Anda di halaman 1dari 36

MOHAMMAD SAFWAN BIN RENLEI RAJA MUHAMMAD AZRI BIN RAJA ISMAIL

TOKOH FENOMENOLOGI
Edmund Husserl (1859-1938)
Max Scheler (1874-1928)

Maurice MerleanPonty (1908-1961)

Pengertian Fenomenologi
Bahasa Yunani: pahainomenon (gejala/fenomena) Fenomenologi dapat diertikan sebagai ; 1. Pengalaman subjektif atau fenomenologikal 2. Belajar tentang kesedaran dan dari perspektif pokok dari seseorang(husserl) , atau anggapan umum yang menunjukkan pengalaman subjektif dari berbagai jenis dan subjek yang ditemui. = dalam arti yang lebih khusus istilah ini mengacu pada penelitian disiplin tentang kesedaran daripada perspektif pertama seseorang, sebagai suatu disiplin ilmu. Fenomenologi = digunakan sebagai perspektif filosofis digunakan juga sebagai pendekatan dalam metodologi kualitatif. Fenomenologi = mempunyai riwayat yang panjang dalam penelitian social termasuk psikologi, sosiologi dan pekerjaan sosial. Fenomenologi = merupakan pandangan berfikir yang menekankan pada focus kepada pengalamanpengalaman subjektif manusia dan interpretasi-interpretasi dunia, fenomenologi berusaha memahami bagaimana dunia muncul kepada orang lain.

Kritikan fenomenologi adalah suatu usaha untuk menerapkan suatu kaedah fenomenologi kepada karya-karya sastera. Kritikan fenomenologi seluruhnya menuju kepada suatu teks pembacaan secara batiniah yang sama sekali tidak dipengaruhi oleh sebarang unsur luar dirinya.

SEJARAH FENOMENOLOGI

1918- Eropah musnah oleh peperangan terganas dalam sejarah manusia.

- Suatu gelombang revolusi sosial melanda benua ini. - Pembunuhan beramai-ramai berlaku untuk menghapuskan semua pemberontak -idealogi,nilai budaya yang menjadi dasar pemerintahan menjadi kucar-kacir. - Falsafah terbahagi dua positivisme (cara pandang dalam memahami dunia dengan berdasarkan sains) dan subjektivisme (filsafat pengetahuan yang berangkat dengan perasaan pribadi (private sensations), idea atau data-data yang ada dalam pikiran individu ketika hendak menilai sesuatu. Ertinya, individu memiliki kategori-kategori tertentu ketika ia menjelaskan, membenarkan atau mengklasifikasikan dunianya.

Edward Husserl(ahli falsafah Jerman), membina suatu kaedah falsafah yang dapat memberi kepastian mutlak kepada suatu tamadun yang sedang hancur. - Fenomenologi bermaksud sains fenomena tulen - Mengubah suatu benda yang imaginasi sehingga ditemui sifatnya yang tetap.

Edmund Husserl berusaha membina suatu kaedah falsafah bagi menjelaskan kepastian mutlak yang boleh dicapai dan dirasai dalam diri manusia.

Idea ini dikemukakan setelah Edmund Husserl mendapati masyarakat Eropah sudah hilang keyakinan terhadap kehidupan akibat krisis tamadun kebendaan yang melanda masyarakat Eropah akibat daripada merebakannya modenisme. Husserl percaya bahawa keyakinan diri terhadap kehiduopan masih dapat dicapai oleh manusia dengan cara berfenomenologi.

Untuk mencapai keyakinan yang murni dan hakiki itu, teori Fenomenologi mencadangkan agar dilakukan pembersihan minda manusia daripada gangguan fenomenoma-fenomena yang sedia ada. Minda manusia menstilah dikosongkan dengan cara melakukan reduksi, yakni meletakkan fenomenologi yang sedia ada dalam minda `di luar minda`, sementara waktu.

Langkah seterusnya barulah menyediakan ruang transedental untuk membolehkan fenomenafenomena yang murni masuk ke dalam minda. Dalam hubungan antara fenomena sejati dengan minda yang bersifat transendental itu, manusia dapat mengamati dan menikmati fenomena-fenoma yang sejati itu tanpa ada `gangguan` atau unsur-unsur luar kerana minda manusia sudah bersih dan kosong daripada fenomena-fenomena sedia ada.

