yang disuruh senyum, mengucap selamat datang dll walaupun perkara-perkara ini bukan merupakan sifat semula jadi mereka. Apabila ini berlaku bermakna kemahiran dan kebolehan manusia adalah perkaraperkara masa lalu (things of the past), sedangkan dalam keadaan hari ini manusia tertakluk dan dikawal oleh mesin.

Pada umummya proses McDonaldisasi ini menjadikan kehidupan manusia hari ini begitu rutin dan ini adalah sesuatu yang menjemukakan. Ritzer mencadangkan manusia boleh memecah rutin tersebut dengan mengambil langkah-langkah yang meyimpang - seperti memasak makanan sendiri dari awal hingga, membasuh baju dengan tangan, mendapat rawatan di klinik persendirian dll.

TERIMA KASIH