Anda di halaman 1dari 20

Rancangan Pengajaran Harian Matematik

Subjek Kelas Bilangan Murid Tarikh Masa Topik Kemahiran Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran : Matematik : 2 Amanah : 10 Orang Murid : 23.07. 2013 : 11.30 12.30 tengah hari : Nombor Bulat : Darab dalam lingkungan 100 : Murid akan diajar untuk memahami hubungan antara unit dan ukuran panjang : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :i. Menyebut secara lisan sifir darab , yang di soal oleh guru. ii. Mendarab nombor satu digit dengan nombor satu digit , dengan menggunakan penambahan berulang secara konkrit. Pengatahuan Sedia Ada Nilai Murni KBKK Bahan / Sumber Pengajaran : Flash kad, gambar, kertas soalan, pen penanda, kertas kosong, lembaran kerja, hadiah. : Murid dapat menyatakan secara lisan pendarab nombor dengan cara penambahan berulang. : Berkerjasama, bertangungjawab : Mengenalpasti, mengira, menghubungkait.

Langkah / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru bertanya secara lisan fakta asas sifir darab. Murid menjawab secara lisan.

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Bijak sifir

Langkah 1 (15 minit ) Mendarab sehingga 1000 -

Penerangan guru tentang pendarab dalam ayat matematik. Contoh : 3 x 3 = ______ iaitu 3+3+3 4 x 2 = ______ iaitu 4+4 5 x 5 = ______ iaitu 5+5+5+5+5 seterusnya

Langkah 2 (15 minit )

Latihan di papan tulis a) 4 x 3 = b) 7 x 3 = c) 2 x 1 = d) 5 x 3 = e) 9 x 5 = f) 8 x 7 =

Beberapa orang murid dating ke depan untuk

menyelesaikan ayat matematik berikut di papan tulis. Langkah 3 ( 20 minit ) Latihan dalam lembaran kerja dan bhuku latihan aktiviti. Guru membimbing murid murid membuat latihan dalam lembaran kerja dan buku aktiviti.

Penutup ( 5 minit )

Guru menanyakan scar lisan sifir darab, kepada beberapa orang murid.

Pengenalan
Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ianya telah dilaksanakan dengan sebaiknya. Murid tahun 2 Amanah menjadi sasaran, ianya di adakan di Sekolah Kebangsaan Beladin pada 23.07.2013. Semasa pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran ini, kesediaan dan penyampaian guru serta penumpuan dan kefahaman murid diberikan keutamaan. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan berlandaskan rancangan pengajaran harian yang di rancang.

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran


Oleh itu sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran , atau sebelum masuk ke set induksi,seseorang guru itu hendaklah menulis tajuk dan kemahiran yang akan diajar bagi memperkenalkan kemahiran yang akan diajar pada masa tersebut. Contohnya Tulis di papan tulis , Tajuk : Nombor Bulat dan di bawahnya Kemahiran : Darab dalam lingkungan 100, supaya murid tahu apa di ajar oleh guru pada masa tersebut. Kemudian guru meminta murid membaca beramai-ramai tajuk dan kemahiran yang tertulis pada pada manila kad tersebut. Dengan ini murid memberi minat

positif.Ini menunjukkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang di ajar pada masa tersebut dapat ditingkatkan. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran

murid dapat mendarab dalam lingkungan 100 dengan pelbagai kaedah pengiraan yang betul. Ianya juga perlu dijelaskan kepada murid sebelum atau semasa pengajaran dan pembelajaran di jalankan. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menjawab 10 daripada 12 soalan dengan tepat pada papan tulis.Murid dapat menyelesaikan soalan dalam ayat matematik dengan tepat dan teratur. Dalam hal ini juga, guru telah berjaya mengesan perubahan tingkahlaku murid melalui pentaksiran, iaitu 9 orang daripada 10 orang murid telah berjaya menjawab betul 10 daripada 12 soalan yang diberi. Dengan adanya objektif eksplisit ini, pentaksiran guru menjadi semakin mudah dan guru dapat meningkatkan

perkembangan kognitif murid melalui KBKK membanding beza. contoh soalan tersebut harus juga ada dalam langkah langkah pengajaran dan pembelajaran , termasuk
2