Teori Rasa-Fenomenologi Di Malaysia

Satu-satunya pensyarah di PPIK USM yang mempunyai kelulusan PhD 'tanpa' melalui fasa Master terlebih dahulu (fast track)

Teori RasaFenomenologi Di Malaysia


Kritikan Sastera, Media dan Budaya

PROFESSOR DR. SOHAIMI ABD AZIZ

Antara tokoh sastera yang disegani di Malaysia dan juga di luar negara

Pada dasarnya, teori ini adalah hasil kajian di peringkat sarjana yang kemudiannya diangkat ke peringkat kedoktoran.

teori Rasa-dhvani yang lebih mementingkan aspek metafizik itu telah diubahsuai

Suhaimi cuba bina konsep estetik yang berteraskan pengalaman psikologi i

Teori RasaFenomenologi terbina secara hibridisasi hasil daripada kombinasi dan penyesuaian dua buah teori estetik yang berasal dari timur (India) dan Barat.

menggugurkan dhvani yang bertalian secara langsung dengan falsafah Saiva dan digantikan dengan teori estetik fenomenologi yang diasaskan oleh Roman Ingarden yang lebih menekankan proses transformasi karya sastera dalam minda pembaca.

Sohaimi membina semula teori baharu yang dikenali dengan nama teori RasaFenomenologi.

teori Estetik Baharu

teoriRasa-dhvani teori estetik fenomenologi Roman Ingarden

Roman Ingarden mengabaikan aspek psikologi

Teori rasa-dhvani
Dalam teori rasa-dhvani, unsur metafizik adalah satu aspek terpenting khususnya bagi mengaplikasikannya pada karya-karya yang berunsur kerohanian.

berkait rapat dengan falsafah Saiva yang mendasari teori rasa-dhvani.

Abhinavagupta percaya bahawa unsur aspek estetik tidak boleh dipisahkan daripada agama. Bagi tujuan mencapai tuntutan estetik keagamaan dalam karya itu, maka Abinavagupta telah memasukkan teori dhvani dalam teori rasa yang kemudiannya dikenali dengan nama teori rasadhvani.

Teori Rasa-dhvani yang sangat mementingkan aspek metafizik dilihat oleh Sohaimi sebagai kekurangan kerana mengabaikan aspek estetik, sedangkan beliau percaya bahawa aspek estetik merupakan satu bahagian yang terpenting dalam kehidupan kesusasteraan.

Karya kesusasteraan Melayu yang kaya dengan unsure estetik diyakini dapat ditelusi dengan pendekatan teori rasa-dhvani terutama apabila kita berusaha untuk menikmati pengalaman estetik dalam karya-karya yang dibaca.

Sohaimi percaya bahawa karya kesusasteraan Melayu kaya dengan estetik. Walau bagaimanapun, usaha untuk membawa pembaca kepada menikmati estetik itu tidak diberi jalan yang sewajarnya.

Usaha yang dilakukan oleh Muhammad Haji Salleh dan V.I. Braginsky menyelongkari estetik dalam karya Melayu disifatkan oleh Sohaimi sebagai lebih bersifat objektif.

Teori rasa-Fenomenologi
Daripada teori rasa-dhvani, Sohaimi mengambil unsur terpenting teori tersebut iaitu konsep emosi tetap dan emosi pelengkap sebagai dasar teori RasaFenomenologi. Manakala dari teori Estetik Fenomenologi, beliau mengambil fenomenologi dengan memberi penafsiran baharu terhadap konsep estetik itu sendiri.

Dengan pengubaahsuaian dan kemasukan beberapa perkara baharu, teori Rasa-Fenomenologi yang dibina oleh Sohaimi lebih bersifat universal dengan penglibatan semua pihak dalam proses penginterpertasian termasuk subjek yang dikaji, pengalaman estetik, emosi pembaca dan pengarang dan ruang praestetik. Emosi-emosi ini berfungsi dan bertindak dalam minda, apabila pembaca melakukan pembacaan terhadap sesebuah karya, dengan tiga proses iaitu, pertama, pemindahan (transformasi) emosi tetap menjadi emosi estetik; kedua, pemindahan (transformasi) teks sastera yang dibaca menjadi objek estetik dan ketiga, kesedaran biasa dalam diri pembaca bertukar (transform) menjadi kesedaran estetik. Perubahan-perubahan inilah yang telah menghasilkan nikmat estetik yang bersifat universal dan sensual(lebih kemas dan sistematik) (Sohaimi Abdul Aziz.1998). .

Teori Rasa-Fenomenologi dapat menghasilkan satu teori estetik yang mampu menjelaskan proses pengalaman estetik dalam bentuk yang lebih kemas dan sistematik.

