Anda di halaman 1dari 10

Konsep 1 Malaysia (Disediakan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara)

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. 1 Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. 1 Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara. Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. 1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

Sumber rencana daripada: http://din.huluselangor.net/?page_id=2119

KEBAIKAN KONSEP 1 MALAYSIA


Konsep 1Malaysia merupakan suatu konsep yang baru dilancarkan di Malaysia pada tahun 2009 yang lalu. Ia merupakan lanjutan daripada usaha kerajaan seperti pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Rukun Negara, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Sosial Negara, dan seumpamanya agar sebarang konflik perkauman dapat dielakkan serta pencapaian dapat dipertingkatkan. Asas-asas yang ada dalam konsep 1Malaysia ini adalah untuk mencapai teras perpaduan antara kaum di Malaysia supaya cita-cita negara untuk mencapai Wawasan 2020 sebagai negara yang berstatus maju tercapai dengan jayanya. Di samping itu, ia diharapkan mampu untuk menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan persaudaraan untuk meneruskan agenda pembinaan sebuah negara-bangsa yang berjaya. Antara kebaikan konsep gagasan 1 Malaysia ialah perpaduan kaum dapat terus terpelihara. Perpaduan kaum amat penting kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Perpaduan kaum dapat dipupuk melalui amalan nilai-nilai murni seperti nilai hormat-menghormati, kesederhanaan dan berbudi bahasa. Dengan wujudnya perpaduan kaum, rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai serta merapatkan hubungan antara kaum. Konsep 1 Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Misalnya orang Cina dapat lebih memahami tentang budaya dan adat resam orang Melayu jika hubungan rapat diwujudkan di antara mereka. Secara langsung, perselisihan faham di antara kaum juga dapat dihapuskan. Disebabkan konsep 1Malaysia yang telah disemaikan sejak kecil, mereka akan menghormati adat resam kaum lagi. Dengan ini, perpaduan antara rakyat dapat dikekalkan selama-lamanya. Gagasan 1 Malaysia juga dapat mewujudkan keadilan sosial kepada semua rakyat. Semua rakyat akan diberi kemudahan asas, khususnya penduduk luar bandar dan golongan miskin. Sebagai contoh, golongan miskin akan diberi bantuan sara hidup oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat. Oleh itu, rakyat pasti dapat menikmati keselesaan hidup dengan pelaksanaan gagasan 1 Malaysia.

Malahan, konsep 1 Malaysia juga dapat menjana transformasi di Malaysia. Kebanyakan penduduk di desa mempunyai fikiran yang kolot serta lama. Jika konsep 1 Malaysia dapat ditanam di kalangan mereka, mereka akan dapat menerima transformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan. Ini akhirnya akan menyebabkan

rakyat lebih yakin serta percaya akan kemampuan para pemimpin negara mentadbir serta menjaga keperluan setiap etnik yang terdapat di dalam Malaysia. Di samping itu, gagasan 1 Malaysia juga dapat menerapkan nilai-nilai aspirasi kepada rakyat. Penerapan nilai-nilai aspirasi ini dapat menaikkan prestasi rakyat dan memajukan negara. Antara nilai aspirasi yang dapat diterapkan ialah nilai budaya ilmu, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi. Penerapan nilai-nilai aspirasi ini adalah seiring dengan slogan `Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan'. Rakyat akan bekerjasama memberi sumbangan kepada pembangunan negara tanpa membeza kaum dan bangsa. Setiap anggota masyarakat lebih bersatupadu demi mencapai matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju serta mempunyai rakyat yang progresif dan berpendapatan tinggi. Akhirnya, Gagasan 1 Malaysia juga telah dapat menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa. Negara kita memang telah dikenali sebagai negara yang pesat membangun. Gagasan 1Malaysia telah menjadikan negara kita lebih dikenali dan dijadikan contoh oleh beberapa buah negara. Imej negara yang semakin baik ini perlu dijaga dan semua lapisan masyarakat mesti berganding bahu untuk menjayakan gagasan 1 Malaysia.

