Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PENUTUPAN KAGUM ZON SARAWAK 2006

1.

CUE : Apabila Pengarah Maktab Perguruan Batu Lintang dan para


jemputan muncul di pintu masuk.
Ann : Hadirin yang dihormati, ketibaan Pengarah Maktab Perguruan Batu
Lintang.

2.

CUE : Apbila Pengarah Maktab Perguruan Batu Lintang sudah duduk di


tempat duduknya.
Ann : Hadirin dipersilakan berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu
Negaraku

3.

CUE : Apabila nyanyian lagu negaraku selesai .


Ann : Terima kasih Hadirin dipersilakan duduk.

4.

CUE : ACARA PERSEMBAHAN MALAM MESRA AKAN


DIMULAKAN
Ann : Bismilahirahmanirahim.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Yang Berbahagia,
Encik Abdillah Hj. Adam.
Pengarah Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching.
Yang Berusaha,
Pengarah dan wakil Pengarah maktab Perguruan Zon Sarawak.
Yang Berusaha
Pn. Hamsiah Masni Abdullah.
Timbalan Pengarah Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching
Yang dihormati,
Ketua-ketua Jabatan,
Pengurus-pengurus pasukan
Jurulatih-jurulatih,
Para Pensyarah,
Para Pegawai Pertandingan
Para pelajar guru pelatih,
Tuan-tuan dan puan puan yang dihormati.

Selamat datang ke majlis penutupan KAGUM PERMAINAN ZON


SARAWAK tahun 2006.
Sesungguhnya setelah 2 hari suntuk kita semua memerah keringat di
padang permainan, maka pada malam ini sampailah kita ke acara
kemuncak Kejohanan ini, itu majlis penutupan.
5.

CUE: Apabila Encik Sanjan sudah bersedia..


ANN: Memulakan Majlis, dengan ini kami persembahkan MALAM
MESRA PENUTUPAN KAGUM ZON SARAWAK 2006.
Persembahan dimulakan dengan mempersilakan seorang pensyarah
MAKTAB PERGURUAN BATU LINTANG yang berbakat. Encik
Sanjan Daik dengan lagu yang berjodol
.
DIPERSILAKAN..

6.

CUE: Selesai sahaja Encik Sanjan membuat persembahan...


Ann : Terima kasih. Bagaimana dengan persembahan Encik D.Sanjan?
Semoga hadin terhibur.

7.

CUE: Apabila Encik Ellison Ludan sudah bersedia


ANN Seterusnya, juga berupa persembahan nyanyian daripada seorang
pensyarah.Tapi kali ini kita datangkan dari bahagian utara Sarawak
iaitu dari M.P Miri. Pensyarah yang dimaksudkan ialahEncik
Ellison Ludan.
Lagu Inggeris yang berjodolAnd I Love You So
DIPERSILAKAN.

8.

CUE: Selesai sahaja persembahan Encik Ellison...


Ann : Terima kasih. Nampaknya persembahan kita semakin panas.

9.

CUE : Persembahan seterusnya adalah persembahan daripada kumpulan


KAGUM Maktab Perguruan Tun Abdul Razak Kota Samarahan
dengan
Persembahan-persembahan kugiran mereka.
DIPERSILAKAN.

10.

CUE : Beriktnya persembahan daripada seorang pelajar B.Ed Tesl cohort 2


MAKTAB PERGURUAN BATU LINTANG. Beliau yang kita
maksudkan ialah Saudara Abd. Hakim Ikram b. Zakaria . Naib
Johan Monsoon Cup Kuala Terengganu 2005, Johan Bintang RTM
Pantai Timur 2005 dan Penyanyi SOULSTAR Sarawak 2006. Hakim
akan mendendangkan sebuah lagu Inggeris bewrjodol If I Aint Got
You
DIPERSILAKAN
Ann : Terima kasih Saudara Abd. Hakim Ikram.

10.

CUE: Apabila Muhamad Azizi sudah bersedia...


ANN: Kalau tadi seorang pelajar dari B. Ed Tesl telah memperdengarkan
suaranya, kini kita tampilkan seoran pelajar PISMP Saudara
Muhammad Azizi b. Rahim mendendangkan sebuah lagu berjodol
KAU PERGI JUA
DIPERSILAKAN

11.