Proses ini bermula daripada peringkat deria (pemahaman) hingga imaginasi, estetik intertekstual, pengkongkritan estetik, empati dan identifikasi.

Dalam aplikasinya, Rasa- Fenomenologi terikat kepada sistem estetik yang melibatkan tiga proses yang saling berhubungan iaitu, praestetik, pengkonkritan estetik dan pengadilan estetik.

Pengalaman dan estetik adalah dua subjektif yang berbeza dan sukar untuk diukur dalam pertimbangan dan perkiraan logik.

Apatah lagi apabila perkara itu dihubungkan dengan satu proses penilaian dengan neraca yang sangat subjektif pula sifatnya.
Walau bagaimanapun, dengan teori Rasa-Fenomenologi, Sohaimi dilihat berjaya mengemukakan satu kaedah yang sangat analitik dan sistematik untuk memudahkan pengkritik dan pembaca melakukan cerapan terhadap hal-hal yang bersifat subjektif itu.

Karya
Salina A.Samad Said Teori ini telah diaplikasikan terhadap karya novel Sasterawan Negara A.Samad Said yang berjudul Salina. Hasil daripada aplikasinya, Sohaimi berjaya menemukan pengalaman estetik dan perhubungannya dengan novel ini menerusi empat objektif yang saling berkaitan. Pertama, Rasa-Fenomenologi dapat membuktikan bahawa pengalaman estetik yang diperolehi dapat dirasionalkan dan dikonkritkan sebagai pengadilan estetik. Terdapat tujuh ekpresi sastera yang ditemui oleh Sohaimi dalam novel Salina, antaranya ialah rasa dahsyat, rasa kagum, rasa duka, rasa berang, rasa wira, rasa berahi dan rasa benci. Setiap ekspresi ini mempunyai kolektif objektif yang telah dikembangkan dengan baik oleh A.Samad Said menerusi teknik penulisannya. Kedua, terkesan teknik penulisan A.Samad Said dalam usahanya mengembangkan korelatif objektif tujuh ekspresi sastera itu. Ketiga, terkesan konsistensi dalam penulisan A.Samad Said. Konsistensi dalam stail penulisan yang dibuka ruangnya oleh proses estetik intertekstual dan pengkonkritan estetik. Keempatnya, Rasa-Fenomenologi juga dapat membuktikan kehadiran unsur dialogik dalam karya A.Samad Said. Unsur ini menyediakan ruang yang luas kepada proses intertektual estetik.

7Jenis Rasa
rasa benci. rasa berahi rasa wira rasa berang rasa dahsyat rasa kagum rasa duka

Mati-nya sa-orang pahlawan Mohd. Affandi Hassan


Cerpen ini mengisahkan penderitaan Ishak yang terlalu jujur dalam pekerjaannya sebagai seorang pemimpin. Akibat kejujran beliau akhirnya beliau telah dikhianati oleh kawan-kawannya sendiri. Beliau dipenjarakan atas tuduhan mengkhianati bangsa dan negara. Meskipun diuji pelbagai kesukaran namun beliau tetap tabah.

Mati-nya sa-orang pahlawan Mohd. Affandi Hassan


Rasa kagum.
dipantulkan melalui watak dan perwatakan watak utamanya. Ishak digambarkan seorang yang tabah, cekal , tidak gentar menghadapi pelbagai rintangan dan halangan dalam membantu rakyat yang miskin. Justeru terlalu jujur dalam menjalankan tanggungjawab dalam membantu rakyat beliau telah dikhianati oelh kawan-kawannya sendiri sehingga dimasukkan ke dalam penjara. Pembaca berasa kagum dgn perwatakan Ishak apabila beliau sanggup menanggung pelbagai risiko apala memilih untuk bersama rakyat yang miskin.

Rasa Duka
Rasa duka ini diterbitkan dari perwatakan Ishak yang sering dirundung malang. Kedukaan pertama yang ditanggung oleh beliau ialah apabila dikhianati oleh kawan sendiri sehingga dimasukkan ke dalam penjara. Kedukaan ini bertambah apabila anak tunggal beliau telah meninggal dunia dalam nahas kapal terbang ketika dalam perjalanan untuk menghadiri sidang penuntut2 di Karachi.

Rasa Benci
Sikap segelintir pemimpin yang suka menindas rakyat/golongan miskin untuk menjaga kepentingan masing-masing. Pengalaman estetik yang bersifat negatif akan wujud di kalangan pembaca kerana mereka beranggapan bahawa dunia politik penuh dengan tipu muslihat, kemungkaran, penindasan. Ishak yg merupakan watak utama mengalami nasib malang meskipun beliau seorang yang jujur dalam membantu rakyat yang susah. Beliau telah dikhianati oleh kawan-kawannya sendiri.

