Anda di halaman 1dari 17

MODUL : 1 SESI PERKENALAN Objektif : 1.

Supaya mentor dan mentee dapat saling mengenali antara satu sama lain 2. Supaya ahli kumpulan dapat berbincang dan berkongsi pendapat 3. Supaya merangsang suasana kemesraan antara ahli kumpulan Langkah : 1. Mentor meminta mentee duduk dalam keadaan selesa dan seelok-eloknya buat satu bulatan agar mudah mentor dan mentee melihat antara satu sama lain 2. Mulakan majlis dengan memberi ucapan selamat, membaca AlFatihah atau doa kesejahteraan 3. Mentor meminta mentee memperkenalkan diri masing-masing termasuk dirinya sendiri termasuk nama, tempat dilahirkan, umur, anak ke berapa dalam keluarga, hobi, cita-cita dan sebagainya sehingga semua ahli memperkenalkan diri mereka. 4. Semasa sesi perkenalan ahli lain digalakkan bertanya Sebaik-baiknya mentor memulakan dengan sesi perkenalan 5. Mentor boleh meminta salah seorang daripda mentee memperkenalkan kawan atau mentornya dan bagaimana ia mula mengenali kawan atau mentornya 6. Akhir sekali mentor boleh meminta semua mentee melengkapkan borang Lampiran MM 1 Ulasan Mentor 1. 2. 3. 4. Setiap manusia hidup perlu bermasyarakat Setiap individu perlu menghormati keunikan atau perbezaan antara satu sama lain Setiap indvidu juga perlu ada sikap bekerjasama, persefahaman sesame insan Setiap manusia harus menggunakan segala potensi dan kelebihan yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan sebaik-baiknya

Lampiran MM1 Nama Hobi Tempat Asal Kegemaran /Minat : : : :

Senaraikan beberapa perwatakan : 1 2 3 4.. 5..

Ceritakan perwatakan anda dalam bentuk lakaran simbolik

MODUL : 2 MATLAMAT Objektif : 1. 2. 3. 4. Mentee jelas tentang tujuan utama Mentee dapat menggunakan segala potensi yang ada kearah kecemerlangan Mentee bersedia menghadapi segala cabaran dengan tabah Mentee dapat membuat perancangan dan hala tuju yang sebenar selepas UPSR

Langkah : 1. Melalui lampiran MM2 setiap mentee diminta menulis dua cita-cita hidup iaitu : i. Cita-cita jangka pendek (Pencapaian UPSR) ii. Cita-cita jangka panjang (Kerjaya) 2. Mentee diminta menyenaraikan langkah-langkah atau usaha yang perlu diambil untuk mencapai cita-cita tersebut 3. Mentee juga diminta menyatakan peluang-peluang yang ada untuk mencapai cita-cita tersebut 4. Mentee juga diminta menyatakan perkara-perkara yang boleh menjadi penghalang atau kekangan atau rintangan untuk mencapai cita-cita tersebut 5. Akhir sekali mentee diminta membentang semua perkara yang telah dinyatakan 6. Mentor disarankan membincangkan perkara yang telah dibentangkan oleh mentee

Ulasan Mentor 1. Setiap individu mempunyai cita-cita dalam hidupnya sama ada jangka pendek (kelulusan yang ingin dicapai) atau jangka panjang (kerjaya) 2. Dalam masa mencapai cita-cita , manusia sentiasa menghadapi pelbagai halangan dan cabaran yang harus dihadapi dengan penuh tabah, sabar sentiasa meningkatkan azam agar tidak mudah putus asa dan bertawakal kepada Allah. 3. Tidak semua manusia menggunakan segala kekuatan, kelebihan dan potensi diri dengan maksima semasa berusaha mencapai cita-cita. 4. Terdapat sesetengah individu yang mencari jalan mudah atau mudah berpuashati atau selesa dengan apa yang ada sehingga malas untuk untuk berusaha.Contohnya terdapat pelajar yang bersikap negatif seperti mencuri, meniru dalam peperiksaan, malas dsb.

Lampiran MM2 A. Cita-cita hidup saya : i. ii. Jangka pendek (Pencapaian UPSR) : . Jangka panjang (Kerjaya) : ..

