Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, reka cipta bermaksud penghasilan suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Ia merangkumi 3 konsep iaitu minda, kemahiran, serta sikap atau nilai. Rekacipta juga terhasil daripada idea tersendiri serta mempunyai nilai komersial.inovasi pula merupakan satu proses penambahbaikan nilai atau ringkasan ciptaan asal ataupun gabungan beberapa idea baru terhadap produk serta idea yang sedia ada. Inovasi dalam masakan diubah dari segi bentuk,warna, dan tekstur. Dalam pemilihan resepi kali ini, saya telah memilih puding marble sebagai masakan yang akan diinovasikan untuk memenuhi kepaerluan tugasan kali ini. Puding berasal dari bahasa Perancis, boudin yang berarti "sosis darah", dari bahasa Latin, botellus yang berarti "sosis kecil". Istilah pudding digunakan di Eropah abad pertengahan untuk hidangan dari daging yang dibungkus. Tidak semua puding rasanya manis, suet pudding (puding lemak) adalah jenis puding yang berisi daging sapi yang dibungkus adunan pai dari tepung bercampur lemak domba atau lemak sapi. Di Britania, istilah pudding sering digunakan untuk hidangan penutup yang dibuat dari telur dan tepung, serta dimasak dengan cara dikukus, direbus, atau dipanggang.

2.0 TUJUAN REKA CIPTA MASAKAN Puding adalah nama untuk berbagai hidangan penutup yang umumnya dibuat dari bahan-bahan yang direbus, dikukus, atau dipanggang. Istilah puding juga dipakai untuk berbagai jenis pai berisi lemak haiwan, daging, atau buah-buahan yang dipanggang. Puding dengan bahan beku susu (yogurt), tepung maizena, tapioka, atau telur dihidangkan setelah didinginkan terlebih dahulu. Puding seperti ini rasanya manis dengan perisa coklat, karamel, vanila, atau buah-buahan. Puding agar-agar dibuat dengan mencampur agar-agar bersama susu, tepung maizena, atau telur. Puding agaragar sering dihidangkan dengan sos yang disebut vla. Tepung puding segera memudahkan orang membuat puding kerana mereka hanya perlu mencampur susu atau air panas ke dalam tepung puding segera tersebut. Tujuan menginovasi dan

mereka cipta masakan adalah untuk menghasilkan idea-idea baru dalam sesuatu masakan. Selain itu, reka cipta masakan juga berfungsi untuk kita mengatasi masalah dan menambah baik resepi asal yang kurang memuaskan. Setiap rekaan resepi baru dapat memberikan kelainan dari aspek warna, tekstur, bau dan rasa masakan yang dimasak.

3.0 MENGENALPASTI MASALAH DAN CARA MENGATASINYA Seperti yang diterangkan sebelum ini, tujuan reka cipta masakan adalah untuk mengatasi kekurangan yang terdapat dalam resepi asal. Bagi resepi puding marble ini, terdapat dua masalah utama yang menyebabkan rasa puding ini kurang enak. Masalah pertama ialah puding ini sedikit keras dan masalah kedua ialah puding marble ini kurang manis jika dimasak mengikut sukatan bahan yang diberikan.

4.0 PENCETUSAN ATAU PEMILIHAN IDEA Untuk mencari idea reka cipta resepi puding marble yang lebih enak, saya telah mengumpul beberapa jenis resepi puding yang berlainan. Resepi-resepi ini diperolehi daripada buku-buku masakan yang terdapat di perpustakaan dan juga di laman sesawang yang telah dilayari. Untuk mencari kaedah penyelesaian masalah puding marble yang telah dipilih, saya telah mengkaji dan membuat perbandingan dari aspek penggunaan bahan untuk membuat setiap jenis puding yang berlainan. Secara keseluruhannya, setiap resepi puding menggunakan bahan-bahan yang sama. Walaubagaimanapun, setiap resepi puding mempunyai perbezaan mengenai

penggunaan bahan tambahan yang dipengaruhi oleh tema dan kaedah masakan yang dilakukan.

5.0 PEREKAAN DAN PEMILIHAN RESEPI berikut merupakan resepi asal untuk menghasilkan puding marble: 500ml air 5g agar-agar 125g gula pasir 50g tepung kastard 1 sudu teh serbuk koko

Langkah perancangan : Masak agar-agar bersama air. Bila sudah larut, masukkan gula dan masak sehingga larut. Matikan api. Campurkan tepung kastard dengan sedikit air dan kacau sebati. Masukkan tepung kastard ke dalam adunan agar-agar dan masak sekejap. Tutup api dan masukkan esen vanilla. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan pes koko dan sebahagian lagi campurkan dengan

pewarna kuning. Masukkan secara berselang seli ke dalam acuan puding. Sejukkan.