KELEMAHAN KONSEP 1 MALAYSIA


Walaupun Gagasan 1 Malaysia sudah diperkenalkan sejak Tahun 2009 yang lalu, namun segelintir anggota masyarakat yang tidak tahu langsung mengenai konsep yang dilancarkan ini. Pihak kerajaan dilihat berusaha untuk menyampaikan informasi dan maklumat berkaitan dengan konsep 1Malaysia, seperti menubuhkan laman sesawang 1 Malaysia yang mengandungi intipati dan informasi berkaitan, laman blog Perdana Menteri, pertandingan mencipta lagu 1Malaysia, pertandingan melukis poster bagi pelajar IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam), dan seumpama. Kerajaan juga telah membelanjakan jutaan wang Ringgit Malaysia dalam

penyediaan hadiah kepada pemenang, iklan di televisyen dan surat khabar serta di papan iklan, kempen, dan juga seminar. Namun, ianya belum tentu mencapai

matlamat untuk menarik perhatian masyarakat keseluruhannya. Usaha kerajaan ini juga tidak jelas dalam mencari golongan sasaran utama dalam mempromosikan konsep ini agar sasaran utama akan mempengaruhi kelompok-kelompok masyarakat yang lain. Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha dan mempromosikan konsep ini, namun, ianya belum tentu mencapai matlamat untuk menarik perhatian masyarakat keseluruhannya. Usaha kerajaan ini juga tidak jelas dalam mencari golongan sasaran utama dalam mempromosikan konsep ini agar sasaran utama akan mempengaruhi kelompok-kelompok masyarakat yang lain. Malahan, tindakan kerajaan dalam menggunakan arus media elektronik dan media massa dilihat tidak efektif dan efisyen kerana walaupun maklumat dan informasi berjaya disebarkan, meskipun tidak semua yang menonton, melihat, dan membacanya, namun ia hanya akan mendatangkan kesan positif jangka pendek sahaja dan ini akan menyukarkan pengetahuan serta pemahaman mengenai konsep 1Malaysia dicapai. Kelemahan seterusnya adalah implementasi kerajaan dalam melancarkan dan melaksanakan konsep 1 Malaysia sememangnya merupakan suatu inisiatif yang baik, namun boleh dikatakan strategi dan pelan tindakan mereka tidak begitu memuaskan. Mengenai usaha untuk mendidik dan menyemai perasaan kekitaan melalui konsep 1Malaysia bukannya mudah. Ia memerlukan perancangan yang rapi dan memakan masa yang lama. Hal ini kerana bukan mudah untuk mendidik masyarakat menuju ke arah perpaduan dan mempunyai nilai-nilai murni. Ini disebabkan golongan

masyarakat adalah manusia yang mempunyai akal fikiran yang berlainan, dan juga mempunyai hati dan perasaan. Mereka bukanlah sebuah robot yang boleh diprogramkan untuk menurut sesuatu kehendak dan tujuan. Selain itu, konsep Gagasan 1 Malaysia yang merupakan perancangan jangka pendek dan dibuat secara tergesa-gesa akan membawa kepada hasil yang tidak akan mencapai matlamatnya, sebaliknya ia akan membawa kepada signifikan yang negatif kepada kerajaan, khususnya yang menjadi batu asas kepada penubuhan dan pelaksa naan konsep 1Malaysia ini. Imej kerajaan akan tercalar jika konsep ini tid ak memberi sebarang perubahan kepada masyarakat dan negara dan kerajaan akan menerima kritikan daripada rakyatnya sendiri serta daripada negara dan masyarakat luar akibat sambutan yang kurang memuaskan dan idea yang tidak begitu baik serta banyak wang RM (Ringgit Malaysia) yang diguna-pakai bagi menjayakannya. Tambahan pula, terdapat segelintir golongan masyarakat yang mempunyai persepsi negatif terhadap konsep 1Malaysia. Bahkan konsep ini dianggap sebagai suatu propaganda daripada pihak kerajaan dalam usaha untuk menarik pengaruh rakyat supaya mendapat hasil yang positif dalam pilihanraya akan datang. Mereka yang bersikap negatif ini lazimnya terdiri daripada golongan yang menjadi pembangkang kepada kerajaan dan dengan pandangan stereotaip terhadap kerajaan, mereka sudah pasti akan menolak pendekatan kerajaan ini tanpa

mengetahui intipati dan maklumat yang ada dalam konsep 1Malaysia. Akhirnya, sebahagian masyarakat Malaysia juga dilihat kurang begitu mengendahkan dan memberi perhatian kepada pelancaran dan pelaksanaan konsep 1Malaysia ini. Mereka berpendapat bahawa konsep ini tidak mempunyai perkaitan dalam kehidupan masyarakat. Kehidupan mereka yang sibuk, kurang memberi perhatian kepada perkara yang dalam pandangan mereka dianggap remeh ini. Jadi, persepsi yang negatif daripada segelintir golongan dan sikap kurang ambil peduli daripada sebagian masyarakat . Apabila tidak diambil kira dan ditadbir dengan baik dan cekap, ini akan mempengaruhi rakyat Malaysia supaya tidak memberi perhatian dan pelaksanaan terhadap konsep 1Malaysia ini.