B. Langkah-langkah atau usaha yang perlu diambil untuk mencapai cita-cita saya : i. ii. iii. iv. .. .. .. ..

C. Mentee juga diminta menyatakan peluang-peluang yang ada di untuk mencapai cita-cita tersebut i. .. ii. iii. iv. .. .. ..

D. Mentee juga diminta menyatakan perkara-perkara yang boleh menjadi penghalang atau kekangan atau rintangan untuk mencapai cita-cita tersebut i. .. ii. iii. iv. .. .. ..

MODUL : 3 CIRI PELAJAR CEMERLANG

Objektif : 1. Membentuk mentee menjadi pelajar yang cemerlang dari akademik , kokurikulum dan sahsiah 2. Mentee dapat menagamalkan nilai-nilai murni yang terpuji 3. Memupuk budaya yang sihat dan

Langkah : 1. Melalui lampiran MM2 setiap mentee diminta menandakan (/) pada kotak yang berkenaan selaras dengan ciri-ciri pelajar cemerlang yang ada pada diri mereka. 2. Seterusnya mentor diminta membincangkan ciri-ciri pelajar cemerlang seperti senarai Lampiran MM3

Ulasan Mentor 1. Setiap individu mempunyai potensi yang positif sekiranya mereka mengarahkan diri mereka ke arah positif 2. Motivasi diri seseorang boleh diperolehi sama ada dari dalaman (intrinsik) atau luaran (ekstrinsik) tetapi motivsi dari dalaman lebih baik dan konsisten untuk menjamin kecemerlangan seseorang 3. Setiap individu perlu mengubah diri atau paradigma yang sedia ada untuk mencapai sesuatu yang lebih baik 4. Setiap pelajar perlu mempunyai disiplin hidup yang baik untuk mencapai kejayaan dalam hidup 5. Kecemerlangan seseorang memerlukan pengorbanan sama ada dari segi masa, keseronokan, harta, tenaga dan nafsu.

Lampiran MM3

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Bil

Ciri-ciri

Ya

Tidak

1.

Ada Matlamat

2.

Berfikiran, Bersikap dan Bertindak Positif

Sentiasa Melakukan Perbuatan Yang Berfaedah

4.

Mendengar Nasihat Guru dan Ibu Bapa

5.

Mempunyai Azam Yang Kuat

6.

Rajin Berusaha

7.

Komited Terhadap Tugas

8.

Bertanggungjawab

9.

Yakin Diri

10. Segera Melakukan Sesuatu Tugas

MODUL : 4 TAJUK : PENGURUSAN DIRI (Pengurusan Masa)

Objektif : 1 Membantu mentee membuat perancangan atau jadual aktiviti

2. Supaya mentee sentiasa menghargai dan menggunakan masa dengan optimum 3. Supaya mentee tidak bersikap suka bertangguh dan dapat menyelesaikan tugas mengikut waktu yang ditetapkan Langkah : 1. Mentor boleh membicangkan antara aktiviti yang boleh dirancang seperti berikut : i. ii. iii. iv. Aktiviti Selepas Waktu Sekolah Aktiviti Pada Malam Hari Aktiviti Hujung Minggu Amtiviti Utama Pelajaran dan Bukan Akademik

2. Perbincangan boleh merujuk kepada Lampiran MM 4

Ulasan Mentor 1. Individu yang pandai menguruskan masa dapat memanfaatkan masa dengan sesuatu kerja yang berfaedah 2. Pengurusan masa yang baik dan sistematik (tidak bertangguh) dapat mengelakkan pelajar daripada membuat persediaan di saa- saat akhir 3. Seseorang yang mempunyai disiplin masa yang baik juga bijak untuk mengkategorikan aktiviti mengikut keutamaan.

