Anda di halaman 1dari 4

BUNGKUSAN KEBIASAAN BUNGKUSAN YANG DITEMUI 1).

TIADA 'KRAFT' DI BUNGKUSAN

KEPUTUSAN BPHPP

Item Spec: Biskut Tiger Biskuat, Kraft. Pek 198g. Soalan: Tidak tertera KRAFT tetapi ada dinyatakan di belakang bungkusan. 1. Tiada tag "KRAFT" depan bungkusan. 2. telah tukar nama (rebrand) kepada Mondelez. Rujuk TheStar " KRAFT Malaysia
Sdn Bhd, the market leader in chocolate and biscuits categories, has officially changed its name to Mondelez Malaysia Sales Sdn Bhd".

bungkusan yang tertera KRAF

Adakah masih perlu diambil harga berdasarkan perbezaan diatas? Jawapan:JP Negeri perlu memungut harga packaging lama (yang mempunyai perkataan kraft). Walaubagaimanapun, sekiranya packaging lama ini telah tiada di outlet terpilih, JP Negeri boleh memungut harga packaging baru. Sekiranya kedua-dua pek ada dijual di outlet terpilih, JP Negeri perlu memberi keutamaan kepada Biskut Tiger Biskuat, Kraft, pek 198g. (seperti yang tercatat di borang PHP).

BUNGKUSAN KEBIASAAN BUNGKUSAN YANG DITEMUI 2. BERAT DI BUNGKUSAN TELAH DITAMBAH DENGAN BERAT PERCUMA

KEPUTUSAN BPHPP Item Spec: Nescafe Classic. Pek 100g. Soalan: Diketahui jika berat item dicetak seperti berikut; 100g + 10g: boleh diambil harga. Tetapi merujuk kepada gambar di sebelah, berat dicetak seperti berikut; 110g dan tertera 'percuma 10g' di pek. Adakah harga item seperti ini boleh diambil? Jawapan:JP Negeri perlu memungut harga Nescafe Classic, pek 100g. Walaubagaimanapun, JP Negeri juga boleh memungut harga bagi bungkusan percuma 10g pek 110g dengan kod tindakan H. Sekiranya kedua-dua pek ada dijual di outlet terpilih, JP Negeri perlu memberi keutamaan kepada Nescafe Classic pek 100g (seperti yang tercatat di borang PHP).

Bungkusan tertera 100g

Bungkusan atas tertera percuma 10g manakala di bawahnya tertera 110g. Pada label harga pula diletakkkan 100g + 10g.

BUNGKUSAN KEBIASAAN

BUNGKUSAN YANG DITEMUI

KEPUTUSAN BPHPP Item Spec: Everyday, Susu Tepung Segera. Sebarang catatan. Pek 550g. Soalan: Sama seperti Nescafe Jawapan:JP Negeri perlu memungut harga Everyday, Susu Tepung Segera. Sebarang catatan, pek 550g. Walaubagaimanapun, JP Negeri juga boleh memungut harga bagi bungkusan percuma 100g pek 110gm dengan kod tindakan H. Sekiranya kedua-dua pek ada dijual di outlet terpilih, JP Negeri perlu memberi keutamaan kepada Everyday, Susu Tepung Segera. Sebarang catatan, pek 550g (seperti yang tercatat di borang PHP).

BUNGKUSAN KEBIASAAN BUNGKUSAN YANG DITEMUI 3. COVER BUNGKUSAN/TIN TIDAK SAMA

KEPUTUSAN BPHPP Item Spec: Beer Tiger, Gold Medal. Tidak Disejukkan. Tin 320ml.

Soalan: Jika rujuk item spec, ia memenuhi spec tersebut, tetapi cover lain. Tidak pasti telah diperbaharui atau sebaliknya. Responden juga tidak pasti tentang bungkusan tersebut. Oleh itu, adakah boleh diambil harga atau tidak? JP Negeri perlu memungut harga Beer Tiger, Gold Medal, tidak disejukkan, tin 320ml. Memandangkan keduadua packaging memenuhi spesifikasi item yang terdapat di Borang, JP Negeri boleh memungut harga salah satu daripada packaging yang berkenaan (bergantung pada packaging yang dijual di outlet terpilih). Sekiranya kedua-dua pek ada dijual di outlet terpilih, JP Negeri perlu memberi keutamaan kepada Beer Tiger, Gold Medal, packaging lama (gambar medal). (seperti yang tercatat di borang PHP).