Anda di halaman 1dari 23

KERACUNAN

Definisi

Sesuatu bahan apabila masuk ke dalam badan dengan cara-cara tertentu boleh membawa kecederaan kepada tisu badan dan merosakkan tubuh badan.

Jenis-jenis racun

Pepejal

Racun tikus, ubat-ubatan, cendawan

Cecair

Bahan peluntur, cuka getah, asid asetik

Gas
Karbon monoksida, ammonia, nitrogen dioksida

Sifat-sifat Racun

Racun membakar (corrosive)

Memusnahkan tisu-tisu mulut dan saluran pemakanan

Asid dan alkali

Tidak membakar (non-corrosive)

Ubat-ubatan, racun serangga, makanan tercemar dan lain-lain.

Sentuhan/ kulit

suntikan

Cara Racun Memasuki Tubuh

Pernafasan

Saluran makanan/ mulut

Tanda Keracunan (secara am)

Pucat Loya/muntah Cirit-birit/sakit perut Sesak nafas Renjatan (shock) Kesan terbakar di mulut jika terminum racun membakar Tidak sedarkan diri

Bantuan Am

Kenalpasti jenis racun. Jika mangsa tak sedarkan diri dan tidak bernafas serta tiada denyutan nadi, lakukan CPR. Rawatan renjatan. Uruskan mangsa ke hospital dengan segera bersama dengan sampel racun, sekiranya ada.

Tanda Keracunan Membakar


Mulut hangus/berdarah Susah bernafas Sakit yang amat sangat Renjatan Bibir menjadi putih

Tanda Keracunan Tidak Membakar


Loya/muntah Cirit-birit Muka pucat Demam Pening

Bantuan Keracunan Melalui kulit/sentuhan


Pastikan tahap kesedaran mangsa. Bersihkan dengan air yang mengalir. Tutup dengan kain bersih sekiranya melibatkan kerosakan tisu kulit. Hantar ke hospital dengan segera.

Bantuan Keracunan Melalui Mulut


Racun Membakar Sedar 1. Jangan muntahkan semula 2. Demahan ais batu di leher atau dihisap. 3. Minum air dengan banyak. 4. Bawa ke hospital beserta sampel racun.

Tak Sedar 1. Periksa pernafasan dan denyutan nadi 2. Buat CPR sekiranya perlu (melalui hidung)

Racun Tak Membakar Sedar 1. Digalakkan untuk muntah semula 2. Minum air garam 3. Minum air dengan banyak 4. Bawa ke hospital.

Tak Sedar 1. Periksa pernafasan dan denyutan nadi 2. Buat CPR sekiranya perlu (melalui hidung)
Sekiranya mangsa meminum atau terminum asid, bolehlah diberi minum susu untuk meneutralkan asid tersebut.

Bantuan Keracunan Melalui Suntikan

Penyalahgunaan dadah.
Periksa tahap kesedaran Sekiranya tidak sedar dan terhenti pernafasan jantung lakukan CPR Bawa ke hospital dengan segera

Patukan ular

Cuci dan balut bahagian yang dipatuk Beri tuaman/demahan sejuk di sekitar tempat yang dipatuk Kurangkan pergerakan mangsa Bawa ke hospital dengan segera

Seseorang yang kena gigitan ular selalunya terkejut dan menderita kerana takut mati. Pulihkan rasa terkejut dan panaskan tubuh mangsa. Baringkan pesakit dan jangan biarkan ia bergerak selepas kena gigit. Jangan benarkan pesakit berjalan atau menggunakan tenaga. Tempat yang digigit mestilah jangan digerakkan. Letakkan kedudukan gigitan dibawah paras jantung. Cuci sekeliling tempat kena gigit.

Kenakan alat penahan darah bagi kes gigitan ular senduk, katam dan ular laut, tetapi tidak bagi ular kapak kerana ini akan menambahkan kelemayuh (gangrene). Alat penahan darah (pengikat tourniquet) boleh dibuat pada bahagian peha atau lengan bergantung pada kedudukan gigitan. Biasanya 10 sentimeter di sebelah atas gigitan. Kekuatan ikatan ini adalah sekadar menutup vena-vena dan tidak terlalu ketat untuk menghalang pengaliran darah di arteri-arteri. Ini boleh dipastikan dengan adanya nadi di arteri selepas ikatan.

Alat penahan darah hendaklah dilonggarkan 60 saat setiap 30 minit dan jangan digunakan lebih dari 8 jam. Bunuh ular tersebut dan bawa ke hospital. Ini mungkin mustahak bagi mengenali jenis ular tersebut

SENGATAN SERANGGA

Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan menyebabkan kesakitan dan kebengkakan pada tempat yang digigit. Ia juga kadangkala menimbulkan perasaan ketakutan kepada mangsa. Jika seseorang itu sensitif pada sengat atau disengat di dalam mulut, ia akan membengkak dengan cepat.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MERAWAT.

Tenteramkan pesakit (awal pernafasan).

Sekiranya disengat di dalam mulut, berilah mangsa seketul ais untuk dihisap.Jika ragu-ragu dengan keadaan pesakit, dapatkan bantuan perubatan

Jika sengat masih ada, keluarkan dengan menggunakan penyepit. Jika boleh penyepit hendaklah disterilkan atau dibakar hujungnya supaya basmi kuman. Elakkan menyepit pundi racun yang biasanya berada di bahagian atas sengat

Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak

Sapukan krim antihistamine. Sekiranya tiada surgical spirit atau larutan amonia atau larutan soda bikarbonat boleh digunakan

Sengatan hidupan laut

Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya

Curahkan alkohol atau sebarang minuman beralkohol atau cuka makanan ke atas luka selama beberapa minit untuk melemahkan sel-sel penyengat.

Sapukan krim antihistamin. Jika tiada sapukan sodium bicarbonate (serbuk penaik) dan air pada luka

Taburkan serbuk bedak yang kering ke atas kulit. Serbuk pelembut

daging yang digunakan dalam masakan barbecue adalah baik kerana ia mempunyai papain untuk mematikan bisa

terima kasih

Anda mungkin juga menyukai