Aktiviti Selepas Waktu Sekolah

Aktiviti Pada Malam Hari

Aktiviti Pada Hujung Minggu

Aktiviti Utama Pelajaran Atau Bukan Akademik

1. Mengulangkaji pelajaran 2. Membuat Latihan 3. Membuat Tugasan 4. Membaca nota yang guru beri pada pelajaran hari ini 5. Membaca tajuk yang akan guru ajar pada hari esok

1. Mengulang kaji pelajaran 2. Menyudahk an tugasan sekolah yang dibuat pada siang hari 3. Membuat latihan 4. Membaca tajuk yang akan guru ajar pada hari esok

1. Menyelesaikan tugasan sekolah 2. Membuat latihan 3. Mengulangkaji pelajaran 4. Menyertai aktiviti belajar secara berkumpulan 5. Mentelaah pelajaran di perpustakaan

1. Menghadiri tuisyen 2. Menyertai kegiatan kokurikulu m sekolah 3. Menyertai rombongan sekolah 4. Bercuti selepas penat belajar 5. Membantu keluarga/as rama melakukan kerja rumah / asrama

MODUL : 5 TAJUK : TEKNIK BELAJAR ( Belajar Secara Berkumpulan )

Objektif : 1. Mentee dapat menimba pengalaman dan idea dengan rakan-rakan lain 2. Dapat menimbulkan perasaan untuk bersaing antara satu sama lain 3. Mentee dapat belajar dengan lebih komited berdasarkan agihan tugas yang diberi

Langkah : 1. Mentor boleh bertanya mentee antara teknik atau cara belajar yang biasa dilakukan oleh mentee. 2. Mentor diminta memberi panduan dan membincangkan tentang kaedah teknik belajar Secara berkumpulan seperti Lampiran MM5

Ulasan Mentor 1. Normalnya individu sentiasa berhubungan atau bersosial dengan orang lain untuk mencapai matlamat yang lebih baik 2. Belajar secara berkumpulan dapat meningkatkan motivasi dan semangat persaigan untuk terus maju 3. Belajar secara berkumpulan dapat memupuk semanagat kekitaan, persefahaman dan saling membantu antara satu sama lain

Lampiran MM 5

KAEDAH BELAAJR SECARA BERKUMPULAN 1. Menentukan Saiz Kumpulan Kumpulan yang efektif 4-5 orang Jumlah yang berlebihan menyukarkan perlaksanaan program yang dirancang Jumlah yang terlalu besar akan mendedahkan ahli untuk memperkatakan topic lain

2. Sediakan Topik Perbincangan Tajuk yang dipilih ditentukan sebelum perbincangan Setiap ahli wajib menyediakan satu tajuk untuk dibahaskan dan ahli tersebut benar-benar mamahami tajuk yang dipilih Semasa sesi pembentangan , semua ahli hendaklah serius dan mengikuti topik yang dibentangkan

3. Membincangkan Tajuk Dengan Terperinci Diadakaan sesi soal jawab Soalan yang dikemukan tertumpu kepda topic berkenaan Melengkapkan topic dengan maklumat tambahan

4. Tentukan Masa, Tempat dan Tarikh Membuat jadual perbincangan Penentuan masa, tempat dan tarikh hendaklah atas persetujuan bersama

5. Tetapkan Tempoh Perbincangan Perbincangan sesuatu topi haruslah tidak mengambil masa yang terlalu lama (1 topik 1 jam) Masa yang mlebihi had masa akan menyebabkan kumpulan tersebut tidak dapat menguasai keseluruhan subjek

6. Saling Bekerjasama

Elakkan perasaan tidak senang hati antara ahli kumpulan Jika terdapat sebarang pergeseran, konflik atau perbezaan pendapat perlu cepat diselesaikan

7. Kekalkan Hubungan Rapat Kenali ahli kumpulan daqn latar belakangnya secara mendalam Amalkan sikap bekerjasama , tolong menolong antara ahli

8. Saling Memberi Dorongan Semua ahli hendaklah saling menyokong dan memberi semangat

MODUL : 6 TAJUK : PSIKOSOSIAL (Kemahiran Tegas Diri /Asertif) Objektif : 1. 2. 3. 4. Membantu mentee supaya mempunyai harga diri dan keyakinan Mentee dapat mengenalpasti hak diri sendiri dan hak orang lain Membantu mentee bijak membuat keputusan Meningkatkan perhubungan yang baik dengan orang lain