CUE: Selesai sahaja Azizi membuat persembahan..


Ann : Terima kasih Saudara Azizi

12.

CUE : Dengan lengang lenguk rentak tari digayakan, kita persilakan


persembahan tarian kumpulan kebudayaan MAKTAB
PERGURUAN BATU LINTANG dengan tarian Rampaian
Tradisional Melayu
DIPERSILAKAN

13.

CUE: Selesai sahaja persembahan tarian dari MAKTAB PERGURUAN


BATU LINTANG...
Ann : Terima kasih. Begitulah berakhirnya slot persembahan khas Kagum
2006.

14.

CUE : Hadirin sekalian ,sekarang adalah acara yang dinanti-nantikan iaitu


penyampaian hadiah dan cenderamata.
Bagi menyempurnakan acara ini, majlis menjemput Yang
Berbahagia Encik Abdillah Hj. Adam Pengarah Maktab Perguruan
Batu Lintang diiringi oleh Yang Berusaha, Pn. Hamsiah Masni

Abdullah Timbalan Pengarah MAKTAB PERGURUAN BATU


LINTANG untuk menyempurnakan majlis.
DIPERSILAKAN..
15.

CUE : Keputusan Pertandingan dibacakan.Pasukan yang berjaya naik ke


pentas untuk menerima hadiah.
[KEPUTUSAN PERTANDINGAN DIPEROLEHI DARIPADA AJK
PENYEDIAAN HADIAH SUPAYA DAPAT DISELARASKAN]

16.

CUE : Selesai penyampaian hadiah / cenderamata / sijil penghargaan.


Ann:

17.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Encik


Abdillah bin Adam kerana sudi menyempurnakan majlis.

CUE : Apabila Tuan Pengarah MAKTAB PERGURUAN BATU LINTANG


telah bersedia.
Ann : Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Encik Abdillah
Hj Adam untuk menyampaikan ucapan perasmian penutupan
KAGUM PERMAINAN ZON SARAWAK. TAHUN 2006.
DIPERSILAKAN.

18.

CUE : selesai sahaja ucapan Tuan pengarah


Ann : Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Encik Abdillah Hj. Adam.

19.

CUE : Apabila Tuan Pengarah telah bersedia.


Ann : Sekarang adalah upacara penyerahan bendera kejohanan kepada
kontingen yang akan menjadi tuan rumah pada temasya dan
kejohanan KAGUM PERMAINAN ZON SARAWAK pada tahun
2007 nanti. Tuan rumah bagi Kagum Permainan Zon Sarawak tahun
2007 nanti adalah Maktab Perguruan Tun Abdul Razak
Dengan ini dipersilakan Yang Berbahagia Encik Abdillah Hj. Adam
Pengarah MAKTAB PERGURUAN BATU LINTANG menyerahkan
bendera kejohanan kepada Ketua Kontingen MAKTAB
PERGURUAN Tun Abdul Razak Puan Sofiah Abd. Hamid.

20.

CUE : Selesai penyerahan bendera kejohanan.


Ann: Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Dengan penyerahan

bendera kejohanan itu berakhir jualah majlis penutupan rasmi


KAGUM PERMAINAN ZON SARAWAK 2006. Sekalung Tahniah
kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya, dan bagi pasukan yang
belum menyerlah jangan berputus asa cuba lagi pada tahun hadapan
dengan semangat baru yang lebih berkobar kobar .
Ucapan penghargaan diberikan kepada pihak jawatan kuasa
pengelola yang telah berjaya mengelolakan kejohanan kali ini.
Penghargaan juga diberikan kepada Pengarah Pendidikan Guru,
Pengarah Pengarah Maktab Perguruan Sarawak, Miri, MAKTAB
PERGURUAN Rajang, MAKTAB PERGURUAN Tun Abdul Razak,
Kota Samarahan dan Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching.
Ucapan Penghargaan juga diberikan kepada semua jurulatih
Maktab,Para pengadil , atlit atlit yang bertanding,
Dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
JASA DIKENANG BUDI DISANJUNG.
Ann : Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu
cemerlang, gemilang, terbilang dan Ibu pertiwiku.
Sekian.

Anda mungkin juga menyukai