Anda di halaman 1dari 14

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU 3108) ETIKA DAN KOD ETIKA GURU

DI SEDIAKAN OLEH : PISMP PEMULIHAN SEMESTER 8 NUR FATIHAH BINTI KAMARUDDIN FATIN BINTI ABDUL RAZAK NORSAADAH BINTI HJ ABDULLAH SITI AMIRA BINTI AZAHAR

- Merupakan satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. - Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan AlQuran dan ketakwaan kepada Allah.

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi.

Perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:- Niat yang betul - Perlakuan yang baik - Pengerak ke arah kebaikan - Memperkotakan apa yang dikatakan - Berdisiplin dan beradab - Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

MURID

ORGANISASI / MAJIKAN

KOD TATALAKU

RAKAN PROFESIONAL

MASYARAKAT

Mengutamakan kepentingan murid.

Menghormati privasi murid.

Memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi murid tanpa memperalatkan murid untuk kepentingan diri sendiri.

Memahami dan menghormati latar belakang sosio budaya murid.

Berkhidmat dengan penuh dedikasi dan membuktikan kemahiran profesionalisme.

Membimbing murid ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya.

Tidak boleh mengamalkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, ideologi dan sebagainya.

Saling berusaha untuk meningkatkan tahap kecekapan profesionalisme mereka.

Menghormati, bersikap adil dan terbuka terhadap rakan profesional.

Bertanggungjawab untuk mencegah, mendedah dan memperbetulkan perlakuan rakan profesional yang tidak beretika.

Sedia pertahankan membantu dan membela rakan profesional yang teraniaya akibat tuduhan dan tomahan perlakuan yang tidak beretika.

Memahami dan menghormati unsur sosiobudaya masyarakat di mana beliau berkhidmat.

Mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undangundang tersebut.

Mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat beliau berkhidmat.

Menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.

Mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi amalan pekerjaan.

Tidak menyalahgunakan kamudahan dan sumber organisasinya.

Mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

Memaklumkan kepada GB tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang akan menyekat keberkesanan perkhidmatannya.

Membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari masa ke semasa.

Choong Lean Keow (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak Kanak. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. (n.d) . http://pismpgemilang.blogspot.com /2011/07/etika-profesionkeguruan.html . Etika Profesion Keguruan.

Anda mungkin juga menyukai