Anda di halaman 1dari 6

1PISMP SN2 EDU3102

MINGGU 6

MINGGU 6: CIRI-CIRI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA. Teori pembelajaran kognitif: Jean Piaget Piaget menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat, di dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila individu memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara, atau benda yang terdapat dalam alam sekitar. Terdapat lima konsep yang asas , iaitu skema, adaptasi , keseimbangan , asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu.

Keseimbangan

Adaptasi

Asimilasi

Skema

Konsep asas

Akomodasi

1. Skema Dirujuk sebagai kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi. Skema yang ditonjolkan , misalnya aksi, bahasa, pemikiran , pandangan ataupun idea yang boleh mewakili ciri tingkah laku , adalah disebut sebagai skema individu. Skema individu merupakan tingkah laku yang sering berubah mengikut pembelajarannya.

1PISMP SN2 EDU3102

MINGGU 6

Di dalam perkembangan kanak-kanak, skema tingkah laku mereka berubah dari semasa ke semasa , biasanya dari kasar ke halus, dan daripada mudah kepada kompleks. Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru.

2. Adaptasi dan keseimbangan Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait rapat, dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Kedua-duanya menggunakan skema sebagai asas tindakan di antara mereka. Proses perubahan atau penukaran skema lama kepada skema baru dipanggil adaptasi. Proses adaptasi yang berlaku adalah kerana kehilangan keseimbangan buat sementara di antara individu dengan alam sekitar. Untuk mengekalkan keseimbangan ini , individu hendaklah mengubahsuai diri melalui proses adaptasi. Jadi, ikut teori Piaget, semua ini sebenarnya merupakan proses pembelajaran. Di dalam proses ini, keseimbangan adalah sama dengan sesuatu kuasa penggerak dalaman , iaitu motivasi pembelajaran.

3. Asimilasi dan akomodasi Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada. Apabila individu di dalam alam sekitar menghadapi mana-mana situasi , misalnya situasi pembelajaran, dia biasanya akan menggunakan pengalaman, pandangan, sikap dan bentuk gerak balas yang sedia ada untuk mengadaptasi, mengurus, dan memberi tafsirannya. Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya

1PISMP SN2 EDU3102

MINGGU 6

membentuk skema baru. Sebagai contoh, akomodasi berlaku apabila kanakkanak dapat mengenal dan membezakan d dan b.

Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif

Dilahir

10

11

11 ke atas

Sensorimotor Pra Operasi

Operasi Konkrit

Operasi Formal

Mengkoordinasi maklumat deria dengan pergerakan motor Kepuasan mengenakan tindakan terhadap objek Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti-aktiviti mudah Mudah menggunakan imitasi, memori dan pemikiran Mencapai tahap pengekalan objek (Kebolehan menggambarkan objek di dalam memori)

1PISMP SN2 EDU3102

MINGGU 6

Menggambar dan merancang skema Mewakili sesuatu dengan simbol mental (bahasa, gambar, isyarat) Berupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan

membandingkannya. Permainan membayangkan. Pemahaman berdasarkan ciri yang nampak jelas dan nyata (bersifat intuitif) Bersikap egosentrik (melihat & memahami perspektif melalui perspektif sendiri)

Boleh berfikir secara logik Menguasai konsep pengekalan Menguasai konsep pengelasan Menguasai proses menyusun secara bersiri Boleh mula bersosial

Boleh membuat jangkaan berdasarkan fakta Berfikir secara abstrak Berfikir secara sistematik

1PISMP SN2 EDU3102

MINGGU 6

Mampu membuat hipotesis & mencari alternatif penyelesaian masalah Egosentrik remaja (lihat dan faham persekitaran melalui perspektif sendiri)

Peringkat-Peringkat Perkembangan Bahasa

BAYI

KANAK-KANAK

REMAJA

Umur dan Ciri Am Perkembangan Bahasa

1-5 bulan Menangis yang tidak dibezakan. Bunyi vocal dibuat secara rawak, senyum, ketawa dan melibatkan sendiri dalam main vokal yang digemari. 6-13 bulan Suara rupa bebelan, membuat respons verbal meniru orang lain, hingga hampir sama pola verbal manusia. Kira-kira 8 bulan, bayi boleh memahami beberapa kata orang. 10-13 bulan Ucap kata pertama: pembangunan kata tipikal merujuk objek daripada tindakan. 12-18 bulan Peringkat menggunakan satu perkataan mewakili satu ayat, kebanyakannya kata nama, termasuk bunyi bebelan serupa denagn kata komunitinya. 2 tahun

1PISMP SN2 EDU3102 -

MINGGU 6

Peringkat menggunakan 2 perkataan untuk mewakili ayat. Boleh kata dengan ayat mudah, kebanyakannya kata ganti nama, sedikit kata kerja.bBoleh guna 50-200 kata sebagai percakapan.

2-5 tahun Boleh guna tiga perkataan untuk mewakili ayat. Percakapan telegrafik.

3 tahun Boleh guna struktur ayat aktif mudah dan gunakan ulangan perkataan untuk mewakili lebih daripada satu. Boleh bercerita yang difahami orang lain. 4 tahun Boleh menggunakn percakapan khayal dan 5 perkataan untuk mewakili sesuatu ayat. 5 tahun Boleh susun kata kompleks dan bercerita dengan kata sintaksis.

6-12 tahun Berupaya memikir bahasa sebagai satu system. Perbendaharaan kata bertambah 4 kali ganda iaitu 40,000 perkataan, purata belajar 20 perkataan/hari. Deskripsi konkrit (umur 6 tahun)untuk merujuk fungsi atau rupa. Pendekatan analitik dan reflektif terhadap bahasa membolehkan kanak-kanak menggunakan perkataan yang lebih bermakna. Menguasai bahasa gramatis yang kompleks, berkembang daripada ayat aktif kepada ayat pasif. Meggunakan ayat dengan lebih kreatif daripada frasa mudah kepada frasa kompleks. 12-18 tahun Berupaya memahami bahasa. Kefahaman dan penggunaan ayat kompleks terus ditambah. Berupaya mengubah suai stail kata berdasarkan situasi. Boleh membaca dan menginterpretasi literatur dewasa.