Pengubahsuaian : Masukkan cawan susu cair untuk menambah rasa. Masukkan sebiji telur. Tambah 1 lagi pewarna hijau untuk tekstur yang menarik

6.0 PERANCANGAN PEMBINAAN RESEPI Berdasarkan hasil masakan yang pertama, beberapa kekurangan yang terdapat dalam resepi pertama telah dikesan. Untuk menambahbaik hasil masakan yang akan dilakukan, saya telah mengambil beberapa resepi lain untuk dijadikan rujukan. Kelemahan yang terdapat pada resepi asal seperti puding kurang menarik dan tidak manis dapat dibaiki dengan berkesan. Beberapa jenis bahan tambahan telah dicampur dengan bahan resepi asal. Antara bahan yang ditambah ialah susu cair, telur dan pewarna. Susu cair dan telur akan dimasukkan ke dalam adunan tepung kastard dan dikacau hingga sebati. Adunan tepung kastard ini akan dimasukkan ke dalam agar-agar yang telah dimasak.

7.0 PENGUJIAN DAN PENGUBAHSUAIAN RESEPI Proses pengujian semasa menjalankan reka cipta masakan adalah untuk

mengenalpasti kelemahan yang terdapat di dalam setiap resepi masakan. Proses pengujian pertama yang dilakukan menggunakan resepi asal puding marble menunjukkan kelemahan dari aspek tekstur yang kurang menarik dan tidak lembut dan rasa yang kurang manis. Seperti yang kita ketahui, puding marble biasanya disediakan sebagai hidangan pencuci mulut dan hidangan pencuci mulut itu perlulah manis. Selain itu, puding yang dimasak menggunakan resepi asal sedikit keras dan mempunyai warna dan tekstur yang kurang menarik. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah menambah bahan-bahan yang berikut: Tambah susu cair untuk melembutkan tekstur puding. Tambah telur untuk mendapatkan rasa puding yang sedikit lemak. Tambah lebih pewarna untuk mendapatkan rupa dan tekstur yang menarik.

8.0 PENDOKUMENTASIAN Puding Marble Pelangi 500ml air 5g agar-agar 125g gula pasir 50g tepung kastard 1 sudu teh serbuk koko Pewarna kuning & hijau cawan susu cair 1 camca teh esen vanilla 1 biji telur 1 sudu besar mentega

Cara penyediaan :

Masak agar-agar bersama air. Bila sudah larut, masukkan gula dan masak sehingga larut. Matikan api. Campurkan tepung kastard bersama susu dan kacau sebati. Masukkan telur dan

pukul sebentar. Masukkan tepung kastard ke dalam adunan agar-agar dan masak sekejap. Tutup api dan masukkan esen vanilla. Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dimasukkan pes koko dan sebahagian lagi campurkan dengan

pewarna kuning dan satu bahagian masukkan pewarna hijau. Masukkan secara berselang seli ke dalam acuan puding. Sejukkan dalam peti sejuk. Hidangkan.

10.0 REFLEKSI

Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek RBT3111 yang telah diajar oleh Pn Suzana Binti Mohamed, pensyarah jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional IPG Kampus Sultan Mizan ini. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, banyak halangan yang terpaksa saya lalui antaranya ialah masalah untuk mengumpulkan maklumat mengenai resepi puding. Masalah ini terjadi apabila capaian internet di bilik saya sangat perlahan dan bayak laman sesawang telah dihalang untuk dilayari menggunakan capaian internet yang ttelah disediankan oleh pihak IPG Kampus Sultan Mizan. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah pergi ke bilik rakan-rakan yang mempunyai rangkaian internet yang tersendiri untuk menyambung mencari bahan tugasan Walaupun terdapat banyak halangan dan dugaan yang terpaksa saya tempuhi untuk menyiapkan kerja kursus ini, banyak input-input baru yang telah saya pelajari. Antaranya ialah saya telah mempelajari pelbagai resepi baru yang sungguh menyelerakan. Selain itu, saya juga telah mempelajari bagaimana untuk membuatkan tekstur puding lebih menarik dan lembut. Secara keseluruhannya, tugasan ini banyak membantu saya dalam mempelajari teknik dan kaedah baru untuk menghasilkan resepi-resepi yang lebih baik.