Rasa Belas

Ishak yang menderita akibat penyakit sukar untuk kencing.

Ishak digambarkan mengalami kesukaran untuk kencing. Dia berasa lega jika berjaya mengeluarkan setitik dua air merah kehitaman.
Penyakit ini menyerang beliau akibat semasa dalam tahanan beliau sering menahan kencing. Penyakit ini semakin kronik apabila beliau dipaksa duduk di atas air batu selama beberapa minggu.

Hermeneutik

Hermeneutik
Di dalam tradisinya, hermeneutika dikaitkan dengan seorang dewa Yunani, Hermes (dalam mitologi Romawi disebut Merkurius) sebagai dewa yang menyampaikan pesan Dewa Zeus kepada manusia. Ia menerjemahkan keinginan Dewa Zeus (dalam bahasa dewa, mungkin) ke dalam ungkapan yang dipahami oleh manusia. Ia sendiri adalah pencipta bahasa dan tulisan, sehingga manusia bisa memahami satu sama lain. Hermeneutika juga dikaitkan dengan hermeios, yaitu pendeta bijak dari Delphi yang menerjemahkan keinginan para dewa supaya dapat dipahami para manusia. Di dalam bahasa Inggris kata delphic sendiri berarti tidak jelas atau ambigu. Maka adalah tugas sang pendeta untuk memberikan tafsir atas kalimat yang ambigu tersebut.

Difinisi Hurmeneutik
Kata hermeneutik berasal dari kata kerja yunani hermeneuin, yang berarti mengartikan, menafsirkan, menerjemahkan, atau bertindak sebagai penafsir.

Seni atau sains penafsiran

Seni membuat sesuatu yang tidak jelas menjadi jelas(plato)

Pemahaman dalam hubungannya dengan penafsiran terhadap teks(Paul Ricoeur)

Disiplin yang bekepentingan dengan upaya memahami makna atau erti dan maksud dalam konsep pemikiran.

Tokoh Hermeneutik
HERMENEUTIK (1768-1834)
-FRIEDRICH SCHLEIERMACHER-

Dikenali sbg Bapa Hermeneutik Moden -FRIEDRICH SCHLEIERMACHERTidak hanya mengkaji makna teks tetapi juga menginterpretasi fenomena sosial

WILHELM DILTHEY (1833-1911) EDMUND HUSSERL (1889-1938) MARTIN HEIDEGGER (1889-1976) HANS-GEORG GADAMER JURGEN HABERMAS (1929) JEAN PAUL GUSTAVE RICOEUR (1913-2005)

Sejarah Hermeneutik
Hermeneutik barat dapat ditelusuri daripada tulisan plato yang berjudul interpertation. Sejarah hermeneutik moden bermula abad ke 16 oleh ahli-ahli teologi German. Schleiermacher917681834) ialah tokoh utama yang telah memberi sumbangan besar kepada kemunculan hermeneutik moden.

Oleh itu, maka bahasa dalam teks akan jadi mudah difahami

Beliau mencadangkan dilakukan tafsir bagi membina semula konteks asal.

Schleiermacher mengembangkan permohonan dan pentafsiran tidak hanya kepada teks agama tetapi bidang kemanusiaan dan komunikasi.

Dalam Perkembanganya Hingga Sekarang Ini Hermeneutik


Minimal Mempunyai Tiga Pengertian

Dapat di artikan sebagai peralihan dari sesuatu yang relative abstrak.(idea dan pemikiran) ke dalam bentuk ungkapan ungkapan yang konkrit. (bahasa).

Terdapat usaha mengalihkan dari suatu bahasa asing yang maknanya gelap tidak di ketaui dalam bahasa lain yang boleh di fahami oleh pembaca

Ungkapan dalam bentuk yang belum jelas yang di pindahkan dalam bentuk ungkapan yang lebih jelas

Faktor Kehadiran

Masyarakat yang terpengaruh metologi Yunani

Masyarakat yahudi dan kristian yang mengalami masalah dengan teks kitab suci agama mereka

Masyarakat eropah zaman pencerahan yang berusaha lepas dari otoritas keagamaan dan membawa hermeneutika keluar konteks keagamaan

Aliran-aliran Hermeneutika
Joseph Bleicher di dalam bukunya membagi hermeneutika kontemporer menjadi tiga aliran; yaitu Memfokuskan perhatian pada masalah teori umum pentafsiran sebagai sebuah metodologi untuk ilmu-ilmu tentang manusia termasuk ilmu sosial. Hermeneutika teori (Hermeneutical Theory)

Hermeneutika Filsafat (hermenneutic Philoshophy )

Ilmuan atau tafsiran berada dalam ikatan sebuah tradisi yang membuatnya telah pemahaman awal, terhadap objek yang dikaji dan dengan demikian dia tidak berangkat dari pikiran yang netral.