PENAMBAHBAIKAN KONSEP GAGASAN 1 MALAYSIA


Gagasan satu Malaysia akan menjadi kenyataan sekiranya cara dan pelaksanaan yang dilakukan dengan betul serta bersesuaian dengan perkembangan semasa. kejayaan pelaksanaan sesuatu agenda negara bergantung kepada dasar-dasar yang adil dan saksama. Dalam menjayakan gagasan 1 Malaysia, proses penambaikan perlu ada. Peranan Kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa yang sedang membangun dengan pesat, semestinya mahu mencapai matlamat yang telah dibuat dengan jayanya

tanpa dihalang oleh konflik antara kaum. Mengenai konsep 1Malaysia dan konsep negara-bangsa merupakan satu mekanisme yang dilihat mempunyai suatu matlamat untuk dikongsi bersama, iaitu berjaya mencapai hasrat negara untuk mencapai Wawasan 2020 sebagai status negara maju. Namun begitu, pelaksanaannya haruslah dikaji dan dirancang terlebih dahulu tanpa melaksanakan secara tergopohgapah kerana ini akan mengakibatkan kekeliruan dan sebagainya. Oleh yang demikian, konsep 1Malaysia memerlukan jangka masa yang panjang untuk melihat keberkesanan, namun perkembangannya boleh dibuat dengan membuat penilaian dan pemantauan darimasa ke semasa. Ini merupakan suatu inisiatif dalam menghadapi cabaran pelaksanaan konsep 1Malaysia agar matlamat penubuhannya berjaya dicapaiuntuk memperkasakan perpaduan antara kaum dalam usaha mengecapi perdamaian positif, yakni boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni tanpa sebarang persepsi negatif dan pandangan streotaip di Malaysia, dan seterusnyamampu bersama-sama membangunkan negara menuju ke arah Wawasan 2020.

Peranan Perkhimatan Awam Jentera perkhidmatan awam dan anggota perkhidmatan awam perlu menerima cabaran dan berani membuat penilaian diri (self-assessment) terhadap keberkesanan diri dalam menguruskan program-program pembangunan. Mereka haruslah mendengar aspirasi dan harapan masyarakat, melaksanakan

pembangunan dengan agresif, dan kemudiannya membuat pemantauan dengan sentiasa turun ke padang. Perkhidmatan awam telah melalui pelbagai transformasi dan perubahan peranan, maka dalam menyahut perubahan tersebut, perkhidmatan awam seharusnya menjaga kepentingan rakyat, serta sebagai tonggak untuk memastikan matlamat kesejahteraan sosial menjadi keutamaan dalam usaha-usaha pembangunan dan pelaksanaan dasar-dasar negara. Dalam memupuk semangat perpaduan rakyak, anggota perkhidmatan awam harusnya menjalankan tugas dengan adil tanpa membezakan kaum dan bangsa. Mereka harus memastikan setiap tugas yang dilaksanakan mencapai tahap yang terbaik demi memastikan Malaysia menuju trajektori yang betul.

Peranan Media Massa Media massa mampu memainkan peranan sebagai agen pendidik kepada generasi muda supaya lebih memahami sejarah, menghayati prinsip-prinsip Perlembagaan dan mengamalkan Rukun Negara. Mereka disarankan untuk menyalurkan maklumat yang tepat kepada masyarakat demi merealisasikan agenda pengukuhan perpaduan dan kemakmuran bersama. Media massa perlu bekerjasama secara sinergi dan efektif dengan agensi-agensi Kerajaan untuk mengolah dan menempa pemikiran masyarakat supaya selaras dengan arah tuju Negara sebagai contoh, penerapan begini harus dilakukan meenerusi rencana pengarang dan artikelartikel yang menyemarakkan pengukuhan integrasi dan perpaduan. Selain itu, media massa perlu menyuarakan pandangan membina dan memberi kefahaman sebenar kepada masyarakat bagi mengelakkan berlakunya konflik dan krisis kaum, dan pada masa yang sama menjadi pemangkin kepada pengukuhan perpaduan.

