Anda di halaman 1dari 3

Lambang/Logo Rasmi Pengakap

Written by Wong Kok Nian on 16 June 2012. Posted in Informasi

7 ,

Lambang/Logo Pengakap Sedunia


Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kananmelambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap. Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia. Warna putih-kesucian dan kebersihan.

Lambang/Logo Persekutuan Pengakap Malaysia

Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: - Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap. Kuning "Pengakap Kanak-Kanak", Hijau "Pengakap Muda", Merah "Pengakap Remaja"

Lambang Persekutuan Pengakap Malaysia (Dalam Hitam Putih)