Anda di halaman 1dari 7
  • 1. Kandungan syarahan/ ucapan dan ceramah tidak banyak bezanya iaitu memberikan sesuatu penerangan, penjelasan dan fakta tentang sesuatu

  • 2. Penulisan ucapan, syarahan dan ceramah mempunyai suatu format khusus yang mesti anda ikuti.

Format ucapan/syarahan/ceramah

  • Pembuka kata

Dimulakan dengan pembuka kata yang berupa kata alu aluan kepada hadirin mengikut protokol

atau tingkat kedudukan masing-masing.

Contoh :

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang

berusaha Tuan pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Pasir Panjang, guru-guru dan para

pelajar sekalian.

Isi

Dimulakan dengan ucapan terima kasih dan sebab ucapan/syarahan/ceramah diberikan sebelum isi-

isi ucapan/syarahan/ceramah yang sebenarnya

dinyatakan.

Contoh:

Terima kasih saya ucapkan atas kesudian pihak sekolah ini megundang saya kemari. Pada kesem

patan ini saya akan meyampaikan ceramah yang bertajuk mencegah Lebih Baik daripada Mengubati

Kata penghadapan

  • Kata-kata seperti hadirin sekaliandan tuan-tuan yang saya hormatidisertakan untuk menarik perhatian pendengar ucapan/syarahan/ceramah.

Contoh

Hadirin sekalian,

Banyak penyakit menjangkiti atau menimpa

manusia di mana-mana saja.

Penutup

  • Dimulakan dengan kata-kata yang dapat membayangkan atau menandakan bahawa ucapan akan ditamatkan.

Contoh :

Akhir sekali saya ingin …. Untuk mengakhiri ucapan saya … ..

Latihan

Andaikan bahawa anda telah terpilih untuk mewakili kelas anda dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan anda ialah Kecuaian Manusia Adalah Faktor Utama Kemalangan Jalan Raya” .

Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.