Langkah : 1. Mentor memberi panduan apa maksud ketegasan diri / asertif iaitu : Keupayaan untuk meluahkan perasaan, keperluan dan buah fikiran secara jujur dan berterus terang dan dalam masa yang sama anda perlu menghormati keperluan dan perasaan orang lain. Sikap ini berlawanan dengan sikap agresif (suka menindas orang lain ) dan sikap pasif (suka ditindas oleh orang lain) 2. Mentor membincangkan ciri-ciri individu yang mempunyai ketegasan diri/ asertif seperti berikut : i. Menyatakan perasaan dan kemahuan mereka dengan cara yang baik ii. Faham yang mereka berhak untuk menyuarakan perasaannya iii. Berterus terang, jujur dan berhati-hati iv. Menghormati perasaan orang lain dan tidak menganiaya orang lain 3. Mentee diminta menjawab soal selidik ketegasan diri pada Lampiran MM6 4. Panduan Mengira Skor : Jumlahkan semua skor dalam setiap ruang Skor 20 25 : Anda alah berkeyakinan dan tegas diri dalam menghadapi situasi Skor 26 35 : Walaupun anda mempunyai sikap tegas diri tapi latihan boleh membantu anda Skor 36 50 : Anta tidak berupaya untuk konsisten dalam sikap tegas diri dan seharusnya berusaha untuk mengubah sikap Skor 51 80 : Anda perlu bekerja keras untuk membentuk sikap tegas diri Ulasan Mentor 1. Sikap asertif juga bermaksud seseorang berupaya untuk mengawal diri dan bertanggungjawab pada diri sendiri 2. Memboleh seseorang membuat keputusan dengan bijak dan mengelakkan orang lain mengambil kesempatan ke atas diri kita 3. Setiap individu juga seharusnya bersedia mendengar dan memahami perasaan, keperluan dan kedudukan orang lain

Lampiran MM 6

SOAL SELIDIK KETEGASAN DIRI


Bil 1 2 3. 4 5 6 Item Dalam sesuatu mesyuarat yang sukar dan dipenuhi oleh kemarahan, saya dapat bercakap dengan penuh keyakinan Jika saya tidak pasti, akan sesuatu saya dengan mudah akan meminta pertolongan Kalau ada sesiapa bersikap tidak adil dan garang, saya dapat tangani situasi ini dengan penuh keyakinan Bila seseorang suka menyindir terhadap saya ataupun orang lain, saya dapat bercakap tanpa merasa marah Bila saya ditindas, saya akan menyuarakan isu dengan terus terang tanpa sikap agresif Sekiranya saya merasa saya diambil mudah, saya boleh menarik perhatian tentang perkara itu tanpa bermasam muka atau rasa kecewa Kalau ada seseorang meminta kebenaran untuk melakukan sesuatu yang saya tidak mahu beliau lakukan eg. Merokok, saya akan menyatakan tidak tanpa rasa bersalah Saya boleh berhubung dengan mudah dan berkesan dengan orang atasan Kalau ada sesiapa minta pendapat tentang sesuatu, saya dengan senang hati akan memberikan pendapat walaupun ianya tidak disenangi Bila diberi sesuatu yang tidak memuaskan sama ada di kedai atau di restoran, saya dapat menyatakan perasaan tidak puas hati tanpa menyerang pihak lain Bila terdapat sesuatu peluang tawaran yang penting, saya akan menyuarakan bagi pihak diri sendiri Bila saya mengesan sesuatu yang tidak betul, saya akan bertindak tanpa menunggu keadaan menjadi lebih buruk Bila ada berita yang perlu saya sampaikan, saya dapat menyatakan dengan tenang tanpa menunjukkan kerisauan yang teramat tinggi Jika saya memerlukan sesuatu , saya akan memintanya secara terus terang Bila seseorang tidak memberi perhatian terhadap apa yang saya katakana, saya akan berupaya menyampaikan maksud saya tanpa bercakap lantang dan merasa kecewa Bila seseorang silap faham apa yang saya sampaikan saya akan membuat pembetulan tanpa rasa bersalah tanpa memperkecilkan orang lain Bila saya tidak bersetuju dengan pandangan lain, saya dapat menyampaikan pendapat saya tanpa rasa bersalah ataupun angkuh Saya bersedia menerima teguran Saya dapat memberikan pujian tanpa berasa malu atau kelihatan mengampu Bila saya marah saya masih dapat menyampaikan pendapat tanpa menghukum ataupun merasa kecewa JUMLAH 1 Kerap 2 Kadang kala 3 Jarang Sekali 4 Tidak Pernah

