Anda di halaman 1dari 12

Tatabahasa Tingkatan 1

1. Kata Nama Am dan Kata Nama Khas


2. Kata Ganti Nama Diri
3. Kata Ganti Nama Tempat
4. Kata Ganti Nama Diri Tanya
5. Kata Ganti Tunjuk
5. Kata Ganti Tak Tentu
6. Kata Bilangan
7. Penjodoh Bilangan
8. Kata Sendi Nama
9. Kata Adjektif
10. Kata Kerja
11. Kata Hubung
12. Peribahasa
13. Kata Seru
Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

1. Maksud: Perkataan yang biasanya menamakan orang atau


benda.
2. Perkataan yang menjadi inti pada binaan frasa nama.
3. Jenis kata nama:
a. Kata Nama Khas
i. Nama yang khusus
ii. Ejaan berpangkal huruf besar
iii. Kumpulan kata nama: benda hidup – contoh:
Ahmad dan Comel (Nama
binatang)
benda tak hidup – Kuala
Lumpur
Contoh ayat: Pak Abu sedang berkebun ketika
anaknya pulang dari Kuala Lumpur.
b. Kata Nama am
i. Benda / perkara yang umum sifatnya.
ii. Ejaannya berpangkal huruf kecil (kecuali memulakan
ayat)
iii. Kumpulan kata nama : abstrak – contoh : mimpi
konkrit – contoh: tangan

Contoh ayat: Najmi membantu ayahnya membuat bakul


anyaman di rumah.

4.
Kata Ganti Nama Diri

1. Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan kata nama


orang.
2. Terdapat kata ganti nama diri orang pertama, iaitu saya, kita, aku,
hamba, beta dan patik.
3. Kata ganti nama orang kedua, iaitu awak, engkau, kau, kamu,
tuanku, tuan hamba dan anda.
4. Kata ganti nama orang ketiga, iaitu dia, beliau, baginda, ia, kalian
dan mereka.
5. Kata ganti nama diri yang sesuai mestilah digunakan apabila
menggunakan kata nama yang tertentu dalam ayat.

Contoh: Kata baginda digunakan untuk raja dan kerabat sahaja.


Kata beliau hanya digunakan untuk orang yang dihormati
dan tidak sesuai untuk penjenayah.
6. Contoh ayat: “Baginda akan menganugerahkan pingat kebesaran
kepada rakyat yang telah berjasa,” titah Sultan.

Kata Ganti Nama Diri Tanya

1. Kata ganti nama tanya ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau
orang dalam bentuk Tanya.
2. Contoh kata ganti diri Tanya:
a. Apa : merujuk benda atau perkara
b. Siapa : merujuk orang
c. Mana : merujuk benda atau orang
3. Contoh ayat:
Pengurus projek yang melaksanakan projek ini siapa?
Kata Ganti Tunjuk
1. Perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud
yang menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk.
2. Kata ganti nama tunjuk:
a. Ini : Merujuk pada yang dekat.
b. Itu : Merujuk pada yang jauh.
3. Contoh ayat: “Kek ini adalah untuk kakak sempena hari lahirnya yang
ke – 13,” kata ibu kepada Aini.

Kata Ganti Tak Tentu


1. Kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak
tentu atau untuk penegasan.
2. Kata ganti tak tentu juga digunakan untuk membina ayat penyata.
Contohnya:
(a) apa-apa - Dia membeli apa-apa barang keperluan harian
sebelum
menyertai program perkhemahan.
(b) mana-mana – Pihak polis akan menahan mana-mana suspek yang
berkaitan dengan kes pembunuhan itu.
(c) siapa-siapa(sesiapa) - Pihak kerajaan telah menahan siapa-siapa
yang menyertai perhimpunan yang tidak
mendapat permit daripada pihak polis.

3. Contoh ayat:
Jika anda hendak bertandang ke rumah orang, bawalah apa-apa
buah tangan

Ambillah mana-mana yang awak suka untuk dijadikan bahan


kajian.
Kata Ganti Nama Tempat
1. Digunakan untuk menggantikan nama tempat.
2. Kata ganti nama tempat yang jauh atau dianggap jauh ialah sana.
Contoh: Banyak orang yang sedang mandi di kolam sana.
3. Kata ganti nama tempat yang dekat ialah sini.
Contoh: Mahkamah tinggi di sini telah menjatuhkan hukuman
penjara
terhadap pemuda yang melakukan kesalahan meragut.
4. Kata ganti nama tempat yang tidak jauh dari tempat orang yang
sedang
bercakap ialah situ.
Contoh : Kedai-kedai runcit yang ada dekat-dekat situ telah
menurunkan harga beras.
5. Contoh ayat: “Di sana tempat berlakunya pembunuhan itu,” kata
Izzat kepada anggota polis sambil menunjukkan jari kea rah pokok
yang jauh itu.
Kata Bilangan

1. Sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama.


2. Jenis-jenis kata bilangan seperti yang terdapat dalam jadual di
bawah.

Jenis Contoh
Bilangan yang tentu sifatnya Dua, tiga
Bilangan tak tentu Segala-gala, para
Membawa maksud himpunan Ketiga-tiga, kedua-dua
Membawa maksud pisahan Masing-masing, tiap-tiap
Membawa maksud pecahan Sesetengah, seperempat

3. Contoh kesalahan bahasa:


(a) Semua pegawai-pegawai : sepatutnya semua pegawai
(b) Setengah penduduk : sepatutnya setengah-setengah penduduk /
sesetengah penduduk
(c) Dua setengah bulan : sepatutnya dua bulan setengah
(d) Berpuluh : sepatutnya berpuluh-puluh

4. Contoh ayat:

Keempat-empat pelajar itu diberikan penghargaan oleh pengetua kerana


menolong rakan mereka.

Setiap pelajar yang terpilih perlu mengisi borang untuk memohon


biasiswa.
Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan berpasangan
dengan kata nama apabila menunjukkan bilangan.
Contoh:
(a) Ekor : untuk binatang
(b) Helai : untuk kertas
( c) Biji : untuk buah
(d) Bidang : untuk tikar
(e) Buah : untuk rumah
(f) Ulas : untuk nangka
(g) Batang : untuk pokok

2. Kata bilangan tak tentu para – tidak perlu penjodoh bilangan.


Contoh: Para orang peserta (salah)
Para peserta (betul)

Kata Sendi Nama


1. Kata sendi nama ialah perkataan yang diletakkan di hadapan frasa
nama.
Contoh : Dia tinggal diIpoh.
2. Ada kata sendi nama yang menganggotai golongan kata yang lain.
Contoh: akan (juga berfungsi sebagai kata Bantu)
dalam (juga berfungsi sebagai kata arah dan kata adjektif)
3. Kata sendi nama mempunyai fungsi yang tertentu.
Contoh: di , digunakan untuk tempat
pada , digunakan untuk masa dan tempat, serta situasi
tertentu
seperti: Gelang itu ada pada ibu.
Rantai emas itu dipakai pada lehernya.
4. Kata sendi nama yang lain ialah :
tentang, dari, daripada, kepada, bagi, untuk, dari, daripada, oleh
5. Contoh ayat:
Peralatan ini hendaklah diserahkan kepada pihak yang berkenaan.
Kata Adjektif
1. Kata adjektif juga dikenali dengan kata sifat.
2. Dapat dikenali apabila perkataan itu boleh diikuti atau didahului
oleh kata penguat.
3. Berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu kata
nama atau frasa nama.
4. Terdapat sembilan jenis kata adjektif.
Jenis kata adjektif Contoh
Sifat atau keadaan Baik, jahat, takut, berani
Warna Biru, kuning, putih, merah
Ukuran Panjang, pendek, kecil, besar
Bentuk Bulat, lonjong, lurus, bengkok
Waktu Baru, lama, esok, sekarang
Jarak Jauh, dekat, rapat, hamper
Cara Cepat, pantas, deras, perlahan
Perasaan Benci, rindu, sedih, marah
Pancaindera Sedap, manis, masin, masam
5. Kata adjektif terbitan (awalan, apitan dan sisipan)
(a) Awalan ter-
Maksud: Penjelasan perbandingan / keadaan palin
Contoh Kesalahan: Bangunan tertinggi (betul)
Bangunan tertinggi sekali (salah)
(b) Awalan Se-
Maksud: Memberi pengertian Sama
Contoh Kesalahan: Sama cantik (betul)
Sama secantik (salah)
6. Kata adjektif dalam bentuk perbandingan dapat dinyatakan dalam
bentuk darjah penghabisan.
Contoh:
(a) Sepandai-pandai
(b) pandai sekali
(c) amat pandai sekali
(d) terpandai
(e) teramat pandai
(f) paling pandai
(g) tersangat pandai
Kata Kerja
1. Kata yang memberi maksud melakukan sesuatu perbuatan atau keadaan
kelakukan sesuatu.
2. Jenis kata kerja:
(a) Kata kerja tak transitif
(i) Kata kerja yang tidak memerlukan objek untuk melengkapkan
maksud ayat. Contoh: Lilin itu masih bernyala.
(ii) Boleh diiringi dengan pelengkap yang terdiri daripada kata
adjektif, tersenyum/ kata nama / kata sendi nama
(iii) Terbahagi kepada bentuk-bentuk berikut:
a. asal , misalnya: duduk, faham, gagal, demam
b. berawalan ber-, misalnya: belajar, berbaring, berbincang,bekerja,
berdiri
c. berapitan ber…an, misalnya: berdekatan, berguguran
d. berapitan ber…kan, misalnya: berdasarkan, berasaskan
e. berawalan men-, misalnya: mengalah, mengalir, membesar
f. berawalan ter-, misalnya: terbabas, terduduk, terjatuh

