Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU KE-7 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.

t, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapatlah saya jalani sesi praktikum pada minggu ketujuh ini dengan baiknya. Bagaimanapun, sesi pengajaran yang dirancang pada minggu ini tidak dapat dilaksanakan berikutan minggu peperiksaan. Sehubungan itu, perancangan pada minggu ini akan ditunda pelaksanaannya pada minggu hadapan.

MASALAH Sepanjang minggu peperiksaan ini, saya telah ditugaskan untuk mengendalikan peperiksaan mengikut jadual pengajaran peribadi. Semasa mengendalikan peperiksaan, saya dapati murid-murid seakan tidak menghormati suasana peperiksaan. Mereka berkelakuan seperti hari-hari biasa sahaja seperti berbual dan membuat bising sewaktu peperiksaan sedang berlangsung. Bagaimanapun, antara permasalahan yang semakin meruncing lagi apabila berlakunya kes-kes seperti peniruan, murid membuka beg sesuka hati dan membaca buku.

ANALISIS Permasalahan ini berlaku sewaktu saya menjaga kelas yang saya ajari iaitu kelas tahun lima dan tahun enam. Sewaktu saya memasuki kelas untuk menjaga peperiksaan, murid mula bertingkahlaku yang tidak sepatutnya sewaktu berlangsungnya peperiksaan. Ada murid yang menoleh ke kiri, ke kanan dan kebelakang, ada juga murid yang berbual. Tidak kurang pula ada murid yang suka mengadu. Kemudian, setelah murid selesai menjawab soalan peperiksaan, mereka membuat bising. Ada yang mengetuk meja, bermain dan berbual. Selain itu, antara masalah yang paling teruk sekali ialah ada murid yang membuka beg, membaca buku dan menyiapkan kerja sekolah. Sesungguhnya, tingkahlaku murid seperti ini telah mengganggu proses peperiksaan dan tidak boleh dibiarkan.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI Tidak dinafikan, permasalahan pada minggu ini, jika dibiarkan, ia akan memberikan kesan buruk pada pelaksanaan sesi peperiksaan akan datang. Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah tersebut, saya akan cuba melakukan perkara-perkara berikut:1. Sebelum peperiksaan dimulakan, saya akan membacakan arahan asas yang tertera di kertas soalan. 2. Saya akan meminta murid untuk menyimpan semua buku dan alatan kecuali alat tulis di dalam beg dan meletakkannya di bahagian belakang atau tepi kelas, bagi mengelakkan murid mengambil sesuatu di dalam beg. 3. Saya akan mengarahkan murid supaya senyap terlebih dahulu sebelum

mengedarkan kertas soalan dan mengarahkan mereka supaya senyap sepanjang peperiksaan berlangsung. 4. Saya akan memberikan penegasan seperti merampas kertas soalan sekiranya murid ingkar arahan yang diberikan. 5. Saya akan sentiasa membuat pemantauan sepanjang berlangsungnya proses peperiksaan.

TEMPOH MASA Sesungguhnya, permasalahan yang berlaku pada minggu ini tidak saya nafikan mampu menjadi batu penghalang bagi saya untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran pada masa akan datang. Demikian, saya akan memastikan bahawa permasalahan ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.

PENILAIAN KEJAYAAN Bagi memastikan sejauh manakah tahap keberhasilan strategi yang dilaksanakan, saya akan meminta kerjasama daripada murid, rakan, guru dan pensyarah pembimbing untuk menilai tahap pencapaian yang saya perolehi.

TINDAKAN SUSULAN Bagi tujuan ini, saya akan cuba mengaplikasikan setiap cadangan tersebut sewaktu menjaga peperiksaan pada waktu yang berikutnya.

Anda mungkin juga menyukai