8 9

10

11 12 13

14 15

16

17

18 19 20

MODUL : 7 TAJUK : HUBUNGAN INTERPERSONAL (Kemahiran Berkomunikasi)

Objektif : 1. Mentee dapat panduan cara berhubung dengan orang lain secara berkesan 2. Mendidik mentee bersikap menghormati perasaan orang lain 3. Mengelakkan berlakunya konflik dalam perhubungan antara perseorangan

Langkah : 1. Mentor membincangkan tentang masud komunikasi iaitu : Apa juga maklumat atau mesej yang disampaikan dan diterima daripada seseorang kepada seseorang. 2. Komunikasi terbahagi kepada dua bentuk sama ada seacara lisan dan bukan lisan i. ii. Komunikasi Secara Lisan : Apa yang ucapakan melalui perkataan Komunikasi Bukan Lisan : Berdasarkan perubahan mimik muka, gerak geri tubuh badan dan perbuatan

3. Mentor memberi panduan cara memulakan komunikasi yang baik seperti Lampiran MM 7.

Ulasan Mentor 1. Komunikasi bukan lisan juga salah satu komunikasi yang berkesan 2. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan

Lampiran MM 7

CARA MEMULAKAN PERHUBUNGAN KOMUNIKASI IAITU PRINSIP 8S 1. Senyum apabila berjumpa dengan seseorang. 2. Memberi salam kepada mereka. 3. Segera dalam melaksanakan tugasan yang diberikan contoh kerja rumah 4. Sempurna dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti yang di amanahkan. 5. Sensitif terhadap orang lain contoh perasaan dan tanggungjawab. 6. Sayang sesama insan contoh rakan-rakan, guru dan ibu bapa. 7. Segak dan berketrampilan contoh berkeadaan kemas dan cergas. 8. Sopan. Contohnya menggunakan tutur kata yang sopan dan menjadi pendengar yang baik .

menunjukkan minat terhadap apa yang diperkatakan. Pandang mukanya semasa bercakap. Anggukan kepada, katakana ya atau ehem menunjukkan anda memberi perhatian kepada mereka Galakan mereka untuk bertanyadan bercakap lebih lagi Tanya lanjut dengan soalan-soalan berkaitan

9. Kenalpasti perasaan rakan anda. Faham bagaimana mereka rasa begitu dan kenapa mereka rasa begitu 10. Terima rakan anda, jangan melabel dan berprasangka. 11. Cuba jangan menyampuk apabila orang lain sedang bercakap

MODUL : 8 TAJUK : PENGURUSAN TEKANAN (Kemahiran Menghadapi Peperiksaan)

Objektif : 1. 2. 3. Mentee dapat mengawal diri dalam menghadapi tekanan menjelang hari peperiksaan Mentee dapat menjawab soalan tepat dan terancang mentee dapat mempertingkatkan keyakinan diri menuju kejayaan

Langkah : 1. Mentor memberi tips dan membincangkan dengan pelajar . 2. Rujuk Lampiran MM 8

Ulasan Mentor 1. Setiap pelajar pasti menghadapi tekanan menjelang peperiksaan namun ia boleh ditangani dengan adanya pengetahuan dan membuat persediaan awal. 2. Kebolehan menangani tekanan peperiksaan menunjukkan pelajar mampu dan yakin menghadapi cabaran yang lebih besar dalam kehidupan.

Lampiran MM 8

TIPS PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN 1. Menjaga kesihatan diri 2. Ttidur secukupnya 3. Makan makanan berkhasiat 4. Tumpukan pada persiapan mental (ulangkaji terakhir) 5. Tumpukan kepada persiapan emosi dan spiritual (berdoa, solat hajat, restu ibu bapa dan guru) 6. Tumpukan pada persiapan fizikal (peralatan bagi menjawab peperiksaan, jadual peperiksaan dan pengangkutan) 7. Membuat perbincangan dengan rakan-rakan 8. Membuat perbincangan guru-guru

******** SEMOGA BERJAYA *********