(b) Kata kerja transitif


(i) Kata kerja yang mesti diikuti dengan objek (kata nama) untuk
melengkapkan maksudnya.
(ii) Boleh dipasifkan apabila membentuk ayat pasif.
Contoh : Kata kerja transitif – menendang
Kata kerja pasif – ditendang
(iii) berawalan men-, misalnya: membeli
(iv) berapitan men...i, misalnya: membasahi, menjalani
(v) berapitan men…kan, misalnya: mengadakan
(vi) berapitan memper-, misalnya: memperalat, memperdaya
(vii)berapitan memper…i, misalnya: mempelajari, memperbaiki
(viii)berapitan memper…kan, misalnya: memperbagaikan,
mempertahankan

Kesalahan bahasa:
Dia memukul dengan kayu ular itu. (salah)
Dia memukul ular itu dengan kayu.

Adik menggenggam erat-erat tangan ibu. (salah)


Adik menggenggam tangan ibu erat-erat. (betul)
Kata Hubung

1. Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata


dengan kata, atau frasa dengan frasa.
2. Jenis kata hubung:
(a) Kata hubung gabungan: kata hubung yang digunakan untuk
menggabungkan sepatah kata dengan sepatah kata, atau klausa dengan
klausa.

Kata Hubung Gabungan Digunakan untuk Ayat Contoh


Atau Menunjukkan pilihan Ibu ke rumah Kak Ros esok
atau lusa.
Dan Menggabungkan dua unsur Yusri dan Felix pergi ke
yang setara (subjek dengan sekolah bersama-sama.
subjek, objek dengan objek
atau ayat dengan ayat)
Kecuali Menunjukkan kekecualian Semua orang membantu ibu
membersihakan rumah
kecuali abang.
Lalu Menggabungkan dua Adik membuka kasut lalu
perbuatan atau perkara yang meletakkan kasutnya di rak.
berlaku berturut-turut.
Maka Menyatakan sesuatu: Langit mendung maka hujan
(setelah itu atau lalu, oleh pun turun.
sebab itu) Budak itu lapar maka ia
mengangis.
Serta Menyatakan turut bersama Pemuda itu melompat serta
menjerit.

(b) Kata hubung pancangan : menghubungkan klausa utama dengan


klausa kecil, klausa pelengkap atau keterangan. Contoh: yang

Kata Hubung Digunakan untuk Ayat Contoh


Pancangan
Agar/supaya Menyatakan tujuan Kami berdoa agar/supaya ibu kamu
cepat sembuh.
Apabila Menunjukkan masa Ibu terkejut apabila mendengar
berita itu.
Hingga/sehingga Menyatakan sesuatu yang Mereka berkerja keras sehingga
sampai ke had tertentu projek ini berjaya.
Kerana Menunjukkan sebab Jaja menangis kerana duitnya
hilang.
Jika/kalau/sekiranya Menunjukkan syarat Jika saya ada masa, saya akan ke
rumah kamu.
Manakala Menunjukkan masa / hal Pelajar-pelajar lain sedang sibuk
yang bertentangan mengemas kelas manakala Ali
duduk-duduk diam saja.
Kata Hubung (sambungan)
Kata Hubung Digunakan untuk Ayat Contoh
Pancangan
Sebelum/setelah/sejak Menunjukkan masa 1.Saya harus pulang sebelum pukul
enam petang.
2. Setelah penat bekerja, Aris
berehat seketika.
3. Sejak ayahnya sakit, Amira
bermuram saja.
Sampai/sehingga Digunakan untuk 1. Rohana menunggu Diana di
menunjukkan had atau hentian bas sampai tengah hari.
kadar. 2. Daging itu direbus sehingga
empuk.
Selagi Digunakan untuk David tidak dibenarkan keluar
menunjukkan sesuatu hal bermain selagi kerja sekolah tidak
yang masih belum berhenti. disiapkannya.

Peribahasa

1. Peribahasa ialah sekumpulan perkataan yang digandingkan secara tetap dan


mempunyai maksud tertentu. Makna peribahasa adalah berbeza dengan
perkataan yang membentuknya.

2. Jenis-jenis peribahasa:
(a) Simpulan Bahasa : contoh:- Kaki bangku (orang yang tidak tau bermain
bola)
(b) Perumpamaan : contoh:- Seperti isi dengan kuku (perhubungan yang
sangat rapat)
(c) Pepatah : contohnya :- dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung
(maksudnya di tempat seseorang itu berada, dia seharusnya menghormati
undang-undang dan peraturan di situ)
Kata Seru

1. Kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan.


2. Perkataan yang digunakan dalam bentuk ayat seruan.
3. Contoh kata seru: