Anda di halaman 1dari 9

Taiping bandar warisan yang mewakili 31 Perkara Pertama di Malaysia ini dahulunya adalah bekas bandar perlombongan dan

pusat pentadbiran negeri Perak. Segala warisan sejarah bermula dari penjajahan British hinggalah kepada pendudukan Jepun masih dapat dilihat hari ini di sini. Pembangunan awal Taiping banyak dipengaruhi era British iaitu semasa Sir Hugh Low dan Frank Swettenham menjadi Residen Perak.

Muzium Perak - Muzium tertua yang dibina pada tahun 1883.

Menara Jam Taiping - Asalnya merupakan balai polis & balai bomba.

Bukit Larut - Pusat peranginan tanah tinggi yang tertua di Malaysia ( 1880 ).

Kota Ngah Ibrahim - Lambang kegemilangan Melayu di Taiping ( 1857 ).

Penjara Taiping - Penjara tertua dibina pada tahun 1879.

Taman Tasik Taiping Taman rekreasi

pertama di Malaysia (1880).

Zoo Taiping - Zoo tertua & Night Safari yang pertama.

Port Weld - Landasan kereta api pertama 1885.