Anda di halaman 1dari 3

SKSP 1033 Evolusi Politik Malaysia

Kuliah 9: Islam dan Proses Politik di Malaysia [5.12.2013] Rujukan: Ahmad Ibrahim. 1986. Abdullah Islah. 1990. Islam di Nusantara Alias Mohamad. -- . Malaysia Islamic opposition: ast, present and future Abdul Aziz Bari. 1999. Perlaksanaan Islam melalui kerangka perlembagaan dan perundangan Malaysia Wan Abd. Rahman Wan Abd Latif. 2000. Realiti sejarah perubahan sosio politik dan masa depan ummah Melayu Mahmood Zuhdi. 2001. Peranan perundangan Islam dalam pembinaan tamadun Melayu Abdul Hadi Awang. 2007. Islam dan demokrasi

*Islam di Nusantara (Abdullah Ishak 1990) Mula bertapak di Nusantara pada awal abad ke-9 dan selewatnya abad ke-12 atau 13 Masihi dengan merujuk prasasti (Batu Bersurat) Terenggani dan Kelantan. Awal abad ke-15, Islam sampai ke Melaka (teori dari Arab, India, China).

*Realiti Sejarah Perubahan Sosio Politik dan Masa Depan Ummah Melayu (Wan Abdul Rahman 2000) Faktor agama memberi kelebihan kepada Melaka 1. Kelahiran saudagar Timur Tengah 2. Tempat transit urusan perdagangan 3. Pusat penyebaran Islam (utusan, perkahwinan, dakwah, dsb) Perkembangan Islam dan kehidupan budaya Melayu lokal berjalan seiring. Hukum Kanun Melaka dianggap undang-undang berlandaskan Islam digunakan ketika itu. Asimilasi undnag-undang Islam mula runtuh apabila Portugis menawan Melaka. Kehadiran Inggeris semakin meminggirkan Islam dalam perangkat lembut apabila istana dan agama terus menjadi simbol kekuasaan Melayu tetapin fungsinya monoton. Peminggiran undang-undang berlandaskan Islam secara kronologis: 1. 1786, Pulau Pinang ditemui dan Inggeris memperkenalkan Charter of Justice 1807 (Piagam Keadilan). Sebuah mahkamah dibentuk dengan kuatkuasakan undang-undang Inggeris. 2. 1826, Piagam Keadilan II diwujudkan bagi selaras undang-undang Inggeris di NegeriNegeri Selat. 3. 1974 1948, Sistem Residen hingga Persekutuan Tanah Melayu, Undang-undang Kolonial, diperkenalkan untuk mengurus tadbir Tanah Melayu supaya lebih efisian dan sistematik.
1

SKSP 1033 Evolusi Politik Malaysia

Negeri-negeri diberi kuasa urusan, berkaitan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Atas desakan Raja-Raja Melayu, Mahkamah Syariah di Majlis Agama Islam dibentuk. Kedua-dua institusi agama ini gagal, kerana: 1. Anggota-anggota dilantik pro-kolonial (sesiapa yang tidak sehaluan Inggeris tidak akan dilantik) 2. Kuasa pentadbiran di kedua-dua institusi ini masih atas nasihat Inggeris. 3. Undang-undang Inggeris (awam) mempunyai bidang kuasa yang lebih tinggi (luas) sekiranya berlaku percanggahan undang-undang Islam dengan undang-undang Inggeris maka undang-undang Inggeris (awam) diterima pakai.

*Ciri-ciri Undang Islam Abdul Aziz Bari. 1999 Syariah (sistem hidup) dan akhlak (nilai hidup) yang dituntut oleh Allah SWT yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dilanjutkan / diikuti ulama-ulama. Bersumberkan al-Quran, sunnah, ijma, dan Qiyas Keadilan dan kesaksamaan dalam setiap zaman dan keadaan: Islam agama kreatif dalam mengatur manusia. Perkembangan terarah yang ada panduan sumber-sumber utama (masih berpandukan dari yang asal zaman Nabi Muhammad).

Mahmood Zuhdi. 2001 Syariah tentang hak dan tanggungjawab seseorang. Sistem nilai yang fleksibel. Semua aspek perlu dikaitkan dengan nilai agama, sekular ditolak.

*Islam dan Amalan Undang-Undang di Malaysia Mahmood Zuhdi. 2001 Tidak meminggirkan pengaruh adat secara drastik. Mengambil masa yang lama untuk proses penerapannya.

Abdul Aziz Bari. 1999 Islam sebagai agama persekutuan (Bahagian 1: Perkara 3) Raja ketua agama Islam (Bahagian 1: Perkara 3) Hak kebebasan beragama (Bahagian 1: Perkara 3) Penubuhan Majlis Agama Islam (Bahagian 1: Perkara 3) Kedudukan Mahkamah Syariah (Bahagian 1: Perkara 121) Terkandung dalam senarai-senarai federalisme: bidang kuasa negeri tentang hal ehwal agama Islam.
2

SKSP 1033 Evolusi Politik Malaysia

*Hambatan/Halangan Penerapan Undang-Undang Islam di Malaysia Ahmad Ibrahim. 1986 Kedatangan penjajah Eropah ke Tanah Melayu menyebabkan undang-undnag Islam mengalami proses gangguan, tidak menyeluruh, tidak komitmen. Mahmood Zuhdi. 2001 Pengaruh Barat diasak dalam pemikiran orang-orang Islam sebelum dan selepas kolonial, menyebabkan undang-undang Islam hilang pengaruh dan terus dipandang remeh. Aziz Bahri. 1999 British bimbang undang-undang Islam akan mengancam sifat sekular negara ini. Oleh itu, Inggeris perlukan kertas putih dari Perikatan yang menjamin Tanah Melayu kekal sekular. Perlembagaan Persekutuan mengatasi undang-undang lain. Program kerajaan yang tidak menilai sejauh mana ia memberi laluan kepada pelaksanaan Islam. Manifestasi Islam hanya bersifat serimonial.