Hermeneutika kritik (Critical hermeneutics)

Cabang pandang kaum idealis yang memiliki tingkat kesedaran yang mencapai leval tertentu dalam menganalisis secara kritis kondusi politik, ekonomi, dan budaya umum.

Fungsi Hermeneutika
Membantu mendiskusikan bahasa yang digunakan teks. Membantu mempermudah menjelaskan teks, termasuk teks kitab suci. Memberi arahan untuk masalah yang terkait dengan hukum.

Kegunaan hermeneutik
Hermeneutika sebagai Teori Penafsiran Kitab Suci

Hermeneutika sebagai Metode Filologi

Hermeneutika sebagai Ilmu Pemahaman Linguistik Hermeneutika sebagai Fenomena Dassein dan Pemahaman Eksistensial Hermeneutika sebagai Sistem Interpretasi

Hermeneutika sebagai Sistem Penafsiran

Kegunaan Hermeneutik

Syarahan

Al-Quran

Ulasan Hadis

Tafsir Kitab Suci

Contoh Pendekatan Hemeneutik Dalam Pengajian Islam Adalah

analisis operasional hermeneutik dalam tafsir Al-Manar karya Muhammad Abduh

tafsir Al-Azhar karya Hamka yang di lakukan oleh Fakhrudin Faiz.

Contoh Hadis
Dari Abi Ruqayyah Tamim Bin Ausin Al-dari (Radiyallahuanh), bahawasanya Nabi sallallahu alayhi wa sallam bersabda: Agama itu nasihat. Kamu berkata : Bagi siapa? Ia bersabda ; Bagi Allah dan bagi KitabNya dan RasulNya dan Imam-Imam kaum Musliman dan bagi orang ramai mereka. Diriwayatkan oleh muslim.

Pada hadis tersebut Rasulullah ada menerangkan perkara yang berkenaan dengan nasihat dalam agama. Agama itu,- kata Rasulullah adalah nasihat. Perkataan ini, menimbulkan pertanyaan dari sahabat kerana mereka ingin mengetahui kepada siapakah nasihat itu dalam hubungan dengan agama. Rasulullah dalam jawapannya menegaskan; Bahawa nasihat itu adalah bagi Allah, bagi KitabNya, bagi RasulNya. Demikianlah diterangkan hingga akhirnya sebagaimana dalam hadith tersebut. Agama itu adalah nasihat. ini bererti bahawa agama itu terletak pada nasihat. Sebab pada nasihat mengandungi taat kepada Allah dan kepada RasulNya, beriman serta beramal dengan kitabNya dan sunnah RasulNya.

Kesimpulannya.
Ricoeur menunjukkan bahawa hermeneutik tidak dapat dilepaskan dari fenomenologi. Fenomenologi merupakan asumi dasar yang tidak tergantikan bagi hermeneutik. Di sisi lain, fenomenologi tidak dapat menjalankan programnya untuk memahami berbagai fenomena secara utuh dan menyeluruh tanpa penafsiran terhadap pengalaman-pengalaman subjek. Untuk keperluan penafsiran itu diperlukan hermeneutik. Secara umum, fenomenologi merupakan kajian tentang bagaimana manusia sebagai subjek memaknai objek-objek di sekitarnya. Menurut Ricoeur(1985), sejauh tentang makna dan pemaknaan yang dilakukan manusia, hermeneutik terlibat sama. Jadi pada dasarnya fenomenologi dan hermeneutik saling melengkapi.

Sekian, terima kasih..

http://kolomsosiologi.blogspot.com/2013/06/ fenomenologi-jean-paul-sartre-edmund.html http://mosiolog.blogspot.com/2010/02/feno menologi.html http://kampuskomunikasi.blogspot.com/2009 /10/fenomenologi.html http://teorisastera.blogspot.com/2009/12/teo ri-rasa-fenomenologi.html http://prezi.com/bwygwnbzwmnq/teori-rasafenomenologi-dalam-cerpen-matinyaseorang-pahlawa/

Anda mungkin juga menyukai