Peranan Sektor Swasta dan organisasi Korporat Sektor swasta dan organisasi korporat telah memberi sumbangan yang penting dalam mengukuhkan pembangunan ekonomi negara. Seiring dengan sektor awam, sektor swasta dan organisasi korporat telah banyak memberi sumbangan seperti menjayakan program dan projek pembangunan negara hingga pada tahap ini.

Penyatupaduan antara sektor awam dan swasta telah memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk menggabungkan stategi dan idea-idea bernas yang mendorong ke arah pencapaian agenda satu Malaysia. Kerajaan terus berusaha untuk memastikan agar Malaysia tergolong dalam kelompok negara dan rakyat yang berpendapatan tinggi. Penglibatan dan sumbangan pihak swasta telah memberi peluang yang sama kepada masyarakat tanpa mengira kaum, keturunan, dan budaya, untuk memasuki sektor guna tenaga dan seterusnya membantu setiap golongan untuk memperbaiki taraf hidup mereka. Pihak swasta juga akan menawarkan kemudahan seperti bimbingan dan pinjaman modal kepada individu yang berminat untuk membuka perniagaan,tidak mengira dari etnik atau kaum apapun atau dari dalam atau luar bandar maka tiada rakyat yang merasa terpinggir daripada mendapat perhatian dan bantuan. Dengan itu, pihak swasta dan korporat akan dapat mengukuhkan semangat kekitaan dalam kehidupan sebuah keluarga besar.

Masyarakat Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan" ialah slogan untuk

merealisasikan konsep Satu Malaysia yang

diilhamkan oleh Perdana Menteri

kita,iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita haruslah bersama-sama berusaha agar impian Satu Malaysia akan menjadi kenyataan. Sebagai salah satu warga Malaysia, kita harus sentiasa menjaga hubungan antara kaum. Hubungan baik antara kaum perlu diperlihara agar tidak timbul sekarang perselisihan yang boleh mengakibatkan perpecahan antara kaum. Sebarang perpecahan akan mencacatkan usaha mewujudkan negara yang bersatu padu. Seterusnya, jati diri yang jitu perlu ditanamkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Pemuda-pemudi yang terdiri daripade pelbagai kaum haruslah mengikuti program-program yang berkaitan seperti Perkhemahan Satu Malaysia, Kem Jati Diri dan Kem Bina Insan. Dengan kesedaran dan pemahaman konsep Satu Malaysia yang mantap, tidak mustahil negara kita akan menjadi negara yang mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi denan negara maju yang lain.

RUMUSAN
Kesimpulan yang dapat di buat tentang gagasan satu Malaysia dan bagaimana ia dapat menjadi pemangkin penyatuan rakyat Malaysia adalah melalui nilai-nilai utama yang ada pada gagasan tersebut. Dengan perlaksanaan dan pemahaman seluruh rakyat Malaysia tentang gagasan ini, dapat memupuk sifat toleransi dan perpaduan antara rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan ethik dan seterusnya menjurus kepada keamanan negara dan akhirnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan majmuk hasil daripada rakyatnya yang berjaya memahami konsep Satu Malaysia ini yang menguntungkan semua pihak. Ini kerana tanpa perpaduan, toleransi, sifat rendah diri dan nilai-nilai lain dalam gagasan Satu Malaysia, negara tidak akan berjaya di majukan. Sikap mementingkan diri sendiri dan berunsur perkauman akan merugikan semua pihak. Ini kerana perbuatan tersebut akan mendorong kepada perbalahan yang akhirnya akan menjadikan sesebuah negara berada dalam keadaan kacau-bilau dan akhirnya melumpuhkan ekonomi negara. Selain itu juga, perbalahan dalam negara akan merugikan rakyatnya sendiri dan membolehkan kuasa-kuasa asing merampas segala yang kita miliki dengan memanupulasi perbalahan kita demi mendapat kepentingan meraka. Perkara ini dapat dilihat seperti yang berlaku di Asia Barat, dimana kehidupan rakyatnya yang berpuak-puak membolehkan kuasa asing seperti Amerika menguasai negara tersebut dan akhirnya mempunyai kepantingan dalam negara tersebut, contohnya penguasaan minyak. Oleh itu, penghayatan terhadap konsep dan nilai-nilai yang terdapat dalam gagasan satu Malaysia adalah amat penting dalam sesebuah negara majmuk seperti Malaysia. Kegagalan berbuat demikian akan merugikan semua pihak dan menguntungkan pihak lain, dan yang pastinya pihak lain itu bukanlah dari kalangan rakyat negara kita.

Anda mungkin juga menyukai