latihan di papan tulis. Ini bertujuan untuk memudahkan guru mengajukan soalan daklah terdiri daripada soalan pelbagai kecerdasan. Iaitu beberapa soalan yang mudah Penggunaan bahan bantu mengajar yang digunakan mestilah bersesuaian

dengan kebolehan murid. Bahan bantu mengajar yang digunakan mestilah praktikal dari segi saiz, warna dan selamat digunakan oleh murid. Contohnya, penggunaan kad nombor. Kad tersebut hendaklah mempunyai saiz yang sesuai dan mudah digunakan, ia juga hendaklah menarik dan berwarna warni, ini bertujuan untuk menarik minat murid. Kad nombor yang di sediakan, seboleh bolehnya bersaiz setengah kertas A4. Di mana ianya ikut kesesuaian nombor dan simbol yang di gunakan. lembaran kerja hendaklah memberi fokus kepada tahap kebolehan murid yang sepatutnya berdasarkan kemahiran. Jumlah soalan yang dikemukakan tidak perlu terlalu banyak iaitu sekurang - kurangnya 12 soalan bagi satu-satu kemahiran.Guru juga telah menambah baik lembaran kerja sebagai bukti bagi pentaksiran terhadap murid. Pada sesi pengajaran dan pembelajaran, lembaran kerja memberi penekanan kepada kemahiran yang diajar berdasarkan objektif eksplisit yang telah dinyatakan pada awal rancangan pengajaran. Lembaran kerja diubahsuai berdasarkan kemahiran yang di ajar dan sepadan dengan kebolehan serta pengetahuan murid. Setelah murid menjalankan aktiviti individu, iaitu menyiapkan tugasan di dalam kelas, guru melakukan semakan dan mendapati, 6 orang murid telah berjaya menjawab dengan betul daripada 12 soalan yang di beri, 3 orang telah menjawab betul 9 soalan daripada 12, dan seorang tidak menjawab dengan betul kesemua soalan.Dimana dia menjawab latihan tersebut dengan menulis jawapannya mengikut bilangan nombor

yang di tambah di dalam latihan tersebut. Saya bertanya mengapa dia menjawab sedemikian, dia menyatakan bahawa dia tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan soalan tersebut. Berikut adalah contoh hasil kerja Nasarudin.

LEMBARAN KERJA Nama : .......................................... Arahan : Jawab semua soalan Kelas : ........................................

3x3=

6x4=

2x9=

4 6x4=

7x5=

3x8=

7 4x4=

8x3=

6x6=

10

5x2=

11

8x2=

12

5x5=

Saya prihatin akan isu ini kerana konsep pendaraban itu sangat penting. Jika seseorang murid itu gagal menguasai konsep pendaraban satu digit dengan satu digit, dia pasti mengalami kesukaran untuk menyelesaikan pendaraban yang melibatkan angka yang lebih besar kelak dan seterusnya, murid berkenaan juga pasti akan mempunyai masalah untuk menyelesaikan soalan bahagi. Selain itu, apabila memasuki topik Wang, Jisim, Ukuran Panjang,dan seterusnya, kemahiran mendarab akan digunakan semula. Jadi kegagalan menguasai konsep pendaraban boleh menyebabkan seseorang murid itu menghadapi masalah dalam topik-topik yang bakal mereka pelajari. Jika saya tidak menyelesaikan isu ini, Nasarudin pasti akan terus ketinggalan kerana jurang Nasarudin dengan rakannya yang lain agak jauh. Dia akan terus mengganggu kawannya yang lain kerana dia tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran. Jika dilihat pada jangka masa panjang, apakah akan berlaku jika Nasarudin terus terabai sedangkan hanya pendidikan yang mampu mengubah kehidupannya. Bapanya merupakan seorang yang kurang memberi perhatian terhadap pelajaran Nasarudin manakala ibunya pula telah meninggal dunia. Sekarang Nasarudin hanya tinggal bersama bapanya dan kakaknya yang berada di Tahun Lima. Apabila mendengar kisah tersebut keinginan saya untuk membantu Nasarudin yang tidak tahu konsep pendaraban semakin tinggi. Sebagai seorang guru, perasaan simpati itulah yang membawa saya untuk mendekati Nasarudin. Jika saya terus mengabaikan Nasarudin dan mengajar seperti biasa nescaya dia tidak akan dapat untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.Ini akan menjadikannya terus ketinggalan. Objektif yang telah saya sasarkan untuk meningkatkan penguasaan konsep pendaraban nombor satu digit dengan satu digit Nasarudin sebagai penambahan berulang secara konkrit iaitu menggunakaan cawan dan guli.

Strategi dan Pelaksanaan Konsep pendaraban merupakan satu konsep yang agak sukar untuk difahami oleh seseorang murid. Namun jika kita berjaya untuk mengaitkan konsep darab itu dengan penambahan berulang, ia pasti akan dapat membantu murid berkenaan untuk memahami konsep darab dengan lebih mudah. Saya telah memilih untuk membantu Nasarudin menggunakan benda konkrit terlebih dahulu agar dia dapat melihat konsep
5

darab itu dengan jelas. Menurut Sowell (1989, dalam Reys, et. Al., 2004), melibatkan diri dengan benda konkrit dapat membantu kefahaman seseorang murid. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk memperkenalkan konsep darab menggunakan benda konkrit iaitu cawan dan guli kepada Nasarudin. Saya telah menyediakan 9 cawan plastik dan 81 biji guli untuk memperkenalkan konsep pendaraban menggunakan benda konkrit kepada Nasarudin. Saya telah mewarnakan setiap cawan itu kepada warna yang berlainan agar ia lebih menarik dan Alejandre akan berminat untuk menggunakannya kelak. Berikut merupakan langkah-langkah yang telah saya laksanakan: Saya memberinya satu contoh dengan menggunakan soalan 3 x 2 = ?. Pertama saya telah menegaskan bahawa nombor pertama merujuk kepada bilangan cawan yang perlu kita gunakan. Maka untuk soalan di atas, saya akan menggunakan tiga cawan. Nombor kedua selepas operasi darab pula menunjukkan bilangan guli yang dipunyai oleh setiap cawan. Jadi setiap cawan mempunyai dua biji guli masing - masing.Kemudian, untuk langkah ketiga, kita perlu kira berapa jumlah guli yang telah diletakkan ke dalam tiga cawan tadi. Saya mengarahkan Nasarudin untuk mengulang semula langkah yang telah saya tunjukkan tadi menggunakan soalan yang sama terlebih dahulu. Menurut Killen (2003), dalam pengajaran untuk pemahaman,kita perlulah memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan perkembangan kefahaman mereka. Rajah di bawah merupakan visual untuk langkah pertama yang telah saya lakukan

Rajah : Menunjukkan visual untuk langkah pendaraban menggunakan bahan konkrit 6

Selepas itu saya memberikan satu latihan susulan kepada Nasarudin. (i) 2x3=

(ii) 4 x 2 = (iii) 2 x 4 =

Saya telah menunjukkan pada Nasarudin contoh yang sama untuk fasa semikonkrit iaitu menggunakan soalan 3 x 2 = ?. Nombor pertama menunjukkan bilangan bulatan besar yang perlu dilukis. Untuk soalan ini, saya telah melukiskan tiga bulatan besar. Selepas itu, nombor kedua, iaitu nombor selepas simbol darab menunjukkan bilangan bulatan kecil yang perlu dilukis dalam setiap bulatan besar. Saya menerangkan pada Nasarudin untuk mendapatkan jawapan, dia perlu mengumpul jumlah bulatan kecil yang ada.

Rajah menunjukkan gambar yang terhasil daripada fasa semi konkrit.

Kemudian saya mengarahkan Nasarudin untuk menyelesaikan soalan susulan seperti yang berikut: (i) 2x3=

(ii) 4 x 2 = (iii) 2 x 4 =

Selepas selesai melalui fasa semikonkrit, saya memasuki fasa abstrak. Bagi fasa ini Nasarudin perlu menukarkan gambar tersebut kepada nombor. Contohnya untuk soalan 3 x 2 = ?. Nasarudin perlu menukarkan gambar yang bersifat
7

semikonkrit itu tadi kepada simbol, seperti di bawah: 2+2+2=6 3x2=6

Saya akan menjelaskan bahawa nombor tiga digunakan kerana ia merujuk kepada 2 yang ditambah 3 kali. Ini akan membawa kepada jawapan 6. Saya telah melaksanakan langkah-langkah saya berdasarkan konsep ansu rmaju. Menurut Mok Soon Sang (2006), untuk mengatasi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah melaksanakan kandungan pembelajaran dari mudah ke sukar. Saya telah membuat latih tubi langkah konkrit hingga ke abstrak sehingga Nasarudin dapat melakukan setiap langkah sendiri dengan bimbingan yang minimum.Menurut Reid (2007), latihan adalah penting kerana ia boleh membantu murid mengawal pembelajaran mereka. Apabila mereka menilai pencapaian mereka melalui latihan yang diberi, ia boleh menjadi pendorong kepada diri mereka.

Kaedah Pengumpulan dan Menganalisis data.


Saya telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data. Kaedah pertama adalah menggunakan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Saya telah mentadbir Ujian Pra sebelum saya melaksanakan strategi manakala saya telah mentadbir Ujian Pasca selepas saya melaksanakan strategi. Melalui Ujian Pasca saya telah mendapat dua data iaitu daripada perbezaan skor Ujian Pra dan Ujian Pasca serta hasil kerja yang Nasarudin lakukan daripada dua ujian tersebut. Selepas mentadbir Ujian Pra dan Ujian Pasca saya telah menyemak ujian yang telah Nasarudin duduki berkenaan. Selepas itu saya telah membandingkan keputusan ujian yang telah Nasarudin perolehi. Saya turut membandingkan hasil kerja Nasarudin sebelum dan selepas pelaksanaan aktiviti berdasarkan hasil kerja Nasarudin dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca berkenaan. Kaedah kedua adalah melalui pemerhatian. Melalui pemerhatian saya telah berjaya mendapat dua jenis data iaitu jadual semakan serta nota lapangan. Jadual semakan digunakan untuk mengenalpasti tahap perkembangan Nasarudin sepanjang strategi dilaksanakan. Setiap pemerhatian saya catat di dalam nota lapangan. 8

Perkembangan Nasarudin telah saya catatkan melalui jadual semakan yang telah saya sediakan. Kaedah ketiga adalah melalui temubual. Temubual telah saya lakukan sebanyak dua siri, iaitu sebelum dan selepas melaksanakan strategi. Saya telah mencatat setiap pemerhatian saya dalam nota lapangan. Nota lapangan berkenaan telah saya baca berulang kali dan saya telah mengkodkan setiap nota lapangan berkenaan. Tiga siri temubual yang saya lakukan telah saya tranksripkan dan saya telah kodkan setiap transkrip berkenaan. ; Dapatan dan Perbincangan Saya telah mengambil masa tiga hari untuk melaksanakan strategi yang telah saya rancang. Sesi interaksi telah saya laksanakan untuk membantu Nasarudin dalam pendaraban nombor satu digit dengan satu digit ini. Selepas mentadbir Ujian Pasca saya berasa begitu teruja untuk melihat berapakah skor yang berjaya Nasarudin perolehi. Saya telah membandingkan hasil kerja Nasarudin semasa Ujian Pra dan Ujian Pasca. Jadual berikut merupakan hasilkerja Nasarudin semasa Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Jadual : Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca Nasarudin

Ujian Pra Bilangan soalan dijawab betul 0 Markah (%) 0%

Ujian Pasca Bilangan soalan dijawab betul 5 Markah (%) 83 %

Perbezaan Markah

83 %

Daripada Jadual diatas, Nasarudin telah menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu daripada 0% ke 83%. Nasarudin berjaya menjawab 5 soalan daripada 6 soalan dengan betul semasa Ujian Pasca. Ini merupakan satu peningkatan yang amat besar berbanding skor Nasarudin untuk Ujian Pra, dimana dia gagal menjawab sebarang soalan dengan betul. Saya juga turut membandingkan hasil kerja Nasarudin ketika menjawab Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Jadual : Menunjukkan hasil kerja Nasarudin untuk Ujian Pra dan Ujian Pasca

Daripada Jadual di atas, saya dapat lihat, semasa Ujian Pasca, Nasarudin dapat menyelesaikan strategi.Daripada soalan hasil yang kerja di gagal atas, dia selesaikan dilihat sebelum dapat pelaksanaan menggunakan

Nasarudin

konseppenambahan berulang untuk menyelesaikan pendaraban nombor satu digit dengansatu digit. Melihat hasil kerja Nasarudin ketika menduduki Ujian Pra, dia gagal untukmenjawab dengan betul dan menulis 4 x 3 = 3. Ini kerana sebelum pelaksanaanstrategi Nasarudin menganggap nombor di sebelah kanan simbol darab adalahjawapan bagi soalan pendaraban satu digit dengan satu digit . Namun keadaan nyata berubah selepas strategi dilaksanakan. Nasarudin telah menggunakankonsep penambahan berulang untuk menyelesaikan soalan pendaraban satu digitdengan satu digit. Ini dapat dilihat daripada Jadual 2 di atas. Ternyata, konsep penambahan berulang secara konkrit mampu untuk membantu Nasarudin yang tidak memahami konsep pendaraban untuk menyelesaikan pendaraban satu digit dengan satu digit. Saya berasa gembira melihat perkembangan Nasarudin kerana ternyata diamampu untuk menterjemahkan ayat matematik yang saya kemukakan dengan menggunakan bilangan cawan dan guli yang tepat. Di samping itu, saya turut

menjalankan satu sesi temubual selepas strategi dilaksanakan. Melalui temubual berkenaan saya dapat melihat Nasarudin mengetahui bahawa soalan pendaraban boleh diselesaikan menggunakan penambahan berulang.

10

Sepanjang strategi dilaksanakan, saya dapat melihat Nasarudin

kelihatan

berminat semasa saya memberinya tunjuk ajar. Keadaan ini amat berbeza berbanding Nasarudin semasa berada di dalam kelas yang suka merayau dan mengganggu sesipengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Saya percaya sikapnya yang dapat memberi perhatian ini sedikit sebanyak membantunya untuk meningkatkan kemahiran pendaraban satu digit dengan satu digit.Sikap Nasarudin yang nyata positif semasa interaksi pelaksanaan strategi dijalankan membolehkan dia memahami pendaraban sebagai penambahan berulang dengan mudah. Sikap yang positif membolehkan Nasarudin mendapat keputusan yang positif, berbanding sikapnya ketika berada di dalam kelas yang negatif menyebabkan dia akan terus ketinggalan.

Kesimpulan
Sesuatu masalah itu tidak akan pernah selesai sekiranya kita sering menganggap ia sudah terlambat. Begitulah juga akan keadaan Nasareudin, sekiranya seseorang guru itu menganggap semuanya sudah terlambat, maka Nasarudin akan terus mengabaikan pelajarannya, sedangkan pelajaran adalah satu-satunya jalan untuk Nasarudin mengubah keadaan hidupnya. Walaupun interaksi saya dan Nasarudin hanyalah untuk satu tempoh yang pendek sahaja, saya berharap impaknya adalah melangkaui masa interaksi berkenaan. Apabila saya mengenalpasti masalah Nasarudin dalam pendaraban satu digit dengan satu digit, saya percaya segalanya belum terlambat untuk membantu dia.

11

MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP PENDARABAN SATU DIGIT DENGAN SATU DIGIT ALEJANDRE DENGAN MENGGUNAKAN PENAMBAHAN BERULANG SECARA KONKRIT

Abstrak
Pendaraban merupakan satu kemahiran yang amat penting untuk dikuasai. Namun kita sering mendengar murid mempunyai masalah dalam pendaraban. Memahami konsep merupakan tunjang kepada penguasaan pendaraban yang baik. Kajian ini berhasrat untuk membantu Alejandre yang berada dalam Tahun Empat memahami konsep bagi pendaraban satu digit dengan satu digit. Saya telah

menggunakan konsep pendaraban sebagai penambahan berulang secara konkrit menggunakan cawan dan guli untuk membantu Alejandre dalam pendaraban nombor satu digit dengan satu digit. Sepanjang penyelidikan, saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul data sebelum, semasa dan selepas strategi dilaksanakan. Ini termasuklah, pelaksanaan Ujian Pra dan Ujian Pasca, pemerhatian dan temubual. Alejandre menunjukkan sikap yang positif sepanjang interaksi dijalankan. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan ketara dalam penguasaan konsep pendaraban satu digit dengan satu digit seperti yang digambarkan dalam skor Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Hasil kerja Alejandre semasa menjawab Ujian Pasca juga menunjukkan peningkatan penguasaan konsep pendaraban nombor satu digit dengan satu digit. Apabila saya melakukan sesi temubual selepas pelaksanaan strategi, Alejandre berjaya memberi respon yang betul. Di akhir kajian, saya mendapati Alejandre berjaya memahami konsep pendaraban sebagai penambahan yang berulang secara konkrit.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

MATA PELAJARAN

MATEMATIK

( Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan )


KOD MATA PELAJARAN : : MTE 3109

TAJUK TUGASAN
NAMA PELAJAR

Bincangkan sejauh manakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan dapat mencapai objektif pelajaran anda.
: ISMAIL BIN JULAI AMBILAN JUN 2011 / MATEMATIK 1 / SEM 5 731229 13 5253 ( PPG / 1421 ) ENCIK PANTING ANAK BELUBAU 24 0GOS 2013

MAJOR/KUMPULAN/SEMESTER : NO. K.P./NO. MATRIK NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR : : :

REFLEKSI
1 Untuk menyelesaikan setiap pemasalahan yang di hadapi semasa menyelesaikan tugasan ini, agak lambat, ini kerana rakan tinggal berjauhan. Mencari bahan bahan dari buku juga menyulitkan, ini kerana di kawasan tempat kediaman saya hanya ada perpustakaan desa sahaja, bukunya agak terhad.

Usaha dan keyakinan, untuk mencari maklumat, membawa kepada hasil yang memberangsangkan untuk meneruskan kerja tugasan ini.

Maklumat yang di dapati dari buku dan internet, telah di gabung dan di ubahsuai dengan terperinci, bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Tugasan tersebut telah di siapkan dengan jayanya, melalui kerjasama dan pendapat rakan rakan yang sentiasa memberi idea yang baik.

Perbincangan dengan rakan-rakan melalui e-mel dan SMS juga membantu dalam menjayakan kerja kursus ini.

Kerja Kursus ini adalah mencabar, dan memberi pengalaman bermakna bagi saya dan rakan-rakan.

Strategi dan kaedah terbaik yang kami gunakan ialah dengan cara perbincangan , dan berjumpa disuatu stesen yang dijanjikan.Disanalah kami sama sama berbincang menyelesaikan setiap pemasalahan dalam solan tersebut.

13

Lampiran B BORANG REKOD KOLOBARASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR NO. MATRIK / K.P KUMPULAN MATA PELAJARAN NAMA PENSYARAH

: ISMAIL BIN JULAI : 731229 13 5253 : MATEMATIK 1 / AMBILAN JUN 2011 : MTE 3109 : EN. PANTING ANAK BELU BAU

TARIKH

PERKARA YANG DI BINCANGKAN

CATATAN

NAMA / TANDATANGAN

27/07/2013

Mencari maklumat dalam internet Mencari maklumat dalam buku

03/08/2013

Membincangkan cara melaksanakan tugasan tersebut

10/08/2013

Mengolah bahan yang telah di cari

17/08/2013

Memurnikan lagu tugasan tersebut

15

ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka Surat

Abstrak

Pengenalan

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Strategi dan Pelaksanaan

Kaedah Pengumpulan dan Menganalisis data

Dapatan dan Perbincangan

Kesimpulan

11

Rujukan

12

Refleksi

13

RUJUKAN
Ahmad Fikri Bin Johari (2010). Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Pendaraban Melalui Kaedah Lattice. Prosiding Seminar Penyelidikan

Mok, S. S. (2006). Educational Studies for Educational Psychology (Theme 1). Selangor: Kumpulan Budiman.

Reid, G. (2007). Motivating Learners in The Clasroom: Ideas and Strategies. London: Paul Chapman Publishing.

Noraini Idris (2005) Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd

Reys, Lindquist, Lambdin, Smith, Suydam, (2004) Helping Children to Learn Mathematics (7
th

ed.). USA: John Wiley & sons

12